Oct 23, 2014

kerash.





aku sebenarnya dah malas nak bercerita tentang peribadi, tentang perasaan, soal hati atau pasal aku yang tak menarik pun untuk orang dengar , tapi benda ni aku tak boleh nak baling ke dinding dan pecah berderai.Juga tak boleh nak peram sampai berbau.Aku pun tak boleh nak bercerita kat orang sebab ini adalah satunya privasi aku yang aku sendiri tak berani nak langgar.Dan aku kembali ke sini.Kembali memblogkan sedikit rasa.

Aku konfius sebenarnya kalau cakap bab perasaan ni, bukan sesetengah orang yang bercerita smooth macam novel, seronok didengar walaupun bermacam drama.Aku tak ada pun cerita.Cuma soal hati ni aku mengaku, sekuat mana aku bina ego dalam diri, sekuat mana aku nafikan semua,ia tetap tak boleh nak lupa.Perasaan tu sendiri yang cipta watak , fantasi dan skrip pada aku secara aku tak sedar.

Benda ni pun aku tak tahu punca kat mana dan kenapa.Aku puas berfikir kenapa dan aku hujahkan pada diri aku yang benda ni hanya tipikal manusia je yang ada.Aku tak ada kononnya.Aku cipta satu watak yang suka hancurkan harapan orang bukan sebab aku tak nak percaya, tapi sebab aku sendiri tak sanggup nak terima.Aku ketawakan orang .Aku gelak sebab aku rasa orang - orang tu bodoh kononnya.Kalah pada perasaan dan hati sendiri.Padahal sebenarnya yang kalah tu aku.Watak sebenar yang aku tak berani pun tunjuk.

Jadi, berbalik pada logik akal, Tuhan dah beri semua ni.Kita ( aku ) kena terima .Aku rasa itu takdir ke apa jadah yang orang kata.Aku kena percaya.Sebab for my case, aku dah try nak give up.Aku dah cuba.Tapi sebenarnya bab melupa atau me-reset minda tu bukan senang.Kalau senang, cuma bagi aku seminggu dah setel.But it always been on my mind until now.Kacau kerja aku, kacau fokus aku semua ( maksud aku perasaan ni ) dan im not going to go anywhere sebab terlampau ingatkan dia.

Susah sangat sebenarnya.

Selama ni pun aku tak friendly sangat dengan orang lain sebab aku takut yang aku mungkin hilang perasaan pada dia .Aku dah macam tak boleh.Dan kebanyakkan orang yang nak rapat dengan aku ,- give up.Sebab mana-mana orang pun tak suka kalau jenis orang yang nampak serius sangat, takda riak muka.Tak responsive .( buat satu benda yang unresponsive adalah benda yang paling susah sebenarnya- macam kau nampak kucing tengah jalan yang bakal dilanggar dan kau buat tak tahu ) Itu adalah deepest ego yang ada pada aku and I keep the ego till now.

Dan sekarang , ikut kiraan aku , dah lapan tahun mungkin aku simpan perasaan suka kat dia,Daripada sekolah menengah.Dan aku tak boleh nak buang, aku dah cuba.Mungkin susah sebab dia bukan kawan biasa yang kenal mungkin setahun sekali jumpa, atau sekadar hey-yo-whatsup lepas tu hilang.Dia jugak bukan kawan baik-Aku pun tak tahu sebenarnya,Tapi dia bekas sekelas, sebab rumah pun tak jauh dan orang dekat jugak.Dan mungkin jugak sebab selalu lepak , satu team.Atau sebab aku pernah lepak dengan dia,Mungkin?

Aku pula masih disini, tak bergerak kemana lagi, masih lagi mencari sesuatu yang boleh aku sibukkan diri untuk lupakan perasaan ni, masa berlalu, tapi perasaan ni tak boleh lupa.Aku pulak takda cerita kat sesiapa pasal ni, kalau lah mereka tahu, malu besar aku.Bermacam soalan aku kena jawab dan aku tak sanggup.Tapi pendam pun tak sanggup sebenarnya.Entahlah...kalau ikut kajian, perasaan ni datang daripada hormon, tapi..semua orang ada hormon...tapi hormon ke yang lahirkan rasa keliru? yang lahirkan rasa cemburu? Mungkin tak..ia cuma salah satu pendorong.Kita sendiri yang kawal tahap mana dorongan tu effect pada perasaan.

 Rasanya kes yang sebelum ni pun aku dah lupa.It takes time bila kau boleh go through perasaan kau sendiri.Rasa macam kelakar bila kau temu dengan orang yang kau ada hati dengan dia dulu.Yang kau putar lagu bait-bait puisi dalam otak kau , bila kau ada kat depan dia, kau boleh tergelak dan tanya diri kau " perempuan ni ke dulu aku suka? ye ke ? ahahaha" .

 Kelakar.

 Kelakar bila rasa tu sepenuhnya hilang dan itu yang aku mahu, macam sebelum ni.Baru aku tahu apa yang kat depan aku.Tapi dia ni lain.Aku frust dengan orang lain, aku lihat dia, aku frust lagi ( sebab aku tak pernah mencuba sebenarnya ) , aku kembali lihat dia.Dan dia memang sentiasa ada di sini.Itu yang aku tak boleh nak lupa.Aku tak reti juga nak buang macam aku buang perasaan kat orang lain.

 Kalau macam jenis orang yang kau tak kenal ke apa, it maybe hurt.Tapi kau boleh let go, kau boleh lepas.Lantak apa lah sebab bukan kau kenal pada mulanya dan it flow.Macam dia, ia lebih istimewa sebab ia bukan orang yang aku tak kenal.Kalau aku lupakan pun memang tak boleh sebab apa-apa pun mesti aku dengar cerita pasal dia,dengar orang sebut nama dia hari-hari dan mesti jugak aku jumpa dia walaupun aku cuba sebolehnya tak nak.Dan benda ni buat aku buntu.

 Aku bukan macam orang lain.Apa yang kau nak , kau kena dapat.Kau cuba , kau tarik perhatian, kau penuhkan nafsu kau untuk apa yang kau mahu.Aku mengaku, aku suka , sayang dia.Tapi ia nya taboo.Dan menghasilkan ketidakselesaan perasaan,dan aku tahu ia nafsu.Entah kenapa hati aku ni.

Dan rasa konfius ni tak berhenti.Melahirkan rasa kurang senang pada diri sendiri , hampir setiap hari.Ibarat kau berperang dengan diri sendiri & kau tahu kau tak boleh menang,Sebab hati kau kata yang kau nak nafi tak guna sebab kau suka.

Ia macam lagu James Blunt - Tears & Rain.

 Kalau dia ada depan aku sekarang , nak aku cakap : " Seriously, ini nampak macam bodoh & taboo.Dan aku tak tahu kenapa, I like U a LOT.Serious.& I can't stop a minute thinking bout you.Dah macam priority sangat adrenalin ni paksa aku."

 Tapi ada benda yang sebenarnya tak boleh , bukan sebab hukum alam , sekarang ni pun  ramai makhluk-makhluk bodoh yang lawan hukum alam.Aku bagi contoh -GAY.Dah memang terang lawan hukum alam tapi masih lagi membolehkan benda yang unlogically tak boleh.

 Tak boleh bagi aku adalah sebab ia nya tak logik bagi pikiran aku sendiri, kalau orang lain lagi lah.Bukan soal peluang ke , depan mata ke , ikut nafsu aku ke apa.Soal nya, aku tak percaya bagi aku yang benda aku rasa macam inginkan sesuatu tu suite untuk orang  macam aku,Ia macam hopeless sebenarnya.

Ia macam cacing dalam batu,
Dan burung dalam kawanan.

Berbeza.Sangat.

Dan aku harap cerita ini.habis.

Jul 28, 2014

cerpen : Engkau - pt1




 Lagu ' Battle scars - guy sebatian ft Lupe Fiasco  ' berbunyi kali ketiga di handphone aku.Mata aku masih lagi mengantuk tahap gaban tapi aku malas nak bangun lagi.

 " Man ,henset kau berbunyi lagi.Bising ah.Angkat je lah." Shamsul yang baru keluar daripada bilik air menjerit mengetuk pintu bilik aku yang separuh terbuka,Memang tiap pagi macam ni.Dia pun dah naik muak sejak tiga tahun aku menetap kat sini.

 Dengan mata separuh terbuka , aku gapai telefon tepi bantal.Pancaran daripada skrin telefon aku buat aku silau seketika.Ibarat Ultraman memancarkan serangan penamat kepada raksasa.Membuatkan raksasa silau dan kalah.Tapi aku bukan raksasa,aku cuma orang biasa.

 Aku tolak simbol buka di skrin.Dah agak dah.Memang minah ni suka kacau aku pagi-pagi.Dua mesej dan dua panggilan tak berjawab.Memang hari-hari macam ni.

 " Julia :  Man...bangun lah .. tak pergi kerja ke ? "

 Malas betul aku nak jawab.Tapi karang tak jawab , kesian.Aku reply ,

  " Pergi ".Ringkas dan padat.Hari-hari nak kacau hidup aku .Peduli dengan semua aku nak buat . Bos pun tak pernah telefon aku pergi kerja lewat.Aku tengok jam dinding.Sah ! aku dah lambat.Aku gapai tuala dan ke bilik mandi.

   Jam dah nak cecah pukul sembilan pagi.Waktu kerja aku sepatutnya lapan setengah.Kali ketiga lambat bulan ini.Aku panaskan enjin motor dalam dua , tiga minit kemudian bergerak ke tempat kerja dalam sepuluh minit daripada rumah sewa aku.Sepanjang  tiga tahun aku duduk kat rumah sewa ni, aku tinggal berdua dengan Shamsul saja.Dulu adalah seorang lagi kawan, Akbar namanya.Tapi tak lama dia menetap dengan kami.Dia balik ke kampung atas masalah keluarga.Akhirnya , tinggal aku dan Shamsul.Atau biasa aku panggil namanya Sham.

  Hari ini bos tak ada.Nasib baik betul .Kalau tak menjawab aku masuk kerja lambat hari ini.Aku cari meja aku yang terletak di bahagian tepi sekali.Sebelah dengan meja Maimon.Sampai di bucu meja , macam biasa, aku letak beg sandang aku kat meja.Keluarkan file semalam, letak atas meja, Hidupkan komputer.Kemudian aku duduk sekejap menunggu komputer sampai ke skrin desktop.

 Biasa pagi-pagi macam ni aku curi-curi buka facebook.Tengok kalau ada komen atau mesej yang kena balas.Walaupun laman web yahudi tu tak dibenarkan dibuka kat sini, aku buka juga.Aku lihat notifikasi, tak ada apa menarik.Aku lihat mesej, juga tiada ada kecuali satu atau dua mesej daripada  klien aku yang bulan lepas.Kemudian aku ke news feed baca apa yang kebanyakan kawan-kawan aku yang guna benda ni kongsikan dan status.Satu yang aku nampak pada site sosial buatan yahudi ni,dia menjadikan kita seakan tertarik dan ketagih untuk melihat benda yang sama setiap hari.Menjadikan satu rutin hidup sosial yang yang suntik pengaruh tanpa sedar dalam minda kita.Sama dengan aku.

 Telefon bimbit aku bergetar.Ada mesej masuk dalam whatsapp.Aku pegang .Aku lihat , mana tahu ada klien cari aku pagi-pagi ni nak jumpa atau nak hantar buat design.Oh, ya, aku bekerja dalam bahagian grafik kat sebuah syarikat bumiputera kecil yang menyediakan perkhidmatan grafik, kad kahwin dan bermacam lagi.Nasib aku baik sebab aku dapat kerja kat sini lepas tiga tahun aku menganggur dan jadi kutu haprak kat kampung.Dan ini jadi sebahagian hidup aku sekarang sebab aku buat benda yang aku suka selain daripada berharap dengan gaji yang syarikat bagi.Bagi aku , mana-mana kerja pun ,tujuan hidup kita kerja cuma satu - kau nakkkan gaji.Untuk tanggung perbelanjaan, makan minum anak bini kau, beli barang untuk teruskan hidup.Dan kau hidup dalam kitaran falsafah macam itu.Ekstra bagi aku, aku sukakan benda aku buat.Kesian juga aku fikir bagi sesetengah orang yang judikan masa dan tenaga untuk sara hidup.Tapi tak semua kita ada peluang.Cuma syukur Tuhan bagi hidup.

 Macam yang aku sangka.Minah ni lagi,

" Man , nak lunch dengan Ju ke jap lagi? "

 Aku letak telefon.Aku buka fail dan buat kerja.Tahun ni dah hampir tiga tahun lebih aku kerja kat sini dan tahun ni juga hampir tiga tahun juga aku kenal minah ni.Aku jumpa dia mula-mula masa aku ke gerai Pak Samad tak jauh dengan pejabat aku.Aku dah lambat keluar masa tu, perut dah berkeroncong lagu apa entah , sampai ke gerai aku lihat semua penuh.Tinggal satu je tempat duduk dan yang ada minah ni seorang.Aku pun malas sebenarnya nak menumpang orang ni tapi sebab kan perut lapar aku sapa dia , duduk makan dan buat tak tahu.Kemudian aku dah siap lap mulut semua , dia bersuara.

" Awak kerja sini ke? "

"Haah." Jawab aku ringkas.Aku memang tak suka nak berborak dengan orang tak kenal ni.Terutama perempuan.Entah kenapa.

" Pejabat awak yang kat depan tu kan? Saya nampak awak daripada situ tadi.Hihi' Dia gelak kecil.Aku pandang serius.Entah apa yang lawak, aku tak tahu.Masalah dengan perempuan, bila masuk bab ketawa atau buat lawak , mesti lawak tu tak jadi atau memang tak lawak langsung.Itu yang kita tengok pelawak perempuan dalam drama atau tv macam tak ada motif buat lawak.

"Haah, saya kerja situ." Aku jawab ringkas lagi.Perut aku pun dah penuh dan aku nak chow.

" Saya Julia, esok kita jumpa sini lagi ye? Saya kerja belakang pejabat awak je.Bye ! "

 Awkward dan kacau aku tengah makan,lepas dia mintak diri dia balik.Aku tak ambil tahu pun siapa dan kenapa reaksi dia mesra sangat.Kali pertama jugak aku jumpa orang macam minah ni.Lepas tu setiap kali aku ke Pak Samad, mesti dia ada tunggu aku.Aku cuma layankan je.Tak salah pun kalau ada teman untuk makan.Tak bosan aku sorang-sorang.

 Minah ni jugak banyak cakap dan banyak bercerita.Tak macam aku, aku hanya layan apa yang aku pesan , aku makan kemudian dah kenyang , aku bayar dan balik.Tak pernah aku bercerita pasal diri aku ke apa , dan aku hanya ia kan dua tiga patah apa dia cakap.Cuma yang aku tak faham bagaimana dia boleh lagi cuba baik dengan aku sebab daripada reaksi aku tak ada yang menunjukkan aku selesa dengan dia.Masih lagi macam stranger.Dan benda tu jadi sepanjang aku kerja hingga ke hari ini.Aku boleh anggap dia kawan walaupun aku masih lagi tak selesa.Aku pun tak pernah ada kawan perempuan sebelum ni.

Jun 12, 2014

Cerpen : Mungkin





 " Sampai bila Nuar? Sampai bila kau nak macam ni? Sorry to say lah tapi aku tengok kau dah macam orang bodoh Nuar.Cuba jujur sikit dengan diri kau.Aku nasihat kau banyak kali dah kan ? Tapi kau tetap macam ni jugak."

  " Entahlah ,Jib "

  Gelas minuman yang mengandungi kafein itu diletakkan kembali oleh Anuar selepas dua hirup lalu di tekak.Dia kemudian memandang gelas yang mengandungi separuh minuman itu dan mengusik-ngusik tangkai gelas.

  " 12 tahun dah Nuar, 12 tahun.Kau nak tunggu sampai bila lagi? Sampai kau mati masuk kubur? Sampai dia beranak pinak ? Kemon-lah, move on lah Nuar ."

  " Tapi kau  tak paham Jib, aku sayangkan dia .Aku tak tahu what bother me so much ,apa yang buat aku sampai macam ni , aku pun tak faham kenapa ,tapi aku sayangkan dia . "

  " Sayang ? Orang lain pun bersayang jugak Nuar, Tapi tak bodoh macam kau.Maaf cakaplah.Aku kenal kau lama Nuar.Ye, aku tahu kau sukakan dia lama tapi things are different now Nuar, accept it.Susah sangat ke?

  " Entahlah Jib, kau cuma boleh cakap je kan.Tapi kau tak pernah paham.Aku pun tak mintak ada perasaan kat dia.Tapi aku bukan senang nak lupa atau sukakan orang.Kau pun tahu kan.Lain lah kau dulu, bertukar-tukar pasangan dah macam apa dah.

   Jam dah berdetik hampir ke pukul 2, Tiba-tiba ringtone lagu daripada " Daughtry - Home " berbunyi daripada kocek Ajib.Dia menyeluk poket seluar dan tertera nama ' Ragemah ' di skrin.Kemudian simbol terima panggilan ditekan.

  " Wa'laikumsalam Mah, abang kat kopitiam Talib ni dengan Nuar.Apa? nak kirim gula? Ha, nanti balik abang belikan .Okay , nanti abang balik cepat sikit ye.Teman Nuar ni kejap je.Dia ada masalah sikit "

 " Uhuk!! " Anuar menekup mulut dengan tangan .

 " Kau tersedak ni kenapa? sindir aku ke apa Nuar? " Handphone kembali dimasukkan ke dalam kocek seluar.

  " Aku takde lah takut bini bro.Aku respek bini,jangan salah anggap . Engkau tu je yang tak nak kahwin.Tak habis - habis menunggu Julia tu.Dah macam takda makhluk lain dalam dunia ni."

  " Tapi dia lain bro."

  " Lain ? Kau ni banyak betullah tengok drama melayu.Banyak hafal skrip ya? Apa yang lain bro? Semua perempuan sama.Engkau tu je yang rasa lain sebab engkau perasan.Perasaan tu yang kaburkan minda kau,yang cipta kebetulan ,yang cipta seronok bagai bila kau dengan dia.Yang cipta perasaan indah yang bermain hari - hari dalam pikiran kau tu.Takda yang lainnya.Dia bukan layan kau pun sebenarnya.Tolong bro, tolong...."

  Pelayan restoran tersebut laju mendekati Ajib selepas dilambaikan tangan untuk mengambil pesanan kali kedua.Kali ini, Ajib memesan laici ais mengantikan teh ais yang sudah habis segelas.

  Ajib kembali menyeluk poket dan mengambil handphone samsung Galaxy K zoom nya.Kemudian dia kelihatan mencari sesuatu dalam aplikasi facebook yang dibuka.

 " Nah tengok ! " Handphone kemudian bertukar tangan kepada Nuar.

 " Apa ni ? " Soal Nuar, dia kelihatan bingung dengan apa yang ditunjuk Ajib.

  " Kau reti baca ke tak ni ? Semalam Milahnau baru tag aku , Julia kau tu dah nak kahwin hujung bulan depan.Kau tak tahu ? "

 " Hah ? Tapi dia takda pun tag ke beritahu aku "

 " Nak tahu kenapa ? Sebab dia tak pernah pun anggap kau tu kawan dia.Kalau aku kata kau bodoh lagi sekali karang ,kesian pulak kau , tapi itulah....takkanlah kau tak sedar? "

" Kau tu bukannya siapa-siapa pada dia.Itu yang aku nak pahamkan kau tapi kau bebal jugak sampai sekarang .Kau jangan ingat dia baik dengan kau dulu ,kau ada makna pada dia ? Tak....Nuar , dia cuma anggap kau kawan biasa je .Tak perlu kau nak perasan lebih.Tak perlu kau nak anggap dia kawan baik ke , apa jadah yang kau pikir.Ni bukannya filem.Realitinya benda-benda tu takkan jadi pada kau , bro."

 " Tapi...."

  " Tapi apa? Sebab 4 tahun lepas ? Sebab lepas kau tegur dia dulu dia baik tiba-tiba dengan kau ? Dia baik bersebab bro.Bersebab . Yang kau pulak aku tengok masa tu dah macam orang anggau . Sampai aku pun kau buat tak layan.Serius annoying gila perangai kau masa tu kau tahu tak? Tapi aku takdelah nak cakap depan kau masa tu, takut kau terasa ."


  " Macam ni bro, sorry lah apa yang aku cakap.Bukan aku tak support kau.Bukan aku nak kata kau ni apa ke ,Benda macam ni , bab perasaan ni aku paham memang komplikated.Tapi tengok daripada apa jadi kat kau ni , aku kesian.Ye lah, tak sepatutnya kau jadi macam ni.Tapi some people killed themself for this type of love.Aku tak nak kau tanggung benda ni macam benda ni salah satu keperluan asas hidup kau "

 " Aku paham Jib,apa kau nak sampaikan...tapi nak lupakan benda yang depan mata aku dulu bukan senang Jib.Bukan senang.Aku tak minta benda macam ni jadi kat aku.Aku pun rasa annoying kadang bila aku pikirkan balik tapi it's more like routine.Aku dah jumpa dia hari - hari bro, dan tiba-tiba perkara tu hilang.Ia kuatkan lagi rasa rindu tu .Aku tak paham pun sebenarnya macam mana keadaan ni.Tapi aku tak boleh lari, aku dah mula sayangkan dia.Bukan benda senang bila ia dah jadi parut dalam hati, Jib ".

 " Macam ni, aku bukan nak tuduh dia jahat ke apa ke .Bagi aku, memang jahat kalau orang buat kau macam ni Nuar,tapi dalam dunia ni Nuar, tak semua benda kita nak dapat .Tak semua ditentukan untuk kita.Tak semua yang jadi tu benda baik.Mungkin ni pengajaran untuk kau.Aku pun tak boleh cakap apa.Mungkin juga hikmah.Tapi benda macam ni memang biasa Nuar.Sebab benda ni soal perasaan.Bukan boleh paksa.Bukan boleh kawal.Kau nangis keluar air sirap pun , it still happens.Aku cuma boleh nasihat kan  kau, cuba lupakan .Cuba terima kenyataan.Kalau iya kau sayangkan dia,doakan yang baik-baik untuk dia walaupun aku rasa dia mungkin tak kenal kau dah kot.Aku nak chow dulu ok, jumpa lagi "

 Ajib berlalu daripada kopitiam tersebut meninggalkan Anuar yang masih lagi berfikir.Mungkin ada betul nasihat rakannya itu.

p/s : lagu tema macam tak berapa nak kena..