Dec 27, 2011

Entri ikut mood 4 : banyak yang 'kenapa'?



Aku sebenarnya dah tak nak menulis pasal hal peribadi , masalah atau luahan perasaan kat blog ni.Secara serius , memang aku benci nak menulis benda² macam tu.Sebab aku rasa bodoh macam batu bila aku baca balik apa yang aku tulis.Mungkin kalau bukan hari ini aku baca , akan datang bila aku bukak blog tengok balik entri lama² , memang aku rasa bodoh tu melantun-lantun datang.Rasa macam nak kutuk blog sendiri je tapi tak sanggup.Aku sendiri yang terasa kalau aku buat macam tu.

Tapi , aku tulis jugak pasal dah takda apa nak ditulis.Sekurang-kurangnya aku boleh lepas sikit apa yang aku rasa.Tak payah pendam lama sangat.Tak payah nak peram sampai jadi jeruk.

Aku seorang yang hipokrit.Jarang aku tunjuk perangai sebenar aku sebab aku fikir jaga hati orang lagi penting.Aku bukannya jenis orang yang ada tempat nak luah perasaan, ada tempat nak " hello² member² " cerita pasal hidup aku yang miserable.Aku tak da tulis kat mana² rangkaian sosial dan beratus-ratus orang komen aku.Dan aku tak da orang yang kononnya paham hidup aku dan sedia untuk dengar cerita aku.Aku Tak Ada semua tu.Mungkin itu sebab aku tertarik menulis.Mungkin sebab kalau aku taip benda personal kat blog boleh redakan aku kejap.Aku tahu aku nampak bodoh dan aku rasa macam bodoh.Terpulanglah untuk orang yang baca menilai.

Dulu aku banyak mengungkit.Aku banyak persoalkan macam² hal.Aku banyak benda yang tak puas hati dan aku cuma mengeluh geram.Aku banyak tak bersyukur dengan macam² keadaan.Tapi bila dah meningkat umur dan makin lama aku rasa mungkin banyak hikmah benda² buruk jadi kat aku.Mengajar aku supaya jangan mengeluh setiap masa, mengajar supaya menerima keadaan buruk ,adaptasi dengan benda yang aku tak boleh terima dalam hidup aku.Dan benda² macam tu terus datang tak berhenti.

Aku amat berharap aku boleh berubah.Boleh jadi macam orang lain.Boleh dikategorikan normal dan berguna.Dan aku cuba ubah keadaan aku.Tapi aku tak cukup semangat.Aku tak da dorongan dan aku cepat give-up.Itu yang aku susah nak ubah.Itu yang aku cuba bertahun-tahun.Masih lagi hingga ke hari ini.

Aku minta maaf kalau ada yang tak suka baca benda² personal macam ni (sebab aku pun tak suka bila benda² peribadi kau cerita kat orang sebab nak orang kenal kau ).Itu bukan tujuan aku.Kalau kau tahu macamana rasa bila kau tiba² hilang tujuan bila kau berangan sesuatu perkara terlalu lama , diperbodohkan setiap masa dan orang tak pernah kenal kau macamana ,terimakasih aku ucapkan dan kau paham kenapa aku tulis benda personal macam ni kat sini.