Feb 14, 2012

remaja dan perkara tipikal yang menyeronokkan




Aku biasa pegi cyber cafe.Pusat hiburan berkomputer internet yang biasa untuk orang forever alone takda life macam aku.Dan separuh dipelopori oleh budak² cina , budak² melayu baru nak 'UP' dengan budak yang tak reti kat luar tu dah ditules - 'pelajar berpakaian sekolah dilarang masuk'.

Yang budak baru nak UP kat sebelah aku ni bukak lah laman web ciptaan mark zuckerberg israel tu.Sibuk membalas mesej awek kononnya.Hangat² tahi ayam betul budak dah kalau nak bercinta.Memang tak ingat dunia.Tapi takpa,zaman urban lah katakan.Yang member dia yang rupa macam gay anak ikan bertanya pada yang tengah online melayan awek yang rupa macam tong gas nih :

" Ko tak sambut valentine ke Masdor? "( bukan nama sebenar ,aku tak tahu nama dia,just letak je ).

Dalam pikiran aku, wadahell tanya soalan bangang macam tu.Dan aku syak budak dua ekor ni memang jenis agama takda lekat kat kepala ni.Jenis budak yang ada agama tapi tahap atheist dah sampai tahap dewa.Aku terpikir,mana basic agama diorang.Kalau nak kata tidur dalam kelas masa kelas agama dulu, aku pun tidur jugak tapi takda lah sampai tahap tak reti langsung budaya jadah barat ni.Lepas tu aku dengar lagi perbualan makhluk dua ekor ni :

" valentine ni haram tahu tak ,budaya barat " -yang tengah mengonline ni jawab.

"Mana kau tahu haram? Ada ke dalam al-quran tules haram? Hari macam ni lah kita patut sokong" -yang muka gay ni gaya macam dia ustaz sikit walaupun haram tak tahu pasal agama.

" Ye ke?"

Itu je perbualan yang sempat aku dengar.Memang konfirm lah mamat gay dua ekor ni lah jenis yang yang menyepahkan kondom masa hari² sambutan setan berlangsung.Lepas tu mata aku kembali ke skrin komputer.Member aku upload gambar , empat orang budak melayu bertudung tengah buat isyarat 'fak' depan kamera dengan posing kiut macam pelanduk.Aku mengeluh panjang.Ni lah realiti dunia nak kiamat.Haih~

Feb 12, 2012

(18 sg) cerpen : Aku nak bunuh Julia




Julia memegang cawan kaca yang berisi air neslo panas di sebelah papan kekunci komputernya.Tangannya digenggam erat pada pemegang cawan tersebut.Dihirupnya dengan perlahan sementara tangan kiri menekan tetikus komputer.

" Shit ! mamat bodoh ni lagi ".Julia geram.Digigitnya cawan kaca lutsinar itu.Mulutnya berdarah.Serpihan cawan digigit dan ditelan tanda marah.

Dia mengambil tisu dan mengelap mulut.Cawan yang digigit tadi dibaling ke dinding.Tempat yang sama dia melepas geram dengan menghempas cawan yang sebelum ini diguna.Matanya kembali melihat skrin komputer.Sebuah laman sosial facebook ditatapnya.Sama seperti remaja sebayanya yang lain.Terlalu ambil serius tentang laman sosial maya itu.

" Pap! " Bunyi seseorang yang ingin bersembang dengannya di halaman bawah mukasurat internet bertema biru itu :

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Shamsul Nerd : Hai .Julia .Buat apa?

Julia Jojo : Takde apa.Kenapa? Ko takde orang ke nak chat.Pantang tengok aku online.Aku sibuk sikit ni.

Shamsul Nerd : Sori la.Aku kacau ko ke? Saja je nak borak dengan ko.

Julia Jojo : Ha.Yelah.

Shamsul Nerd : Esok ko cuti kan.Lama jugak la aku tak nampak ko.Jom keluar.Aku ajak Badrul sekali.

Julia Jojo: Badrul dah balik sini ya.Aku mesej dia hari tu dia tak balas.Sibuk sangat ke dia?

Shamsul Nerd : Dia baru balik Terengganu.Sibuk sikit dua-tiga menjak ni.Julia ,aku nak tanya sikit boleh?

Julia Jojo : Nanti la ko tanya.Aku nak off.Bye.

.............................................................................................................................

Simbol ' logoff ' tertera di chatbar Shamsul.Setiap kali Shamsul bersembang Julia , tidak pernah dia melayan lebih daripada seminit.Sentiasa sibuk.Kalau di tulis sahaja nama ' Badrul ' ,baru dia akan bersembang panjang dengan Shamsul.

Mereka bertiga sudah hampir sepuluh tahun berkawan rapat.Setiap kali Shamsul cuba mendekati Julia, pasti hampa kerana Shamsul tahu betapa gilanya Julia akan Badrul.Lebih daripada gila Shamsul pada Julia.

Bukan sahaja chat.Mungkin Shamsul sedikit sibuk untuk sentiasa online.Cuma kadang bila Shamsul bertanya khabar pada Julia melalui SMS, tetap layanan yang sama diberikan Julia.Tapi hati Shamsul belum lagi punah.Dia sanggup mengejar Julia walaupun dia tahu dia dibenci.Tapi dia cukup tidak faham mengapa Julia terlalu benci dirinya.Tidak pernah pun dia buat salah dan dia ada setiap kali Julia kesusahan.Tetapi ,Badrul juga dicari.

Tangan Julia masih lagi melihat halaman album gambar Badrul.Shamsul turut ada dalam kebanyakkan gambar Badrul kerana mereka berkawan baik.Dia melihat lama satu gambar yang telah setahun dimuat naik.Gambar Badrul bersamanya.Berdua.Julia tersenyum.Bibirnya yang basah dengan darah tadi sudah pun kering.Dia menjilat kesan darah dengan lidah.Masin sedikit.

Berbeza dengan keadaan Shamsul dan Julia, Badrul sebenarnya tidak pernah ambil kisah tentang perihal Julia.Dia cuma melayan Julia sama seperti gadis-gadis kelab malam yang pernah dikenalnya dulu.Tidak lebih dan tidak kurang walaupun sepuluh tahun dikenalnya.Dan dia juga tidak pernah kisah akan rasa hati Julia walaupun Shamsul kerap bercerita akannya.

Esok nya seperti dirancang.Mereka keluar bertiga.Seperti jiwa remaja yang lain, mereka turut menghabiskan masa dengan aktiviti remaja usia 20-an.Shamsul kelihatan gembira, Julia juga kerana Badrul ada bersama.Dia tidak lepas memandang Shamsul dengan sinis ketika Shamsul cuba menghiburkan hati mereka dengan lawak bodohnya.Bunyi deringan lagu Indonesia kuat berbunyi daripada telefon bimbit Badrul.Dia menjawab.

" Siapa tu Bad? " Julia menyoal kehairanan.

" Erm, adik aku yang nombor dua tu masuk hospital lagi.Aku kena ke sana " Jawab Badrul memandang Shamsul.Shamsul tahu yang menelefon Badrul tadi adalah Miza.Gadis kelab malam yang baru dikenalinya.

" Kauorang lepak lah dulu ya .Nanti ada masa kita keluar lagi.Okay ? " Dia menarik kerusi,berdiri dan keluar daripada restoran.Air barli yang di pesan tadi cuma separuh diminum.Tinggal Shamsul dan Julia sahaja di restoran itu.
Mereka membisu.


Shamsul memecah sunyi itu membuka mulut ," Bos baru ko macamana Julia?" .Shamsul masih lagi gugup di hadapan Julia.

" Macam tu je la.Eh, jom lah balik.Dah pukul berapa ni ".Julia mengambil beg tangan terus ke kaunter pembayaran.Shamsul tergamam dengan perlakuan Julia.Tidak dipandang pun wajah Shamsul.Hampa lagi Shamsul buat puluhan kalinya.

Dua malam selepas itu,Julia menghantar pesanan kepada Badrul dan seperti biasa dibalas oleh Badrul.Badrul melayan Julia dengan mesra sehingga Julia merasakan Badrul mungkin boleh jadi lebih daripada seorang kawan.Julia pun memulakan langkah untuk mendekati Badrul dengan lebih dekat.Dek kerana sifat Badrul yang suka memainkan perempuan, dia masuk dalam umpan Julia atau mungkin Julia yang terjerat dengan sifat Badrul yang dia sendiri tidak tahu.Julia mengajak Badrul berjumpa.Mereka mematikan kiriman SMS malam itu dengan tersenyum gembira.Keduanya.

Shamsul baru sahaja balik daripada kerja.Oleh kerana banyak kerja yang ingin disiapkan, dia terpaksa balik pada pukul sepuluh walaupun waktu habis kerja pada pukul lapan.Malam itu,hatinya terdetik untuk melalui shortcut untuk balik ke rumah.Biasanya tidak diambil jalan pintas tersebut kerana dia lebih suka melalui jalan raya.

Angin sejuk masih lagi menembusi baju tebal yang dipakainya.Dia lalu di sebuah selekoh yang agak gelap.Lampu motornya terpancar ke arah sebuah kereta hitam dengan plat kereta yang biasa dilihatnya." Badrul?" dia terkejut kerana kereta badrul tersadai di celah gelap tersebut.Perlahan motornya lalu di sebelah kereta Badrul.Hajatnya mahu buat Badrul terkejut.

Tapi sangkaan Shamsul terlalu jauh.Ibarat mahu melastik bintang, serpihan meteor menghempas kepala.Dia melihat Badrul sedang asyik bercumbu dengan seorang perempuan.Tidak berbaju.Badrul ternampak Shamsul dan perempuan itu menoleh.

" JJJJJUUULLLIIA??? "

Shamsul terkejut.Dipecutnya motor dengan laju melepasi kereta Badrul.Dia tahu perangai Badrul begitu tapi tidak disangka dengan Julia.Tiada orang lain kah? Kerana di hati Shamsul Julia mungkin perempuan baik.Tapi tidak disangka.Matanya sedikit merah.Hatinya bercelaru dan geram.

Badrul juga bukanlah lelaki pertama yang dapat 'bersama' dengan Julia.Sudah tiga bekas lelaki yang pernah merasa layanan ' isteri kepada suami ' oleh Julia.Ya,Julia bukanlah seorang gadis yang baik.Cuma Shamsul terlalu buta melihat Julia.Akal Shamsul ditambus oleh perasaannya pada Julia.Mereka terdiam di dalam kereta.Aksi panas mereka terhenti dek ternampak Shamsul memerhati mereka tadi.

Esoknya Shamsul menelefon Julia.Diajaknya berjumpa.Nada suara Shamsul bagai tiada apa yang berlaku.Shamsul mengemas beg hitamnya.Pisau ,sarung tangan , gergaji ,beg plastik hitam disediakan untuk Julia.Pisau rambo turut diselit dalam poketnya.Baju sweater hitam ber hood disarung.Shamsul ada rancangan untuk Julia.Mungkin buat kali terakhir.Dia tersenyum.Geram.Hatinya sakit.

Dia duduk di sebuah bangku tidak jauh daripada kedai makan dan tempat beriadah.Julia sudah ada menunggu.Julia kelihatan resah dan Shamsul dengan perlahan mendekati Julia.

" Yo! , perempuan pelacur! " Shamsul bertempik.Tiada orang di disitu kecuali Julia.

Julia bangun mendekati Shamsul.Sekilas tangannya mengambil sebuah pisau kecil daripada poket dan dicucuh pada Shamsul.Tapi tangan Shamsul lebih tangkas mengelak dan menahan tangan Julia.Dipusingnya ke belakang dan dia memaut Julia daripada belakang.Dibawanya ke dalam semak berdekatan.

" Kau nak bunuh aku ya ,Julia ?? Benci betul pada aku? Ke sebab aku nampak kau layan ******* Badrul? Sedap sangat kauorang buat maksiat ya?? " Badrul sudah hilang akal.Mahu saja diikat Julia dan digergajinya satu persatu bahagian badan Julia atau mungkin dibelah dengan perlahan dikeluarkan segala usus dan organ dalaman Julia.Mahu sahaja kulit dan bangkai Julia dibaling pada tempat perlupusan sampah.Menjadi makanan anjing yang kelaparan.

Julia kepenatan bergelut dengan Shamsul.Dia diikat di sebatang pokok tidak jauh daripada tempat yang diheret tadi.Pisau kecilnya masih lagi digenggaman.Shamsul mengambil beg hitam nya.Dikeluarkan alat yang dibawanya satu persatu.Sarung tangan dan hood kepala disarung kemas.

Dia memegang pisau pemotong daging.Cukup tajam diasah.Untuk dia menyiat kulit Julia dengan lebih kemas dan cantik.Secantik orangnya.Dan potongan yang diberi biarlah sakit.Sakit seperti hati Shamsul.Dia mahu perempuan jalang itu merasa.Biar pedihnya sehingga mati.Tersiksa.

" Kau tahu Julia, aku dah lama sukakan kau.Aku tak tahu kenapa kau benci kan sangat aku.Aku pikir,kalau kau tak boleh terima aku sukakan kau pun, Apa salah kau jadikan aku ni kawan kau je.Aku tak kisah kalau kau nak berkawan dengan aku.Aku lebih bahagia kalau macam tu.Tapi....kawan baik aku jugak yang kau nak sangat.Kau memang pelacur Julia! Pelacur !!! Sedap sangat kau ***** Badrul punya kan? Nah kau rasa ni aku cucuk dalam tekak kau!!! " Shamsul mengangkat pisau untuk dimasukkan ke mulut Julia dan...

" Chakk!!!! "

Pisau kecil di jari Julia menusuk ke hati Shamsul.Pisau yang sudah disapu sejenis racun ' RICIN' ,yang mampu mematikan penghasilan protin dan sel darah merah dengan cepat.Shamsul terkedu.Mulutnya berdarah,kederatnya dikumpul dan pisau dihayun sekuat hati menikam kepala Julia.Darah memercik ke muka Shamsul.Mukanya pucat menandakan racun dipisau Julia tadi sudah berjalan ke salur darahnya.Kepala Julia seakan terbelah akibat hentakan pisau pemotong daging itu.Dia mati serta-merta.

Shamsul terbaring di riba Julia.Nyawanya sudah hampir tamat.Dia memegang tangan Julia yang sudah longlai.Airmatanya menitis melalui pipi.

" Kenapa Julia , kenapa???".Shamsul rebah.Nafas nya terhenti.Mukanya lebam kebiruan.

Esoknya, mayat Shamsul dan Julia dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang berjogging disitu.Kes diklasifikasikan sebagai homisid.Badrul yang menghilangkan diri selepas hubungannya diketahui Shamsul.Perlahan dia membuka televisyen dan terkejut.

" Maafkan aku Sham,aku baru tahu kau sukakan Julia lepas aku baca nota kau ".Badrul merasakan amat serba salah pada apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.

- ditules oleh Shamsul ketika dia baru tahu hubungan Badrul dengan Julia tadi.

Feb 2, 2012

(18sg) Cerpen : Hadiah buat Mejah




Aiman Hazariff melabuhkan punggungnya di sebuah bangku kosong ditaman.Dua orang kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun sedang bermain gelongsor dan buaian di hadapannya.Dia menyeluk poket.Mengeluarkan telefon bimbit nokia 3310 touchscreen yang mempunyai sistem operasi android icecream sandwich.Ibu jarinya laju diletakkan ke menu mesej.Dia membuka mesej lama yang tersimpan.Mesej yang sudah tiga minggu diterima.Dan juga mesej yang terakhir dihantar oleh insan yang paling dia sayang.Insan yang mungkin tidak pernah tahu isi hatinya.

Jari nya laju menolak skrin tidak berpunat itu kebawah.Mencari nama ' Mejah (kwn lama) '.Laju dibukanya mesej tersebut.Mesej yang berbunyi :

' awak , nanti majlis saya esok awak datang tau.Kawan-kawan kita semua datang.'

Dia merenung lama mesej tersebut.Tiada balasan untuk kiriman mesej daripada rakannya itu.Dia mendongak.Memandang ke langit.Diam tidak bersuara.Riak wajahnya bagai seseorang telah hilang sesuatu dan dia tersenyum.

Tiga minggu lepas, dia menghadiri sebuah majlis kahwin rakannya.Bukan antara yang rapat dengannya.Cuma yang selalu dia jumpa.Terpampang sebuah banting besar yang tertulis
' Selamat pengantin baru Zulkifli & Hasmejah ' di depan pintu pagar rumah Encik Razak.Aiman memegang hadiah sebesar dua tapak tangan.Tangannya berpeluh sedikit.Kakinya melangkah masuk ke perkarangan rumah tersebut.Meriah sekali majlis yang diadakan.

"Aiman!!" Namanya dipanggil.Dia menoleh ke belakang.

"Lama tak nampak kau? Balik ke sini tak beritahu pun?".Salem menyapa.Tangan diletak ke bahu Aiman.Rashid , Amzah dan Badrul turut sama ada.Mereka bersalam.Mereka bergelak ketawa bercerita tentang perihal lama.Fikiran Aiman bercelaru.Dia cuma bergelak ketawa tapi sepatah pun cerita mereka tidak masuk dalam fikiran Aiman.

"Jom ,kita jumpa Mejah.Tengok laki dia macamana.Hahaha." Badrul mengajak.

"Aku...." Tangan Aiman mengengam hadiah yang dipegang dengan erat.

"Kau ni apasal diam je ni.Jom!" Aiman ditolak.

Mereka meluru ke tempat persandingan pengantin.Aiman menoleh kiri dan kanan.Memandang jika ada lagi wajah-wajah yang dikenalinya.Dia sedikit lambat dan terlepas untuk melihat pengantin berarak.

"Hadiah tu takkan nak pegang je?" Hadiahnya dirampas Rashid.Dan diberi kepada pengantin.Ketika itu belum lagi bermula majlis makan bersuap.

" Ni daripada Aiman".Rashid menunjuk kepada Aiman.Pengapit Mejah, Nora menyambut hadiah tersebut dan membawa ke belakang.Nora juga merupakan kenalan mereka.

Mejah tersenyum melihat Aiman datang.Senyumnya dibalas Aiman tetapi bukan lagi senyuman ikhlas seperti dahulu.Bukan lagi senyuman malu-malu kucing yang biasa dilemparkan.Cuma senyuman sinis yang datang daripada hatinya.Sedikit sakit.Sakit yang dia sendiri tidak faham.

Lagu karaoke yang dinyanyikan oleh seorang makcik tua cukup membingitkan telinga Aiman.Cukup menjengkelkan.Mahu saja dia sumbatkan mikrofon yang digunakan ke dalam tekak mak cik tersebut.Biar dia tersedak.Biar dia merasa sakit tak bernafas.Biar dia diam tidak lagi bersuara menikam gegendang telinganya.

Rakannya yang lain mengajak Aiman menjamu selera di bahagian tetamu.Lauk-lauk yang disediakan katering daripada luar itu cukup untuk membuatkan tetamu yang hadir menelan air liur.Aiman duduk berhadapan dengan meja bahagian pengantin.Jelas dilihatnya wajah Mejah dan pengantin lelaki.Dia menyuap nasi ke mulut.Memandang lama ke tempat pengantin yang baru sahaja mula makan bersuap.

" Kauorang makan dulu.Aku nak ambil gambar kawan kita "Amzah bangun dan meletakkan air sirapnya di depan Aiman.Dia meluru ke arah pengantin dan mengambil gambar.

"Kau apasal diam je Aiman? . Daripada tadi kau tak bercakap sepatah pun? Tegur kitaorang pun tidak." Badrul bertanya.Rakannya yang lain mula pelik dengan tingkah laku Aiman.

Aiman masih membisu.Memandang pengantin.Seribu kaca tajam menusuk dalam jiwanya.Dia seakan tidak tahu lagi tentang perasaannya.Sudah 8 tahun Aiman mengenali Mejah.Seorang yang ceria , lawa dan mesra membuatkan ramai terpikat dengannya.Termasuklah Aiman sendiri.

Tetapi sepanjang dia mengenali Mejah,dia tidak pernah bersuara.Tidak pernah bercakap apatah lagi berbual mesra dengan Mejah.Cuma senyuman sahaja dilemparkan.Dan selalunya senyumannya dibalas.Setiap kali dia berjumpa Mejah,cuma itu sahaja rasa yang dipendam Aiman.Rasa suka.Sehingga lah hari bahagia buat Mejah tiba.

Selesai sahaja makan,Aiman beransur daripada majlis tersebut.Perlahan-lahan.Kawan-kawannya yang lain tidak sedar yang Aiman sudah tiada di situ.Mereka cuba menghubungi Aiman tetapi telefon bimbitnya ditutup.Aiman menuju ke kereta kancil buruknya.Longlai.Bermacam perkara bermain di minda.Kecewa,terkejut,marah dan rasa yang dia sendiri tidak tahu namanya.Rokok Winston diambilnya daripada dashboard kereta.Dinyalakan.Perlahan Aiman berlalu daripada majlis itu.Diam.Kecewa tak terkata.

Hari ketiga selepas majlis perkahwinan Mejah.Dia mengemas kotak-kotak hadiah yang diberi tetamu yang datang.Terlalu banyak.Ada yang besar dan juga yang kecil.Tiba-tiba dia terbau aroma yang sangat busuk di celah-celah susunan hadiah itu.Semakin lama, semakin loya anak tekak menghidu bau tersebut.Seperti bau bangkai.

Dia ternampak sebuah kotak yang berwarna biru.Diambilnya.Ternyata bau busuk tersebut datang daripada kotak biru itu.

" Ini hadiah yang Aiman bagi..." fikirnya sambil dia mengoyakkan pembalut biru itu.Di bawah kotak tersebut terdapat setompok kesan berwarna hitam yang pekat.Bau busuk itu makin kuat menujah hidung.Dia membuka kotak hadiah yang diberi Aiman dengan perlahan.

" Ya ,Allah !" Mejah terkejut dan menjerit.Terdapat seekor anak kucing yang telah mati di dalam kotak biru tadi. Lebih mengerikan ,anak kucing itu telah dikerat empat.Darah hitam yang telah kering memenuhi kotak tersebut.Mata anak kucing itu tiada sebelah.Kepalanya sedikit penyek bagai dihentak dan bahagian abdomen ,kaki ,kepala serta ekor tercerai.Usus dan segala isi perut anak kucing masih ada separuh dalam abdomennya.Tidak terkeluar habis.Badannya seperti dicarik dan penuh kesan calar yang berdarah.

Mejah memberanikan diri memegang kotak yang dipenuhi bangkai tersebut.Dia terlihat ada sehelai kertas putih di dalam perut anak kucing yang terburai itu.Ditarik dengan perlahan.Kertas putih itu dipenuhi darah kering anak kucing yang mati itu.Hanyir baunya.Dia membuka kertas itu dengan perlahan.Ianya sebuah nota yang tertulis :

" Awak suka kucing kan? Ni hadiah yang paling istimewa yang dapat saya bagi.Kucing parsi kacukan muchkin lagi.Comel kan kucing tu? Maaf sebab darahnya dah habis saya minum.Sedap rasanya.Macam rasa air sirap limau kurang manis yang biasa awak minum.Mula-mula ,saya nak pengsan kan je kucing tu tapi dia melawan dan cakar muka saya.Saya terpaksa kerat bagi dia duduk diam sikit dalam kotak tu.
Awak tahu , saya dah lama sukakan awak.Tapi saya tak tahu nak cakap macamana.Saya terdiam bila pandang wajah awak.Mungkin saya dah tak sempat nak beritahu awak dan mungkin juga kalau saya beritahu tak mengubah apa-apa.Saya takut saya je yang malu sendiri.
Saya harap awak bahagia dengan hidup awak.Maaf kalau ayat saya ni macam bangang sikit tapi saya tulis ikut perasaan.Kalau awak rasa nak benci saya sebagai kawan ,atau rasa saya ni psiko, silakan lah.Saya harap awak bahagia.Terimakasih jadi kawan saya."


Selepas itu Aiman menghilang.Tidak dapat dihubungi.Tidak tahu kemana.

Ditulis oleh : Aiman Hazariff.