Nov 24, 2011

cerpen : kakiku bukan di bibirmu bhgn 2

link ke bahagian 1

Tidak dapat menerima kenyataan tersebut,Radhi menjerit dan meraung sekuat hati.Kaki yang sudah 24 tahun bersamanya kini telah pergi meninggalkan tanpa mengucapkan selamat tinggal.Dia meraung bagaikan kehilangan insan penting yang bernyawa.Julia ketika itu tergamam.Tidak pernah dia melihat muka Radhi yang memaparkan kekecewaan sebegitu.Dia terdiam dan tidak berkata apa.Seakan dia faham apa yang dialami Radhi.Tapi sebenarnya dia tidak.Dia tidak pernah memahami Radhi.Dia juga tidak pernah menyukai Radhi sebenarnya.

Radhi yang selama ini cuma peneman Julia di kala dia merasa kesunyian teringat akan kekasih lamanya.Radhi cuma dijadikan tikus makmal Julia.Cuma penghilang rasa sedih dan badut sarkas tak diiktiraf untuk menghiburkan hati Julia.Atau cuma tukang bawa barang masa Julia membeli belah.Tak pernah Radhi lekat di hati Julia.Tidak pernah dia terfikir yang mungkin Radhi boleh dijadikan penamat dan teman hidup bujangnya.

Dua hari selepas insiden itu,Radhi tidak lagi seriang dulu.Dia banyak bermenung dan membuatkan ibu serta adik beradiknya yang lain risau.Julia juga sudah tiada.Cepat sungguh dia meninggalkan Radhi dan senang sungguh dia pergi dengan tidak membuat lakonan seperti drama melayu yang kebiasaan.

"Awak ,saya rasa awak dah tak sesuai untuk saya.Awak pula dah cacat.Saya harap awak mati cepat.Bye!"

Tergiang lagi ayat itu di telinga Radhi setiap kali dia teringat akan Julia.Tidak terkata bagaikan menangkap seekor ayam jantan yang berbulu,ayam tak dapat, tangan pula berbau tahi.Tidak ada berlakon,tidak ada putar belit , cuma ayat terus terang dilemparkan oleh Julia ke muka Radhi.Mengenangkan kakinya dan mengenangkan Julia , membuatkan Radhi seakan dilempang oleh seekor babun kelaparan.Terdiam dan tak terkata.

Sudah sebulan Radhi bermenung.Itu rutin hariannya.Dia cuma duduk di atas kerusi roda dan melihat ke jendela luar rumahnya berjam-jam.Tidak bercakap.Tidak menunjukkan sebarang emosi.Cuma bermenung dan kadang airmatanya menitis.Sudah puas emak dan adik beradiknya memujuk Radhi tapi tidak pernah berjaya.Dia seakan hilang semangat.Hilang segala.Mungkin juga Julia yang kejam atau Radhi yang tidak cukup tabah menghadapi dugaan.

Masa yang dihabiskan Radhi setiap kali dia bermenung mengenangkan kaki yang pernah digunakan untuk bermain futsal dahulu.Juga masa yang banyak dihabiskan dengan Julia.Sungguh selesa dan sungguh bertuah dia rasa bila bersama Julia.Banyak perubahan yang dibawanya kepada Radhi sehingga Radhi bukan lagi menjadi Radhi yang dahulu.Julia mengubah arah tuju hidup Radhi.Tapi ular tetap ular , ular takkan berubah menjadi burung merpati.Radhi yang malang tertipu dengan Julia yang pandai mempergunakan orang lain.Mungkin juga Radhi bukan yang pertama.

Suratkhabar hari minggu dipegang Radhi.Diselak satu persatu sambil dia memerhati langit petang kemerahan.Dia melihat kembali muka hadapan.Terpapar tajuk berita ' anak dato ditangkap mengedar dadah ' .Entah kenapa secalit senyuman terpapar di riak muka Radhi.Dia seakan puas.

No comments: