Sep 11, 2012

mamak.


Aku antara orang yang membesar dengan keadaan mamak ni.Maksud aku, aku banyak buang masa kat kedai makan india muslim ni.Bukannya sebab makanan sedap atau selesa sangat cuma untuk orang kita kebanyakkanya senang untuk lepak kat mamak.Kedai makan pertama yang aku lepak juga adalah mamak.Dan banyak jugak cerita yang diturunkan daripada situasi kedai mamak ni jugak.

Bila duduk kat kedai mamak sorang-sorang sambil order roti atau membantai nasik/mee sambil tengok Tv LCD ( channel bola @ HBO kebiasaannya ) ,automatik memori aku berfungsi balik.Antara sebab aku tak suka mamak adalah bising.Memang ramai sangat orang kadang boleh buat hilang minat nak bercakap.Aku pulak bukan jenis yang suara kuat.Tapi yang seronok sebab banyak drama hidup , rahsia , cerita sedih , lucu dan macam-macam situasi lagi biasanya aku dengar masa lepak kat kedai mamak.

Tak kira apa bangsa yang ada kat Malaysia ,semua kenal kedai mamak.Mungkin kalau yang duduk kat dalam hutan sikit je yang tak kenal tempat lepak ni.Yang lain tu kalau tak kenal jenis kedai makan macam ni memang agak mustahil lah.Tapi yang pasti mamak ni memang satu tempat yang boleh melahirkan seribu nostalgia walaupun kau serasis mana pun dengan bangsa lain.Frasa 1 malaysia tu sesuai untuk kedai mamak ni je kut.Baru nampak sikit.