Jul 5, 2011

kamen rider roket.









.aku masih lagi tak hilang minat tentang kamen rider atau pejuang bertopeng jepun ni.Melihat preview kamen rider akan datang yang bertemakan roket kononnya sempena ulang tahun yuri gagarin.Tak silap aku ' fourze ' adalah rider baru ni.Kelahiran baru selepas kamen rider pengumpul medal ozu.OK ,suit ozu cantik.Aku tak boleh nak cakap banyak tapi tengok suit fourze ni buat aku mencarut sekejap.Watteheavun suit dia buruk gila.Dengan tema roket dan tali pinggang gedabak tu buat aku pikir 2 kali kenapa kamen rider ni dah jadi macam sampah.Aku tak boleh nak komen banyak pasal aku tak tahu jalan ceritanya dan aku tak jangka kamen rider selepas kabuto dah jadi macam super sentai.Jalan cerita entah apa².Aku bukan komen sebagai seorang tua yang ingat kamen rider tu adalah barang mainan,tapi aku komen sebagai seorang peminat.Daripada tema asal serangga ke tema barang².Jauh daripada imaginasi Ishinomori Shotaro.Tapi aku rasa dah nampak kelemahan pengarah baru,tak segah cerita kamen rider zaman kabuto ,zaman faiz.Aku rasa kekuatan jalan cerita adalah nombor satu nak dibandingkan suit.Suit yang kadang nak nampak cantik dah jadi hodoh.Setakat ni aku rasa takda lagi kamen rider yang tarafnya macam kabuto.Jalan cerita kemas,tak mengarut sangat,Perubahan logik,takda melalut sangat dan pelakon OK.Itu yang buat aku minat kamen rider.Kalau lepas ni jalan cerita dah macam super sentai,sumpah aku tak minat dah.

.kenapa aku minat kamen rider? OK.Memang orang yang tak minat benda² macam ni akan cakap
" Eh,kau ni macam budak keciklah minat benda² macam ni.Tak matured langsung.Layanlah cerita blue ke drama melayu tangis-tangis ke,Barulah rock.Dah,pi main jauh².Shuh² ! "

Minat semua orang tak sama.Aku bukan kata aku minat benda ni je.Drama lain pun aku layan tapi setiap cerita yang aku tengok, setiap drama ,wayang yang aku tonton,aku nak ada moral.Ada benda yang boleh aku belajar dan dapat dalam cerita tersebut.Bukan nya aku tonton kamen rider ni aku nak jadi macam tu.Itu yang aku kata,jalan cerita adalah penting pasal ada sesetengah kamen rider ni ada jalan cerita jugak,ada drama.Tak percaya cuba tengok ' kamen rider kabuto '.Pahamkan jalan cerita.Jangan banyak sangat tengok cerita cinta atau hantu khurafat melayu tu.Oh ,kalau yang tak tahu apa itu kamen rider dan rasa nak menyumpah atau rasa nak santau aku macam aku menyemakkan dunia internet tulis entri macam ni, JANGAN BACA.

3 comments:

h3nshin_h3r03s said...

Berbeza ngan pendapat ko, pendapat aku character Kabuto mmg takda tandingan langsung ~ tapi storyline merepek, terutama skali part ending...

On the contrary, Kamen Rider Faiz pula storyline, perkembangan watak dan komedi sangat stabil dan memang terbaik.

In the end, it depends on our each opinion la...

EG said...

thanks lawat blog aku. nnt aku tambah lagi k. kalau ada kemampuan la.

KiD said...

henshin - aku tak tengok faiz sampai habis sebab tu aku rasa kabuto lebih best.tapi faiz punya jalan cerita lagi serius drpd kabuto.

EG-ok.timakasih jugak sebab singgah sini.