Sep 29, 2015

persoalan nombor 7 : Kenapa tak semua orang dilahirkan kuat dan kenapa sesetengah perkara kena hadap walaupun kau tak mahukannya?

Aku sebenarnya tak pasti.Atau aku sendiri sebenarnya celaru.Atas dasar apa aku kena tanggung semua rasa sakit ni.Aku tak berapa heran kalau bab fizikal.Aku tahu rasa macamana sakit sampai 3 bulan tak boleh bangun atas sebab doktor yang sepatutnya menolong pesakit dengan ilmu yang ada - jadi seorang kerjaya berpangkat atas sebab nak makan gaji.Sampai profesi sendiri pun tak tahu nak handle, dan bila ada pesakit ( macam aku ) minta pengharapan profesi kedoktoran ni membantu untuk pulih, mereka tak tahu dan aku jadi mangsa eksperimen sampaikan sakit lain, dilabel dengan penyakit lain.Dan aku hilang salah satu organ yang penting dalam tubuh atas sebab salah tafsir.Senang sungguh mereka.Aku yang tak cukup sifat ni dicacatkan lagi oleh manusia yang bergaji besar dengan ilmu untuk menyelamatkan manusia lain tapi dikorban kerana salah tafsir penyakit,Ironi sungguh.

Sakit yang dibakar dalam dada bukan sakit biasa.Bukan fizikal semata .Ia membakar hati dan jiwa, setiap hari yang aku ada.Dan aku masih bertanya kenapa.Kenapa aku kena hadap? Aku tak mahu sebenarnya kalau boleh.Sangat-sangat tak mahu.

Sakit yang aku hadap ini dalam kata mudahnya adalah cinta.Rasa sayang yang mekar makin lama makin besar atas sebab -aku tak tahu.Ya, aku sayangkan dia , dalam erti kata sebenar dan aku pernah berdoa agar dihapuskan segala rasa nikmat ini.Aku tak perlukan sebab rasa ini tak ada guna untuk dia.Rasa ini tak boleh dizahir dengan kata sebab bukan peluang aku dengan dia.Bukan taboo ini boleh jadi realiti macam drama-drama melayu yang menyanjung abnormaliti cinta padahal dalam alam nyata hanya 0.5% kemungkinan perkara-perkara bodoh itu dapat diadaptasi.Dan aku sakit setiap hari - sebab ini.

Aku tak percaya Jodoh,macam orang lain yang tipikal menggunakan terma jodoh ini seakan semua diatur cantik oleh Tuhan sampaikan kau terbuai dalam fantasi terma yang kau reka sendiri atas sebab memuaskan hati - secara luar sedar.Sebab apa aku ada jelaskan dalam tulisan sebelum ini.Tak juga 100% sebenarnya, Cuma aku dah tak ada sebab nak percaya sebab benda yang berlarutan dalam jiwa aku hampir 8 ke 9 Tahun ni.Macam tak ada jalan keluar.Aku dah cuba, aku perah ,aku dah paksa.Masih juga tak boleh hilang.Masih juga kekal hingga sekarang sampaikan aku buntu mana nak dihentak segala pemikiran ini bagi hilang,Secara total.

Sakit ini mungkin sebab segerombolan sel, adrenalin, dan bahan kimia dalam tubuh sakit aku ni terlampau menolak kemungkinan rasa suka pada dia membuak, suka bila melihat dia , suka bila bersama dan turut terkesan dengan rasa rindu bila tak berjumpa padahal sebenarnya aku harap tiada apa.Aku harap kawan biasa.Senang aku fokuskan hidup sehari aku yang tidak teratur.Tapi masih lagi bila ada masa, dia juga yang berlingkar dalam fikiran aku.Walau aku tahu dia macamana.Aku tak sanggup nak hadap benda ni hari-hari.

Dan juga aku belum cukup berani untuk berterus terang .Untuk menerima hinaan , penolakan , pemfriendzonenan dan segala awkward yang akan berlaku jika aku teruskan niat.Ia jadi semakin pelik sebenarnya,Perasaan ni adalah pelik.Mengapa perlu ada macam ni.Mengapa perlu kepada sesetengah orang yang kalau boleh - tak mahu nak jatuh cinta.Kenapa perlu cupid menembak random pada orang yang salah.Adakah salah oku macam aku? Atau salah keabnormaliti dorongan nafsu aku? Atau ianya takdir yang kau tak mahu tapi kena tanggung sakit macam ni hari-hari ?

Serius , aku sayang kau.Lebih dari kawan dan aku tak suka rasa tu,
Aku mahu habiskan hidup dengan kau , Tapi kenapa perlu sampai aku pikir macam ni??
Apa aku nak buat ????

Mar 2, 2015

persoalan nombor 6 : mana datangnya sebuah kemesraan & apa relevan sebuah ikatan.



 Kau duduk buat kerja, keluar bilik , pergi tandas & kau lihat ada dua pasang manusia yang hari² bertemu & bercakap sesama mereka ,secara rutinnya dan mereka tidak penat memberi senyuman , gelak ketawa dan juga ekspresi muka yang gembira seakan dunia bolehdikongsi bersama.Maksud aku , ' mereka ' dua pasang manusia itu adalah berlainan gender .

 Satu lelaki & satu perempuan.

 Mereka kelihatan seperti ada ikatan tapi bagi aku , apa entah yang buat mereka mesra.Aku tak paham.Bukan idealogi kewujudan dan soal falsafah hidup atau isu kepincangan ekonomi & demokrasi negara tapi benda bodoh rutin yang - semalam mereka buat, makan ,minum dan lain².Tapi mereka gembira.

 Aku keluar makan.Duduk satu meja 2 kerusi yang satunya memang kosong , order teh tarik mamak yang bagi aku bukan sesedap mana, ( mungkin sedap lagi kalau aku buat sendiri kat rumah ,ada aroma bagai ) & maggi goreng ayam.

Belakang aku ada pasangan yang berlainan gender jugak.Satu gemuk.Satu kurus.

 Mereka ketawa,Lihat televisyen saluran AXN yang ceritanya berulang macam selalu.Dan ketawa mengulas jalan cerita yang mereka dah tahu memang ulangan, juga diselitkan cerita - apa yang mereka buat semalam.Sama macam pasangan nombor satu yang aku nampak tadi.

 Jadi di sini, aku tertanya - Mana datangnya kemesraan tersebut?
Adakah ia sekadar dicipta oleh manusia sebab tak nak menampakkan awkward pada orang yang kau rasa mungkin pasangan kau , atau takdir yang secara tiba² melahirkan perasaan - " ouh,mungkin secara magikalnya aku ada kimia ( chemistry ) dengan sang tulang rusuk aku ".

 Bagi aku, kemesraan adalah benda yang boleh dicipta.Bukan takdir juga.Ianya adalah kehendak dan cara kau nak menampakkan kau boleh menarik atau buat orang rasa tertarik dengan kau.Sebab sifat manusia berkongsi.Walaupun benda yang kau kongsi , biasanya lah -adalah benda² yang sehari - hari ,hampir semua orang buat.

Dan untuk mendapatkan kemesraan tersebut , kau kena mula dengan berkongsi ( secara tak langsung ) benda tipikal yang kau atau dia buat .Tapi bergantung pada niat.Untuk memuaskan nafsu kau yang salah satu nya dorongan pada berlainan gender atau nak mendapatkan kepuasan menakluk minat pada gender yang berbeza dengan harapan orang akan pandang kau gah, secara tak langsung menjadi orang yang mendamba perhatian.Itu biasa niat mula untuk orang yang mahu sesuatu kemesraan . Atas sebab, kau nak teman

atau kepentingan.

 Bermula daripada kemesraan yang tanpa sedar kau cipta sebab nak memenuhi keinginan nafsu kau.Perasaan bagi aku adalah nafsu .Sebab bila kau ada perasaan pada orang ,secara tak langsung kau mahukan sesuatu yang lebih.Ianya sukar ditolak oleh akal bila ada perkara yang melibatkan perasaan.Jadi kemahuan melayan perasaan itu boleh ditafsir sebagai nafsu.Mungkin tak sehebat nafsu kau nak bersenggama bila ternampak lain gender , tapi ia tetap nafsu.Sebab kau mahu.

 Dan secara tak langsung, ia berkembang menjadi sebuah ikatan.Ikatan yang apa mereka tafsirkan sebagai pasangan atau apa jadah ayat budak muda sekarang.Persoalannya,adakah ia relevan?

Kau membina ikatan yang secara tak logiknya boleh dijadikan satu perhubungan.Ia nya bukan macam famili sebab bukan darah daging kau.Kau bina satu benda yang tak wujud kemungkinan perhubungan.Semua atas nama perasaan , kepercayaan yang kau letak sebab kau rasa dia lain gender, - dia sayang kau walaupun kau sendiri tak pasti effort untuk buktikan sayang itu adalah betul atau sekadar rancangan pemuas nafsu perasaan pada yang mendambakan kau.Lepas tu semua yang berlegar di sekeliling kehidupan antara kau & dia, kau letak atas terma - Jodoh.

Dan secara tak langsung keluarlah ayat cliche yang mengatakan Jodoh daripada Tuhan atau lebih kurang macam tu padahal semua yang berlaku adalah kehendak perasaan yang membuak memenuhi nafsu kau.Adakah ia relevan?

Serius, aku tak paham.