Aug 29, 2011

cerpen raya - Cinta itu buta dan mengerutu.



Hari ini Amron cukup gembira kerana dia mendengar khabar daripada pihak atasan ,akan ada pekerja baru yang masuk ke bahagian dia bekerja.Seorang perempuan.Sudah lama Amron menunggu seorang rakan sejawat yang boleh dijadikan peneman.Akhirnya permintaan dia diluluskan.Tidaklah Amron berseorangan lagi di makmal tempat dia bekerja.

Amron tertanya-tanya bilakah rakannya itu masuk.Comel kah dia seperti Lisa Surirumah? Kiut kah dia seperti Justin pili berbibir walaupun Amron sangat benci akan manusia Justin itu.Kegembiraan dalam hati nya tidak dapat tertahan lagi.Apabila terdengar rakan sejawat nya itu seorang perempuan,Amron terfikir untuk mencuba nasib setelah lama dia membujang.Sungguh tinggi nafsu si Amron bagaikan lipas kudung berkelamin.

Amron bekerja di Jabatan kajian biologi untuk kajian berkaitan dengan haiwan.Di situ juga penghasilan klon dan ujikaji haiwan gabungan manusia dijalankan.Pusat biologi tersebut terletak di tengah pusat bandar.Seperti hari-hari biasa,Amron tidak lah sesibuk staff lain kerana tugas kerjanya hanya berkisar tentang pemerhatian dan mencatat rekod ujikaji.Ada juga staff yang bekerja di bahagian penyantuman DNA iaitu penggabungan antara DNA haiwan ,manusia , jin dan tumbuhan untuk menghasilkan baka baru.Banyak hasil kajian tidak berjaya untuk hidup.Amron bernasib baik kerana dia tidak perlu melihat bagaimana manusia berkepala kuda menjerit apabila disuntik.

Seperti hari yang biasa,Amron duduk dalam makmal keseorangan.Melihat kawasan makmal yang terlalu biasa membuatkan Amron bosan.Entah bagaimana dia tertidur.Jam sudah menunjukkan pada pukul enam petang.Sudah lewat.Staff-staff yang ada di situ sudah pulang.Sudah senyap sunyi makmal itu.Tiba-tiba dia terperasan ada orang lain di dalam makmal.Dia tidak keseorangan lagi.Ada staff baru yang tiba menemaninya.Izmeen nama yang tertulis di tag namanya.Seorang gadis yang ayu dan cantik dan ayu.Gadis tersebut memandang Amron dan bertanya,

"Awak Amron kan ? Saya Izmeen.Staff baru bahagian ni.Maaf,tadi saya nampak awak tidur.Saya tak nak kacau.Selamat berkenalan ya." Katanya sambil tersenyum manis.

"Ah...ya ,Jadi awak satu makmal dengan saya? " Memandang wajah gadis tersebut membuatkan Amron terketar-ketar untuk bertanya.Dia terasa di awang-awangan walaupun dia bukan bernama Awang.Matanya tidak berganjak daripada memandang wajah gadis tersebut.Mungkin Amron sudah jatuh cinta pandang pertama.

" Ya. Saya ditugaskan kat sini.Er..air liur basi kat pipi awak tu ".Tegur Izmeen sambil jari menunjukkan ke arah pipi Amron.

" Oh. " Tangan Amron tergesa-gesa mengelap pipinya yang penuh air liur basi akibat tertidur tadi.Kemudian Izmeen tergelak kecil disambut dengan Amron yang ketawa akan dirinya sendiri.Tak sangka perkenalan mereka begitu indah buat Amron.Mungkin ini gadis yang dicarinya?

Esoknya,Amron semakin ceria dan bersemangat dengan kedatangan Izmeen.Dia tidak lagi merasa bosan berada si makmal tersebut.Terasa makmal itu bagai pusat hiburan pula.Amat asyik.Dan hubungan Amron dengan Izmeen pun semakin rapat dari hari ke hari.Hati Amron bagai berbunga-bunga chrysanthyemum.

Hingga satu ketika, seorang lagi staff baru ditugaskan ke unit itu.Lelaki pula tu.Amron semakin cemburu walaupun belum lagi bersua muka dengan staff baru yang didengarnya itu.Dia risau Izmeen akan beralih arah kerana Amron belum sempat lagi meluahkan perasaan pada Izmeen.Sungguh kuat cemburu Amron sehingga dia berfikir yang bukan-bukan tentang rakan barunya itu.

Sudah sebulan mereka bertiga ditugaskan bersama.Amron semakin benci akan staff baru itu kerana Izmeen lebih rapat dengannya berbanding Amron.Mereka pula kerap ditugaskan bersama untuk melihat hasil ujikaji di makmal lain.Semuanya atas arahan pihak atasan.Amron tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyimpan dendam dan geram pada rakan sejawatnya.Izmeen pula sudah berpaling tadah ke arah staff baru itu membuatkan Amron lebih cemburu.Tanggapan pertama nya betul.Sakit hati Amron bertambah-tambah.

Sampailah satu masa,Izmeen telah terlanjur dengan staff baru itu.Hati Amron hancur apabila mendengar berita tersebut.Tidak disangka rupanya begini balasan yang dia dapat menyukai gadis tersebut.Hatinya luluh.Dia tidak dapat berbuat apa-apa.Perasaan kecewa menebal di hatinya membuatkan fikiran Amron sudah tidak waras.Hati nya bagai retak dan berkecai di hempap ahli sumo.Dia nekad mengambil keputusan seterusnya.Sebuah pistol diletakkan di dahi,

"Selamat tinggal dunia." Air mata mengalir di pipi Amron lalu dipetik nya picu.

"BANG!!!" Riwayat Amron berakhir di situ.Di makmal tempat dia mengenal Izmeen.

Esok pagi,Dr.Sherlock masuk ke makmal lebih awal daripada biasa.Setelah kad staff di sisipkan di alat pengesan,dia bergegas ke makmal penyelidikan 2B.Kot putih disarungkan ke badan dan sarung tangan dipakai.Dia membuka sedikit tingkap dan melihat spesimen ujikaji yang dibuatnya.Alangkah terkejut Dr.Sherlock apabila seekor daripada tiga ekor katak untuk ujian pemerhatian nya telah mati dalam keadaan berdarah.Ada sebiji pistol mini bersaiz 2sm di sebelah katak yang mati terlentang itu.Belum sempat Dr.Sherlock mencatat rekod ujian pemerhatian yang dibuatnya.

Ya,Amron cuma seekor katak ujian makmal yang tidak berfikir panjang.Jika dia tidak mengenal Izmeen pun,mungkin dia akan mati dijadikan bahan ujikaji Dr.Sherlock.Di penjuru bekas kaca itu terdapat segumpal telur katak yang sudah disenyawakan.Dr.Sherlock tersenyum.Buku rekod dibuka dan dicatit- " spesimen pertama -mandul ".




Aug 27, 2011

membazir raya amalan mulia.




Tajuk yang agak hot and spicy bila tiba masa nak raya.Raya = membazir.Sifir yang dah memang orang melayu kita cukup hafal bila tiba nak raya.Tak terkecuali jugak bila nak berbuka.Juadah tu kalau tak cukup selori tak puas.Nafsu mengalah kan kuda liar yang teruna.Kuda pun tahu puasa.Tahu tak yang kuda sebenarnya boleh berlari selaju...Eh,aku bukan nak cerita pasal kuda.Dah ke laut pulak.

Orang kita ni kalau tak membazir tak sah.Mesti nak riang ria dan berseri-seri daripada segi pakaian,rumah ,dan macam² lagi padahal nak sambut raya je.Bersederhana pun dah cukup.Tak payah nak meriah sangatlah.Bukan boleh bawak mati.Tapi masing² nak jugak tunjuk kaya.Tunjuk siapa yang lebih sampai ke tahap membazir.Kalau jiran sebelah beli helikopter ,mesti nak lawan.Nak jugak beli airbus 380.Baru adil macam tu.

Bila perkara-perkara macam ni dah jadi sinonim dalam diri kita,tak payah lah nak bising harga barang naik ke apa.Pokok pangkal nya cara kita sendiri berbelanja.Bagi aku,tak perlu lah nak bermewah sangat tukar itu ini bila nak sambut raya.Cukup lah kita sambut raya dengan hati yang gembira.Cukup dengan kita bersyukur pada apa yang dikurniakanNya sehingga ke hari ini.Sedar tak bila kita sibuk dengan persiapan raya ,nak beli itu ini,ada lagi insan yang menyambut raya dengan linangan air mata.Dengan kesedihan.

Masyarakat kita ni bukan semua nya mewah.Berlambak lagi sebenarnya yang miskin.Yang tak mampu daripada segala segi walaupun kerajaan kata kat negara ni sifar kemiskinan.Ye ke? Ptuih! Cakap je boleh lah.Selidik sendiri rakyat tu macamana dulu.Ramai lagi yang tak mampu beli baju raya masa orang lain sibuk berbaju baru.Kita beraya untuk bersyukur bukan untuk bermegah.Kalau jenis yang duit tebal dalam poket tu boleh lah berzakat lebih sikit.Tolong sikit sesama saudara Islam.Ada juga bagusnya daripada beli barang-barang baru setiap kali raya.Pahala pun dapat.

Cuba pikir balik senario beraya kat malaysia.Dengan sambutan meriah,lagu sana-sini,shopping,makanan macam-macam,duit raya lagi.Best gila kan? Lihat pulak kat Palestin macamana? Kat Somalia ? mereka beraya dalam keadaan takut.Dalam keadaan serba daif.Takda suasana macam kat negara kita.Tapi diaorang tetap bersyukur dengan dugaan yang Tuhan bagi.Masih lagi mampu beribadat.Kita pulak tak cukup dengan apa yang ada,nak jugak yang lagi mewah.Semangat raya tak semestinya terletak pada apa yang kita mampu tapi pada tahap mana yang kita mampu bersyukur.Selamat Hari Raya.



Aug 25, 2011

you`re the one konon



.

Aku ni jenis yang tak berapa nak suka benda² jiwang karat melayu yang shit ni.Aku memang agak anti dan panas telinga bila dengar bab-bab cinta ni walaupun aku layan blog terfaktab.Kenapa? sebab aku dah bosan dengan jiwa melayu yang kekoreaan ni.Tu pasal banyak sangat minah² melayu yang minat K-pop.Apa yang best sangat mamat² jambu yang buat lagu yang kau sendiri pun tak paham.Lahir pulak K-pop wannabe MY.Siapa? google sendiri 'max 247'.Kalau kau muntah aku tak tanggung.

Balik-balik kalau berborak mesti ada tajuk,' kau kapel dengan siapa eh sekarang ' atau ' awek kau dulu macamana eh? Kau tak dapatkan dia balik? '.Kemon lah.Berdarah lah telinga aku setiap kali dengar benda² pakwe makwe ni.Serius bukan jiwa aku.Bukan maksud aku ni gay tapi tak payahlah nak tunjuk sangat yang orang kita ni jiwang.Belakang cerita sudahlah.Biar kau je yang tahu.Jangan nak heboh macam nak masuk paper.Macam dah takda topik lain.Memang lah aku tak menyampuk depan².Aku senyum je sebab aku kat luar pendiam.Aku tak pandai nak bercakap so aku sengih kambing je bila orang bercerita.Orang kutuk aku pun aku senyum.Kalau aku berani dah lama aku carut kuat².

Tak payah lah nak bercinta gedik² sangat sampai keluar ayat " Sayang..kita sayang awak macam kita sayang kucing parsi utara yang nama dia caprio iskander tu " .Okay.Aku tahu ayat contoh aku ni entah apa².Maksud aku sayang yang sangat² lah sampai kau sanggup habiskan duit beli macam² lepas tu clash ternganga sambil keluar air liur.Mengharap sangat pada orang yang belum tentu jodoh kau.

Aku tengok sekarang trend orang bercinta : buat pengakuan,kapel dan buat apa² yang patut,rasa tak sesuai,clash.Lepas tu ulang lagi. Motif? aku sendiri pun tak paham sampai ada yang buat koleksi pakwe/makwe banyak². " Aku ada 200 orang bekas pakwe aku.Kau ada? Huh! ".Apa tu?

Okay.Aku pun takda idea sebenarnya nak ulas benda ni panjang².Satu je sebab aku tulis entri ni.Aku JEALOUS.Okay? Sebab aku selalu mengharap benda yang tak mungkin terjadi.Hahaha.bodoh betul.

Aug 22, 2011

Kerana darjat manusia.





Manusia dibezakan dengan darjat mereka.Dengan pangkat ,dengan harta benda dan dengan tahap pemikiran dan kecerdikan.Daripada semua itulah lahirnya darjat seorang manusia.Tahap yang membeza kan antara satu manusia dengan yang lain.Ada yang kat atas dan ada jugak yang berada kat bawah.Persoalan yang selalu aku pikirkan kenapa daripada darjat mereka ini ada yang diagungkan dan jugak ada yang dipinggirkan.Padahal kita semua diciptakan dengan unsur yang serupa iaitu tanah.Kenapa ada sesetengah yang berpangkat besar,yang memerintah,yang berfikiran tinggi ,yang kaya ada sifat bongkak ,sombong dan suka menindas.

Ada yang berada sikit ,yang banyak duit bila pandang orang yang tak sama taraf atau bawah daripada taraf dia dah takda sifat hormat.Sifat belas.Sikit² nak hina orang lain dan rasa dia lagi besar daripada orang tu padahal hanya Tuhan je yang boleh mendarjatkan manusia.Bukan manusia tu sendiri.

" Aku orang kaya,aku Dato` / Datin .Pangkat aku tak sama dengan pengemis tepi jalan.Diaorang tu pengotor,jijik."

Ayat cliche yang biasa kita lihat tapi ini hakikat.Memang ada orang yang macam ni.Memang ada yang jenis nak pandang hina orang lain setiap masa.Bongkak ,sombong setiap masa.

" Kau kerja kerani,mana layak nak kahwin dengan anak aku.Aku nak menantu yang kaya yang kerja besar².Jadi angkasawan , jadi menteri.Engkau apa ada ? Ptuih!! ".Kata Mak Jah.

Nak cari menantu kerja besar je.Kalau ye pun tak nak,tak payah nak maki².Ni biasanya kalau emak mentua yang jenis kaya-raya.Gelang tangan kiri kanan.Rambut dye warna oren Ichigo ( bleach ).Memang dah tak sedar diri.Nak cari menantu yang sama taraf atau yang kaya lagi.Biar orang pandang gah kononnya.Apa dapat? Dalam kubur pakai kain kapan jugak.

" Kau kelas lain.Kelas bodoh.Mana boleh kawan dengan kitaorang.Kitaorang ni pelajar cerdik pandai nak mampus bak kata cikgu.Kau jadi bahan buli kitaorang boleh lah.Dah..dah..syuh! pergi buat air ribena dengan milo ais tabur untuk kitaorang " Sindir Alibabun yang juga seorang ketua pengawas.

Cerdik tak boleh bercampur dengan bodoh kononnya.Tak boleh kongsi ilmu.Tak boleh ajar orang lain.Orang yang tak berapa nak cerdik kena hormat mereka ni.Kena tabik sebab mereka lebih bagus.Kena puji sokmo (selalu).Habis yang kena buli yang kena perli tu takda perasaan? Kucing pun rasa nak cakar muka orang macam ni tanpa sebab.

" Aku pemerintah.Kamu rakyat.Kena patuh arahan aku walaupun aku salah.Jangan melawan atau kamu terima padah.Tahu? "

Ramai pemimpin kita sekarang yang hanya mengejar kedudukan.Tak mahu jatuh.Tak mahu turun walaupun tak tau nak tadbir negara.Rakyat dah tersiksa tapi masih lagi mengaku diri bagus.Ada yang makan nasi dengan garam tiap² hari tapi orang atasan makan sedap².Semua ber-elaun.Rumah besar,hidup senang dan bila ada yang dibantu hanya untuk tatapan rakyat lain di media dengan slogan " kami prihatin ".Watteheavun semua tu? Ikhlas? Belakang cerita macam².

Apa yang aku tulis ni bukan aku reka.Ini adalah senario hidup kita sekarang.Antara sedar dan tak sedar je.Aku dah pernah nampak benda² macam ni depan mata.Aku dulu mangsa buli.Aku pendiam,aku takda keyakinan diri dan aku tak cukup normal sampai ramai yang rasa diri dia bagus nak tindas aku.Siapa? manusia yang jenis tak sedar diri macam yang aku tulis kat atas ni.Sama jenis je.Jenis yang rasa diri dia amat amat bagus depan orang lain yang kurang daripada dia.Jenis yang suka ambik kesempatan.

Dan mereka ni sentiasa ada kat mana².Tak pernah hilang.Rasullulah SAW pun boleh bergaul dengan orang biasa.Orang yang berpangkat lebih rendah dari baginda walaupun pangkat dia adalah paling tinggi disisi Allah,paling tinggi di antara manusia dan nabi².Kita? Hanya tahu menindas,melabel orang lain dengan double-standard,memandang rendah orang lain.Ingat sikit,walaupun kau sebesar mana pun ,kau tak boleh hidup kalau takda orang yang pandang kau.Bersyukur dengan apa yang kau ada.

salam ramadhan 1432 H.

Aug 18, 2011

Atan,cinta monyet dan Milah.

Nama aku Atan.Nama glamour aku Atan the handsome boy.Umur aku sekarang dah mencecah 20 tahun.Aku rasa dah lama sangat aku hidup kat dunia ni.Aku masih lagi bujang atau dalam bahasa jawanya single.Masih tidak berpunya dan aku juga masih teruna.Ramai kawan² aku yang sudah berpunya dan berkahwin.Tak kurang juga yang dah beranak pinak.Comel anak² diaorang.Macam muka aku.Tapi apakan daya.Aku masih lagi tidak bertemu jodoh.

Aku bekerja di kampung sebagai pemetik kelapa.Ramai yang mahu menggunakan khidmat aku sebagai pemetik kelapa.Bukannya aku berlagak atau riak tetapi aku boleh kata yang aku adalah salah seorang pemetik kelapa yang terhandal dikampungku.Semua mengenaliku jika aku berjalan di seluruh kampung.Budak² kecil pun boleh kata semua mengenaliku.Nama aku disebut-sebut oleh penduduk kampung dek kehandalanku."Atan handsome ! Atan handsome! " Kata mereka.Okay,abaikan handsome tu.Mereka panggil aku Atan je.Tapi hakikatnya aku memang handsome.Serius tak tipu.

Walaupun aku masih teruna dan suci,aku juga mempunyai perasaan seperti kawan² ku yang lain.Aku ada menaruh hati pada seorang gadis kampung.Sudah lama aku ingin mendekatinya tetapi tidak pernah berjaya.Nama gadis tersebut Jesika Abah Kau atau nama kampung beliau Milah.Aku tahu ,nama nya tidak sedap.Aku sendiri tergelak berguling-guling ketika kali pertama mendengar nama tersebut.Tapi rupanya tidaklah sekampung nama nya.Dia adalah gadis yang amat lawa.Lawa sikit daripada Irma Hasmimi.

Hari ini ,aku sudah nekad untuk mendekati nya.Sekian lama aku mengusha tetapi tidak dilayan.Tidakkah dia tahu aku yang paling popular di kampung ini.Tidak bangga kah jejaka sekacak aku ingin mendekati beliau.Surat cinta berbunga-bunga yang kutulis telah lama ku simpan.Bauan bedak harum sundal malam ku letakkan ke dalam sampul surat ini sudah sebati di dalam.Surat ini sudah begitu lama aku tulis.Aku pendamkan.Sudah hampir dua tahun aku simpan.Tetapi hari ini aku akan beri surat ini padanya bersama-sama ayat² cinta yang aku belajar ketika aku menonton sinetron drama indon.

Aku sudah nampak kelibatnya daripada jauh.Bersama seorang lagi kawannya iaitu Melah.Aku cukup benci dengan kawannya itu kerana mukanya terlalu buruk bagiku.Tidak secantik Milah.Jauh panggang daripada api bak kata orang putih.Mereka berpisah sebaik sahaja sampai di rumah Milah.Milah masuk ke dalam tanpa menghiraukan aku yang berada tidak jauh daripadanya.Tapi aku sudah nekad.Aku teruskan saja niatku.Aku menunggu di tepi tingkap biliknya untuk menghadiahkan sepucuk surat yang menyatakan perasaaanku.

Sebaik saja Milah masuk ke bilik,aku sudah bertenggek di atas tingkap biliknya yang terbuka luas sambil membaca syair punjangga yang dikarang oleh Rani Mukeji.' Oh,Milah jika kau sanggup terima aku yang hensem ini,akan ku hadiahkan kapal titanic buatan nepal kepadamu' .

Serentak dengan itu Milah menjerit dengan kuat memanggil emaknya ," Mak !!! Tolong !!!" Jerit Milah dengan kuat dan gedik.

" Ya,Milah.Mak datang ni " Sebatang penyapu digengaman emak Milah.

" Mak!! Monyet Pak Salimon kacau milah lagi! " Jerit Milah lagi dengan nada gedik menggoda.Aww.

" Berdebah punya Monyet! Berambus kau!! " Aku dibaling dengan penyapu dan dihalau.Belum sempat lagi aku nak tunjuk fak pada emak si Milah.


Sudah kali ke lima belas aku direject sebegini.Inikah cinta monyet yang mereka kata kan?.Tak guna.Mentang-mentanglah aku monyet.Hina sangat ke? Aku juga memiliki perasaan.Aku hensem apa.Ptuih!

Aug 14, 2011

cara menangani stress dengan berkesan ( dijamin 18 ratus% )

Semua orang pernah kan rasa stress atau tekanan.Tak kira lah stress pasal kerja ke,pasal exam atau pelajaran ke ,pasal awek ke atau tekanan hidup.Masing² pernah rasa dan ramai yang tak tahu cara nak handle dengan berkesan.Tapi takpa,aku dah tanya dengan doktor pakar kat hospital Tanjung Rambutan ( tak sure la doktor ke tak sebab dia pakai baju doktor ) cara nak tangani stress ni.Kat sini antara cadangan beliau :

1.Hentak kepala kat dinding konkrit dengan sekuat hati.

Ni antara cadangan awal doktor yang aku jumpa tu.Dia kata bagi nak mengelakkan stress ni melarat sebab stress ni pun macam kanser,boleh melarat.Dia kata lah.Kalau kauorang hentak kat dinding,pastikan berdarah dan pengsan.Confirm lepas tu dah tak sedar.Paling koman pun hilang ingatan je lah.Tapi cara ni berkesan sebab aku tengok ada parut besar kat kepala doktor tu.Dia dah cuba dulu.

2.Beli choki² banyak² lepas tu tengok cerita Shin chan / Hagemaru.

Kalau kauorang buat macam ni mesti tiba² rasa jadi budak² balik.Segala masalah akan hilang dengan sekelip-kelip ku sangka api.Ye lah,budak² mana ada masalah.Mesti rasa nak enjoy je.Dan kalau boleh tiru gaya action kamen dalam cerita shin chan tu.

3.Beli anak patung dan tumbuk kuat² sampai puas.

Pernah tengok Shin Chan? ( Shin Chan lagi ).Yang part mak kawan shinchan tu (nene tak silap aku) tumbuk anak patung besar setiap kali shinchan buat hal dengan dia.Kauorang patut cuba.Beli lah apa² anak patung besar ,Teddy bear ke Spongebob ke Angrybird ke atau patung bear Mr.bean yang bersaiz besar.Lepas tu setiap kali stress atau ada masalah besar ,tumbuk patung tu sampai puas.Yang ni sesuai untuk perempuan je.Lelaki jangan buat sebab confirm orang lihat kau atas bawah kalau beli anak (bapak) patung.Tak puas hati,pergi tumbuk member kauorang.

4.Gelak sorang² sekuat yang boleh.

Pada yang stress pasal putus cinta dan masalah awek/pakwe,boleh cuba cara ni.Cari je la apa² cerita yang kauorang rasa lawak nak mampus.Kauorang tonton cerita tu banyak² kali ataupun sebanyak yang boleh yang kauorang sanggup.Lepas tu gelak sekuat hati yang boleh sampaikan kauorang rasa tonsil kauorang dah nak terbelah dua.Kalau kauorang jenis boleh gelak tanpa sebab,gelak je kuat² tanpa rasa malu dan bersalah.Tapi lepas tu aku tak jamin lah kalau kena pukul atau kena marah dengan makcik sebelah.Janji stress hilang.Peduli apa ye dak?

5. Buat prank dekat member lain.

Salah satu cara nak hilangkan ialah dengan memindah kan atau berkongsi stress tu dengan orang lain.Kacau lah member kauorang dengan cara macamana sekalipun.Lepas tu confirm member tu stress jugak. Contohnya : Spray cat kat muka masa member tidur ke,Curi seluar dalam ke,Hack fesbuk/tewiter ke atau apa² je yang termampu nak buat.Kan sharing is caring.Jadi berkongsi lah.

6.Makan sup kucing sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cari kucing yang comel² ( kucing jiran pun boleh ).Potong 15 lepas tu masak buat sup.Sup tu pulak minum 3 kali sehari bersama dengan halia goreng." Selain daripada menyihatkan badan dan mendapat superpower seperti kucing,sup kucing juga berupaya untuk menghilangkan stress seumur hidup." Kata aunty Eng Tah Larh yang berasal daripada Korea timur bahagian ulu.

7. Berlagak tanpa sebab.

Kalau kau jenis orang yang low profile,cuba belajar cara² nak jadi berlagak nak mampus kat member² atau orang yang memang berlagak sejak azali lagi.Contohnya Dr.Ruzmey.Pergi berguru dengan dia.Lepas tu ramai lah yang puji (maki) kau setiap saat.Mesti bangga kan kena puji.Tiba² je stress tu boleh hilang dengan automatik.Tapi kesan sampingan nya kau dapat masalah baru.Masalah riak dan takbur tanpa sebab.

8.Senyum tanpa henti selama sebulan.

'Senyum itu sedekah' .Biasa dengar kan ayat tu? selain daripada memberi sedekah,kau jugak akan buat orang lain happy dan ceria.Cuba senyum 24 jam.Termasuklah waktu berak dan waktu tidur.Jangan berhenti selama sebulan kalau nakkan stress kauorang hilang.Tapi kalau ada yang report kau gila atau kau kena cramp rahang,aku tak nak ambik tahu.Buat atas risiko sendiri.

9.Buat perkara yang paling kauorang takut.

Atau dalam perkataan lain,buat perkara yang fobia bagi kauorang.Contohnya kau fobia dengan labah²,cuba berani kan diri makan labah² tu hidup².Atasi segala ketakutan yang ada.Kalau yang fobia main terjun bungee atau fobia dengan tempat tinggi,cuba terjun bungee tanpa gunakan tali.Lepas tu,Insyallah stress akan hilang kalau kau hidup lagi.Oh,pastikan ambil insurans dulu sebelum buat.

# Segala pertanyaan berkaitan dengan stress atau tekanan jiwa,boleh berjumpa dengan doktor Abu di hospital Tanjung Rambutan atau emelkan kepada : doktorbolehsetelsemuaadaakukisahmasalahkorang@Tanjung.com.uk

Atau kauorang boleh apply sendiri kat hospital tersebut.Ada 20 kekosongan lagi.Aku dengar nurse kat situ lawa.


Aug 11, 2011

-buatlah sesuatu yang anak anda takkan bunuh diri.

Budak² zaman sekarang aku lihat dah sangat² advanced.Jauh dengan zaman dulu.Maksud aku bukannya aku ni tua sangat nak lihat dunia, tapi sehingga ke hari ni lah boleh kata perubahan dunia tu semakin cepat dan cepat.Aku ni muda lagi orangnya.Hehe.Masyarakat kita dah berubah seiring dengan dunia maju.Kononnya lah.Itu yang dicanang oleh kerajaan sampaikan sedar tak sedar kita menerima segala kemajuan yang ada tu tanpa memikirkan kesan untuk hari esok.

OK.aku fokuskan pada para remaja lah.Lingkungan antara yang masih bersekolah dan yang belum berkahwin.Kalau anda antara orang yang tak terikut sangat dengan arus kemajuan,maksud aku bukan buta IT atau something macam tu,lebih kepada kesedaran individu lah ,apa pandangan pada budak² zaman sekarang? Sedih bukan? gejala sosial melampau,zina,dadah dan macam² lagi yang sampaikan benda tu dah jadi macam terlalu biasa kat negara ni.Dah macam bukan benda yang berat walaupun daripada sudut agama kita ni dah banyak menyimpang.Orang melayu khususnya.Bergelumang dengan segala macam hiburan yang wujud di muka bumi tanpa pikir daripada segi agama dan masyarakat.Teruk sangat ke orang kita? Buka mata sikit.Lihat sekeliling lihat bandar² besar macamana.Lihat remaja melayu bagaimana.Pakaian diaorang,cara bertutur dan cara bergaul dan cara hidup keseluruhannya.Kita dah adaptasi kan semua itu dalam kehidupan sampai kita rasa "Oh,relaks lah.Ini kan zaman urban.Tak apa". Tapi takkan semua benda nak 'tak apa' , ' Okay ' tanpa kita rasa bersalah langsung? Sekurangnya rasa lah bersalah sikit dengan apa yang jadi ke hari ini.Kita hidup dengan agama dengan adat dengan cara.Mana pergi sopan santun anak melayu.Dah takda ,dah kurang atau dah hilang?

Yang menjadi perkara sedih bagi aku bila pergaulan bebas tanpa sempadan dah jadi normal." Kau tak sosial,kau boleh blah" .Kalau sosial je takpa lagi,ni membawa ke 'hubungan suami isteri tanpa nikah secara bebas'.Aku malas nak tulis jelas sangat.Paham² lah.Hidup masa muda memang lah bebas.Tak pikir itu ini.Tak pikir apa akan jadi bak kata mamat orang putih bernama edward caprio " Enjoy your life when you still had".Pikir zaman muda tu ada lagi.Jangan sia² kan.Tapi cuba pikir bila kau dah kahwin.Bila dah ada anak.Dan kau still lagi ingat dosa² silam.Zaman remaja kau yang bergelumang dengan hiburan yang bermacam.Kalau anak kau tahu? Bapaknya dulu kaki togak atau ibunya dulu playgirl atau situasi yang lebih kurang macam tu.Tak ke sedih gila? Dan kau pulak berharap anak remaja kau takkan ikut perilaku kau masa silam dulu padahal zaman dah berdekad lagi advanced daripada sekarang ni.Kalau kau dulu pun tak boleh nak elak,macamana diorang (anak² kau)?

Kalau nak masa depan yang lebih bagus,Kurangkan lah jiwa remaja yang mengongkong untuk buat benda² tak elok tu.Kaji balik asal usul.Kaji balik agama.Tanah mana kita berpijak dan bagaimana kesan yang kita akan buat pada masa depan nanti.Aku tahu ramai yang tahu silap mereka kat mana.Termasuklah aku sendiri.Kita ambil masa untuk muhasabah di bulan ramadhan ni.Ubah apa yang boleh walaupun makan masa.Dan yang paling penting : tolonglah baca blog aku.

Aug 7, 2011

cara memikat awek yang berkesan.(99% dijamin)

Aku sebenarnya malas nak menulis tentang ni sebab aku benci hal² yang berkaitan cintan-cintun ni.Tapi memandangkan ramai yang desperate mencari cara,aku dengan riak takbur akan beri tips yang berguna daripada aku untuk kauorang cuba.

1.Pakai perfume banyak²

-kalau rasa dah kaya nak mampus,beli perfume sampai selori.Lepas cukup selori,sembur banyak² kat berapa banyak baju yang kauorang ada kat rumah.Lepas tu jemur bagi kering.Sembur sikit lagi.Dan step seterusnya kau boleh pakai baju tu dan lalu depan awek.Confirm awek tu pengsan.Lepas tu bolehlah sambut dan buat gaya ala² macho iklan TV.Mesti dia terpikat sambil pening² lalat.

2.Menyamar jadi perompak dengan pakaian sopan

-Kauorang pakai lah baju kemeja ke,atau apa² pakaian yang lawa² khususnya untuk pergi dating,lepas tu pakai topeng power rangers.Usha mana awek yang kauorang nak.Sebelum tu bawak pisau simpan dalam poket.Dah nampak target,pergi kat awek tu berbekalkan pisau tadi dan buat gaya perompak dan mintak nombor telepon.Lepas tu lari laju².

3.Tumbuk muka awek tu dengan sekuat hati.

-Lalu depan awek dengan perlahan-lahan,lepas tu tumbuk muka dia dari sudut 45 darjah.Kemudian bila awek tu dah berdarah hidung dan pengsan,cepat² hantar hospital.Bila dia sedar daripada pengsan dan tanya "Saya kat mana ni?". Jawab "Kat hospital.Tadi saya nampak UFO jatuh atas kepala awak.Lepas tu awak pengsan.Er,ada nombor telepon?" .Buat dengan muka tak bersalah langsung.Pastikan awek tu tak perasan masa kau tumbuk dia.

4.Hack laman sosial dia.

-Mula² kau kena tahu apa emel dan jenis laman sosial yang dia guna.Fesbuk ke , tewiter ke atau mukabuku.net.Lepas tu hack profile dia.Tukar relationship dia dengan nama kau.Dan buat spam banyak² kat wall dia.Bila dia panik,mesti dia cari orang nak mintak tolong recover kan balik.Kau dengan bangga tawarkan perkhidmatan untuk pulihkan balik laman sosial tu.Lepas tu perlahan-lahan lah mengorat.Kalau dia reject kau,hack balik profile dia.Ulang step tersebut sampai jadi.
( cara ni sesuai untuk orang yang kau kenal ).

5.Upah selebriti terkenal untuk jadi BFF kau.

-Ni pun untuk lelaki kaya-hodoh yang ada simptom 'desperate househusband' .Kaji dulu awek tu minat selebriti lelaki macamana.Penyanyi korea ke, penyanyi lelaki malaysia yang korea wannabe ke,James blunt ke,Arnold susahnakeja ke,atau sesiapa sahaja.Kemudian dengan duit kauorang yang berlambak,upah artis tersebut untuk jadi BFF kauorang.Ajak artis tersebut berdamping dengan kauorang 24 jam.Kalau awek tu teruja nak dekat dengan artis tu,ugut dia "Kalau nak kenal artis ni,kapel ngan saya dulu.Kalau tak saya tak bagi.huh!".

6.Berlagak macho dan kebal.

-Ini untuk lelaki yang berani mati pulak.Kau kena berlagak macho nak mampus tahap paling riak yang boleh dan jugak kena ada daya tahan sakit yang tinggi.Cuba upah samseng² jalanan untuk kacau awek tersebut.Kemudian buat gaya macam drama biasa kat TV.Masuk dengan penuh bergaya.Kalau nak nampak hebat,kau boleh terjun daripada tempat tinggi.Nampak hero sikit.Lepas tu ambik pisau atau botol kaca kat samseng yang kau upah tadi,toreh tangan dan hentak kat kepala sampai pecah.Tapi buat gaya macam kau kebal walaupun darah memancut-mancut.Bila samseng dah lari,kau keluarkan bandage,suruh awek tu balutkan sambil suruh dia tulis nombor telepon kat tangan.

*sekian.selamat mencuba.

Aug 6, 2011

adakah mata kita berpuasa?

.selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan.
..Kita tahu yang bulan puasa ni biasanya orang akan menahan lapar dan dahaga bermula daripada terbit fajar hingga matahari terbenam.Puasa jugak bukan setakat berlapar tapi menguji keimanan kita daripada nafsu.Kita jugak kena berpuasa mata , mulut ,dan telinga.Bukan setakat berbunyi perut tak makan je.Tapi sure ke kita boleh berpuasa mata bila kita hidup kat zaman yang dah nak hampir dengan kiamat ni?

OK,kalau mulut lah,aku rasa ramai lagi yang boleh tutup mulut dan cover ayat² mencarut atau lucah sebab kalau nak bercakap/mengumpat banyak² mungkin penat.Kira boleh berpuasa mulut lagi.Kalau telinga pulak mungkin dah kurang dengar benda yang bukan² pasal yang bercakap benda yang bukan² tu pun dah kurang jugak .Dan kita boleh elakkan dengar lagu² dengan ceramah atau bacaan al-Quran.Tapi kalau mata? agak² kauorang boleh ke berpuasa? Aku khususkan untuk lelaki lah.Perempuan pun tak terkecuali jugak.Zaman kita sekarang ada TV,internet,media cetak dan macam² lagi sampai kita boleh lihat berita kat henpon je.Aku nak tanya,bila kauorang bukak TV,berapa peratus iklan atau cerita kat TV tu yang menutup aurat? Maksud aku "tutup" aurat,bukan bertudung sarung nangka.

Iklan/Drama/Filem di TV sekarang pun dah ada separa lucah.Percuma je.Tak payah nak gi cari laman web dot dot dot lepas tu kena tunggu buffering.Itu kat TV.Internet aku tak payah cakap lah.Sebab internet ni yang tak elok bila kita guna hosting untuk download benda² pirate je ,yang lain tu semua boleh.'Kata kerajaanlah'.Tu pasal banyak laman web tak patut tak kena block.Kecuali kalau kita nak mendownload.Ya lah,kan ke laman web simpan data ni untuk download muvi je.Benda² lain mana boleh upload kat situ.

.Lagi satu,kalau kauorang keluar lah.Maksud aku keluar daripada rumah.Tak payah nak pergi jauh².Cukup pergi kedai nak topup dekat² je.Sepanjang perjalanan tu,berapa ramai yang kau boleh kira 'manusia berpakaian tetapi berbogel?' .Sampai pulak kat kedai topup tu tengok pulak awek yang jaga kedai tu cemana? Berapa pahala puasa kauorang hilang kalau 'tertengok' sampai sepuluh orang.Aku ni lelaki yang mempunyai nafsu yang normal.Dan dah berapa juta kali dah kalau aku terpandang perempuan kat mana² ,tak kira lah status datin ke,makcik ke,nenek ke,anak dara yang tak berapa nak dara ke,aku boleh kiralah dalam sepuluh orang tu,seorang je yang bertudung litup dan betul² tutup aurat.Yang lain? Ada yang pakai tudung tapi baju sarung nangka (yang jenis ni memang kalau ada besi panas,aku nak cop sebijik kat lengan dia) ,rambut warna macam ichigo (watak kartun bleach) dan macam ² lagi yang buat aku naik pening.

Aku kerap jugak pergi bazaar ramadhan cari lauk dan kuih-muih,tapi yang tak best bila banyak sangat 'kuih' yang aku nampak.Aku pun tak tahulah kenapa orang perempuan tak alert langsung benda² macam ni.Biasa nya yang salah tu lelaki lah." Siapa suruh pandang? Kitaorang tak suruh pun pandang body kitaorang walaupun kitaorang pakai seksi² ".Macam tu lah ayat tipikal yang keluar.Tak payah nak beritahu.Body kauorang yang sengaja ditunjuk-tunjukkan tu untuk beruk dan gorilla je.Bukan seksi untuk manusia.Aku paham.

Aku puas fikir mana letak nya label negara islam tu bila tiap kali kau keluar rumah,tiap kali tu jugak kau buat dosa tengok aurat orang.Puasa ke mata kita kalau macam tu?Boleh ke kau nak elak pandangan setiap kali tertengok? Seorang dua mungkinlah boleh.Tapi kalau berbelas-belas? Aku dah hilang mood nak cari juadah pasal pahala aku hanyut macam tu je.Cubalah dalam setahun tu ,bulan ni je yang tutup aurat.Hormat bulan puasa sikit.Bila mereka² ni nak sedar tak tahulah.Haih~