Nov 15, 2011

cerpen : kakiku bukan di bibirmu

Radhi terbangun daripada lelap nya.Dia melihat kedua kakinya.Ternyata segala yang dialami tadi hanya mimpi semata.Mimpi yang mungkin amat bermakna baginya jika ia menjadi kenyataan.Dia memegang tayar pada kerusi roda dan berlalu pergi daripada jendela bilik untuk ke dapur.

Sudah dua bulan Radhi berkerusi roda.Sudah dua bulan juga dia bermurung menghadapi dua dugaan hidup yang amat sukar.Ketika doktor memberitahu yang kakinya mungkin tidak dapat digunakan lagi kerana saraf tunjang di kaki sudah hancur dan juga ketika Julia memberitahu dia sudah tidak boleh bersama Radhi lagi.

Sudah hampir setahun Radhi mengenali Julia atau nama sebenar beliau Julia binti Dato Juli.Seorang anak kenamaan dan graduan jurusan perniagaan MLM profesional.Dia bertemu Radhi seorang posmen jalanan yang menghantar surat daripada rumah ke rumah.Insiden yang meretakkan hubungan mereka berdua bagai aur dengan tebing bermula ketika Julia meminta Radhi menghantar dia pulang kerana kereta mahal nya rosak terlanggar batu kerikil.

Hari itu, cuaca yang secerah pencerah kulit berjenama sanselk bertukar hujan lebat secara tiba-tiba seperti adegan filem-filem melayu yang biasa.Julia menelefon Radhi yang ketika itu sedang berhadapan dengan seekor anjing jenis chihuahua untuk meletakkan sekeping surat ke dalam kotak surat tuan rumah tersebut.Ternyata kegarangan anjing tersebut telah menduga keberanian Radhi sebagai seorang posmen yang bertopi keledar.Setelah dua panggilan yang dibuat,Julia masih tidak dapat menghubungi Radhi.

Dia bergegas menuju ke sebuah pondok bas yang secara tiba-tiba wujud seperti adegan filem melayu yang biasa.Kali ini dia mencuba lagi menelefon Radhi.Panggilannya kali ini dijawab.Kebetulan juga Radhi berada di pondok bas yang berdekatan.Julia memujuk Radhi untuk menghantarnya pulang dan mengadu yang kereta mahal nya rosak.Kasihan Radhi mendengar aduan kekasihnya itu,dia tekad mengharungi hujan lebat yang dituruti guruh dan petir bersama salji menuju ke arah Julia.

Ketika dia sampai di situ,Julia sudah basah kuyup.Radhi yang mengharungi hujan tidak pula basah kuyup.Cuma basah sahaja.Mungkin nama datuk Julia kuyup ,fikir Radhi.Secara kebetulan juga Radhi membawa dua topi keledar bagaikan drama melayu.Dia memecut lacu ke arah Taman Tunas yang terletak tidak jauh daripada pondok bas tersebut.Demi Julia dia sanggup mengharungi hujan lebat bersama salji tersebut berbekalkan motosikal yang dipinjam daripada pejabat.

Dengan tiba-tiba seorang penjual aiskrim muncul di tengah jalan.Radhi sudah tidak dapat mengelak lagi.Meter motosikal tersebut telah menunjukkan tanda amaran dan telah melebihi had laju yang mencecah 327 km/j.Radhi juga telah cuba membrek menggunakan kakinya sendiri kerana dia terlupa yang motosikal mempunyai brek kaki yang disediakan.Akibatnya kaki Radhi tercampak jauh.Julia yang ketika itu tersenyum kerana dia memikirkan bahawa Radhi sengaja melakukan aksi lasak.Cubaan untuk mengelak penjual aiskrim itu mengakibatkan motosikal,Radhi,Julia dan seekor kucing yang entah daripada mana terseret sejauh 2 km di tengah jalan.

Penjual aiskrim itu pula berlalu dengan gembira sambil mengangkat tangan membuat isyarat fak selama dua minit ke arah Radhi.Radhi mengerang kesakitan.Kucing yang entah daripada mana itu pun memeow kesakitan.Motosikalnya juga berbunyi menandakan sakit kerana papan plat telah patah.Cuma Julia yang terselamat tanpa sebarang calar dan kerosakan.

Ramai orang berkerumun ke arah Radhi dan Julia untuk mengambil gambar dan merakam video.Ada juga yang secara spontan menjadi wartawan tidak bertauliah.Radhi mendengar sayup-sayup suara Julia , motor dan kucing.Kemudian, dia tidak sedarkan diri.Setelah berada di hospital selama dua hari Radhi membuka matanya.Dia terkejut kerana dia tidak berada di wad ICU tapi sebaliknya wad kanak-kanak spastik.Secara tiba-tiba juga seorang doktor perempuan yang memakai baju doktor ke arahnya.Julia bersama doktor perempuan yang memakai baju doktor itu ke arah Radhi.

Doktor itu kemudian mengumumkan yang kaki Radhi tidak dapat diselamatkan.Radhi yang terkejut menyelak kain yang menutup kakinya.Dia hairan dan bertanya kepada doktor kenapa kedua belah kakinya hilang sedangkan yang cedera cuma satu.Doktor perempuan yang berbaju doktor itu tersenyum dan memberitahu yang dia tersilap potong sambil menunjukkan muka kiut yang seksi.

...bersambung..

No comments: