Jul 28, 2014

cerpen : Engkau - pt1




 Lagu ' Battle scars - guy sebatian ft Lupe Fiasco  ' berbunyi kali ketiga di handphone aku.Mata aku masih lagi mengantuk tahap gaban tapi aku malas nak bangun lagi.

 " Man ,henset kau berbunyi lagi.Bising ah.Angkat je lah." Shamsul yang baru keluar daripada bilik air menjerit mengetuk pintu bilik aku yang separuh terbuka,Memang tiap pagi macam ni.Dia pun dah naik muak sejak tiga tahun aku menetap kat sini.

 Dengan mata separuh terbuka , aku gapai telefon tepi bantal.Pancaran daripada skrin telefon aku buat aku silau seketika.Ibarat Ultraman memancarkan serangan penamat kepada raksasa.Membuatkan raksasa silau dan kalah.Tapi aku bukan raksasa,aku cuma orang biasa.

 Aku tolak simbol buka di skrin.Dah agak dah.Memang minah ni suka kacau aku pagi-pagi.Dua mesej dan dua panggilan tak berjawab.Memang hari-hari macam ni.

 " Julia :  Man...bangun lah .. tak pergi kerja ke ? "

 Malas betul aku nak jawab.Tapi karang tak jawab , kesian.Aku reply ,

  " Pergi ".Ringkas dan padat.Hari-hari nak kacau hidup aku .Peduli dengan semua aku nak buat . Bos pun tak pernah telefon aku pergi kerja lewat.Aku tengok jam dinding.Sah ! aku dah lambat.Aku gapai tuala dan ke bilik mandi.

   Jam dah nak cecah pukul sembilan pagi.Waktu kerja aku sepatutnya lapan setengah.Kali ketiga lambat bulan ini.Aku panaskan enjin motor dalam dua , tiga minit kemudian bergerak ke tempat kerja dalam sepuluh minit daripada rumah sewa aku.Sepanjang  tiga tahun aku duduk kat rumah sewa ni, aku tinggal berdua dengan Shamsul saja.Dulu adalah seorang lagi kawan, Akbar namanya.Tapi tak lama dia menetap dengan kami.Dia balik ke kampung atas masalah keluarga.Akhirnya , tinggal aku dan Shamsul.Atau biasa aku panggil namanya Sham.

  Hari ini bos tak ada.Nasib baik betul .Kalau tak menjawab aku masuk kerja lambat hari ini.Aku cari meja aku yang terletak di bahagian tepi sekali.Sebelah dengan meja Maimon.Sampai di bucu meja , macam biasa, aku letak beg sandang aku kat meja.Keluarkan file semalam, letak atas meja, Hidupkan komputer.Kemudian aku duduk sekejap menunggu komputer sampai ke skrin desktop.

 Biasa pagi-pagi macam ni aku curi-curi buka facebook.Tengok kalau ada komen atau mesej yang kena balas.Walaupun laman web yahudi tu tak dibenarkan dibuka kat sini, aku buka juga.Aku lihat notifikasi, tak ada apa menarik.Aku lihat mesej, juga tiada ada kecuali satu atau dua mesej daripada  klien aku yang bulan lepas.Kemudian aku ke news feed baca apa yang kebanyakan kawan-kawan aku yang guna benda ni kongsikan dan status.Satu yang aku nampak pada site sosial buatan yahudi ni,dia menjadikan kita seakan tertarik dan ketagih untuk melihat benda yang sama setiap hari.Menjadikan satu rutin hidup sosial yang yang suntik pengaruh tanpa sedar dalam minda kita.Sama dengan aku.

 Telefon bimbit aku bergetar.Ada mesej masuk dalam whatsapp.Aku pegang .Aku lihat , mana tahu ada klien cari aku pagi-pagi ni nak jumpa atau nak hantar buat design.Oh, ya, aku bekerja dalam bahagian grafik kat sebuah syarikat bumiputera kecil yang menyediakan perkhidmatan grafik, kad kahwin dan bermacam lagi.Nasib aku baik sebab aku dapat kerja kat sini lepas tiga tahun aku menganggur dan jadi kutu haprak kat kampung.Dan ini jadi sebahagian hidup aku sekarang sebab aku buat benda yang aku suka selain daripada berharap dengan gaji yang syarikat bagi.Bagi aku , mana-mana kerja pun ,tujuan hidup kita kerja cuma satu - kau nakkkan gaji.Untuk tanggung perbelanjaan, makan minum anak bini kau, beli barang untuk teruskan hidup.Dan kau hidup dalam kitaran falsafah macam itu.Ekstra bagi aku, aku sukakan benda aku buat.Kesian juga aku fikir bagi sesetengah orang yang judikan masa dan tenaga untuk sara hidup.Tapi tak semua kita ada peluang.Cuma syukur Tuhan bagi hidup.

 Macam yang aku sangka.Minah ni lagi,

" Man , nak lunch dengan Ju ke jap lagi? "

 Aku letak telefon.Aku buka fail dan buat kerja.Tahun ni dah hampir tiga tahun lebih aku kerja kat sini dan tahun ni juga hampir tiga tahun juga aku kenal minah ni.Aku jumpa dia mula-mula masa aku ke gerai Pak Samad tak jauh dengan pejabat aku.Aku dah lambat keluar masa tu, perut dah berkeroncong lagu apa entah , sampai ke gerai aku lihat semua penuh.Tinggal satu je tempat duduk dan yang ada minah ni seorang.Aku pun malas sebenarnya nak menumpang orang ni tapi sebab kan perut lapar aku sapa dia , duduk makan dan buat tak tahu.Kemudian aku dah siap lap mulut semua , dia bersuara.

" Awak kerja sini ke? "

"Haah." Jawab aku ringkas.Aku memang tak suka nak berborak dengan orang tak kenal ni.Terutama perempuan.Entah kenapa.

" Pejabat awak yang kat depan tu kan? Saya nampak awak daripada situ tadi.Hihi' Dia gelak kecil.Aku pandang serius.Entah apa yang lawak, aku tak tahu.Masalah dengan perempuan, bila masuk bab ketawa atau buat lawak , mesti lawak tu tak jadi atau memang tak lawak langsung.Itu yang kita tengok pelawak perempuan dalam drama atau tv macam tak ada motif buat lawak.

"Haah, saya kerja situ." Aku jawab ringkas lagi.Perut aku pun dah penuh dan aku nak chow.

" Saya Julia, esok kita jumpa sini lagi ye? Saya kerja belakang pejabat awak je.Bye ! "

 Awkward dan kacau aku tengah makan,lepas dia mintak diri dia balik.Aku tak ambil tahu pun siapa dan kenapa reaksi dia mesra sangat.Kali pertama jugak aku jumpa orang macam minah ni.Lepas tu setiap kali aku ke Pak Samad, mesti dia ada tunggu aku.Aku cuma layankan je.Tak salah pun kalau ada teman untuk makan.Tak bosan aku sorang-sorang.

 Minah ni jugak banyak cakap dan banyak bercerita.Tak macam aku, aku hanya layan apa yang aku pesan , aku makan kemudian dah kenyang , aku bayar dan balik.Tak pernah aku bercerita pasal diri aku ke apa , dan aku hanya ia kan dua tiga patah apa dia cakap.Cuma yang aku tak faham bagaimana dia boleh lagi cuba baik dengan aku sebab daripada reaksi aku tak ada yang menunjukkan aku selesa dengan dia.Masih lagi macam stranger.Dan benda tu jadi sepanjang aku kerja hingga ke hari ini.Aku boleh anggap dia kawan walaupun aku masih lagi tak selesa.Aku pun tak pernah ada kawan perempuan sebelum ni.