Jul 21, 2011

Entri ikut mood : lari daripada paradigma dunia normal.

satu-.Sejak aku habis belajar, aku semacam hilang.Tak tahu nak buat apa dan aku masih takda rezeki lagi dalam mencari hasil wang untuk diri sendiri.Aku ada rutin melepak dengan member² lama yang aku kenal.Tapi setelah lama sangat aku hidup dalam rutin tu,aku rasa bosan.Aku rasa nak lari dan aku rasa nak cari sesuatu yang berguna untuk diri aku.Ada yang aku kenal dah pergi jauh,dah ada plan untuk akan datang.Ada yang bertitik peluh mencari jati diri.Aku rasa jelous.Aku rasa jauh daripada mereka.
.Dan aku masih lagi menunggu bila masa Tuhan bagi aku rezeki dan peluang macam orang lain.Ya,aku tahu kadang ada yang dah give up dengan hidup.Rasa hilang sampai kau rasa kau takda nilai.Itu dugaan besar bagi mereka dan aku kasihan jika mereka pilih jalan singkat.Aku pernah rasa dan nasib baik aku takda lagi nak give up sampai dua kali.Alhamdulillah aku rasa.

dua-.Masalah yang aku sendiri susah nak atasi sebab mungkin aku terlalu banyak berpikir perkara remeh ialah bila aku tertarik pada suatu perasaan.Perasaan yang boleh buat aku lalai.Perasaan yang buat aku berfikir tiap² hari.Hampir separuh masa aku habiskan kat situ dan aku lupa pada sesuatu benda yang aku patut buat.Aku nak buang perasaan tu memang susah.Dah jadi macam separuh daripada hidup aku.Aku cukup tak suka dan berlaku kat aku banyak kali.Memang aku boleh buang tapi ada jangka masa.Aku rasa tak selesa gila.Kalau lah aku tak punya perasaan begitu.Kalau lah aku ada pemikiran yang simple dan penyelesaian yang simple.Oh,aku tulis perasaan,bukan perasan.Ada dua "a" kat situ.

tiga-.Aku hidup sebagai remaja.Aku berkawan dan bergaul sebagai remaja.Tapi hampir semua member yang aku dapat kenal ke hari ni mempunyai naluri remaja dan pemikiran remaja yang kuat.Aku mengaku aku pun sama tapi kadang aku berpikir sebaliknya.Aku berpikir secara global dan tak terletak pada taraf hidup aku sebagai melayu,remaja dan perkara² tipikal yang berlaku sekarang.Sebagai contoh,aku lihat sekarang ramai yang agak taksub mengejar kemewahan,mengejar hiburan sampai kadang² tak nampak mana nilai islam yang ada pada diri.Itu yang aku sedih.Setiap kali aku bergaul dengan macam² jenis orang,aku rasa nak menangis pada suatu masa aku lihat," Ini ke member aku ?" ," Macam ana aku boleh lihat benda² ni depan mata?" .Serius aku rasa sebak sekejap.Tak tahulah kenapa.Aku memang tak suka pemikiran melayu.Dan bila pemikiran tu dijatuhkan pada anak cucu.

*Kalaulah Tuhan beri aku peluang dan rezeki,aku rasa nak lari.Aku rasa nak rasa benda baru dan bila aku dah kembali pada asal aku,aku boleh bercerita dan buka mulut.Dan aku boleh cerita pada semua tentang nilai sebenar yang patut mereka pikir.Noktah.

5 comments:

flyz said...

remaja lagi kan?

ada masa tu, perlahan2 cari keje, berharap atau berdoa tak guna juga,perlukan usaha

someday u will, akan berjaya spt owg lain juga.

Atau mungkin lebih kot

h3nshin_h3r03s said...

btol ckp flyz ni tpi sambil2 berusaha tu jgn hilang matlamat asal. Itu yg buat org jadi materialistik dan buta dunia.

Benda salah nampak mulia, benda salah nampak biasa, benda baik nampak memalukan. Skrg kalau aku bgi tmpat duduk aku kat makcik2 dalam bas pon org kutuk kononnya aku baik sangat...

KiD said...

Flyz-ni sebenarnya entri yang dah agak lama.saja nak publish.takdalah nak ikut mood sangat tapi betullah yang kau katakan tu.aku setuju.
Henshin-orang islam minum arak dalam bas takda pulak yang nak tegur.manusia sekarang.bagi aku,biar muka kau nmpk jahat tapi kau baik.

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

KiD said...

@Anonymousmenulis kadang tak sama dengan apa yg realiti .TQ komen