Jul 31, 2011

entri ikut mood 3 : Buang.




Mira : Jom ambik gambar ramai² ! Jom Zami!

Zami :Tak nak.Aku tak suka bergambar.

Mira : Kenapa? ni kan untuk kenangan.Kita bukan selalu jumpa.

Zami : Aku tak suka bergambar dan simpan gambar sebab aku tak suka memori.

Mira : Bukan ke memori mengajar kau.Benda penting dalam hidup kau.

Zami : Memang.Tapi memori aku banyak yang tak seronok.Sampaikan aku rasa nak buang
semua dan cipta yang baru.

Mira : Aku tahu semua orang ada memori buruk.Tapi ia tetap memori kan?

Zami : Aku tak suka aku ada dalam memori seseorang.Aku tak rasa benda tu perlu.

Mira : Siapa kau kalau kau takda memori.Kau boleh hidup macam biasa ke? Kau boleh jadi
Zami yang sekarang ni?

Zami : Okaylah.Tapi aku tak jamin aku simpan gambar tu.

# belajar melepaskan semua benda bukan senang.Ironinya ,aku buat lagi kali yang ke -3.

Selamat berpuasa.

>Dialog dan watak hanya rekaan semulut-mulut.

Jul 27, 2011

entri ikut mood 2 : gelak itu seni




:: perkara yang boleh buat aku sakit hati dan senyum dalam satu masa ialah gelak.Maksud aku gelak yang terbahak-bahak sampai tercekik dan berpeluang untuk mampus.Gelak pada member biasanya ada dua,satu-gelak yang boleh buat member rasa tersenyum sebab lawak dan satu lagi gelak yang kau genggam penumbuk dan cari peluang nak tibai balik member tu sampai kau puas hati.Dulu aku tak banyak gelakkan orang.Aku rasa kejam sangat kalau gelak pada member tu terutama masa member tu kena kutuk.Memang biasanya orang yang kena kutuk dan gelak secara beregu ni sakit hati gila.Tunggu masa je nak balas dendam.Aku pun dah selalu sangat kena macam tu sampai aku dah lali dengan kutuk+perli+maki secara kasar atau lembut.Kebal sangat takda lah cuma tak sampai had nak ambik parang cantas kepala orang lagi.Kira boleh senyum lagilah.Tapi bila dah selalu sangat jadi macam tu,aku pun tak rasa dah gelak kat orang tu kejam walaupun aku nampak kadang² orang tu menahan marah tak terhingga.Aku rasa puas pulak.Orang gelak aku ,aku gelakkan balik.Lepas tu masing² tarik muka masam kat belakang.Haha.Tapi sebenarnya bergurau pun ada had.Jangan sampai gurau jadi cerita lain dah la.

#aku tak ada mood pun nak tulis apa².Ni semua merapu je.Jangan percaya sangat.

Jul 25, 2011

manusia mencari hero.




Kalau kau adalah seorang yang addicted dengan kamen rider macam aku,kau mesti ada terpikir kenapa manusia teruja bila ada hero ,bila ada penyelamat,bila ada seseorang yang melindungi insan yang lemah.Kat jepun mungkin diaorang terlalu taksub dengan hero ni (bukan hiro mishima) dan ideologi penyelamat manusia ni sampaikan setiap anime atau fiksyen diaorang berkisarkan tentang ini.Barat pun sama.Superman,wonderwoman,iron-man dan macam² lagi.Tapi sebenarnya mana hero kita yang kita damba kan tu? Maksud aku di dunia nyata.Negara² yang diserang israel,yahudi.US dalangnya konon datang sebagai hero.Bersengkongkol untuk hapuskan umat islam.Dan bila ada umat islam yang berani memberontak,dihukum dan dikecam sebagai penganas.Masyarakat kita percaya yang membela islam,yang sanggup bermati-matian menegakkan syiar islam sebagai pengganas.Mengapa mereka ni sebagai umat islam dihukum macam tu? Mengapa kita sanggup percaya pada kata sebuah negara yahudi yang kita sendiri tahu mereka menipu? Dan kita duduk di sebuah negara yang pemimpinnya kata negara islam,mengamalkan cara pimpinan daripada amerika percaya apa yang dibawa untuk menerajui kita adalah betul.Aku tak suka ada demo.Serius aku tak suka tapi sedih bila rakyat yang datang untuk melepaskan ketidakpuasan hati mereka dilayan seperti seorang penjenayah.Mana letaknya sifat manusia sekarang? Aku dah rasa macam duduk di sebuah negara yang demokrasi dan islamnya tak lebih daripada perkataan yang boleh dibangga²kan.Yang berlagak hero? Orang yang mendatangkan susah pada rakyat sendiri.Orang yang kononnya nampak baik depan media.Kalau itulah kita anggap hero,sampai bila² kita tak rasa selamat.

*Mood baru lepas tonton gundam 00 buat kali kedua.Kalaulah aku ada exia.

Jul 23, 2011

aku cepat tertarik pada orang yang pakai spek.


Entah kenapa aku selalu tertarik pada orang yang pakai cermin mata.Tapi pada perempuan je lah ,lelaki aku tak rasa tertarik.Nak pukul adalah pasal aku bukannya gay.Aku normal.Aku rasa ada daya tarikan ibarat tukang tarik kereta menarik kereta pelanggan yang tak bayar berbulan-bulan.Aku nampak macam cermin mata ni salah satu aset yang boleh buat seseorang lihat kau dua kali.Bukan aku kata tak pakai cermin mata ni takda daya tarikan tapi bagi aku personally,aku akan pandang sampai dua tiga kali.Mungkin aku tak nampak wajah sebenar orang yang pakai cermin mata ni sebab aku pun bercermin mata.Tapi kebanyakkan perempuan yang pakai cermin mata ni aku rasa dia lawa.Macam ada seni kalau pakai cermin mata ni.Macam salah satu perhiasan tambahan kalau ada cermin mata.Entah lah,aku rasa je kot.Sebab sepanjang aku mengusha setiap awek yang ada (nampak tak bukti yang aku bukan gay?) ,Aku akan terpandang awek yang pakai cermin mata dulu.Aku cuma nak beritahu yang aku ni pakai spek,takda ke yang nak kata aku hensem ibarat pelakon korea? Haha...

*Nampak sangat yang aku memang takda idea nak tulis.

Jul 21, 2011

Entri ikut mood : lari daripada paradigma dunia normal.

satu-.Sejak aku habis belajar, aku semacam hilang.Tak tahu nak buat apa dan aku masih takda rezeki lagi dalam mencari hasil wang untuk diri sendiri.Aku ada rutin melepak dengan member² lama yang aku kenal.Tapi setelah lama sangat aku hidup dalam rutin tu,aku rasa bosan.Aku rasa nak lari dan aku rasa nak cari sesuatu yang berguna untuk diri aku.Ada yang aku kenal dah pergi jauh,dah ada plan untuk akan datang.Ada yang bertitik peluh mencari jati diri.Aku rasa jelous.Aku rasa jauh daripada mereka.
.Dan aku masih lagi menunggu bila masa Tuhan bagi aku rezeki dan peluang macam orang lain.Ya,aku tahu kadang ada yang dah give up dengan hidup.Rasa hilang sampai kau rasa kau takda nilai.Itu dugaan besar bagi mereka dan aku kasihan jika mereka pilih jalan singkat.Aku pernah rasa dan nasib baik aku takda lagi nak give up sampai dua kali.Alhamdulillah aku rasa.

dua-.Masalah yang aku sendiri susah nak atasi sebab mungkin aku terlalu banyak berpikir perkara remeh ialah bila aku tertarik pada suatu perasaan.Perasaan yang boleh buat aku lalai.Perasaan yang buat aku berfikir tiap² hari.Hampir separuh masa aku habiskan kat situ dan aku lupa pada sesuatu benda yang aku patut buat.Aku nak buang perasaan tu memang susah.Dah jadi macam separuh daripada hidup aku.Aku cukup tak suka dan berlaku kat aku banyak kali.Memang aku boleh buang tapi ada jangka masa.Aku rasa tak selesa gila.Kalau lah aku tak punya perasaan begitu.Kalau lah aku ada pemikiran yang simple dan penyelesaian yang simple.Oh,aku tulis perasaan,bukan perasan.Ada dua "a" kat situ.

tiga-.Aku hidup sebagai remaja.Aku berkawan dan bergaul sebagai remaja.Tapi hampir semua member yang aku dapat kenal ke hari ni mempunyai naluri remaja dan pemikiran remaja yang kuat.Aku mengaku aku pun sama tapi kadang aku berpikir sebaliknya.Aku berpikir secara global dan tak terletak pada taraf hidup aku sebagai melayu,remaja dan perkara² tipikal yang berlaku sekarang.Sebagai contoh,aku lihat sekarang ramai yang agak taksub mengejar kemewahan,mengejar hiburan sampai kadang² tak nampak mana nilai islam yang ada pada diri.Itu yang aku sedih.Setiap kali aku bergaul dengan macam² jenis orang,aku rasa nak menangis pada suatu masa aku lihat," Ini ke member aku ?" ," Macam ana aku boleh lihat benda² ni depan mata?" .Serius aku rasa sebak sekejap.Tak tahulah kenapa.Aku memang tak suka pemikiran melayu.Dan bila pemikiran tu dijatuhkan pada anak cucu.

*Kalaulah Tuhan beri aku peluang dan rezeki,aku rasa nak lari.Aku rasa nak rasa benda baru dan bila aku dah kembali pada asal aku,aku boleh bercerita dan buka mulut.Dan aku boleh cerita pada semua tentang nilai sebenar yang patut mereka pikir.Noktah.

Jul 19, 2011

Tahukah anda (season 3)


farid kamil yang jambu.





-Tempoh masa yang ideal untuk tidur bagi orang dewasa ialah 7 jam sehari.Tetapi kajian sains membuktikan yang orang yang telah tidur selama-lamanya bukanlah sesuatu yang ideal.

-Tempoh kandungan bagi wanita normal adalah 9 bulan tetapi tempoh kandungan bagi lelaki buncit tidak dapat dipastikan sehingga sekarang.

-Setiap manusia memiliki lebih kurang 100,000 helai rambut di kepala.Orang yang botak pula tidak memiliki rambut tetapi tetap memiliki bulu.

-Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan sendi² jari adalah disebabkan letupan buih di dalam sendi itu.Jika anda mematahkan tulang rakan anda ketika anda marah turut juga mengeluarkan bunyi,mengakibatkan bengkak dan masuk hospital.

-Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding daratan.Kandungan emas di kedai emas Teck Seong juga tak terkira banyaknya.

-Orang lelaki lebih mudah mendapat buta warna berbanding wanita tetapi lelaki yang buta warna tetap bernafsu pada wanita seksi dan tak tahu tutup aurat walaupun tiada warna.

-Orang yang menggunakan tangan kanan hidup 9 tahun lebih lama daripada mereka yang kidal tetapi orang kidal juga boleh melempang laju² orang yang bertangan kanan.

-Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.Apa yang anda tidak tahu,manusia boleh berlari lebih pantas daripada cheetah jika dikejar cikgu sekolah kerana ponteng sekolah atau dikejar anjing.

-Ngauman singa boleh didengar sejauh 3km.Laki bini bergaduh pulak boleh didengar oleh jiran sebelah yang terletak di kampung sebelah.

-Tiram boleh menukar jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.Manusia pun boleh menukar jantinanya dan boleh menjadi 2 alam seperti penyu.

-Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di kutub utara atau kutub selatan tetapi di dalam peti ais.

Jul 17, 2011

belajar membuat reaksi muka lagi susah daripada buat bom.






Bagi aku dulu waktu aku adalah seorang loser,seorang budak yang takda life,aku adalah seorang yang amat sombong bagi yang tak kenal aku.Salah satunya sebab aku takda reaksi muka.Aku tak pandai memperlihatkan apa² reaksi macam marah,sedih dan sewaktu dengannya.Kecuali kalau aku jumpa doktor gigi atau apa² yang berkait dengan doktor.Memang reaksi takut tu jelas terpampang sebab aku memang trauma dengan segala jenis doktor termasuk doktor cucuk sendiri.
Tapi aku berusaha jugak belajar untuk membuat reaksi muka walaupun susah.Aku mengaku yang aku tak pandai buat bom seperti tajuk yang aku letak kat atas tu tapi aku rasa memang susah gila untuk belajar mereaksikan muka kalau dah sejak azali muka aku dah macam babun kesepian.Mungkin dulu aku tak hensem jadi aku tak jangka orang akan pandang muka aku walaupun aku buat muka teruja nak mampus.
Sampai sekarang,aku masih ada masalah untuk bereaksi secara normal.Kadang² aku masih lagi tak tahu nak buat reaksi muka pada keadaan tertentu.Perlakuan dan reaksi muka aku pun kadang² ikut mood.Kalau aku rasa betul² nak ketawa,baru aku akan nampak riang kanak² ribena sikit.Kalau tak,muka aku membatu dan membuatkan sesiapa yang lihat rasa nak tumbuk tanpa sangsi dan ragu².

Jul 13, 2011

white hair on my head


.baru dua hari lepas aku ke kedai untuk gunting rambut.Aku rasa rimas nak mampus kalau rambut aku dah mula panjang.Rasa macam seekor angsa mengawan duduk atas kepala.Rambut aku pulak bukan jadi automatik rebonding bila dah lebat tapi jadi macam timbunan sampah yang kusut.Memang rambut aku tak mengizinkan aku untuk menyimpan beliau.Jadi aku memang akan potong rambut bila dah panjang.Masa tengah potong tu,rambut aku jatuh ke bawah,aku macam terkejut tengok ada helaian rambut berwarna putih."Uban!?watteheavun ? " kataku dalam hati dengan nada ghairah terkejut.Aku rasa semalam aku muda lagi.Umur aku baru je 20 lebih belum lagi cecah 30.Aku tak kahwin lagi dan aku masih ingat lagi nama teman sperma ku semasa aku berjuang untuk hidup dulu.Mungkin aku terlalu banyak berfikir.Macam² benda yang aku fikirkan.Aku rasa hampa sekejap.Aku rasa aku tak dapat terima kenyataan yang aku ada uban berwarna putih.Kalau warna oren takpa lagi.Boleh jugak aku berlagak kat member aku yang aku mungkin jadi macam ichigo dalam kartun bleach tu.Aku pun kira balik perjalanan hidup aku.Rasa sekejap sangat.Aku dah banyak buang masa sepanjang aku hidup ke hari ini.Banyak benda aku terlepas,banyak benda aku terlupa dan aku rugikan sepanjang masa tu.Aku rasa masuk harijadi aku akan datang,aku kena atur balik jadual hidup aku.Haih~...

Jul 12, 2011

ujibakat mencari penyanyi lebih lawak daripada raja lawak.




Aku salah seorang peminat raja lawak yang sekian lama main kat asteroit tu.Cuma maharaja lawak je yang aku tak tengok live sebab aku tak ada pakej asteroit warna yang kena beli lain.Tapi aku tetap tengok jugak.Cuma aku tak mengundi je.Tak ada makna nak bazirkan duit kat orang yang kita tak kenal.Itu termasuklah akademi pantastika yang kononnya best sangat sampai ramai yang perabis duit dan tisu semata-mata nak tengok bakal artis diaorang menyanyi dan keluar membawa beg kosong.Aku biasa tengok rancangan realiti TV yang terancang ni pada peringkat audition je.Yang masuk part terpilih nyanyi tiap² minggu tu aku tak tengok.Sampai member aku pun cakap : "Kid,kau tak layan ke rancangan nyanyi² ni?Ketinggalan zaman lah kau.Jahil nak mampus.Tak remaja langsung.Tak 1Malaysia lah"
OK.member aku cakap sikit je.Yang panjang² kat belakang tu aku tambah.Kalau kauorang rasa raja lawak tu tak cukup lawak,cuba tengok audition menyanyi.Mesti confirm gelak tengok gelagat orang MY(terutama melayu) yang rasa tak sedar diri langsung yang umur masing² dah menyembah bumi dan suara ibarat katak kena sula.Kalau rasa suara tu tak sedap,tak payah lah datang daripada planet marikh semata-mata nak cuba nasib jadi artis.Apa,jadi artis tu bagus sangat ke? Banyak² profesion,itu jugaklah yang dipilih.Sampai ada yang berebut , menangis-nangis ,yang terberak pun ada semata-mata nak bergelar penyanyi atau artis.Masa itu dah tak kira dah agama ke bangsa ke apa ke,janji terpilih.Nampak sangat mentaliti orang melayu ni senang dipengaruhi.Aku bukan kutuk ke apa,ini memang dah realiti.Yang macam badut lagi ramai.Memang jadi bahan gelak juri dan penonton je.Lepas tu dah tak terpilih,keluar bilik audition marah² juri kata dia tak bagus.Cermin diri dulu lah.Jangan nak harap sangat benda² macam tu nak berjaya.Maksiat semua tu.Paling aku tak paham,orang gila pun boleh daftar masuk.Janganlah nak sangat masuk audition menyanyi pasal kau nak popular.Jadi bahan untuk kayakan syarikat tu adalah.Lepas tu? boleh bawak mati? Yang aku paling gelak rancangan menyanyi untuk orang tua.Memang tak sedar diri.Tapi lawak.Haha.

Jul 9, 2011

ini adalah alter-ego aku.



Sebelum ini aku hanya menulis blog atas alasan bosan dan nak hilangkan tension belajar.Lepas aku habis belajar pulak,blog ni macam terbiar dan tak berpenghuni.Jadi aku risau blog ni jadi tempat pemujaan khurafat bagi orang yang tak cukup iman atau tempat jin bertendang,aku aktifkan lah balik blog ni.Tapi aku tak tahu apa yang nak aku tulis.Setelah aku bertapa dengan goku,tak semena-mena aku dapat idea nak tulis blog balik.Tapi bermotifkan apa? Itu soalan yang bermain bola ping pong dalam kepala aku.Aku dah tak nak tulis blog macam entri² bodoh yang aku tulis dulu.Dulu memang aku tak ada motif tulis blog.Aku macam terpengaruh bila baca blog² yang menulis tentang diari diaorang sebab aku mula membaca blog² yang macam tu.Entri² aku yang lama pun dah banyak yang aku buang pasal aku rasa kalau budak tadika baca pun diaorang rasa nak bunuh diri.Tak pasal² aku kena menjawab kat mak bapak diaorang.Kalau mak bapak diaorang hackers lagilah teruk aku kena.Nasib baik tak ada gambar aku dalam ni.Jadi aku rasa aku tak nak tulis straight sangat macam kat dunia realiti.Aku nak jadikan blog ni alter-ego aku.Sebab aku ni bukannya bagus sangat.Aku tak ada bakat apa pun melainkan korek hidung guna pisau lipat.Kalau ada yang terbaca entri lama , maaf,sila mintak kat doktor ubat hilang ingatan.Aku rasa lagi selesa menulis sebagai KiD daripada aku menulis sebagai seorang loser.Aku juga akan menulis tentang ketidakpuasan hati aku sebagai seorang melayu dan juga sebagai warganegara.Aku banyak berdiam diri,banyak membisu melihat macam² benda jahil yang bermain depan mata aku.Tapi aku tak tahu nak cerita kat siapa.Tak tahu nak luahkan kat mana.Jadi aku cari balik blog ni.Sesi personal masih lagi ada dalam blog ni.Tapi aku tak akan tulis secara serius sangat lah sebab aku sendiri pun mengantuk bila baca.

Jul 5, 2011

kamen rider roket.









.aku masih lagi tak hilang minat tentang kamen rider atau pejuang bertopeng jepun ni.Melihat preview kamen rider akan datang yang bertemakan roket kononnya sempena ulang tahun yuri gagarin.Tak silap aku ' fourze ' adalah rider baru ni.Kelahiran baru selepas kamen rider pengumpul medal ozu.OK ,suit ozu cantik.Aku tak boleh nak cakap banyak tapi tengok suit fourze ni buat aku mencarut sekejap.Watteheavun suit dia buruk gila.Dengan tema roket dan tali pinggang gedabak tu buat aku pikir 2 kali kenapa kamen rider ni dah jadi macam sampah.Aku tak boleh nak komen banyak pasal aku tak tahu jalan ceritanya dan aku tak jangka kamen rider selepas kabuto dah jadi macam super sentai.Jalan cerita entah apa².Aku bukan komen sebagai seorang tua yang ingat kamen rider tu adalah barang mainan,tapi aku komen sebagai seorang peminat.Daripada tema asal serangga ke tema barang².Jauh daripada imaginasi Ishinomori Shotaro.Tapi aku rasa dah nampak kelemahan pengarah baru,tak segah cerita kamen rider zaman kabuto ,zaman faiz.Aku rasa kekuatan jalan cerita adalah nombor satu nak dibandingkan suit.Suit yang kadang nak nampak cantik dah jadi hodoh.Setakat ni aku rasa takda lagi kamen rider yang tarafnya macam kabuto.Jalan cerita kemas,tak mengarut sangat,Perubahan logik,takda melalut sangat dan pelakon OK.Itu yang buat aku minat kamen rider.Kalau lepas ni jalan cerita dah macam super sentai,sumpah aku tak minat dah.

.kenapa aku minat kamen rider? OK.Memang orang yang tak minat benda² macam ni akan cakap
" Eh,kau ni macam budak keciklah minat benda² macam ni.Tak matured langsung.Layanlah cerita blue ke drama melayu tangis-tangis ke,Barulah rock.Dah,pi main jauh².Shuh² ! "

Minat semua orang tak sama.Aku bukan kata aku minat benda ni je.Drama lain pun aku layan tapi setiap cerita yang aku tengok, setiap drama ,wayang yang aku tonton,aku nak ada moral.Ada benda yang boleh aku belajar dan dapat dalam cerita tersebut.Bukan nya aku tonton kamen rider ni aku nak jadi macam tu.Itu yang aku kata,jalan cerita adalah penting pasal ada sesetengah kamen rider ni ada jalan cerita jugak,ada drama.Tak percaya cuba tengok ' kamen rider kabuto '.Pahamkan jalan cerita.Jangan banyak sangat tengok cerita cinta atau hantu khurafat melayu tu.Oh ,kalau yang tak tahu apa itu kamen rider dan rasa nak menyumpah atau rasa nak santau aku macam aku menyemakkan dunia internet tulis entri macam ni, JANGAN BACA.

Jul 3, 2011

aku gelak bila tengok cerita cinta.

Aku bukannya tak pernah tonton cerita cinta langsung,aku layan twilight walaupun aku pelik tengok reaksi bella tu macam orang hisap dadah.Aku layan lagenda budak setan walaupun tak ada pun setan berlakon dalam tu.Farid Kamil adalah.Aku jugak layan sesetengah cerita korea dan cinta si penggali kubur.Bukannya aku tak suka sangat cerita cinta ni tapi aku bukan penggemar cerita genre ni.Aku takda rasa terkilan atau rasa nak bunuh diri gantung dalam rumah lepas tu tampal topup banyak² dalam bilik kalau aku tak tengok pun.Yang jadi masalah bila semua cerita nak dijadikan cerita cinta.Kalau aku tak menyumpah tengok babak cinta,aku gelak.Sebab kadang² cinta boleh jadikan seorang tu nampak macam bodoh atau dalam kata lain memang bodoh.Terutama cinta orang melayu ni.Kahwin sebelum kahwin tu dah jadi macam biasa lah.Negara maju kan.Mesti nak macam US.Babak² yang terlalu cliche dalam setiap filem atau drama.Jarang cerita cinta ni boleh jadi kreatif.Itu filem,drama.Tak kisahlah sebab mesti ada jugak penonton yang nak tengok sambil sediakan tisu nak nangis.Kalau pasangan couple pulak,terus terang aku kata ,aku geli nak tengok walaupun diorang rasa yang diaorang tu pasangan secoli yang happily ever after.Filem cinta yang aku tengok tak gelak dan aku rasa boleh tahan ialah filem sepi.Baru ada cara nak tarik peminat.Drama cinta tv3? baik aku tengok presiden jepun berucap.

Jul 2, 2011

contest lelaki cun dan perempuan kacak.





Aku tengok ramai trend blogger sekarang buat contest.So aku dengan bebesar hati walaupun hati aku tak lah sebesar mana,nak jugak buat contest.Sesiapa yang rasa dia gedik atau suka sangat tunjuk muka boleh masuk tak kira laki ,perempuan ,2 alam mahupun 4 alam pun boleh join.Gay dengan lesbian pun boleh.Syarat² seperti di bawah :

1.Ambil gambar dengan muka sekiut boleh.Yang lelaki mesti tanggal baju dan buat gaya ala² kau tu kumpulan korea wannabe.Yang perempuan pulak solek mesti tebal 40 inci.Buat muka ala² landak tengah mengawan.

2.Tempat yang korang ambil gambar mestilah menarik,contohnya : dalam jamban yang belum diflush,
dalam longkang ,belakang kedai mamak,tempat membuang sampah dan tanah perkuburan.

3.Kalau boleh aku tak nak yang bertudung join.Atau yang tutup aurat.Mestilah mendedahkan aurat sampai tahap lelaki berdarah hidung atau muntah.

4.Boleh bergambar seramai yang boleh.Nak ajak satu batalion pun boleh.

5.Kalau nak hantar video pun boleh.Tapi pastikan video kauorang menunjukkan akhlak yang paling teruk.Tak kisah lah kau mencarut ke apa.Nanti aku upload kat dailymotion untuk orang luar tengok.Aku terima video mencarut bahasa inggeris je.Jawa aku reject.

Hadiah² yang menanti ::

1.Ceramah percuma serta kuliah dan kursus daripada ustaz² bertauliah selama 3hari 2malam.

2.Jemputan ke kursus kesedaran akhlak remaja.

3.Solat taubat berjemaah di masjid-masjid besar selama seminggu.

4.Sesi bergusti secara paksa dengan brother² badan taff yang diimport daripada luar negara.

---Jika ada sesiapa berminat boleh hubungi Pak Mat yang sedang berada di Thailand.Hadiah boleh pilih salah satu di atas.