Aug 27, 2011

membazir raya amalan mulia.




Tajuk yang agak hot and spicy bila tiba masa nak raya.Raya = membazir.Sifir yang dah memang orang melayu kita cukup hafal bila tiba nak raya.Tak terkecuali jugak bila nak berbuka.Juadah tu kalau tak cukup selori tak puas.Nafsu mengalah kan kuda liar yang teruna.Kuda pun tahu puasa.Tahu tak yang kuda sebenarnya boleh berlari selaju...Eh,aku bukan nak cerita pasal kuda.Dah ke laut pulak.

Orang kita ni kalau tak membazir tak sah.Mesti nak riang ria dan berseri-seri daripada segi pakaian,rumah ,dan macam² lagi padahal nak sambut raya je.Bersederhana pun dah cukup.Tak payah nak meriah sangatlah.Bukan boleh bawak mati.Tapi masing² nak jugak tunjuk kaya.Tunjuk siapa yang lebih sampai ke tahap membazir.Kalau jiran sebelah beli helikopter ,mesti nak lawan.Nak jugak beli airbus 380.Baru adil macam tu.

Bila perkara-perkara macam ni dah jadi sinonim dalam diri kita,tak payah lah nak bising harga barang naik ke apa.Pokok pangkal nya cara kita sendiri berbelanja.Bagi aku,tak perlu lah nak bermewah sangat tukar itu ini bila nak sambut raya.Cukup lah kita sambut raya dengan hati yang gembira.Cukup dengan kita bersyukur pada apa yang dikurniakanNya sehingga ke hari ini.Sedar tak bila kita sibuk dengan persiapan raya ,nak beli itu ini,ada lagi insan yang menyambut raya dengan linangan air mata.Dengan kesedihan.

Masyarakat kita ni bukan semua nya mewah.Berlambak lagi sebenarnya yang miskin.Yang tak mampu daripada segala segi walaupun kerajaan kata kat negara ni sifar kemiskinan.Ye ke? Ptuih! Cakap je boleh lah.Selidik sendiri rakyat tu macamana dulu.Ramai lagi yang tak mampu beli baju raya masa orang lain sibuk berbaju baru.Kita beraya untuk bersyukur bukan untuk bermegah.Kalau jenis yang duit tebal dalam poket tu boleh lah berzakat lebih sikit.Tolong sikit sesama saudara Islam.Ada juga bagusnya daripada beli barang-barang baru setiap kali raya.Pahala pun dapat.

Cuba pikir balik senario beraya kat malaysia.Dengan sambutan meriah,lagu sana-sini,shopping,makanan macam-macam,duit raya lagi.Best gila kan? Lihat pulak kat Palestin macamana? Kat Somalia ? mereka beraya dalam keadaan takut.Dalam keadaan serba daif.Takda suasana macam kat negara kita.Tapi diaorang tetap bersyukur dengan dugaan yang Tuhan bagi.Masih lagi mampu beribadat.Kita pulak tak cukup dengan apa yang ada,nak jugak yang lagi mewah.Semangat raya tak semestinya terletak pada apa yang kita mampu tapi pada tahap mana yang kita mampu bersyukur.Selamat Hari Raya.



1 comment:

KiD said...
This comment has been removed by the author.