Feb 12, 2012

(18 sg) cerpen : Aku nak bunuh Julia




Julia memegang cawan kaca yang berisi air neslo panas di sebelah papan kekunci komputernya.Tangannya digenggam erat pada pemegang cawan tersebut.Dihirupnya dengan perlahan sementara tangan kiri menekan tetikus komputer.

" Shit ! mamat bodoh ni lagi ".Julia geram.Digigitnya cawan kaca lutsinar itu.Mulutnya berdarah.Serpihan cawan digigit dan ditelan tanda marah.

Dia mengambil tisu dan mengelap mulut.Cawan yang digigit tadi dibaling ke dinding.Tempat yang sama dia melepas geram dengan menghempas cawan yang sebelum ini diguna.Matanya kembali melihat skrin komputer.Sebuah laman sosial facebook ditatapnya.Sama seperti remaja sebayanya yang lain.Terlalu ambil serius tentang laman sosial maya itu.

" Pap! " Bunyi seseorang yang ingin bersembang dengannya di halaman bawah mukasurat internet bertema biru itu :

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Shamsul Nerd : Hai .Julia .Buat apa?

Julia Jojo : Takde apa.Kenapa? Ko takde orang ke nak chat.Pantang tengok aku online.Aku sibuk sikit ni.

Shamsul Nerd : Sori la.Aku kacau ko ke? Saja je nak borak dengan ko.

Julia Jojo : Ha.Yelah.

Shamsul Nerd : Esok ko cuti kan.Lama jugak la aku tak nampak ko.Jom keluar.Aku ajak Badrul sekali.

Julia Jojo: Badrul dah balik sini ya.Aku mesej dia hari tu dia tak balas.Sibuk sangat ke dia?

Shamsul Nerd : Dia baru balik Terengganu.Sibuk sikit dua-tiga menjak ni.Julia ,aku nak tanya sikit boleh?

Julia Jojo : Nanti la ko tanya.Aku nak off.Bye.

.............................................................................................................................

Simbol ' logoff ' tertera di chatbar Shamsul.Setiap kali Shamsul bersembang Julia , tidak pernah dia melayan lebih daripada seminit.Sentiasa sibuk.Kalau di tulis sahaja nama ' Badrul ' ,baru dia akan bersembang panjang dengan Shamsul.

Mereka bertiga sudah hampir sepuluh tahun berkawan rapat.Setiap kali Shamsul cuba mendekati Julia, pasti hampa kerana Shamsul tahu betapa gilanya Julia akan Badrul.Lebih daripada gila Shamsul pada Julia.

Bukan sahaja chat.Mungkin Shamsul sedikit sibuk untuk sentiasa online.Cuma kadang bila Shamsul bertanya khabar pada Julia melalui SMS, tetap layanan yang sama diberikan Julia.Tapi hati Shamsul belum lagi punah.Dia sanggup mengejar Julia walaupun dia tahu dia dibenci.Tapi dia cukup tidak faham mengapa Julia terlalu benci dirinya.Tidak pernah pun dia buat salah dan dia ada setiap kali Julia kesusahan.Tetapi ,Badrul juga dicari.

Tangan Julia masih lagi melihat halaman album gambar Badrul.Shamsul turut ada dalam kebanyakkan gambar Badrul kerana mereka berkawan baik.Dia melihat lama satu gambar yang telah setahun dimuat naik.Gambar Badrul bersamanya.Berdua.Julia tersenyum.Bibirnya yang basah dengan darah tadi sudah pun kering.Dia menjilat kesan darah dengan lidah.Masin sedikit.

Berbeza dengan keadaan Shamsul dan Julia, Badrul sebenarnya tidak pernah ambil kisah tentang perihal Julia.Dia cuma melayan Julia sama seperti gadis-gadis kelab malam yang pernah dikenalnya dulu.Tidak lebih dan tidak kurang walaupun sepuluh tahun dikenalnya.Dan dia juga tidak pernah kisah akan rasa hati Julia walaupun Shamsul kerap bercerita akannya.

Esok nya seperti dirancang.Mereka keluar bertiga.Seperti jiwa remaja yang lain, mereka turut menghabiskan masa dengan aktiviti remaja usia 20-an.Shamsul kelihatan gembira, Julia juga kerana Badrul ada bersama.Dia tidak lepas memandang Shamsul dengan sinis ketika Shamsul cuba menghiburkan hati mereka dengan lawak bodohnya.Bunyi deringan lagu Indonesia kuat berbunyi daripada telefon bimbit Badrul.Dia menjawab.

" Siapa tu Bad? " Julia menyoal kehairanan.

" Erm, adik aku yang nombor dua tu masuk hospital lagi.Aku kena ke sana " Jawab Badrul memandang Shamsul.Shamsul tahu yang menelefon Badrul tadi adalah Miza.Gadis kelab malam yang baru dikenalinya.

" Kauorang lepak lah dulu ya .Nanti ada masa kita keluar lagi.Okay ? " Dia menarik kerusi,berdiri dan keluar daripada restoran.Air barli yang di pesan tadi cuma separuh diminum.Tinggal Shamsul dan Julia sahaja di restoran itu.
Mereka membisu.


Shamsul memecah sunyi itu membuka mulut ," Bos baru ko macamana Julia?" .Shamsul masih lagi gugup di hadapan Julia.

" Macam tu je la.Eh, jom lah balik.Dah pukul berapa ni ".Julia mengambil beg tangan terus ke kaunter pembayaran.Shamsul tergamam dengan perlakuan Julia.Tidak dipandang pun wajah Shamsul.Hampa lagi Shamsul buat puluhan kalinya.

Dua malam selepas itu,Julia menghantar pesanan kepada Badrul dan seperti biasa dibalas oleh Badrul.Badrul melayan Julia dengan mesra sehingga Julia merasakan Badrul mungkin boleh jadi lebih daripada seorang kawan.Julia pun memulakan langkah untuk mendekati Badrul dengan lebih dekat.Dek kerana sifat Badrul yang suka memainkan perempuan, dia masuk dalam umpan Julia atau mungkin Julia yang terjerat dengan sifat Badrul yang dia sendiri tidak tahu.Julia mengajak Badrul berjumpa.Mereka mematikan kiriman SMS malam itu dengan tersenyum gembira.Keduanya.

Shamsul baru sahaja balik daripada kerja.Oleh kerana banyak kerja yang ingin disiapkan, dia terpaksa balik pada pukul sepuluh walaupun waktu habis kerja pada pukul lapan.Malam itu,hatinya terdetik untuk melalui shortcut untuk balik ke rumah.Biasanya tidak diambil jalan pintas tersebut kerana dia lebih suka melalui jalan raya.

Angin sejuk masih lagi menembusi baju tebal yang dipakainya.Dia lalu di sebuah selekoh yang agak gelap.Lampu motornya terpancar ke arah sebuah kereta hitam dengan plat kereta yang biasa dilihatnya." Badrul?" dia terkejut kerana kereta badrul tersadai di celah gelap tersebut.Perlahan motornya lalu di sebelah kereta Badrul.Hajatnya mahu buat Badrul terkejut.

Tapi sangkaan Shamsul terlalu jauh.Ibarat mahu melastik bintang, serpihan meteor menghempas kepala.Dia melihat Badrul sedang asyik bercumbu dengan seorang perempuan.Tidak berbaju.Badrul ternampak Shamsul dan perempuan itu menoleh.

" JJJJJUUULLLIIA??? "

Shamsul terkejut.Dipecutnya motor dengan laju melepasi kereta Badrul.Dia tahu perangai Badrul begitu tapi tidak disangka dengan Julia.Tiada orang lain kah? Kerana di hati Shamsul Julia mungkin perempuan baik.Tapi tidak disangka.Matanya sedikit merah.Hatinya bercelaru dan geram.

Badrul juga bukanlah lelaki pertama yang dapat 'bersama' dengan Julia.Sudah tiga bekas lelaki yang pernah merasa layanan ' isteri kepada suami ' oleh Julia.Ya,Julia bukanlah seorang gadis yang baik.Cuma Shamsul terlalu buta melihat Julia.Akal Shamsul ditambus oleh perasaannya pada Julia.Mereka terdiam di dalam kereta.Aksi panas mereka terhenti dek ternampak Shamsul memerhati mereka tadi.

Esoknya Shamsul menelefon Julia.Diajaknya berjumpa.Nada suara Shamsul bagai tiada apa yang berlaku.Shamsul mengemas beg hitamnya.Pisau ,sarung tangan , gergaji ,beg plastik hitam disediakan untuk Julia.Pisau rambo turut diselit dalam poketnya.Baju sweater hitam ber hood disarung.Shamsul ada rancangan untuk Julia.Mungkin buat kali terakhir.Dia tersenyum.Geram.Hatinya sakit.

Dia duduk di sebuah bangku tidak jauh daripada kedai makan dan tempat beriadah.Julia sudah ada menunggu.Julia kelihatan resah dan Shamsul dengan perlahan mendekati Julia.

" Yo! , perempuan pelacur! " Shamsul bertempik.Tiada orang di disitu kecuali Julia.

Julia bangun mendekati Shamsul.Sekilas tangannya mengambil sebuah pisau kecil daripada poket dan dicucuh pada Shamsul.Tapi tangan Shamsul lebih tangkas mengelak dan menahan tangan Julia.Dipusingnya ke belakang dan dia memaut Julia daripada belakang.Dibawanya ke dalam semak berdekatan.

" Kau nak bunuh aku ya ,Julia ?? Benci betul pada aku? Ke sebab aku nampak kau layan ******* Badrul? Sedap sangat kauorang buat maksiat ya?? " Badrul sudah hilang akal.Mahu saja diikat Julia dan digergajinya satu persatu bahagian badan Julia atau mungkin dibelah dengan perlahan dikeluarkan segala usus dan organ dalaman Julia.Mahu sahaja kulit dan bangkai Julia dibaling pada tempat perlupusan sampah.Menjadi makanan anjing yang kelaparan.

Julia kepenatan bergelut dengan Shamsul.Dia diikat di sebatang pokok tidak jauh daripada tempat yang diheret tadi.Pisau kecilnya masih lagi digenggaman.Shamsul mengambil beg hitam nya.Dikeluarkan alat yang dibawanya satu persatu.Sarung tangan dan hood kepala disarung kemas.

Dia memegang pisau pemotong daging.Cukup tajam diasah.Untuk dia menyiat kulit Julia dengan lebih kemas dan cantik.Secantik orangnya.Dan potongan yang diberi biarlah sakit.Sakit seperti hati Shamsul.Dia mahu perempuan jalang itu merasa.Biar pedihnya sehingga mati.Tersiksa.

" Kau tahu Julia, aku dah lama sukakan kau.Aku tak tahu kenapa kau benci kan sangat aku.Aku pikir,kalau kau tak boleh terima aku sukakan kau pun, Apa salah kau jadikan aku ni kawan kau je.Aku tak kisah kalau kau nak berkawan dengan aku.Aku lebih bahagia kalau macam tu.Tapi....kawan baik aku jugak yang kau nak sangat.Kau memang pelacur Julia! Pelacur !!! Sedap sangat kau ***** Badrul punya kan? Nah kau rasa ni aku cucuk dalam tekak kau!!! " Shamsul mengangkat pisau untuk dimasukkan ke mulut Julia dan...

" Chakk!!!! "

Pisau kecil di jari Julia menusuk ke hati Shamsul.Pisau yang sudah disapu sejenis racun ' RICIN' ,yang mampu mematikan penghasilan protin dan sel darah merah dengan cepat.Shamsul terkedu.Mulutnya berdarah,kederatnya dikumpul dan pisau dihayun sekuat hati menikam kepala Julia.Darah memercik ke muka Shamsul.Mukanya pucat menandakan racun dipisau Julia tadi sudah berjalan ke salur darahnya.Kepala Julia seakan terbelah akibat hentakan pisau pemotong daging itu.Dia mati serta-merta.

Shamsul terbaring di riba Julia.Nyawanya sudah hampir tamat.Dia memegang tangan Julia yang sudah longlai.Airmatanya menitis melalui pipi.

" Kenapa Julia , kenapa???".Shamsul rebah.Nafas nya terhenti.Mukanya lebam kebiruan.

Esoknya, mayat Shamsul dan Julia dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang berjogging disitu.Kes diklasifikasikan sebagai homisid.Badrul yang menghilangkan diri selepas hubungannya diketahui Shamsul.Perlahan dia membuka televisyen dan terkejut.

" Maafkan aku Sham,aku baru tahu kau sukakan Julia lepas aku baca nota kau ".Badrul merasakan amat serba salah pada apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.

- ditules oleh Shamsul ketika dia baru tahu hubungan Badrul dengan Julia tadi.

4 comments:

Farie said...

extreme sungguh citer ni! tulis sendiri? :)

KiD said...

farie- yup.idea sendiri.mungkin jugak drpd pecahan pengalaman sendiri tambah dgn sikit abnormality.cliche ke? Tapi mgkin jugak ada yg dh jd realiti.wallahualam.thanks komen.

mr edz said...

bagus..

Farie said...

tak cliche. sejak aku suke membaca akhir2 ni, so ini pun salah satu bacaan yang unik dan menarik minat. asyik citer air mata je kan? hmm, a very good effort. keep up. :)