Sep 29, 2015

persoalan nombor 7 : Kenapa tak semua orang dilahirkan kuat dan kenapa sesetengah perkara kena hadap walaupun kau tak mahukannya?

Aku sebenarnya tak pasti.Atau aku sendiri sebenarnya celaru.Atas dasar apa aku kena tanggung semua rasa sakit ni.Aku tak berapa heran kalau bab fizikal.Aku tahu rasa macamana sakit sampai 3 bulan tak boleh bangun atas sebab doktor yang sepatutnya menolong pesakit dengan ilmu yang ada - jadi seorang kerjaya berpangkat atas sebab nak makan gaji.Sampai profesi sendiri pun tak tahu nak handle, dan bila ada pesakit ( macam aku ) minta pengharapan profesi kedoktoran ni membantu untuk pulih, mereka tak tahu dan aku jadi mangsa eksperimen sampaikan sakit lain, dilabel dengan penyakit lain.Dan aku hilang salah satu organ yang penting dalam tubuh atas sebab salah tafsir.Senang sungguh mereka.Aku yang tak cukup sifat ni dicacatkan lagi oleh manusia yang bergaji besar dengan ilmu untuk menyelamatkan manusia lain tapi dikorban kerana salah tafsir penyakit,Ironi sungguh.

Sakit yang dibakar dalam dada bukan sakit biasa.Bukan fizikal semata .Ia membakar hati dan jiwa, setiap hari yang aku ada.Dan aku masih bertanya kenapa.Kenapa aku kena hadap? Aku tak mahu sebenarnya kalau boleh.Sangat-sangat tak mahu.

Sakit yang aku hadap ini dalam kata mudahnya adalah cinta.Rasa sayang yang mekar makin lama makin besar atas sebab -aku tak tahu.Ya, aku sayangkan dia , dalam erti kata sebenar dan aku pernah berdoa agar dihapuskan segala rasa nikmat ini.Aku tak perlukan sebab rasa ini tak ada guna untuk dia.Rasa ini tak boleh dizahir dengan kata sebab bukan peluang aku dengan dia.Bukan taboo ini boleh jadi realiti macam drama-drama melayu yang menyanjung abnormaliti cinta padahal dalam alam nyata hanya 0.5% kemungkinan perkara-perkara bodoh itu dapat diadaptasi.Dan aku sakit setiap hari - sebab ini.

Aku tak percaya Jodoh,macam orang lain yang tipikal menggunakan terma jodoh ini seakan semua diatur cantik oleh Tuhan sampaikan kau terbuai dalam fantasi terma yang kau reka sendiri atas sebab memuaskan hati - secara luar sedar.Sebab apa aku ada jelaskan dalam tulisan sebelum ini.Tak juga 100% sebenarnya, Cuma aku dah tak ada sebab nak percaya sebab benda yang berlarutan dalam jiwa aku hampir 8 ke 9 Tahun ni.Macam tak ada jalan keluar.Aku dah cuba, aku perah ,aku dah paksa.Masih juga tak boleh hilang.Masih juga kekal hingga sekarang sampaikan aku buntu mana nak dihentak segala pemikiran ini bagi hilang,Secara total.

Sakit ini mungkin sebab segerombolan sel, adrenalin, dan bahan kimia dalam tubuh sakit aku ni terlampau menolak kemungkinan rasa suka pada dia membuak, suka bila melihat dia , suka bila bersama dan turut terkesan dengan rasa rindu bila tak berjumpa padahal sebenarnya aku harap tiada apa.Aku harap kawan biasa.Senang aku fokuskan hidup sehari aku yang tidak teratur.Tapi masih lagi bila ada masa, dia juga yang berlingkar dalam fikiran aku.Walau aku tahu dia macamana.Aku tak sanggup nak hadap benda ni hari-hari.

Dan juga aku belum cukup berani untuk berterus terang .Untuk menerima hinaan , penolakan , pemfriendzonenan dan segala awkward yang akan berlaku jika aku teruskan niat.Ia jadi semakin pelik sebenarnya,Perasaan ni adalah pelik.Mengapa perlu ada macam ni.Mengapa perlu kepada sesetengah orang yang kalau boleh - tak mahu nak jatuh cinta.Kenapa perlu cupid menembak random pada orang yang salah.Adakah salah oku macam aku? Atau salah keabnormaliti dorongan nafsu aku? Atau ianya takdir yang kau tak mahu tapi kena tanggung sakit macam ni hari-hari ?

Serius , aku sayang kau.Lebih dari kawan dan aku tak suka rasa tu,
Aku mahu habiskan hidup dengan kau , Tapi kenapa perlu sampai aku pikir macam ni??
Apa aku nak buat ????

No comments: