Nov 18, 2013

ikhlas & jodoh.part 1

  

( part 1) apa itu jodoh?

 
bila umur dah berganda naik ni, aku tiba-tiba pikir pasal satu benda yang memang aku tak amik port sangat - pasal jodoh.. mungkin benda ni belum sampai masa atau dalam bahasa clichenya ' ketentuan Tuhan ' tapi bila ukur pada umur dan pada situasi perubahan rakan-rakan yang ada, buat aku jadi berfikir " adakah aku akan habiskan sisa hidup tanpa teman? ".


Benda ni buat aku kembali pada lumrah manusia yang perlukan teman hidup & pemangkin zuriat.Walaupun pada mulanya aku pelik dan tak percaya pada jodoh itu sendiri.

 -Jodoh di tangan Tuhan.?

  Ia mungkin benar jodoh adalah sepenuhnya kuasa Tuhan atau mungkin juga jodoh itu adalah kepandaian manusia sendiri atas dorongan nafsu,sifat tertarik dan perlukan teman itu sendiri yang melahirkan satu frasa yang digelar jodoh.

Dalam konteks relationship pula mungkin adalah kelebihan seseorang yang tahu memanipulasi sifat tarikan menjadikan ia sebuah kepercayaan yang menguatkan apa yang digelar jodoh itu sendiri.Bagi aku, there no such things as called " jodoh " jika kita tak tahu atau tak cukup pandai menciptanya sendiri.


  Ia mungkin bukan macam video, cerita tv ataupun.novel yang dihasilkan oleh seseorang perempuan tipikal yang penuh imaginasi dan dahagakan adegan-adengan romantik adaptasi.Ia lebih kepada perkara komplikated yang tak dijangka hasil perjalanan perhubungan itu sendiri.Yang menentukan keputusan berakhirnya sebuah perhubungan itu terletak pada tahap keserasian ,tempoh masa yang berjalan dan sekuat mana kepercayaan dan juga tahap kebosanan yang ada pada pasangan masing2.Bukannya atas ketentuan jodoh.

   Bagi jenis yang macam aku yang tak pernah bercakap dengan perempuan , tak pandai dan tak ada tanda-tanda boleh mesra dengan orang , mungkin perkara jodoh ini adalah soal berat buat aku.Even untuk muvi " densha otoko " pun adalah satu benda yang karut untuk dunia realiti.Tapi ia cuma cerita,memang karut dan bagi harapan pada manusia forever alone dan manusia yang berdimensi lain macam aku.The truth is, siapa yang boleh accept kalau orang yang cacat , takda pendirian diri , tak da keyakinan & hopeless melainkan kalau banyak duit.Kalau tak , ia akan menjadikan kau seorang badut-.Watak yang dicipta untuk jadi gelak tawa orang lain.


 Terlahirnya sebuah ikatan kononnya jodoh itu cuma daripada kehendak manusia sendiri yang ingin memenuhi keperluan.Dan dikuatkan lagi dengan dorongan rasa sayang & suka yang terbit daripada naluri sebenar manusia.Mungkin perkara tipikal tanpa sedar ini yang melahirkan kebodohan laila majnun , mengembangkan fantasi " happy ending " pada setiap cerita cinta yang direka oleh manusia.Terutama cerita & drama melayu.




-bersambung....

2 comments:

Farhana Aziz said...

Aku percaya pada jodoh. Dan aku percaya yang semua benda yang jadi tu ada sebab dia.

Everything happens for a reason.

Dan ayat kat atas ni yang buat aku kuat nak lalu hari-hari mendatang. Sebab aku nak cari sebab-sebab tu.

KiD said...

terpulang pada diri sendiri.
mungkin sesetengah orang boleh duga jodoh itu datang.
Atau sesetengah orang lagi rasa tak.
Sebab tak semua orang dapat rasa relevannya bila ada hubungan dengan orang.Dan juga orang yang tak reti nak jaga hubungan itu sendiri dapat peluang berkali-kali.