Sep 5, 2013

hati ini perasaan atau perasan ?



 setiap hari aku setkan dalam minda , yang aku nak tipu perasaan aku.Ya, perasaan adalah satu simptom penyakit bagi aku yang boleh merosakkan hati dan minda si perasan dan si punya perasaan tu sendiri.Tak lain tak bukan ialah Aku.Dulu, aku nafikan benda-benda yang melibatkan perasaan ni sebab aku rasa jijik , aku rasa aku tak patut ada dalam dilema macam ni, aku takut sebenarnya nak hadap benda yang tak langsung aku mintak ni.Sebab aku tak faham kenapa ia nya lahir.Dari mana datang nya hasutan minda yang mengatakan ianya adalah cinta kerana berperasaan pada makhluk lain.Dan aku cipta satu watak yang bencikan perhubungan tu sendiri.Watak yang bila kau pandang orang, kau rasa muak.Padahal ia membuak-buak mempersoalkan kenapa lahirnya sebuah perhubungan itu.

 Lama kelamaan watak tu hancur.Hancur kepada fitrah manusia itu sendiri.-Iaitu tertarik.Aku mengaku aku dah kalah pada protagonis yang menafikan perasaan manusia.Mungkin aku tak terbawa dengan diri aku yang asal.Mungkin sebab tiga tahun lepas aku rasa perasan tu satu perasaan.Mungkin aku cukup sakit hati bila buat sesuatu untuk orang yang kita sayang , in the end of the days , ia tak bermakna apa.Mungkin bukan sebagai kawan pun.

 Aku pun curious cerita lama tu nak dinobatkan sebagai friendzone atau bukan.Mungkin juga bukan.Mungkin juga ada sesetengah makhluk Tuhan yang suka susahkan orang lain.Yang suka cari seseorang yang sangup dengar semua cerita , semua drama , semua baik buruk tentang diri dia dan boleh ada untuk dia 24 jam.Mungkin juga dia cari seorang robot tanpa perasaan yang boleh hilangkan duka dan cipta suka untuk dia tatap hari-hari?

 Tapi aku manusia.Aku bukan robot.Walaupun aku dapat nafikan perasaan itu pada mulanya.Tapi ia lahir.Dan ia bercambah walaupun aku tak siram.Ia mekar walaupun aku abai dan tumbuh walaupun tak dibaja.Aku tak boleh nak lawan kuasa Tuhan.Ia takdir.

 Ia nya berakhir dengan cepat bila aku berhabis keringat untuk lihat dia tersenyum pada hari yang indah buat dia.Dan dimaki aku dengan kata yang aku sendiri tak tahu kenapa dia terlalu jujur untuk berkata begitu.Sehabis baik aku layankan karenahnya yang mungkin pada orang lain , dia bukan perempuan yang baik.Tapi aku juga disalah.Entah kenapa.Ia berakhir dengan , bukan - kawan , kawan baik atau seseorang yang istimewa pada dia.Ia nya berakhir dengan makian yang aku sendiri tak tahu kenapa.Ia berakhir dengan benci pada orang yang sentiasa ada untuk dia.Gembira bagi dia , sakit bagi aku.

 Dan aku juga dah lupa perasaan itu macamana buat seketika.Melihat seorang yang pernah aku rasa istimewa dulunya  yang telah pun mempunyai cahaya mata.Tahniah buat dia.Dan buat laki dia yang juga kawan baik dulu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Setelah hampir dua tahun perasaan itu mati diracun masa sampai ke akar hati, ia tumbuh semula daripada celah akar busuk yang sudah mereput.Cuma Ia mekar dengan benih yang lama tak hidup.Ia mekar secara tiba-tiba walaupun aku sehabis baik nak buang semua benih yang ada.Walaupun aku tak bagi peluang.

 Cuma kali ini aku lebih panik dengan perasaan ini , kerana ianya telah terperam lama.8 tahun lamanya.
Aku memang jenis susah nak lupa dan susah nak suka pada orang.Dan aku risau ia nya berakhir dengan benda yang sama pada watak utama yang pernah bermain dalam minda aku dulu.Cuma dia adalah seorang kawan lama.Bukan senang nak lupakan.

 Jadi aku cuma cuba lari daripada masalah.Aku harap dia tak tahu yang sukakan dia.Aku takut dia marah , aku takut pada perasaan aku sendiri.Aku pening dan aku konfius.Konfius yang terlalu lama sampaikan aku tak boleh nak bergerak selagi perasaan sayang ini bermain dalam setiap detik hari aku lalui.Aku harap ia mati bila aku cuba nak elakkan tapi ia bercabang pula sebagai rindu.Ia bermain dengan alunan musik segala perkara yang ada berkaitan dengan dia walaupun tak seistimewa mana jika ia dijadikan cerita.Dan ia berulang dengan memori yang sama tiap hari.Bermula dari pagi hari aku buka mata.

 Aku masih lagi bertanya pada diri yang menumpang jasad kecil ini, kenapa aku biarkan ia bermula? Kenapa aku tak abaikan perasaan ini macam yang sebelum ini aku buat? Kenapa tiba-tiba ia jadi suatu perkara yang penting?

Entah.

Aku masih lagi tak dapat paham kenapa ia terjadi.Sebelum ini aku cuba tidak bertegur, cuba tidak berbaik kerana risau akan berlaku sesuatu yang mempermainkan perasaan yang sedia ada ini tapi ditakdirkan secara tiba-tiba dan secara tak logiknya aku berhubung terlalu kerap dengannya.Sampaikan perasaan ini mula bertukar lebih drastik daripada sebelumnya.

 Aku cuma berharap untuk jadi seorang kawan rapat / kawan baik kalau boleh.Tapi dia sudahpun ada ramai kawan yang sentiasa ada dengannya.Jadi ia mungkin bukan aku.Aku tak berharap lebih kerana aku tahu ini cuma perasaan.Dan aku amat bencikan perasaan ini.Aku memang tidak mahu ia bergerak seinci daripada status kawan.Jadi , aku pendamkan walaupun kadang-kadang cemburu itu lebih membuak bila melihat dia ada ramai kawan baik & kawan rapat yang ada.Aku cuma seorang daripada beratus kawan biasa dia mungkin.Jadi aku tarik diri dan cuba lari.

 Kepada dia , : aku tahu dia baca blog ni dan dia pernah komen.Cuma dia satu-satu kawan lama yang tahu pasal blog ni.Dan aku tak mengaku aku sukakan dia bila dia bertanya ' siapa ' watak yang aku pernah tulis dalam post yang lepas.Mintak maaf.Aku tak mintak perasaan ni lahir.Aku tahu benda ni macam annoying gila babi tapi aku bukan orang yang kuat menentang perasaan.Aku bukan jenis orang yang ada tempat nak bercerita.Dan aku tak pernah sebenarnya tunjuk perangai sebenar aku pada kawan-kawan yang aku pernah ada.Kalau diaorang kata ada yang kenal aku.Ia memang bullshit kerana aku seorang yang hipokrit.

 Aku harap dia bahagia dengan apa yang dia ada.Aku harap dia bahagia dengan siapa yang dia ada.Apa yang dia buat.Aku cuma mampu doakan yang terbaik buat dia.Sebab dia yang aku kenal memang seorang yang terbaik dalam pencapaian hidup dia.Aku harap dia tak berubah dengan perangai happy go lucky dia.Aku suka tengok dia senyum.

 Terima kasih kerana jadi kawan.Terima kasih kerana pernah ingat tentang aku.Terima kasih kerana pernah ambil tahu tentang aku walaupun kita tak kenal sangat pun.

 Satu benda yang taboo & awkward bila kau ada perasaan kat member sendiri.Aku tahu.

Tapi aku memang tak boleh nak buang perasaan bodoh ni, jadi aku tulis kat sini.Cuma luahan satu benda yang mungkin susah nak luah pada siapa bila kau takda orang yang sanggup dengar.

Noktah.
pffft....

p/s-macam haram penulesan gua.