Aug 25, 2011

you`re the one konon



.

Aku ni jenis yang tak berapa nak suka benda² jiwang karat melayu yang shit ni.Aku memang agak anti dan panas telinga bila dengar bab-bab cinta ni walaupun aku layan blog terfaktab.Kenapa? sebab aku dah bosan dengan jiwa melayu yang kekoreaan ni.Tu pasal banyak sangat minah² melayu yang minat K-pop.Apa yang best sangat mamat² jambu yang buat lagu yang kau sendiri pun tak paham.Lahir pulak K-pop wannabe MY.Siapa? google sendiri 'max 247'.Kalau kau muntah aku tak tanggung.

Balik-balik kalau berborak mesti ada tajuk,' kau kapel dengan siapa eh sekarang ' atau ' awek kau dulu macamana eh? Kau tak dapatkan dia balik? '.Kemon lah.Berdarah lah telinga aku setiap kali dengar benda² pakwe makwe ni.Serius bukan jiwa aku.Bukan maksud aku ni gay tapi tak payahlah nak tunjuk sangat yang orang kita ni jiwang.Belakang cerita sudahlah.Biar kau je yang tahu.Jangan nak heboh macam nak masuk paper.Macam dah takda topik lain.Memang lah aku tak menyampuk depan².Aku senyum je sebab aku kat luar pendiam.Aku tak pandai nak bercakap so aku sengih kambing je bila orang bercerita.Orang kutuk aku pun aku senyum.Kalau aku berani dah lama aku carut kuat².

Tak payah lah nak bercinta gedik² sangat sampai keluar ayat " Sayang..kita sayang awak macam kita sayang kucing parsi utara yang nama dia caprio iskander tu " .Okay.Aku tahu ayat contoh aku ni entah apa².Maksud aku sayang yang sangat² lah sampai kau sanggup habiskan duit beli macam² lepas tu clash ternganga sambil keluar air liur.Mengharap sangat pada orang yang belum tentu jodoh kau.

Aku tengok sekarang trend orang bercinta : buat pengakuan,kapel dan buat apa² yang patut,rasa tak sesuai,clash.Lepas tu ulang lagi. Motif? aku sendiri pun tak paham sampai ada yang buat koleksi pakwe/makwe banyak². " Aku ada 200 orang bekas pakwe aku.Kau ada? Huh! ".Apa tu?

Okay.Aku pun takda idea sebenarnya nak ulas benda ni panjang².Satu je sebab aku tulis entri ni.Aku JEALOUS.Okay? Sebab aku selalu mengharap benda yang tak mungkin terjadi.Hahaha.bodoh betul.

12 comments:

Farie said...

nak mencarut kat post ni boleh? suka hati aku arrrr nak kapel ke tak??? hehehe.... kau tanak kapel pun suka hati kau arrr... sume org pun ta sama ma....heeeeeeee. nyways, nice post and pendirian yg bagus dan harus dicontohi... tak suke juga gedix2 ni.... selamat hari raya.! :)

KiD said...

farie - yang panjang2 tu mukadimah je.aku just nak beritahu aku single.jeles tengok orang kapel.haha.selamat hari raya jugak.

una din said...

kid, siyal kau!! KAH KAH KAH

mksd ko cm ni la nk bjiwang boleh tp tapayah nak menunjuk smpai org lain naik muak.

sabar derr, ko chill je zaman single ko. ms ko akn tibe.

kalo laki xde awek layan dota.
perempuan sigle layan korea la derr.

AHHAHAHHAHA fair and square!
jyeahhh!!

KiD said...

una din - benci doe tengok orang kapel.serius.

una din said...

ko bnci ngn org y kapel yang over2 sgt tu kan

KiD said...

una din - benci sangat takda ah.aku jeles je lebih.orang single macam aku pun tak buat macam tu walaupun aku single.eh,aku tulis single dua kali eh? haha.

h3nshin_h3r03s said...

Rilex bro. Org single2 kena steady... Jgn emo-emo. hahahaha

KiD said...

henshin - takda emo ah.tengah steady lagi ni.*forever alone.haha.

dhiera said...

single lagi ok~ tak pening kepala, tak perabis duit. duit yang ada bole simpan utk kawen, bila sampai masa betul2 ready bercinta dan terus bernikah la~ tak payah tggu lama2. cinta halal kot..

sekurang2 ye ko tak membazir pada orang yg salah. kapel lepas tu clash kan buat abes duit je ko berkencan dengan dorang. tak payah nak jeles sbb setiap orang telah ditentukan jodoh sendiri.

KiD said...

dhiera - tak payah la komen serius sangat.hehe.aku tak serius pun tulis entri macam ni.

sameon kasirun said...

knp milah dipersalah kan dan knp riduan dijadikan ujian??

KiD said...

sameon-saya tulis ridaun ye.