Aug 1, 2017

gagasan najib yang sibuk menyatukan semua padahal rasis

satu..?
ah...satu?

apa itu satu malaysia?

satu malaysia bila, melayu , cina ,india , pakistan , nepal ,bangla, punjabi , pengkid serta pondan duduk satu meja sambil makan dan bersembang.

bukan macam kau , sibuk satu satu tak habis² padahal dalam fb rasis bagai nak rak.

May 25, 2017

#2#2017


sepanjang segala perjalanan yang ada , aku dah buat 2 benda yang lebih kurang sama.Dan menghadap noktah yang hampir serupa.

1. aku kejar balik masa silam aku.Aku harap segala pengalaman yang ada boleh aku baiki balik dan kejar apa aku nak
Tapi tak.Ia makin teruk dan teruk.Sampai masa ini, aku tak boleh bak betulkan balik apa aku buat.Sebab aku harap ia happy ending.Tapi tak sebenarnya.Ada sebab ada perkara yang tak perlu diusik.

2.Aku kembali menjenguk apa perkara yang aku dah lepaskan.Dengan harapan, ia mengajar aku melepaskan lebih baik ( ianya bukan total melepaskan sebenarnya ,ia macam bukan peluang atau dalam kata lain, takdir kau ,- tapi yang ini kau terima ) .Tapi sebenarnya ianya juga satu kesilapan.

Sebab itu mereka ( yang aku gelarkan untuk kaum yang bernasib baik juga seteru aku ) tak memandang ke belakang.Mereka hanya kedepan dan kedepan sampai satu tahap Tuhan dah tentukan noktah.

Dan aku, aku dah tamat di sini tanpa bergerak, tanpa memecut, dan aku takde sebab nak kedepan sebab segala masa silam yang ada , menghantui aku untuk gapai segalanya.

Macam yang Barry Allen  buat.
Dan dalam konteks hubungan masa , ada sesuatu yang tak perlu dikacau sebab menghasilkan kesan paradoks.

Untuk betulkan balik semua ni.
Aku kena tekad lupakan semua dan jalan ke depan.
Sakitnya tak terkatakan.
Cuma aku kena kuat & berpura kuat.

chapter 1


PREKUEL
CHAPTER 1

" aku simpan kau dalam kotak ni.kau duduk diam² ya.sampai masa nanti kau rasa dah tak ada ancaman, kau dah sihat nanti kau keluar balik.-aku cari kau balik"

" kenapa kau letak aku dalam ni? kenapa kau simpan aku?"

"sebab aku takut.aku takut kau tak kuat .
aku takut sebab aku,kau hilang.Aku nak kau deserve apa yang patut untuk kau.macam orang lain jaga milik mereka.aku harap kita boleh kerjasama lagi,macam dulu"

"ouh.macam tu.okay,jumpa lagi bos .nanti kita jumpa lagi.aku harap kita ada cukup masa untuk baiki diri kita kan? "

- aku tutup kotak tu.aku tampal dengan salotape.aku letakkan kat bilik gelap.nanti suatu masa aku harap aku buka semula kotak tu.Dengan penuh senyuman.

Kaki aku langkah dengan perlahan.Jauh lagi untuk berjalan dengan darah menitik di lantai.Harap tak cukup lama.Harap masih ada lagi di depan,untuk aku buka semula, kotak yang disimpan.


Apr 26, 2017

#1#2017


orang kata, kebahagiaan tu kena cari.

tak sebenarnya ,
kebahagiaan pada duit , pada latar belakang , pada apa yang kau buat , pada sesiapa yang bersama kau , dan pada apa yang engkau ada.

ia nya juga bukan datang sendiri.

atas apa alasan sekalipun , yang ada cuma 2 :

-engkau hidup atau tidak

takdir hanya untuk dipercaya dan atas apa yang engkau percayakan.

yang lain² hanya rencah manusia menyedapkan lagi program Tuhan.