Sep 11, 2012

mamak.


Aku antara orang yang membesar dengan keadaan mamak ni.Maksud aku, aku banyak buang masa kat kedai makan india muslim ni.Bukannya sebab makanan sedap atau selesa sangat cuma untuk orang kita kebanyakkanya senang untuk lepak kat mamak.Kedai makan pertama yang aku lepak juga adalah mamak.Dan banyak jugak cerita yang diturunkan daripada situasi kedai mamak ni jugak.

Bila duduk kat kedai mamak sorang-sorang sambil order roti atau membantai nasik/mee sambil tengok Tv LCD ( channel bola @ HBO kebiasaannya ) ,automatik memori aku berfungsi balik.Antara sebab aku tak suka mamak adalah bising.Memang ramai sangat orang kadang boleh buat hilang minat nak bercakap.Aku pulak bukan jenis yang suara kuat.Tapi yang seronok sebab banyak drama hidup , rahsia , cerita sedih , lucu dan macam-macam situasi lagi biasanya aku dengar masa lepak kat kedai mamak.

Tak kira apa bangsa yang ada kat Malaysia ,semua kenal kedai mamak.Mungkin kalau yang duduk kat dalam hutan sikit je yang tak kenal tempat lepak ni.Yang lain tu kalau tak kenal jenis kedai makan macam ni memang agak mustahil lah.Tapi yang pasti mamak ni memang satu tempat yang boleh melahirkan seribu nostalgia walaupun kau serasis mana pun dengan bangsa lain.Frasa 1 malaysia tu sesuai untuk kedai mamak ni je kut.Baru nampak sikit.

Aug 17, 2012

penat tapi masih berdiri.

aku rasa bagus kalau ada orang tampar aku kuat² beritahu yang sekarang ini aku tengah terjun daripada kapal terbang instead of aku pikir yang aku sedang tidur nyenyak.Aku mahu ada orang sepak terajang aku beritahu yang aku sedang duduk dalam duri beracun dan aku bangun daripada mengelamun.Aku nak kalau ada orang tikam aku cakap " hey,kid .hentikanlah mimpi kau.Bakar semua angan kau, kau dah nak mati pun.".

Tapi aku tak percaya.Aku still lagi tak boleh nak terima, macam susah sangat bagi aku nak terima yang burung itu adalah burung.Bukan kapal terbang yang boleh dinaiki.Dah banyak sangat masa terbuang, banyak sangat peluang aku bunuh.Dan dah mati berkali-kali.Tapi masih lagi macam ni.Masih lagi bodoh.Masih lagi chelaka amat.

Tolong.Adakan seorang untuk bunuh aku.

Beri aku satu potensi baru.Untuk aku pijak duri tajam dengan rasa tenang.Bagi aku rasa sikit .Apa itu nikmat realiti.UNTUK DIRI SENDIRI.

P/s : rasa nak buat cerpen raya kalau ada masa.

Jun 7, 2012

soalan yang mungkin takda jawapan puas.

untuk tahun miserable ke dua puluh lebih ni, ada banyak benda yang bermain dalam benak bodoh aku, dan setiap hari yang aku lalu, aku sibuk memesatkan trafik impulse otak aku dengan memikirkan apa jadah yang jadi kat dunia hari ini.Aku memang tak dapat jawab,aku memang tak tahu nak cari kat mana dan aku takda rujukan untuk soalan-soalan yang setiap hari aku tanya.Antaranya :

1.kenapa realiti biasanya satu benda yang tak dapat kita nak terima.
2.kenapa bila sebut soal hati,kita tahu benda-benda macam tu tipikal tapi kita still lagi ikut landasan.
3.macamana kita nak paham orang selain daripada apa yang ditunjukkan oleh mereka?
4.kenapa kita boleh merasa orang lain bodoh tetapi diri sendiri kita tak kaji dulu?
5.apa maksud ' adil ' tu sebenarnya bila setiap benda yang kita nampak ,lalu atau hadap setiap hari adalah bias?
6.kenapa kadang terlalu banyak benda yang kita cuma lalu, cuma enjoy apa yang jadi padahal kadang ia adalah benda yang tidak reasonable dan logik?
7.dua orang manusia, daripada api dan air, dua pendapat,dua hujah yang kuat ,dua jenis pengikut.mana satu yang betul dan salah bila semua orang rasa dia betul?
8. apa beza dengan orang yang mencari jodoh ,maut dan takdir sedangkan semua dah ditentukan?
9.kenapa perasaan manusia biasanya berbelah bagi berpecah antara betul dan salah padahala kita dah pun buat keputusan?
10.kita mencipta takdir , membetulkannya atau memang tak boleh lari daripada plan Tuhan yang asal?

Tolong.Aku buntu bila semua yang datang hari ini bukan tahap aku.Ada ratus lagi benda yang aku nak tanya tapi aku tak sure akan ada jawapan.Sebelum ni,aku harap setiap benda yang jadi hari ini, mengikut flow.Mungkin ikut apa yang aku pikirkan ( as a loser ) ,tapi tu semua tak jadi bila aku tak sanggup terima benda baru.-REALITI.
Fantasi yang aku cipta sebelum ni dah nampak ranap sikit demi sikit.Aku tak nak sampai satu tahap aku dah tak sanggup.Dan aku tak boleh kembali pada fantasi aku.

Apr 25, 2012

cerpen : hanya dalam hati.






Hazriq baru sahaja balik daripada kenduri kahwin rakannya ,Ika yang bertemu jodoh dengan seorang peguam dari Johor.Kali kedua hati Hazriq tercalar dan berakhir dengan senyuman palsu.Dia tidak lah bergitu rapat dengan Ika atau nama sebenarnya Syafika.Seorang kawan yang agak lama dikenalinya.Lama sejak daripada sekolah rendah.

Mungkin kerana Hazriq seorang pendiam.Tak banyak bercakap.Tak banyak berbicara.Cuma perasaan cemburu yang tersimpan di hati bila melihat Ika lebih rapat dengan kawan-kawan lelaki yang lain.Ingin mulutnya terbuka dan bertanya pada Ika.Ingin dia berbicara dengan Ika selain daripada tersenyum dan bercakap sepatah dua.Tapi difikirnya mungkin Ika tidak melayan responnya.Dan mungkin juga dia tidak tahu apa yang sepatutnya dibicara.

Setahun yang dulu,ketika Hazriq masih lagi di semester akhir di sebuah kolej di Terengganu, diperkenalkan seorang gadis padanya.Rakan kepada rakannya.Sifat Hazriq yang tidak melayan perempuan akhirnya hilang bila Julia hadir dalam hidupnya.Pada mulanya Hazriq agak tertekan kerana Julia ingin rapat denganya.Bagaikan hilang kebebasan dalam hidup.Dia tidak juga melayan Julia sebagai seorang rakan,cuma sifat riang dan suka berkawan Julia membuatkan hati Hazriq menjadi lembut dan lama kelamaan hadir suatu rasa dalam hati Hazriq.

Dia mula rasa rindu akan Julia bila sehari tidak berjumpa.Rindu untuk berada dekat dengan Julia.Rindu untuk melayan perangai Julia yang suka memaksa walaupun dahulunya Hazriq merasakan yang Julia agak menjengkelkan.Rindu yang dia sendiri tidak tahu sebabnya.Dia tidak tahu kenapa rasa itu hadir.Kerana sifat pendiam Hazriq, dia cuma tersenyum bila melihat Julia pergi daripada hidupnya.Bertemu lelaki lain dan menamatkan hidup dengan lelaki pilihannya.Yang pasti lelaki itu bukannya Hazriq kerana tidak pernah Hazriq meluahkannya pada Julia.Dia tidak berani.Dia takut dengan reaksi Julia jika dia luahkan.Dan segalanya berakhir dengan sakit.Sakit yang cuma Hazriq yang tahu dan dia masih pendamkan.

Pengalaman kali pertamanya berulang lagi.Cuma yang membezakan Julia dengan Ika, Hazriq mengenali Ika cukup lama.Bukan setahun , bukan satu semester.Cuma bila dia terpandang kembali Ika yang sudah lapan tahun tidak berjumpa, Hatinya berdetik kembali.Dia memang tidak pernah menegur Ika apatah lagi berbual dan berbicara.Dia cuma mampu tersenyum dan bergelak tawa bersama apabila dengan rakan-rakan. Hazriq bukanlah orang yang mampu membuat Ika ketawa.

Perasaan suka dalam hati Hazriq masih lagi dipendam.Sama seperti perasaannya pada Julia dahulu.Diperamnya dalam-dalam.Takut untuk diluahkan.Dia hanya melihat sayu.Hanya tersenyum apabila melihat pasangan pengantin itu diraikan.Hadir seribu sesalan dalam hati Hazriq.Seribu kecelaruan dan kesakitan yang menusuk.Ika memandang Hazriq dan tersenyum.Senyuman palsu dibalas Hazriq bagaikan tiada apa berkecamuk di dalam hatinya.Dan Hazriq pun meninggalkan majlis tersebut.Mungkin lagi dia boleh tersenyum buat kali kedua.


-cerpen ni aku dah tules lama sangat dah.Tapi baru nak publish.

Apr 21, 2012

perihal mengejar pelangi.




Untuk kali ini aku rasa aku nak personalkan balik blog ni.Nak menules benda² lain memang aku takda idea sangat dah.Dah beku kepala otak sebab lama sangat dah aku menganggur.Orang menganggur ni biasanya memang takda life sangat, makan tidur je.Takda nak bagi untung kerajaan pun.Macamana malaysia nak maju.Kurang² kalau orang bekerja mungkin dia boleh bagi kroni² besar makan sedap sikit dengan hasil penat lelah diorang.

Entah kenapa dalam dua tiga minggu ni ramai kawan² aku yang tunjuk emosi kecewa diaorang dengan status bukan².Salah satu yang aku ingat tentang pelangi² ni lah.Contoh macam ' bilalah aku nak lihat pelangi ' , ' bilalah aku nak senang sikit ' , ' kenapa gaji aku sikit bulan ni ' atau lebih kurang macam tu lah.Yang aku paham dengan status macam tu , nampak sangat yang kawan² aku ni nak tunjuk macam hidup diaorang miserable atau tak berapa nak happy.Yang tu aku tak kisah, memang ramai je yang tules status macam tu hari².Tapi yang ironinya sampai buat aku nak tules kat blog sebab kebanyakkan yang tules macam tu takda lah kesian sangat.

Aku tules macam tu pasal aku lihat diaorang ada kerja, gaji bagus , ada orang sayang dan ada macam².Tapi still lagi nak mengadu macam hidup ni miserable sangat.Kadang aku persoalkan kenapa dengan orang² macam ni? Nampak macam tamak atau kurang bersyukur dengan benda Tuhan dah bagi? Mungkin sebab sekarang orang terlalu mengikut peredaran zaman kot.Apa yang biasa orang ada, mesti yang lain tu nak benda tu sama.Kalau tak , tak cukup berjaya atau tak cukup untuk jadi seorang manusia.Entahlah , aku cukup tak paham.

Aku rasa kita patut pikir pasal apa yang Tuhan dah bagi untuk kita , bukan apa yang kita tak dapat lagi macam orang lain.Sebab aku dulu pun banyak mengeluh , banyak bising kenapa aku tak macam orang lain tapi alhamdullilah sifat sabar aku dah bertambah.

Kau ada kerja , ada orang yang ambik berat dan sayang kau,ada calon suami / isteri , gaji besar , ada kereta , ada moral support daripada society , ada ramai kawan ambik berat , family pun senang tapi nak jugak mengeluh.

Aku ?

- menganggur ,aku tak normal ,banyak penyakit , famili aku susah , aku takda apa² langsung ,zero keyakinan diri dan aku banyak habiskan masa untuk orang yang benci aku , aku takda kawan,aku takda memori atau benda best sepanjang aku hidup , aku LOSER dan bahan ketawa orang lain sejak daripada sekolah rendah.Orang tak suka aku dan tak percayakan aku.Tak nak tanya tahap mana aku kecewa?


Tapi aku takda mengadu kat laman sosial hari².Aku post pun tak pernah ada orang like.Yang jenis macam ni aku harap kauorang mengadu kat Tuhan je lah.Doa banyak² sebab Tuhan je yang boleh tolong kita.Faham masalah kita.Bukan manusia.Bukan laman sosial.Tak payah nak buat status miserable sangat.Kau dapat online tu pun cukup bagus dah.

Apr 18, 2012

entri ikut mood 5 : kalaulah aku boleh senyum bila asid disimbah kat muka aku.

Aku dah mula rasa gian nak menulis sejak aku bahan bacaan blog aku dah bertambah.Rasa macam banyak sangat yang nak aku taip.Dalam 24 jam minda aku berpusing menghabiskan sisa hari aku, Ada dua atau tiga perkara yang kau rasa aku patut tules kat blog usang ni.Tapi bila tangan aku dah sedia nak tekan satu huruf kat keyboard, secara automatik aku lupa semua benda yang nak aku tules.Aku jadi blank.Itu yang aku rasa aku patut stick pada tules cerpen je pasal plot yang aku nak tules tak lari , daripada aku nak menaip mengikut apa yang aku fikir hari².

Tahun 2012.

Hampir masuk empat bulan ni serius aku rasa miserable gila dalam 20-an hidup aku.Aku tak boleh nak kata ' the most miserable' sebab mungkin yang mendatang ni lagi perit buat aku tapi untuk lima bulan pertama ni, memang sakit sikit lah.

Beza dengan insiden yang jadi kat aku sebelum-sebelum ni.Kira masa aku menules kat blog ni dulu yang mungkin hidup aku teruk sangat, banyak sangat konon yang nak diluah sampaikan aku sendiri tak paham apa yang aku tules.Senang cakap, it just imagination aku yang nampakkan semua benda teruk.Sebab aku hardthinker.Aku tak boleh berhenti berfikir.

Tapi bila benda sebenar jadi kat diri aku, aku tak rasa macam benda tu semua teruk nak mampus dan aku dah tak rasa setiap insiden kena tules kat blog.Ini bukan diari aku.Aku nak jadikan platform ni sebagai apa yang patut aku war-warkan dalam minda aku.Berat rasanya bila macam² isu dalam kepala hotak tapi tak boleh nak discuss dengan orang lain.Tapi belum sampai masanya lagi sebab aku tak cukup pengalaman nak menules secara serius.Mungkin dalam beberapa tahun lagi jika blog ni panjang umur.

Dan satu lagi aku rasa , memang aku kena cari sifu yang boleh ajar aku senyum bila orang buat tahi kat kita.Seriously , kalau ada yang boleh ajar.

Mar 27, 2012

cerpen 18sg : Apartment




" tak mengapa bagiku....mencintaimu pun adalah bahagia untukku..bahagia...untukku..
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya....."
( petikan lagu ungu- cinta dalam hati ).

" Tap "

Butang shortcut 'pause' di papan kekunci di komputer Aiman ditekan.Dia memandang wajah Badrul.Geram.

" Kenapa kau kacau aku nak study??? " Aiman kembali memainkan lagu kegemarannya.

" Daripada tadi kau buka lagu tu.Naik pecah telinga aku nak dengar.Tak ada lagu lain?? " Badrul lebih geramkan Aiman kerana sudah hampir seminggu dia memasang lagu yang sama setiap kali dia mentelaah buku dan lagu itu diulangnya.

" Ni mesti pasal Julia , kan? Kau lupakan saja lah dia tu.Perempuan macam tu mana pandai jaga hati orang.Makin lama kau baik dengan dia,nanti satu hari dia ranapkan hati kau jugak.Rugi je..., Dah la..aku nak keluar, cari 'seorang' lagi." Badrul menyarungkan jaket coklat miliknya dan membuka pintu.

" Kreekk....., Duhm ! " Pintu apartment tersebut dihempas kuat.

Semester terakhir Aiman menyewa di apartment usang tersebut.Bersama seorang kawannya Badrul yang bekerja di sebuah kilang berdekatan dengan rumah sewa tersebut.Badrul yang sudah hampir setahun dikenalinya.Cukup mesra orangnya.Cuma aktiviti malamnya yang kurang digemari Aiman.

Malam ini Badrul kembali sibuk dengan aktiviti biasanya setelah seminggu bercuti.Mungkin Aiman merasa ternganggu dengan hobi Badrul kali ini kerana dia ada ujian untuk salah sebuah subjek kursus diplomanya esok.

Dia kembali menekan butang ' play ' pada papan kekunci komputer.Masuk bab kedua dia menulis nota kecil untuk dihafal pada esok hari.Matanya melihat desktop.Perlahan jarinya memegang tetikus komputer, diklik pada sebuah folder tak bertajuk.Dia melihat gambar Julia.Insan yang disayanginya.Berpuluh kali Badrul berkata padanya yang Julia bukanlah orang seperti yang disangka.Tetapi Aiman tidak percaya.Dia masih lagi berharap.

11.40 pm

Aiman masih lagi menghadap buku.Badrul balik ke apartment mereka.Pintu perlahan dibuka.Suara ketawa seorang perempuan kuat kedengaran.Aiman menjeling.Mangsa Badrul kali ini solid tubuhnya.Lebih cantik daripada yang sebelum ini.

" Aiman, macam biasa, kau jangan kacau aku.Aku ada urusan sikit." Aiman cuma senyum dan memandang buku.Cukup faham perangai Badrul.

Badrul perlahan membawa gadis muda itu masuk ke biliknya.Sudah seminggu dia berpuasa.Kali ini hausnya dapat dipenuhi.

" Tak "
Bunyi pintu yang dikunci dengan kuat.Suara ketawa kecil gadis muda itu kedengaran.Tidak sampai lima minit, suara tersebut bertukar menjadi jeritan.Sebuah jeritan kesakitan.Amat nyaring.Tapi cuma sayup-sayup didengar Aiman.Mujurlah apartment yang disewanya jauh sedikit dan cuma dia dan Badrul sahaja yang menyewa di situ.Tiada orang lain.

Tidak lama kemudian , Badrul keluar daripada biliknya.Wajahnya kelihatan kepenatan dan puas.Dia duduk di sofa melihat Aiman yang masih menelaah buku.Aiman bangun dan menjenguk ke dalam bilik Badrul.Jasad perempuan yang dilihat tadi sudah pun terbaring di lantai berdekatan katil bujang Badrul.Kepalanya di atas katil dan separuh bajunya rabak.Darah merah memenuhi tilam Badrul.Gergaji yang biasa diguna masih lagi terpacak di peha kanan perempuan tadi.

Rokok Dunhill diambil di atas meja depan sofa.Warna darah tadi melekat pada rokok yang dipegang.Dinyalakan.

" Yang ini kenapa? " Soal Aiman.

" Tahun ini saja dia dah mainkan tiga orang lelaki.Salah seorang kawan aku.Itu balasannya.Jangan risau.Bilik tu nanti aku kemas.Darah perempuan hari itu ada lagi dalam peti ais.? "

" Ada.Tak habis lagi.Kau seorang je kan minum.Aku tak minum. "

" Hahahah.Julia kesayangan kau tu baik sikit.Nanti jadi mangsa aku kalau aku tahu dia mainkan kau."

Aiman diam.Dia kembali membuka buku.Sambil menjeling gambar Julia di desktop komputer.

Mar 13, 2012

cerpen 18 sg : " Shuuuh... diam..., anak emak...."





" Imah! Itu kan anak kita !" Jazlan menahan tangan Rahimah daripada memukul bayi mereka.Shamsul yang baru berumur dua bulan diangkat dan didodoi oleh Jazlan supaya dia berhenti merengek.Rahimah menangis.Jazlan melihat dengan penuh sayu.

" Saya dah tak tahan, awak! siang malam dia menangis.Merengek."

" Sabar, ini kan dugaan Tuhan.Semua mak bapak pun ada rasa macam ni.Dulu awak jugak yang nak anak kan? Sabar ya" Jazlan cuba memujuk.Keadaan yang ditunjukkan oleh Rahimah membimbangkan Razlan.Dia sudah banyak hilang sabar selepas kelahiran anak sulung mereka.Rahimah yang dikenalinya kuat sudah mula pudar dengan dugaan zuriat mereka yang pertama.

Shamsul menangis lagi.Kali ini lebih kuat dari sebelumnya.Susu botol yang dibancuh tadi sudah kehabisan.Perlu dibancuh lagi.

" Imah, awak pegang Shamsul kejap. Saya bancuhkan susu " Rahimah mendiamkan diri.Airmata yang berlinang tadi sudahpun kering.Dia pedulikan suruhan Jazlan.Sekali lagi Shamsul bertukar tangan.

Jazlan ke dapur , sambil dia menuang bancuhan ke dalam botol,dia berfikir mengapa tidak Rahimah sahaja yang menyusukan Shamsul.Dia sihat , tidak ada sebarang tanda yang dia tidak boleh menyusukan bayi.Tahap kesihatannya sudah pun diperiksa doktor.Tapi kenapa.Seolah dia tidak dapat terima yang Shamsul adalah darah dagingnya.Jazlan menutup mulut botol susu dan kembali melihat isterinya.

Sekali lagi , seperti sebelumnya , Rahimah melakukan sesuatu yang gila.Dia menekup mulut bayi tersebut dengan tangannya.

"Imah! kan abang dah cakap.Banyak kali dah.Jangan buat macam ni!" Jazlan memegang tangan Rahimah.Sudah banyak kali Rahimah cuba untuk melakukan sesuatu pada anaknya, setiap kali itu juga Jazlan menghalang.Jazlan terpaksa mengambil cuti yang kerap kerana risau akan keselamatan anak dan isterinya.

Mata Rahimah merah dan berlinang.Jazlan mengambil Shamsul dan disusukan.Shamsul diam bila puting botol susu disuapkan.Masuk bulan kedua kelahiran Shamsul, Rahimah seakan tertekan dan terlalu banyak dia menangis dan melakukan perkara gila.Fikir Jazlan , mungkin Rahimah sudah meroyan.Memang sudah banyak Jazlan bersabar dengan Rahimah.Mungkin sayangnya lebih pada Rahimah membuatkan Jazlan kasihan melihat Rahimah begitu.

Rumahtangga mereka sudah didirikan 6 tahun,dan masuk tahun ke-enam ini baru dikurniakan cahaya mata.Jika dulu anak pertama mereka tidak mati dalam kandungan, mungkin emosi Rahimah tidak seteruk ini.Dia banyak bermurung dan menangis sejak kandungan pertama mereka tidak sempat bernafas ketika lahir.Hinggalah anak kedua mereka ,Shamsul melihat dunia.Rahimah kembali ceria.Tetapi ceria dijiwanya tidaklah lama apabila masuk minggu ke dua, Shamsul menangis tidak berhenti.Naluri keibuan Rahimah cuba memujuk Shamsul sebaik mungkin tapi tiada apa yang dapat dilakukan.

Hingga ke satu tahap Rahimah terfikir mungkin masalahnya akan hilang jika dia dapat mendiamkan Shamsul.Gegendang telinga sudah terlalu kebas mendengar riak tangis Shamsul setiap hari.Pagi , petang dan malam.Masuk sebulan umur Shamsul , Rahimah sudah tidak tahan akan karenah Shamsul.

Sehingga suatu malam, Rahimah bangun pada waktu tengah malam.Dia membawa sebuah batal disisi menuju ke kamar kecil Shamsul.Baru dia mengangkat bantal untuk menekup muka kecil Shamsul, dia berteriak dengan kuat.Jazlan terbangun menuju ke arah Shamsul.Didodoikan Shamsul dengan perlahan.Shamsul kembali diam dan tidur.

Rahimah menangis dan menceritakan pada Jazlan peritnya dia menjaga Shamsul.Kenapa setiap kali Shamsul diam apabila di pangkuan Jazlan, sedangkan dia ibunya? Dia sudah tidak tahan melihat Shamsul.Sungguh menyeksakan.Tapi Jazlan juga tidak dapat berbuat apa.Dia pun sudah banyak berkorban masa untuk anak dan isterinya.Sudah dua surat amaran yang diberi majikannya.Tapi mungkin kerana kualiti kerjanya bagus, dia dipertimbangkan.

Sejak daripada malam semalam Shamsul tidak merengek.Sejak disuapkan susu tin jenama ' Ben 10 ultimate aliens ' yang baru dibeli Jazlan , dia tidak banyak menangis seperti sebelum ini.

Pukul 7 pagi.Hari ini cuti bagi Jazlan.Mungkin dia boleh menjaga Shamsul dan meringankan beban isterinya.

" Kring....kring..." , telefon bimbit Samsung Shamsul berbunyi.

" Sol , hari ini kau masuk kerja boleh? Urgent...boss kata ada masalah syarikat, " Yusuff menelefon.

" Ish , kacau betul .Baru nak cuti sikit.Okay-okay , aku ke sana ".

Dia terpaksa bersiap untuk bekerja.Terpaksa meninggalkan Imah dan anaknya sekali lagi.Sekali lagi hatinya berasa tidak tenteram tatkala dia meninggalkan rumah.

Dua puluh minit kemudian , Shamsul menangis kembali.Kuat.

Rahimah duduk memandang ke luar Jendela.Dia bangun dengan perlahan.Ke dapur.

Hari itu , Jazlan bernasib baik cuma masalah kecil di pejabat.Rakannya merupakan seorang yang cepat mengelabah.Benda yang kecil mungkin boleh menjadi besar bila diberi pada Yusuff .Pukul empat setengah, Jazlan tiba di rumah.

Dia memberi salam.Tidak berjawab.Pintu juga tidak berkunci.Jazlan memanjat anak tangga naik ke atas, ke bilik.Melangkah masuk ke bilik , dia tergamam.Tidak terkata apa.Melihat Rahimah sedang memotong kaki kiri Shamsul dengan rakus.Kepala Shamsul berada tidak jauh daripada Rahimah yang sedang duduk.Terpisah daripada badan kecilnya.Darah melimpah memenuhi lantai.Tangan kanan Rahimah memicit-micit bahagian usus kecil Shamsul yang sudah dikeluarkan manakala kakinya memijak perut anak kecil itu sehingga berdecit bunyinya.

Rahimah mengigit kaki kiri Shamsul yang baru dipotong.Berbunyi jari kaki yang patah dimulutnya.Dia memandang suaminya , Jazlan.

" Awak .....anak kita dah diam wak....dia dah diam..." Airmata Rahimah mengalir menitik ke lantai.Bercampur darah.Dia tersenyum.


Mar 2, 2012

cara menangani stress bahagian dua.




*untuk baca bahagian pertama , klik SINI

Ini sambungan untuk bahagian satu,cara² menangani stress.Mungkin juga bahagian pertama kurang berkesan dan ramai lagi yang masih stress sambil goyang² kepala kerana mencuba tips yang aku tulis tu tapi tak menjadi.Takpa,aku dengan rasa yang sombong takbur riak dan berlagak ,aku beri lagi tips untuk sesiapa yang rasa tips terdahulu tak berjaya.

1. curi kucing jiran / member² lepas tu masak kat depan orang tu

Ada jiran atau member² yang sangat sangat sukakan kucing? Itu adalah suatu peluang yang terbaik.Curi kucing kesayangan tersebut lepas tu buangkan bulu dan kulit.Buat macam siang ikan atau sembelih lembu,lepas tu buat demonstrasi memasak kepada tuan kucing tu.Buat lah apa yang kauorang tahu.Masak lah apa jenis masakan yang sedap².Paling senang goreng je.Lepas tu bagi tuan dia makan daging tersebut.Lepas kenyang ,tanya kucing dia kat mana.Sambil buat bunyi ' tada!!' , cakap yang daging dia makan tadi daging kucing beliau.Lepas kena pukul dan masuk hospital ,sure migrain , demam ,stress dan apa jadah penyakit yang kauorang alami pulih setelah jalani terapi.Itu pun kalau hidup lagi.

2. menangis

Fakta yang yang ramai tak tahu,menurut saintis Kongostan ,Abubunbun ,menangis dapat mengurangkan stress sebanyak 78% secara mendadak.Jadi jangan takut untuk menangis.Beli Dvd yang ada babak sedih banyak² dan tonton sehingga kelenjar air mata kauorang berasap dan meletup.Pada sesiapa yang senang/suka menangis, cuba menangis , meraung macam orang gila sampai perasaan sedih tu habis.Confirm settle masalah.

3. Makan sebanyak yang mampu

Sesetengah orang boleh menghilangkan tension dengan makan sahaja.Tapi untuk sesetengah orang lagi , makan banyak mungkin tak berkesan bagi mereka.Jadi aku sarankan jangan makan makanan yang biasa².Kalau kayu , besi atau kaca tu kita pernah dengar ada orang dah makan , cuba benda lain pulak macam pistol , pencucuh elektrik atau jam randik.Makan sebanyak mana yang boleh.Kalau tak sanggup makan terus cuba buat jus.

4. Lakukan tarian poco² secara terbalik

Tak tau poco²? Ni mesti tak biasa lepak dengan datin² ni.Tak suka tarian ni? takpa, cuba je apa jenis tarian yang kauorang tahu.Tapi buat secara terbalik.Ianya mungkin boleh menambahkan lagi stress sampai tahap boleh pengsan tapi ianya cukup berkesan.Bila kepala dah naik pening nak hafal step tarian tu secara tak langsung boleh meningkatkan tekanan pada tahap 100 peratus.Dah sampai ke tahap maksima tu , ada 2 je kemungkinan ; stress tu akan hilang atau kauorang mati mengejut.Selamat mencuba.

5. Sediakan pisau dan toreh tangan

Ini bukan suggestion untuk cederakan diri sendiri.Maksud aku ,sediakan pisau tapi toreh tangan orang lain.Contoh , member² atau kalau ada musuh, cuba toreh tangan² mereka.Mungkin ada yang bertanya , " apa yang aku dapat kalau aku buat?".Banyak faedahnya , salah satu ialah boleh bagi kauorang puas dan dapat melatih supaya lebih cekap menoreh getah.Ya, kepuasan adalah salah satu cara menghilangkan stress.Percayalah kata² aku walaupun aku tak pernah cuba.


6. Memotivasikan diri sendiri dengan bergaya

Ada pita perakam kat rumah? Takda ? cuba cari apa² alat yang boleh merakam suara atau video.Lepas tu cari satu buku motivasi yang ada kaiatan dengan masalah kauorang.Rakam suara atau videokauorang membaca buku tersebut dengan gaya professor.Lepas tu ,tonton balik atau dengar balik rakaman tersebut sambil admire yang kauorang ni best sangat².Nak real lagi , ajak member² join sekaki dengar rakaman tersebut sambil cakap kuat² , " Hebat gila professor ni.Siapa ni eh? Ni mesti terkenal ni ".Kalau takda yang rasa nak tumbuk muka kauorang masa kauorang cakap macam tu, stress tu mungkin ada lagi.

7. Lakukan aktiviti kebersihan

Salah satu sebab yang membuat kita tertekan adalah persekitaran.Persekitaran yang kotor dapat mengundang jin² sakit hati yang mungkin boleh merasuk minda kita dan membuatkan stress dan tekanan.Jadi rajin² kan lah diri membersih persekitaran.Tapi , jangan guna penyapu , mop , vakum atau apa² alat yang boleh membersih.Cuma gunakan lidah.Sapu lantai guna lidah , mop guna lidah , dan sedut habuk pun guna lidah.Kemudian telan.Apa guna perut kan?

Feb 14, 2012

remaja dan perkara tipikal yang menyeronokkan




Aku biasa pegi cyber cafe.Pusat hiburan berkomputer internet yang biasa untuk orang forever alone takda life macam aku.Dan separuh dipelopori oleh budak² cina , budak² melayu baru nak 'UP' dengan budak yang tak reti kat luar tu dah ditules - 'pelajar berpakaian sekolah dilarang masuk'.

Yang budak baru nak UP kat sebelah aku ni bukak lah laman web ciptaan mark zuckerberg israel tu.Sibuk membalas mesej awek kononnya.Hangat² tahi ayam betul budak dah kalau nak bercinta.Memang tak ingat dunia.Tapi takpa,zaman urban lah katakan.Yang member dia yang rupa macam gay anak ikan bertanya pada yang tengah online melayan awek yang rupa macam tong gas nih :

" Ko tak sambut valentine ke Masdor? "( bukan nama sebenar ,aku tak tahu nama dia,just letak je ).

Dalam pikiran aku, wadahell tanya soalan bangang macam tu.Dan aku syak budak dua ekor ni memang jenis agama takda lekat kat kepala ni.Jenis budak yang ada agama tapi tahap atheist dah sampai tahap dewa.Aku terpikir,mana basic agama diorang.Kalau nak kata tidur dalam kelas masa kelas agama dulu, aku pun tidur jugak tapi takda lah sampai tahap tak reti langsung budaya jadah barat ni.Lepas tu aku dengar lagi perbualan makhluk dua ekor ni :

" valentine ni haram tahu tak ,budaya barat " -yang tengah mengonline ni jawab.

"Mana kau tahu haram? Ada ke dalam al-quran tules haram? Hari macam ni lah kita patut sokong" -yang muka gay ni gaya macam dia ustaz sikit walaupun haram tak tahu pasal agama.

" Ye ke?"

Itu je perbualan yang sempat aku dengar.Memang konfirm lah mamat gay dua ekor ni lah jenis yang yang menyepahkan kondom masa hari² sambutan setan berlangsung.Lepas tu mata aku kembali ke skrin komputer.Member aku upload gambar , empat orang budak melayu bertudung tengah buat isyarat 'fak' depan kamera dengan posing kiut macam pelanduk.Aku mengeluh panjang.Ni lah realiti dunia nak kiamat.Haih~

Feb 12, 2012

(18 sg) cerpen : Aku nak bunuh Julia




Julia memegang cawan kaca yang berisi air neslo panas di sebelah papan kekunci komputernya.Tangannya digenggam erat pada pemegang cawan tersebut.Dihirupnya dengan perlahan sementara tangan kiri menekan tetikus komputer.

" Shit ! mamat bodoh ni lagi ".Julia geram.Digigitnya cawan kaca lutsinar itu.Mulutnya berdarah.Serpihan cawan digigit dan ditelan tanda marah.

Dia mengambil tisu dan mengelap mulut.Cawan yang digigit tadi dibaling ke dinding.Tempat yang sama dia melepas geram dengan menghempas cawan yang sebelum ini diguna.Matanya kembali melihat skrin komputer.Sebuah laman sosial facebook ditatapnya.Sama seperti remaja sebayanya yang lain.Terlalu ambil serius tentang laman sosial maya itu.

" Pap! " Bunyi seseorang yang ingin bersembang dengannya di halaman bawah mukasurat internet bertema biru itu :

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Shamsul Nerd : Hai .Julia .Buat apa?

Julia Jojo : Takde apa.Kenapa? Ko takde orang ke nak chat.Pantang tengok aku online.Aku sibuk sikit ni.

Shamsul Nerd : Sori la.Aku kacau ko ke? Saja je nak borak dengan ko.

Julia Jojo : Ha.Yelah.

Shamsul Nerd : Esok ko cuti kan.Lama jugak la aku tak nampak ko.Jom keluar.Aku ajak Badrul sekali.

Julia Jojo: Badrul dah balik sini ya.Aku mesej dia hari tu dia tak balas.Sibuk sangat ke dia?

Shamsul Nerd : Dia baru balik Terengganu.Sibuk sikit dua-tiga menjak ni.Julia ,aku nak tanya sikit boleh?

Julia Jojo : Nanti la ko tanya.Aku nak off.Bye.

.............................................................................................................................

Simbol ' logoff ' tertera di chatbar Shamsul.Setiap kali Shamsul bersembang Julia , tidak pernah dia melayan lebih daripada seminit.Sentiasa sibuk.Kalau di tulis sahaja nama ' Badrul ' ,baru dia akan bersembang panjang dengan Shamsul.

Mereka bertiga sudah hampir sepuluh tahun berkawan rapat.Setiap kali Shamsul cuba mendekati Julia, pasti hampa kerana Shamsul tahu betapa gilanya Julia akan Badrul.Lebih daripada gila Shamsul pada Julia.

Bukan sahaja chat.Mungkin Shamsul sedikit sibuk untuk sentiasa online.Cuma kadang bila Shamsul bertanya khabar pada Julia melalui SMS, tetap layanan yang sama diberikan Julia.Tapi hati Shamsul belum lagi punah.Dia sanggup mengejar Julia walaupun dia tahu dia dibenci.Tapi dia cukup tidak faham mengapa Julia terlalu benci dirinya.Tidak pernah pun dia buat salah dan dia ada setiap kali Julia kesusahan.Tetapi ,Badrul juga dicari.

Tangan Julia masih lagi melihat halaman album gambar Badrul.Shamsul turut ada dalam kebanyakkan gambar Badrul kerana mereka berkawan baik.Dia melihat lama satu gambar yang telah setahun dimuat naik.Gambar Badrul bersamanya.Berdua.Julia tersenyum.Bibirnya yang basah dengan darah tadi sudah pun kering.Dia menjilat kesan darah dengan lidah.Masin sedikit.

Berbeza dengan keadaan Shamsul dan Julia, Badrul sebenarnya tidak pernah ambil kisah tentang perihal Julia.Dia cuma melayan Julia sama seperti gadis-gadis kelab malam yang pernah dikenalnya dulu.Tidak lebih dan tidak kurang walaupun sepuluh tahun dikenalnya.Dan dia juga tidak pernah kisah akan rasa hati Julia walaupun Shamsul kerap bercerita akannya.

Esok nya seperti dirancang.Mereka keluar bertiga.Seperti jiwa remaja yang lain, mereka turut menghabiskan masa dengan aktiviti remaja usia 20-an.Shamsul kelihatan gembira, Julia juga kerana Badrul ada bersama.Dia tidak lepas memandang Shamsul dengan sinis ketika Shamsul cuba menghiburkan hati mereka dengan lawak bodohnya.Bunyi deringan lagu Indonesia kuat berbunyi daripada telefon bimbit Badrul.Dia menjawab.

" Siapa tu Bad? " Julia menyoal kehairanan.

" Erm, adik aku yang nombor dua tu masuk hospital lagi.Aku kena ke sana " Jawab Badrul memandang Shamsul.Shamsul tahu yang menelefon Badrul tadi adalah Miza.Gadis kelab malam yang baru dikenalinya.

" Kauorang lepak lah dulu ya .Nanti ada masa kita keluar lagi.Okay ? " Dia menarik kerusi,berdiri dan keluar daripada restoran.Air barli yang di pesan tadi cuma separuh diminum.Tinggal Shamsul dan Julia sahaja di restoran itu.
Mereka membisu.


Shamsul memecah sunyi itu membuka mulut ," Bos baru ko macamana Julia?" .Shamsul masih lagi gugup di hadapan Julia.

" Macam tu je la.Eh, jom lah balik.Dah pukul berapa ni ".Julia mengambil beg tangan terus ke kaunter pembayaran.Shamsul tergamam dengan perlakuan Julia.Tidak dipandang pun wajah Shamsul.Hampa lagi Shamsul buat puluhan kalinya.

Dua malam selepas itu,Julia menghantar pesanan kepada Badrul dan seperti biasa dibalas oleh Badrul.Badrul melayan Julia dengan mesra sehingga Julia merasakan Badrul mungkin boleh jadi lebih daripada seorang kawan.Julia pun memulakan langkah untuk mendekati Badrul dengan lebih dekat.Dek kerana sifat Badrul yang suka memainkan perempuan, dia masuk dalam umpan Julia atau mungkin Julia yang terjerat dengan sifat Badrul yang dia sendiri tidak tahu.Julia mengajak Badrul berjumpa.Mereka mematikan kiriman SMS malam itu dengan tersenyum gembira.Keduanya.

Shamsul baru sahaja balik daripada kerja.Oleh kerana banyak kerja yang ingin disiapkan, dia terpaksa balik pada pukul sepuluh walaupun waktu habis kerja pada pukul lapan.Malam itu,hatinya terdetik untuk melalui shortcut untuk balik ke rumah.Biasanya tidak diambil jalan pintas tersebut kerana dia lebih suka melalui jalan raya.

Angin sejuk masih lagi menembusi baju tebal yang dipakainya.Dia lalu di sebuah selekoh yang agak gelap.Lampu motornya terpancar ke arah sebuah kereta hitam dengan plat kereta yang biasa dilihatnya." Badrul?" dia terkejut kerana kereta badrul tersadai di celah gelap tersebut.Perlahan motornya lalu di sebelah kereta Badrul.Hajatnya mahu buat Badrul terkejut.

Tapi sangkaan Shamsul terlalu jauh.Ibarat mahu melastik bintang, serpihan meteor menghempas kepala.Dia melihat Badrul sedang asyik bercumbu dengan seorang perempuan.Tidak berbaju.Badrul ternampak Shamsul dan perempuan itu menoleh.

" JJJJJUUULLLIIA??? "

Shamsul terkejut.Dipecutnya motor dengan laju melepasi kereta Badrul.Dia tahu perangai Badrul begitu tapi tidak disangka dengan Julia.Tiada orang lain kah? Kerana di hati Shamsul Julia mungkin perempuan baik.Tapi tidak disangka.Matanya sedikit merah.Hatinya bercelaru dan geram.

Badrul juga bukanlah lelaki pertama yang dapat 'bersama' dengan Julia.Sudah tiga bekas lelaki yang pernah merasa layanan ' isteri kepada suami ' oleh Julia.Ya,Julia bukanlah seorang gadis yang baik.Cuma Shamsul terlalu buta melihat Julia.Akal Shamsul ditambus oleh perasaannya pada Julia.Mereka terdiam di dalam kereta.Aksi panas mereka terhenti dek ternampak Shamsul memerhati mereka tadi.

Esoknya Shamsul menelefon Julia.Diajaknya berjumpa.Nada suara Shamsul bagai tiada apa yang berlaku.Shamsul mengemas beg hitamnya.Pisau ,sarung tangan , gergaji ,beg plastik hitam disediakan untuk Julia.Pisau rambo turut diselit dalam poketnya.Baju sweater hitam ber hood disarung.Shamsul ada rancangan untuk Julia.Mungkin buat kali terakhir.Dia tersenyum.Geram.Hatinya sakit.

Dia duduk di sebuah bangku tidak jauh daripada kedai makan dan tempat beriadah.Julia sudah ada menunggu.Julia kelihatan resah dan Shamsul dengan perlahan mendekati Julia.

" Yo! , perempuan pelacur! " Shamsul bertempik.Tiada orang di disitu kecuali Julia.

Julia bangun mendekati Shamsul.Sekilas tangannya mengambil sebuah pisau kecil daripada poket dan dicucuh pada Shamsul.Tapi tangan Shamsul lebih tangkas mengelak dan menahan tangan Julia.Dipusingnya ke belakang dan dia memaut Julia daripada belakang.Dibawanya ke dalam semak berdekatan.

" Kau nak bunuh aku ya ,Julia ?? Benci betul pada aku? Ke sebab aku nampak kau layan ******* Badrul? Sedap sangat kauorang buat maksiat ya?? " Badrul sudah hilang akal.Mahu saja diikat Julia dan digergajinya satu persatu bahagian badan Julia atau mungkin dibelah dengan perlahan dikeluarkan segala usus dan organ dalaman Julia.Mahu sahaja kulit dan bangkai Julia dibaling pada tempat perlupusan sampah.Menjadi makanan anjing yang kelaparan.

Julia kepenatan bergelut dengan Shamsul.Dia diikat di sebatang pokok tidak jauh daripada tempat yang diheret tadi.Pisau kecilnya masih lagi digenggaman.Shamsul mengambil beg hitam nya.Dikeluarkan alat yang dibawanya satu persatu.Sarung tangan dan hood kepala disarung kemas.

Dia memegang pisau pemotong daging.Cukup tajam diasah.Untuk dia menyiat kulit Julia dengan lebih kemas dan cantik.Secantik orangnya.Dan potongan yang diberi biarlah sakit.Sakit seperti hati Shamsul.Dia mahu perempuan jalang itu merasa.Biar pedihnya sehingga mati.Tersiksa.

" Kau tahu Julia, aku dah lama sukakan kau.Aku tak tahu kenapa kau benci kan sangat aku.Aku pikir,kalau kau tak boleh terima aku sukakan kau pun, Apa salah kau jadikan aku ni kawan kau je.Aku tak kisah kalau kau nak berkawan dengan aku.Aku lebih bahagia kalau macam tu.Tapi....kawan baik aku jugak yang kau nak sangat.Kau memang pelacur Julia! Pelacur !!! Sedap sangat kau ***** Badrul punya kan? Nah kau rasa ni aku cucuk dalam tekak kau!!! " Shamsul mengangkat pisau untuk dimasukkan ke mulut Julia dan...

" Chakk!!!! "

Pisau kecil di jari Julia menusuk ke hati Shamsul.Pisau yang sudah disapu sejenis racun ' RICIN' ,yang mampu mematikan penghasilan protin dan sel darah merah dengan cepat.Shamsul terkedu.Mulutnya berdarah,kederatnya dikumpul dan pisau dihayun sekuat hati menikam kepala Julia.Darah memercik ke muka Shamsul.Mukanya pucat menandakan racun dipisau Julia tadi sudah berjalan ke salur darahnya.Kepala Julia seakan terbelah akibat hentakan pisau pemotong daging itu.Dia mati serta-merta.

Shamsul terbaring di riba Julia.Nyawanya sudah hampir tamat.Dia memegang tangan Julia yang sudah longlai.Airmatanya menitis melalui pipi.

" Kenapa Julia , kenapa???".Shamsul rebah.Nafas nya terhenti.Mukanya lebam kebiruan.

Esoknya, mayat Shamsul dan Julia dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang berjogging disitu.Kes diklasifikasikan sebagai homisid.Badrul yang menghilangkan diri selepas hubungannya diketahui Shamsul.Perlahan dia membuka televisyen dan terkejut.

" Maafkan aku Sham,aku baru tahu kau sukakan Julia lepas aku baca nota kau ".Badrul merasakan amat serba salah pada apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.

- ditules oleh Shamsul ketika dia baru tahu hubungan Badrul dengan Julia tadi.

Feb 2, 2012

(18sg) Cerpen : Hadiah buat Mejah




Aiman Hazariff melabuhkan punggungnya di sebuah bangku kosong ditaman.Dua orang kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun sedang bermain gelongsor dan buaian di hadapannya.Dia menyeluk poket.Mengeluarkan telefon bimbit nokia 3310 touchscreen yang mempunyai sistem operasi android icecream sandwich.Ibu jarinya laju diletakkan ke menu mesej.Dia membuka mesej lama yang tersimpan.Mesej yang sudah tiga minggu diterima.Dan juga mesej yang terakhir dihantar oleh insan yang paling dia sayang.Insan yang mungkin tidak pernah tahu isi hatinya.

Jari nya laju menolak skrin tidak berpunat itu kebawah.Mencari nama ' Mejah (kwn lama) '.Laju dibukanya mesej tersebut.Mesej yang berbunyi :

' awak , nanti majlis saya esok awak datang tau.Kawan-kawan kita semua datang.'

Dia merenung lama mesej tersebut.Tiada balasan untuk kiriman mesej daripada rakannya itu.Dia mendongak.Memandang ke langit.Diam tidak bersuara.Riak wajahnya bagai seseorang telah hilang sesuatu dan dia tersenyum.

Tiga minggu lepas, dia menghadiri sebuah majlis kahwin rakannya.Bukan antara yang rapat dengannya.Cuma yang selalu dia jumpa.Terpampang sebuah banting besar yang tertulis
' Selamat pengantin baru Zulkifli & Hasmejah ' di depan pintu pagar rumah Encik Razak.Aiman memegang hadiah sebesar dua tapak tangan.Tangannya berpeluh sedikit.Kakinya melangkah masuk ke perkarangan rumah tersebut.Meriah sekali majlis yang diadakan.

"Aiman!!" Namanya dipanggil.Dia menoleh ke belakang.

"Lama tak nampak kau? Balik ke sini tak beritahu pun?".Salem menyapa.Tangan diletak ke bahu Aiman.Rashid , Amzah dan Badrul turut sama ada.Mereka bersalam.Mereka bergelak ketawa bercerita tentang perihal lama.Fikiran Aiman bercelaru.Dia cuma bergelak ketawa tapi sepatah pun cerita mereka tidak masuk dalam fikiran Aiman.

"Jom ,kita jumpa Mejah.Tengok laki dia macamana.Hahaha." Badrul mengajak.

"Aku...." Tangan Aiman mengengam hadiah yang dipegang dengan erat.

"Kau ni apasal diam je ni.Jom!" Aiman ditolak.

Mereka meluru ke tempat persandingan pengantin.Aiman menoleh kiri dan kanan.Memandang jika ada lagi wajah-wajah yang dikenalinya.Dia sedikit lambat dan terlepas untuk melihat pengantin berarak.

"Hadiah tu takkan nak pegang je?" Hadiahnya dirampas Rashid.Dan diberi kepada pengantin.Ketika itu belum lagi bermula majlis makan bersuap.

" Ni daripada Aiman".Rashid menunjuk kepada Aiman.Pengapit Mejah, Nora menyambut hadiah tersebut dan membawa ke belakang.Nora juga merupakan kenalan mereka.

Mejah tersenyum melihat Aiman datang.Senyumnya dibalas Aiman tetapi bukan lagi senyuman ikhlas seperti dahulu.Bukan lagi senyuman malu-malu kucing yang biasa dilemparkan.Cuma senyuman sinis yang datang daripada hatinya.Sedikit sakit.Sakit yang dia sendiri tidak faham.

Lagu karaoke yang dinyanyikan oleh seorang makcik tua cukup membingitkan telinga Aiman.Cukup menjengkelkan.Mahu saja dia sumbatkan mikrofon yang digunakan ke dalam tekak mak cik tersebut.Biar dia tersedak.Biar dia merasa sakit tak bernafas.Biar dia diam tidak lagi bersuara menikam gegendang telinganya.

Rakannya yang lain mengajak Aiman menjamu selera di bahagian tetamu.Lauk-lauk yang disediakan katering daripada luar itu cukup untuk membuatkan tetamu yang hadir menelan air liur.Aiman duduk berhadapan dengan meja bahagian pengantin.Jelas dilihatnya wajah Mejah dan pengantin lelaki.Dia menyuap nasi ke mulut.Memandang lama ke tempat pengantin yang baru sahaja mula makan bersuap.

" Kauorang makan dulu.Aku nak ambil gambar kawan kita "Amzah bangun dan meletakkan air sirapnya di depan Aiman.Dia meluru ke arah pengantin dan mengambil gambar.

"Kau apasal diam je Aiman? . Daripada tadi kau tak bercakap sepatah pun? Tegur kitaorang pun tidak." Badrul bertanya.Rakannya yang lain mula pelik dengan tingkah laku Aiman.

Aiman masih membisu.Memandang pengantin.Seribu kaca tajam menusuk dalam jiwanya.Dia seakan tidak tahu lagi tentang perasaannya.Sudah 8 tahun Aiman mengenali Mejah.Seorang yang ceria , lawa dan mesra membuatkan ramai terpikat dengannya.Termasuklah Aiman sendiri.

Tetapi sepanjang dia mengenali Mejah,dia tidak pernah bersuara.Tidak pernah bercakap apatah lagi berbual mesra dengan Mejah.Cuma senyuman sahaja dilemparkan.Dan selalunya senyumannya dibalas.Setiap kali dia berjumpa Mejah,cuma itu sahaja rasa yang dipendam Aiman.Rasa suka.Sehingga lah hari bahagia buat Mejah tiba.

Selesai sahaja makan,Aiman beransur daripada majlis tersebut.Perlahan-lahan.Kawan-kawannya yang lain tidak sedar yang Aiman sudah tiada di situ.Mereka cuba menghubungi Aiman tetapi telefon bimbitnya ditutup.Aiman menuju ke kereta kancil buruknya.Longlai.Bermacam perkara bermain di minda.Kecewa,terkejut,marah dan rasa yang dia sendiri tidak tahu namanya.Rokok Winston diambilnya daripada dashboard kereta.Dinyalakan.Perlahan Aiman berlalu daripada majlis itu.Diam.Kecewa tak terkata.

Hari ketiga selepas majlis perkahwinan Mejah.Dia mengemas kotak-kotak hadiah yang diberi tetamu yang datang.Terlalu banyak.Ada yang besar dan juga yang kecil.Tiba-tiba dia terbau aroma yang sangat busuk di celah-celah susunan hadiah itu.Semakin lama, semakin loya anak tekak menghidu bau tersebut.Seperti bau bangkai.

Dia ternampak sebuah kotak yang berwarna biru.Diambilnya.Ternyata bau busuk tersebut datang daripada kotak biru itu.

" Ini hadiah yang Aiman bagi..." fikirnya sambil dia mengoyakkan pembalut biru itu.Di bawah kotak tersebut terdapat setompok kesan berwarna hitam yang pekat.Bau busuk itu makin kuat menujah hidung.Dia membuka kotak hadiah yang diberi Aiman dengan perlahan.

" Ya ,Allah !" Mejah terkejut dan menjerit.Terdapat seekor anak kucing yang telah mati di dalam kotak biru tadi. Lebih mengerikan ,anak kucing itu telah dikerat empat.Darah hitam yang telah kering memenuhi kotak tersebut.Mata anak kucing itu tiada sebelah.Kepalanya sedikit penyek bagai dihentak dan bahagian abdomen ,kaki ,kepala serta ekor tercerai.Usus dan segala isi perut anak kucing masih ada separuh dalam abdomennya.Tidak terkeluar habis.Badannya seperti dicarik dan penuh kesan calar yang berdarah.

Mejah memberanikan diri memegang kotak yang dipenuhi bangkai tersebut.Dia terlihat ada sehelai kertas putih di dalam perut anak kucing yang terburai itu.Ditarik dengan perlahan.Kertas putih itu dipenuhi darah kering anak kucing yang mati itu.Hanyir baunya.Dia membuka kertas itu dengan perlahan.Ianya sebuah nota yang tertulis :

" Awak suka kucing kan? Ni hadiah yang paling istimewa yang dapat saya bagi.Kucing parsi kacukan muchkin lagi.Comel kan kucing tu? Maaf sebab darahnya dah habis saya minum.Sedap rasanya.Macam rasa air sirap limau kurang manis yang biasa awak minum.Mula-mula ,saya nak pengsan kan je kucing tu tapi dia melawan dan cakar muka saya.Saya terpaksa kerat bagi dia duduk diam sikit dalam kotak tu.
Awak tahu , saya dah lama sukakan awak.Tapi saya tak tahu nak cakap macamana.Saya terdiam bila pandang wajah awak.Mungkin saya dah tak sempat nak beritahu awak dan mungkin juga kalau saya beritahu tak mengubah apa-apa.Saya takut saya je yang malu sendiri.
Saya harap awak bahagia dengan hidup awak.Maaf kalau ayat saya ni macam bangang sikit tapi saya tulis ikut perasaan.Kalau awak rasa nak benci saya sebagai kawan ,atau rasa saya ni psiko, silakan lah.Saya harap awak bahagia.Terimakasih jadi kawan saya."


Selepas itu Aiman menghilang.Tidak dapat dihubungi.Tidak tahu kemana.

Ditulis oleh : Aiman Hazariff.

Jan 26, 2012

benda simple yang aku susah nak faham.

ni gambar member aku .kalau berminat sila tinggalkan nombor telefon.dia ni straight.



kadang aku memang banyak sangat tak faham dengan situasi,tentang benda ² biasa yang berlaku seharian dalam hidup atau benda stereotaip yang kita nampak daripada setiap orang secara rutin. Jenis yang tak alert orang kata.Atau biasa orang panggil ' lambat tangkap '.

Memanglah kalau kau tengok orang makan nasik,secara automatik kau akan cakap dia makan nasik.Simple sangat untuk judge kan? Tapi yang kita mungkin tak nampak adalah 'sebab'.Betul ke dia makan nasik sebab lapar ? Atau mungkin dia ada sebab lain yang kita tak tahu.Itu perkara biasa yang jadi pada aku.Judge orang terlalu cepat dan simpulkan sesuatu terlalu cepat.

Bila kau dah mula hidup dengan banyak watak kadang jadi pening, jadi tension mana satu yang kau nak bawak kat tempat yang betul.Dan jugak bila kau sendiri tak faham tentang perasaan atau taraf kau sendiri.Aku rasa aku mungkin tak jadi risau , tak jadi pening kalau aku hidup secara tipikal yang aku tak suka.Hidup macamana orang pikir kau macamana.Tak payah nak buat pilihan lain.Tapi , aku tak nak hidup macam orang pandang aku.Sebab orang nampak aku ni loser.Aku memang tak nak.#.