Dec 28, 2013

ikhlas & jodoh.part 2



( part 2 ) ikhlas itu dari mana?

 Kita biasa dengar tentang sifat keikhlasan ni.Tapi satu benda yang mungkin kita tak sedar
sebenarnya ikhlas nya manusia ni bukan dapat kita lihat.Bukan dapat kita tahu,yang boleh
adalah kita rasa ,' mungkin ' orang itu ikhlas atau pun tak.

 Kalau tanya aku , sejujurnya aku jawab yang ikhlas tu sebenarnya tak pernah wujud.Yang
wujud adalah rasa terharu atas sesuatu benda yang kita lihat sebab kita rasa perbuatan itu
macam beriya-iya padahal semuanya atas sebab.Ya, manusia ni buat satu-satu benda atas
sebab.Tak adanya yang tak bersebab.Semua atas berkehendakkan sesuatu.Tak kira lah
sekecil kuman pun kehendak  tu contohnya , kau tolong orang sebab kau nak orang tu
percaya kat kau even kau nampak macam tak mintak apa.Atau kau nak orang rasa kau hebat
atau kau cari kawan atas sebab kau nak puaskan hati kau.Kau nak orang rasa kau baik.Kau
nak orang terima jahil hidup kau.

 Benda ni jugak yang adaptasi dalam konteks kawan.Takde orang dalam dunia ni yang
berkawan atas sebab "kita kawan" atau ikhlas nak cari teman kerana Tuhan.Semua atas
sebab nak puaskan hati sendiri sebenarnya.Dan jugak sebenarnya tak wujud pun apa kaitan
yang digelarkan kawan tu.Ia lebih pada , kau cari teman ; kau nak kongsi cerita; kau nak
orang percaya yang kau ni satu hidupan yang boleh buat orang rasa seronok dengan kau.Tapi
masing-masing ada tujuan sendiri.Kalau ada yang kata dia bestfren ke  jadah apa pun,-Dia
TIPU.Manusia ni memang hipokrit.Buat baik untuk buat orang percaya pada dia padahal tak
lebih daripada nak gunakan orang.Dan tak da sebenarnya manusia yang tak prejudis pada
orang lain.Tak ada ikhlas tu melainkan disebut pada kamus dan mulut manusia je.


  Yang ada kau kenal hari-hari ,yang kau tegur hari-hari tu sebenarnya tak lebih daripada
kenalan.Orang yang kau tahu serba sedikit tentang dia dan kau biasa jumpa.Apa relevan untuk
kau tegur orang tu pun aku tak paham.Padahal semua orang hipokrit.Semua orang sama.Tak
perlu pun sebenarnya nak kenal lebih kalau kita sendiri tak bertujuan.

 Kawan tu sebenarnya tak lebih daripada tempat berhibur , dan untuk memenuhi keinginan
harian kau yang perlukan peneman dan untuk berkongsi sesuatu.Bukan berlandaskan
keikhlasan.Bodoh pada yang percaya ia nya betul atau bertuah sebab mungkin ada ikhlas
yang sebenar....

Heh.

Nov 18, 2013

ikhlas & jodoh.part 1

  

( part 1) apa itu jodoh?

 
bila umur dah berganda naik ni, aku tiba-tiba pikir pasal satu benda yang memang aku tak amik port sangat - pasal jodoh.. mungkin benda ni belum sampai masa atau dalam bahasa clichenya ' ketentuan Tuhan ' tapi bila ukur pada umur dan pada situasi perubahan rakan-rakan yang ada, buat aku jadi berfikir " adakah aku akan habiskan sisa hidup tanpa teman? ".


Benda ni buat aku kembali pada lumrah manusia yang perlukan teman hidup & pemangkin zuriat.Walaupun pada mulanya aku pelik dan tak percaya pada jodoh itu sendiri.

 -Jodoh di tangan Tuhan.?

  Ia mungkin benar jodoh adalah sepenuhnya kuasa Tuhan atau mungkin juga jodoh itu adalah kepandaian manusia sendiri atas dorongan nafsu,sifat tertarik dan perlukan teman itu sendiri yang melahirkan satu frasa yang digelar jodoh.

Dalam konteks relationship pula mungkin adalah kelebihan seseorang yang tahu memanipulasi sifat tarikan menjadikan ia sebuah kepercayaan yang menguatkan apa yang digelar jodoh itu sendiri.Bagi aku, there no such things as called " jodoh " jika kita tak tahu atau tak cukup pandai menciptanya sendiri.


  Ia mungkin bukan macam video, cerita tv ataupun.novel yang dihasilkan oleh seseorang perempuan tipikal yang penuh imaginasi dan dahagakan adegan-adengan romantik adaptasi.Ia lebih kepada perkara komplikated yang tak dijangka hasil perjalanan perhubungan itu sendiri.Yang menentukan keputusan berakhirnya sebuah perhubungan itu terletak pada tahap keserasian ,tempoh masa yang berjalan dan sekuat mana kepercayaan dan juga tahap kebosanan yang ada pada pasangan masing2.Bukannya atas ketentuan jodoh.

   Bagi jenis yang macam aku yang tak pernah bercakap dengan perempuan , tak pandai dan tak ada tanda-tanda boleh mesra dengan orang , mungkin perkara jodoh ini adalah soal berat buat aku.Even untuk muvi " densha otoko " pun adalah satu benda yang karut untuk dunia realiti.Tapi ia cuma cerita,memang karut dan bagi harapan pada manusia forever alone dan manusia yang berdimensi lain macam aku.The truth is, siapa yang boleh accept kalau orang yang cacat , takda pendirian diri , tak da keyakinan & hopeless melainkan kalau banyak duit.Kalau tak , ia akan menjadikan kau seorang badut-.Watak yang dicipta untuk jadi gelak tawa orang lain.


 Terlahirnya sebuah ikatan kononnya jodoh itu cuma daripada kehendak manusia sendiri yang ingin memenuhi keperluan.Dan dikuatkan lagi dengan dorongan rasa sayang & suka yang terbit daripada naluri sebenar manusia.Mungkin perkara tipikal tanpa sedar ini yang melahirkan kebodohan laila majnun , mengembangkan fantasi " happy ending " pada setiap cerita cinta yang direka oleh manusia.Terutama cerita & drama melayu.




-bersambung....

Sep 5, 2013

hati ini perasaan atau perasan ?



 setiap hari aku setkan dalam minda , yang aku nak tipu perasaan aku.Ya, perasaan adalah satu simptom penyakit bagi aku yang boleh merosakkan hati dan minda si perasan dan si punya perasaan tu sendiri.Tak lain tak bukan ialah Aku.Dulu, aku nafikan benda-benda yang melibatkan perasaan ni sebab aku rasa jijik , aku rasa aku tak patut ada dalam dilema macam ni, aku takut sebenarnya nak hadap benda yang tak langsung aku mintak ni.Sebab aku tak faham kenapa ia nya lahir.Dari mana datang nya hasutan minda yang mengatakan ianya adalah cinta kerana berperasaan pada makhluk lain.Dan aku cipta satu watak yang bencikan perhubungan tu sendiri.Watak yang bila kau pandang orang, kau rasa muak.Padahal ia membuak-buak mempersoalkan kenapa lahirnya sebuah perhubungan itu.

 Lama kelamaan watak tu hancur.Hancur kepada fitrah manusia itu sendiri.-Iaitu tertarik.Aku mengaku aku dah kalah pada protagonis yang menafikan perasaan manusia.Mungkin aku tak terbawa dengan diri aku yang asal.Mungkin sebab tiga tahun lepas aku rasa perasan tu satu perasaan.Mungkin aku cukup sakit hati bila buat sesuatu untuk orang yang kita sayang , in the end of the days , ia tak bermakna apa.Mungkin bukan sebagai kawan pun.

 Aku pun curious cerita lama tu nak dinobatkan sebagai friendzone atau bukan.Mungkin juga bukan.Mungkin juga ada sesetengah makhluk Tuhan yang suka susahkan orang lain.Yang suka cari seseorang yang sangup dengar semua cerita , semua drama , semua baik buruk tentang diri dia dan boleh ada untuk dia 24 jam.Mungkin juga dia cari seorang robot tanpa perasaan yang boleh hilangkan duka dan cipta suka untuk dia tatap hari-hari?

 Tapi aku manusia.Aku bukan robot.Walaupun aku dapat nafikan perasaan itu pada mulanya.Tapi ia lahir.Dan ia bercambah walaupun aku tak siram.Ia mekar walaupun aku abai dan tumbuh walaupun tak dibaja.Aku tak boleh nak lawan kuasa Tuhan.Ia takdir.

 Ia nya berakhir dengan cepat bila aku berhabis keringat untuk lihat dia tersenyum pada hari yang indah buat dia.Dan dimaki aku dengan kata yang aku sendiri tak tahu kenapa dia terlalu jujur untuk berkata begitu.Sehabis baik aku layankan karenahnya yang mungkin pada orang lain , dia bukan perempuan yang baik.Tapi aku juga disalah.Entah kenapa.Ia berakhir dengan , bukan - kawan , kawan baik atau seseorang yang istimewa pada dia.Ia nya berakhir dengan makian yang aku sendiri tak tahu kenapa.Ia berakhir dengan benci pada orang yang sentiasa ada untuk dia.Gembira bagi dia , sakit bagi aku.

 Dan aku juga dah lupa perasaan itu macamana buat seketika.Melihat seorang yang pernah aku rasa istimewa dulunya  yang telah pun mempunyai cahaya mata.Tahniah buat dia.Dan buat laki dia yang juga kawan baik dulu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Setelah hampir dua tahun perasaan itu mati diracun masa sampai ke akar hati, ia tumbuh semula daripada celah akar busuk yang sudah mereput.Cuma Ia mekar dengan benih yang lama tak hidup.Ia mekar secara tiba-tiba walaupun aku sehabis baik nak buang semua benih yang ada.Walaupun aku tak bagi peluang.

 Cuma kali ini aku lebih panik dengan perasaan ini , kerana ianya telah terperam lama.8 tahun lamanya.
Aku memang jenis susah nak lupa dan susah nak suka pada orang.Dan aku risau ia nya berakhir dengan benda yang sama pada watak utama yang pernah bermain dalam minda aku dulu.Cuma dia adalah seorang kawan lama.Bukan senang nak lupakan.

 Jadi aku cuma cuba lari daripada masalah.Aku harap dia tak tahu yang sukakan dia.Aku takut dia marah , aku takut pada perasaan aku sendiri.Aku pening dan aku konfius.Konfius yang terlalu lama sampaikan aku tak boleh nak bergerak selagi perasaan sayang ini bermain dalam setiap detik hari aku lalui.Aku harap ia mati bila aku cuba nak elakkan tapi ia bercabang pula sebagai rindu.Ia bermain dengan alunan musik segala perkara yang ada berkaitan dengan dia walaupun tak seistimewa mana jika ia dijadikan cerita.Dan ia berulang dengan memori yang sama tiap hari.Bermula dari pagi hari aku buka mata.

 Aku masih lagi bertanya pada diri yang menumpang jasad kecil ini, kenapa aku biarkan ia bermula? Kenapa aku tak abaikan perasaan ini macam yang sebelum ini aku buat? Kenapa tiba-tiba ia jadi suatu perkara yang penting?

Entah.

Aku masih lagi tak dapat paham kenapa ia terjadi.Sebelum ini aku cuba tidak bertegur, cuba tidak berbaik kerana risau akan berlaku sesuatu yang mempermainkan perasaan yang sedia ada ini tapi ditakdirkan secara tiba-tiba dan secara tak logiknya aku berhubung terlalu kerap dengannya.Sampaikan perasaan ini mula bertukar lebih drastik daripada sebelumnya.

 Aku cuma berharap untuk jadi seorang kawan rapat / kawan baik kalau boleh.Tapi dia sudahpun ada ramai kawan yang sentiasa ada dengannya.Jadi ia mungkin bukan aku.Aku tak berharap lebih kerana aku tahu ini cuma perasaan.Dan aku amat bencikan perasaan ini.Aku memang tidak mahu ia bergerak seinci daripada status kawan.Jadi , aku pendamkan walaupun kadang-kadang cemburu itu lebih membuak bila melihat dia ada ramai kawan baik & kawan rapat yang ada.Aku cuma seorang daripada beratus kawan biasa dia mungkin.Jadi aku tarik diri dan cuba lari.

 Kepada dia , : aku tahu dia baca blog ni dan dia pernah komen.Cuma dia satu-satu kawan lama yang tahu pasal blog ni.Dan aku tak mengaku aku sukakan dia bila dia bertanya ' siapa ' watak yang aku pernah tulis dalam post yang lepas.Mintak maaf.Aku tak mintak perasaan ni lahir.Aku tahu benda ni macam annoying gila babi tapi aku bukan orang yang kuat menentang perasaan.Aku bukan jenis orang yang ada tempat nak bercerita.Dan aku tak pernah sebenarnya tunjuk perangai sebenar aku pada kawan-kawan yang aku pernah ada.Kalau diaorang kata ada yang kenal aku.Ia memang bullshit kerana aku seorang yang hipokrit.

 Aku harap dia bahagia dengan apa yang dia ada.Aku harap dia bahagia dengan siapa yang dia ada.Apa yang dia buat.Aku cuma mampu doakan yang terbaik buat dia.Sebab dia yang aku kenal memang seorang yang terbaik dalam pencapaian hidup dia.Aku harap dia tak berubah dengan perangai happy go lucky dia.Aku suka tengok dia senyum.

 Terima kasih kerana jadi kawan.Terima kasih kerana pernah ingat tentang aku.Terima kasih kerana pernah ambil tahu tentang aku walaupun kita tak kenal sangat pun.

 Satu benda yang taboo & awkward bila kau ada perasaan kat member sendiri.Aku tahu.

Tapi aku memang tak boleh nak buang perasaan bodoh ni, jadi aku tulis kat sini.Cuma luahan satu benda yang mungkin susah nak luah pada siapa bila kau takda orang yang sanggup dengar.

Noktah.
pffft....

p/s-macam haram penulesan gua.


Aug 15, 2013

bangunkan.

 Kadang kalau kaji balik, teliti balik semua titik-titik perjalanan aku yang ada, aku sibuk memikir betapa komplikated satu-satu jalan cerita yang ada.Betapa susahnya nak jadi hero even dalam cerita fantasi yang kau buat sendiri.Tapi realiti , aku duduk kat satu site kat tepi pengambaran yang ada masa tu, lepas tu rasa yang aku yang sibuk jadi hero dalam lakonan tu padahal aku hanya bancuh kopi kat tepi sambil baca skrip si Hero.

 Tapi aku tak sedar, si Hero bergelak , aku pun bergelak.Tapi aku tak sedar langsung yang kalaupun cerita yang dilakonkan si hero tu cerita hidup aku, aku bukannya watak utama dalam cerita tu.Tak terpilih langsung dalam set.Cuma pening melihat konflik orang lain.Sebab apa? sebab aku bukan nya watak tu.Aku bukannya alami semua tu.Aku hanya bancuh teh , aku hanya hafal skrip orang berlagak macam aku akan masuk ke set kejap lagi.Ironi gila jenis orang macam ni.

 Satu benda mungkin yang aku boleh paham.Dalam kitaran satu-satu nilai nyawa yang Tuhan beri dalam hidup sehari-hari  kita ni, Tuhan cuma lahirkan manusia tu ada 2 tahap.Satu- tahap pertama , kau dilahirkan untuk disanjung.Kau memang dijadikan pemimpin untuk orang ikut kau even kau salah tahap setan.Apa-apa kau buat orang suka.Orang boleh terima kau seadanya.Dan kau tak payah nak risau atau bela nasib kau untuk jadi lebih baik sebab kau winner.Sebab kau bagus.

 Dua- tahap kedua , Kau sebagai pengikut.Orang tak sukakan apa kau buat.Kau memang bernasib teruk walau macamana pun kau buat yang terbaik.Orang bencikan kau walaupun kau tak pernah buat jahat.Kau kena risau setiap langkah hidup kau sebab apa-apa pun kau salah.Kau memang tak da dalam list untuk pinpin orang lain walaupun dah takda orang yang layak masa tu.Kau loser.Kau teruk.Kau Igor.

 Dan aku tahap dua.Aku boleh accept sebenarnya.Walaupun pedih dia tak boleh nak cakap.


* Aku boleh redha Tuhan nak tarik semua nikmat yang ada pada aku masa ni.Walaupun aku masih tak paham apa hikmah yang ada.Tapi, aku mintak sangat nikmat yang dah kena tarik tu dibalas dengan nikmat lain yang setimpal.

Aug 3, 2013

kenal.



Makin hari bila kita makin meningkat umur, kita mungkin sedar benda-benda yang belum kita rasa , yang kita sibuk bual dengan orang lain, berlaku pada diri sendiri.Dan masalah yang biasa semua orang alami adalah dalam konteks perhubungan dengan manusia tu sendiri.Ya, mungkin kita tak cukup paham setiap orang yang kita kenal atau pernah kenal.Sebab setiap perangai manusia itu boleh berubah.Ia bukan suatu benda yang kekal.Yang baik boleh jadi jahat , dan yang jahat boleh jadi baik.Cuma sebagai manusia biasa , tak boleh nak overjudge.

Aku ni jenis yang antisosial pada asalnya, sebab aku memang cepat judge orang dan aku banyak tak suka bergaul kerana pergaulan dengan manusia ni mendatangkan masalah walaupun kau cuba nak elak.Aku sehabis baik cuba untuk elak segala permasalahan yang mungkin ke tahap ' tak bertegur ' .Tapi Tuhan dah atur.Cuma yang ironi nya bila kita jadi dingin dengan orang yang biasa dengan kita.Yang kita anggap special dan jugak kawan baik mungkin.
yang sebabnya mungkin kita sendiri yang tak tahu kenapa cepat sangat perubahan sikap tu.

 Mungkin benda-benda macam ni dorong aku untuk jadi skeptikal balik .Jadi tak percayakan orang.Jadi hipokrit.
Yup, mungkin betul kata orang , hari ni kita jumpa orang lain , esok mungkin orang lain pulak.Sebab manusia tak semua boleh memahami.Kadang cuma nak lepaskan bosan.

 Pelik jugak bila tiba-tiba kau boleh boleh mesra dengan orang yang kau tak kenal , yang kau judge berdasarkan apa yang kau nampak dan dia baik dengan kau daripada kau kenal sangat orang tu , tiba-tiba dia boleh jadi orang lain dan tak bertegur langsung padahal hari-hari kau jumpa.Memang pelik.

 Benda-benda yang macam ni yang buatkan aku tak rasa ' kawan baik ' tu wujud.Yang ada cuma kawan rapat yang spend masa dengan kau buat benda yang kau rasa best tapi bila hakikat sebenar kau perlukan orang sangat-sangat, semua tuding jari , semua buat hal sendiri.


Jul 20, 2013

niat nak buka mukasurat baru.

Niat tahun ni bermula  daripada genap hari jadi aku, aku nak buka mukasurat baru.Tutup benda tipikal lama yang dah bermain dalam 20 lebih tahun dalam rutin seharian.

Aku penat dengan benda sama yang berlegar hari-hari dalam pikiran.Benda sama yang lalui hampir 2 dekad hidup.

Alhamdulillah.Aku dah selesai dengan sakit yang Tuhan beri.Cuma tunggu masa nak kumpul balik segala sisa kecewa yang dulu-dulu nak jadikan pembakar semangat.Nak kena teruskan hidup balik.Nak kena start over dengan cara pemikiran baru.Cukuplah nak sakitkan hati orang.Cukup lah nak rasa macam bagus.

Dan bila tiba masa aku rasa, aku sedia untuk caci maki orang yang mungkin tak sukakan aku sebab aku decide untuk ada keputusan sendiri.Penat dah nak ikut rasa orang.Penat dah nak backup orang lain.Buat orang gembira.


Dan buat kawan-kawan yang sentiasa ada.Terimakasih.

SALAM RAMADHAN 1434h.

Jun 6, 2013

fasal memilih peluang.



 Hampir tiap - tiap hari dua tiga menjak ni, aku create satu hobi untuk diri aku.Satu hobi yang rutin aku buat iaitu berjogging.
Bukan minat sangat pun cuma aku amik masa tu untuk berfikir.Dengan rasional sikit.So, ia dah officially jadi hobi aku sebelum aku terlantar balik mungkin dalam 3-4 bulan lepas pembedahan nanti.Aku terfikir , aku banyak monolog pada diri aku yang aku tak sama dengan orang lain , aku all time loser konon.

 Tapi bila pikir balik sejarah aku daripada zaman sekolah rendah dulu, Tak jugak sebenarnya aku takda peluang.Aku banyak sangat peluang sebenarnya.Cuma aku memilih peluang.Aku tak nak sebenarnya , aku takut & aku harap ada lagi yang datang lebih bagus daripada yang ada dan suits untuk aku.Hell no lah.Nampak sangat loser kat situ.In the of the day, aku terlepas peluang tu dan menyesal.Berkali-kali menyesal.Memang dah tak guna dah.




Dan benda ni berulang sampai ke hari ini.Sampai ke umur aku 24 tahun.Member semua dah beranak pinak.Happy go lucky dengan hidup memasing.Aku? Nothing.Habuk pun tarak.Nak tolong diri sendiri pun tak boleh.Senyum je tengok orang.
Sebab semua salah aku.Aku pilih peluang.

 Dari soal belajar ,jawatan , kepercayaan , kerjaya , cinta , kawan , peluang untuk pergi jauh....

Semua aku tolak.Semua aku pilih.Apa nak jadi entah.Patut lah ramai sangat fed up dengan aku.

 Tapi sebenarnya bila peluang datang berganda dan kau tak tahu nak decide mana , dan end up dengan satu apa pun kau tak dapat, pedih sebenarnya.Cukup - cukup pedih.

 Aku bagi contoh , 2 bulan lepas , selepas aku berhenti kerja , aku dapat 2 tawaran kerja.Satu member rekemen , satu lagi sedara aku rekemen , dan aku tak tahu nak pilih.Bila aku pilih yang sedara aku rekemen , aku hampakan member aku sebab aku tak dapat masuk kerja ( dan aku dah janji dengan dia ) , lepas tu aku bergaduh dengan dia.Dia tarik muka.Dan aku terlepas jugak kerja yang satu lagi sebab aku sakit.

Dan perkara macam ni berulang dengan cerita lain , bahagian lain.Lama sejak aku sekolah...

 Mungkin aku kena belajar decide sesuatu lepas ni.Insya'llah.

May 23, 2013

haraplah...

 

Masa aku PLKN dulu, setiap hari ada sesi pembelajaran dalam kelas.Setiap hari ada belajar satu benda baru tentang kehidupan.Bagi aku , kelas tu bagus sebab banyak benda yang aku belajar.Tentang cara memikirkan kehidupan.Yang aku ingat lagi , ada satu hari tu, cikgu ni bercerita tentang impian/harapan.Atau dalam kata lain, benda yang kita nak dan kejar dalam kehidupan.Dia cerita pasal seorang pengembara belanda yang menyenaraikan apa yang dia nak dalam hidup dia.

 Senarai tu ada dalam seratus lebih.Daripada cita-cita dia yang paling kecik sampailah paling besar.Masa umur dia mencecah 80 tahun, dia dah hampir tunaikan 90 lebih daripada angan-angan yang dia nakkan daripada dia kecik.Dia cuba kejar semua benda dia nak dalam hidup dan dia gembira.Gembira sekurangnya bila dia dah tak boleh nak kejar, dia puas sebab hampir semua dah tertunai dan dia puas.

 dua ribu tiga belas, aku cuba jugak senarai apa yang aku nak.Aku jadikan cerita cikgu aku dulu satu motivasi.Untuk orang macam aku, motivasi ni memang kena jadi makanan dalam hidup sebab aku kurang / takda langsung keyakinan diri.
Tapi, tak semua kita nak boleh dapat.Kadang tak dapat langsung.Aku cuba jugak percaya yang mungkin mendatang lagisenang buat aku.Tapi tak tahu lah , semua benda Tuhan yang bagi.

 Daripada yang aku rasa, tahun ni memang sedikit celaka buat aku.Banyak benda aku buat tak jadi.Banyak aku cuba takda hasil.

aku hilang kerja tiga empat kali ,selisih paham dengan orang, kena tipu, sakitkan hati orang yang baik dengan aku  ,eksiden, henset rosak,motor rosak, file hilang ,menyusahkan mak bapak aku, penyakit yang mungkin boleh bawak maut secara tiba-tiba, aku dah hilang harapan kat ' DIA ',dan banyak lagi benda-benda buat aku tak larat nak tunggu dan tengok.

 Entahlah.Aku penat nak pikir,Dah tak tahu kemana.
Satu lagi harapan yang tinggal, Lepas operation selesai aku harap hidup aku lebih baik Insya'llah ( kalau hidup lagi ).Penat dah kecewa berkali-kali.

kita tak boleh nak harap benda macam kita nak.Kalau ye pun, mungkin bukan buat jangka masa lama.



Apr 4, 2013

seronok rasanya.



seronok rasanya bila doktor kata kau ada kanser.
seronok rasanya bila kau pendam perasaan kat seseorang selama lapan tahun daripada zaman sekolah dan end up dengan kau hilang harapan dengan dia dan kau tak boleh nak buang perasaan tu.
seronok rasanya bila hampir semua file dalam komputer kau hilang.Henset rosak, nombor, mesej , & file penting hilang.Seakan-akan hilang memori dalam hidup.
seronok rasanya bila kau defend orang yang buat tahi kat kau sebab kau rasa memaafkan orang lebih baik.
seronok rasanya bila kau hilang kerja berkali-kali sebab benda yang kau tak rancang dan kau tak boleh buat apa.
seronok rasanya bila kau terpaksa berkorban untuk famili & adik beradik sampai kau tahu kau tak boleh dapat apa kau nak dalam hidup.
seronok bila kena benci, kena lempang dan keluarga kau kena hina sebab susah dan kau tak boleh buat apa.
seronok rasanya bila kau nak ubah perangai orang dan kau jadi mangsa.
seronok rasanya bila kau hanya boleh senyum bila lihat hampir semua member kau berjaya dan berjaya dan cuma kau yang masih kaku lagi sedangkan member semua dah beranak pinak.
seronok rasanya bila kau bazir hidup kau berkali-kali.
seronok rasanya bila kau tahu kelemahan kau sendiri yang makan kau sampai kau hilang jejak dalam masyarakat.
seronok rasanya bila kau tahu kau takda langsung tempat mengadu , kau takda kawan manusia yang nak dengar kisah kau dan takkan prejudis.
seronok rasanya bila sampai ke hari ini kau masih tak boleh terima kau dilahirkan cacat.
seronok rasanya bila kau ada macam-macam penyakit dan banyak benda kau tak boleh nak kecap sebab kau memang tak berdaya.

aku nak sangat  bangun.
kalaulah aku boleh lagi.

seronok rasanya mungkin.

isk..