Dec 27, 2011

Entri ikut mood 4 : banyak yang 'kenapa'?



Aku sebenarnya dah tak nak menulis pasal hal peribadi , masalah atau luahan perasaan kat blog ni.Secara serius , memang aku benci nak menulis benda² macam tu.Sebab aku rasa bodoh macam batu bila aku baca balik apa yang aku tulis.Mungkin kalau bukan hari ini aku baca , akan datang bila aku bukak blog tengok balik entri lama² , memang aku rasa bodoh tu melantun-lantun datang.Rasa macam nak kutuk blog sendiri je tapi tak sanggup.Aku sendiri yang terasa kalau aku buat macam tu.

Tapi , aku tulis jugak pasal dah takda apa nak ditulis.Sekurang-kurangnya aku boleh lepas sikit apa yang aku rasa.Tak payah pendam lama sangat.Tak payah nak peram sampai jadi jeruk.

Aku seorang yang hipokrit.Jarang aku tunjuk perangai sebenar aku sebab aku fikir jaga hati orang lagi penting.Aku bukannya jenis orang yang ada tempat nak luah perasaan, ada tempat nak " hello² member² " cerita pasal hidup aku yang miserable.Aku tak da tulis kat mana² rangkaian sosial dan beratus-ratus orang komen aku.Dan aku tak da orang yang kononnya paham hidup aku dan sedia untuk dengar cerita aku.Aku Tak Ada semua tu.Mungkin itu sebab aku tertarik menulis.Mungkin sebab kalau aku taip benda personal kat blog boleh redakan aku kejap.Aku tahu aku nampak bodoh dan aku rasa macam bodoh.Terpulanglah untuk orang yang baca menilai.

Dulu aku banyak mengungkit.Aku banyak persoalkan macam² hal.Aku banyak benda yang tak puas hati dan aku cuma mengeluh geram.Aku banyak tak bersyukur dengan macam² keadaan.Tapi bila dah meningkat umur dan makin lama aku rasa mungkin banyak hikmah benda² buruk jadi kat aku.Mengajar aku supaya jangan mengeluh setiap masa, mengajar supaya menerima keadaan buruk ,adaptasi dengan benda yang aku tak boleh terima dalam hidup aku.Dan benda² macam tu terus datang tak berhenti.

Aku amat berharap aku boleh berubah.Boleh jadi macam orang lain.Boleh dikategorikan normal dan berguna.Dan aku cuba ubah keadaan aku.Tapi aku tak cukup semangat.Aku tak da dorongan dan aku cepat give-up.Itu yang aku susah nak ubah.Itu yang aku cuba bertahun-tahun.Masih lagi hingga ke hari ini.

Aku minta maaf kalau ada yang tak suka baca benda² personal macam ni (sebab aku pun tak suka bila benda² peribadi kau cerita kat orang sebab nak orang kenal kau ).Itu bukan tujuan aku.Kalau kau tahu macamana rasa bila kau tiba² hilang tujuan bila kau berangan sesuatu perkara terlalu lama , diperbodohkan setiap masa dan orang tak pernah kenal kau macamana ,terimakasih aku ucapkan dan kau paham kenapa aku tulis benda personal macam ni kat sini.

Nov 24, 2011

cerpen : kakiku bukan di bibirmu bhgn 2

link ke bahagian 1

Tidak dapat menerima kenyataan tersebut,Radhi menjerit dan meraung sekuat hati.Kaki yang sudah 24 tahun bersamanya kini telah pergi meninggalkan tanpa mengucapkan selamat tinggal.Dia meraung bagaikan kehilangan insan penting yang bernyawa.Julia ketika itu tergamam.Tidak pernah dia melihat muka Radhi yang memaparkan kekecewaan sebegitu.Dia terdiam dan tidak berkata apa.Seakan dia faham apa yang dialami Radhi.Tapi sebenarnya dia tidak.Dia tidak pernah memahami Radhi.Dia juga tidak pernah menyukai Radhi sebenarnya.

Radhi yang selama ini cuma peneman Julia di kala dia merasa kesunyian teringat akan kekasih lamanya.Radhi cuma dijadikan tikus makmal Julia.Cuma penghilang rasa sedih dan badut sarkas tak diiktiraf untuk menghiburkan hati Julia.Atau cuma tukang bawa barang masa Julia membeli belah.Tak pernah Radhi lekat di hati Julia.Tidak pernah dia terfikir yang mungkin Radhi boleh dijadikan penamat dan teman hidup bujangnya.

Dua hari selepas insiden itu,Radhi tidak lagi seriang dulu.Dia banyak bermenung dan membuatkan ibu serta adik beradiknya yang lain risau.Julia juga sudah tiada.Cepat sungguh dia meninggalkan Radhi dan senang sungguh dia pergi dengan tidak membuat lakonan seperti drama melayu yang kebiasaan.

"Awak ,saya rasa awak dah tak sesuai untuk saya.Awak pula dah cacat.Saya harap awak mati cepat.Bye!"

Tergiang lagi ayat itu di telinga Radhi setiap kali dia teringat akan Julia.Tidak terkata bagaikan menangkap seekor ayam jantan yang berbulu,ayam tak dapat, tangan pula berbau tahi.Tidak ada berlakon,tidak ada putar belit , cuma ayat terus terang dilemparkan oleh Julia ke muka Radhi.Mengenangkan kakinya dan mengenangkan Julia , membuatkan Radhi seakan dilempang oleh seekor babun kelaparan.Terdiam dan tak terkata.

Sudah sebulan Radhi bermenung.Itu rutin hariannya.Dia cuma duduk di atas kerusi roda dan melihat ke jendela luar rumahnya berjam-jam.Tidak bercakap.Tidak menunjukkan sebarang emosi.Cuma bermenung dan kadang airmatanya menitis.Sudah puas emak dan adik beradiknya memujuk Radhi tapi tidak pernah berjaya.Dia seakan hilang semangat.Hilang segala.Mungkin juga Julia yang kejam atau Radhi yang tidak cukup tabah menghadapi dugaan.

Masa yang dihabiskan Radhi setiap kali dia bermenung mengenangkan kaki yang pernah digunakan untuk bermain futsal dahulu.Juga masa yang banyak dihabiskan dengan Julia.Sungguh selesa dan sungguh bertuah dia rasa bila bersama Julia.Banyak perubahan yang dibawanya kepada Radhi sehingga Radhi bukan lagi menjadi Radhi yang dahulu.Julia mengubah arah tuju hidup Radhi.Tapi ular tetap ular , ular takkan berubah menjadi burung merpati.Radhi yang malang tertipu dengan Julia yang pandai mempergunakan orang lain.Mungkin juga Radhi bukan yang pertama.

Suratkhabar hari minggu dipegang Radhi.Diselak satu persatu sambil dia memerhati langit petang kemerahan.Dia melihat kembali muka hadapan.Terpapar tajuk berita ' anak dato ditangkap mengedar dadah ' .Entah kenapa secalit senyuman terpapar di riak muka Radhi.Dia seakan puas.

Nov 15, 2011

cerpen : kakiku bukan di bibirmu

Radhi terbangun daripada lelap nya.Dia melihat kedua kakinya.Ternyata segala yang dialami tadi hanya mimpi semata.Mimpi yang mungkin amat bermakna baginya jika ia menjadi kenyataan.Dia memegang tayar pada kerusi roda dan berlalu pergi daripada jendela bilik untuk ke dapur.

Sudah dua bulan Radhi berkerusi roda.Sudah dua bulan juga dia bermurung menghadapi dua dugaan hidup yang amat sukar.Ketika doktor memberitahu yang kakinya mungkin tidak dapat digunakan lagi kerana saraf tunjang di kaki sudah hancur dan juga ketika Julia memberitahu dia sudah tidak boleh bersama Radhi lagi.

Sudah hampir setahun Radhi mengenali Julia atau nama sebenar beliau Julia binti Dato Juli.Seorang anak kenamaan dan graduan jurusan perniagaan MLM profesional.Dia bertemu Radhi seorang posmen jalanan yang menghantar surat daripada rumah ke rumah.Insiden yang meretakkan hubungan mereka berdua bagai aur dengan tebing bermula ketika Julia meminta Radhi menghantar dia pulang kerana kereta mahal nya rosak terlanggar batu kerikil.

Hari itu, cuaca yang secerah pencerah kulit berjenama sanselk bertukar hujan lebat secara tiba-tiba seperti adegan filem-filem melayu yang biasa.Julia menelefon Radhi yang ketika itu sedang berhadapan dengan seekor anjing jenis chihuahua untuk meletakkan sekeping surat ke dalam kotak surat tuan rumah tersebut.Ternyata kegarangan anjing tersebut telah menduga keberanian Radhi sebagai seorang posmen yang bertopi keledar.Setelah dua panggilan yang dibuat,Julia masih tidak dapat menghubungi Radhi.

Dia bergegas menuju ke sebuah pondok bas yang secara tiba-tiba wujud seperti adegan filem melayu yang biasa.Kali ini dia mencuba lagi menelefon Radhi.Panggilannya kali ini dijawab.Kebetulan juga Radhi berada di pondok bas yang berdekatan.Julia memujuk Radhi untuk menghantarnya pulang dan mengadu yang kereta mahal nya rosak.Kasihan Radhi mendengar aduan kekasihnya itu,dia tekad mengharungi hujan lebat yang dituruti guruh dan petir bersama salji menuju ke arah Julia.

Ketika dia sampai di situ,Julia sudah basah kuyup.Radhi yang mengharungi hujan tidak pula basah kuyup.Cuma basah sahaja.Mungkin nama datuk Julia kuyup ,fikir Radhi.Secara kebetulan juga Radhi membawa dua topi keledar bagaikan drama melayu.Dia memecut lacu ke arah Taman Tunas yang terletak tidak jauh daripada pondok bas tersebut.Demi Julia dia sanggup mengharungi hujan lebat bersama salji tersebut berbekalkan motosikal yang dipinjam daripada pejabat.

Dengan tiba-tiba seorang penjual aiskrim muncul di tengah jalan.Radhi sudah tidak dapat mengelak lagi.Meter motosikal tersebut telah menunjukkan tanda amaran dan telah melebihi had laju yang mencecah 327 km/j.Radhi juga telah cuba membrek menggunakan kakinya sendiri kerana dia terlupa yang motosikal mempunyai brek kaki yang disediakan.Akibatnya kaki Radhi tercampak jauh.Julia yang ketika itu tersenyum kerana dia memikirkan bahawa Radhi sengaja melakukan aksi lasak.Cubaan untuk mengelak penjual aiskrim itu mengakibatkan motosikal,Radhi,Julia dan seekor kucing yang entah daripada mana terseret sejauh 2 km di tengah jalan.

Penjual aiskrim itu pula berlalu dengan gembira sambil mengangkat tangan membuat isyarat fak selama dua minit ke arah Radhi.Radhi mengerang kesakitan.Kucing yang entah daripada mana itu pun memeow kesakitan.Motosikalnya juga berbunyi menandakan sakit kerana papan plat telah patah.Cuma Julia yang terselamat tanpa sebarang calar dan kerosakan.

Ramai orang berkerumun ke arah Radhi dan Julia untuk mengambil gambar dan merakam video.Ada juga yang secara spontan menjadi wartawan tidak bertauliah.Radhi mendengar sayup-sayup suara Julia , motor dan kucing.Kemudian, dia tidak sedarkan diri.Setelah berada di hospital selama dua hari Radhi membuka matanya.Dia terkejut kerana dia tidak berada di wad ICU tapi sebaliknya wad kanak-kanak spastik.Secara tiba-tiba juga seorang doktor perempuan yang memakai baju doktor ke arahnya.Julia bersama doktor perempuan yang memakai baju doktor itu ke arah Radhi.

Doktor itu kemudian mengumumkan yang kaki Radhi tidak dapat diselamatkan.Radhi yang terkejut menyelak kain yang menutup kakinya.Dia hairan dan bertanya kepada doktor kenapa kedua belah kakinya hilang sedangkan yang cedera cuma satu.Doktor perempuan yang berbaju doktor itu tersenyum dan memberitahu yang dia tersilap potong sambil menunjukkan muka kiut yang seksi.

...bersambung..

Sep 11, 2011

cerpen : Pari-pari itu bukan khayalan.




Suis komputer dihidupkan.Setelah 5 minit ditunggu,paparan sistem operasi windows xp dipapar.Skrin hitam dan sebuah bar hijau yang bosan bergerak berulang kali.2 minit tambahan untuk menunggu bar tersebut memasuki mod ruang kerja sistem operasi komputer tahun 2001 itu.Raduan membetulkan cermin matanya dan mengelap skrin komputer crt yang lama itu.Jejarinya laju mengawal tetikus menekan ikon pelayar web.Dia menekan tetikus lagi di kotak carian pelayar tersebut dan menaip
' www.forumjiwangersangnakmampus.edu.my ' .

Kelajuan internet 354 kbps itu membuat kan dia terpaksa menunggu seketika untuk masuk ke laman forum tersebut.Setelah daftar masuk,seperti biasa dia akan membuka ruangan ' teruna suci kesunyian ' dan melihat chatbar serta melihat mesej di dalam akaunnya.Tapi hampa,tiada kiriman balas daripada gadis yang pernah dihantar mesej sebelum ini.Raduan terasa hampa sekejap.Puas sudah dia berusaha mencari jodoh secara online tetapi tidak berhasil.Hendak mencuba di luar dia tidak yakin akan dirinya sendiri.Dengan wajah yang tidak kacak,pendek serta tidak pandai berfesyen dan rupa yang penuh jerawat dan mengerutu,masakan ada gadis yang tertarik akan dirinya.Lebih-lebih lagi gadis yang reti memasak.

Dia melihat kalendar yang tergantung di dinding berdekatan meja.Diselaknya ke halaman belakang.Ogos 2011."Ah,sudah dekat." Raduan memikirkan hari jadinya pada 32 Ogos tahun itu.Genap 27 tahun jika tiba hari jadinya yang akan datang.Dia mengelamun seketika memikirkan rakan-rakan karibnya.Ramai yang sudah berkahwin.Darby Mahrom,sudah ada seorang anak,Rafael Nudal berkahwin dengan janda anak lima dan Rasid Himi pula baru saja melangsungkan perkahwinan pada Jun lepas.Isterinya jauh panggang daripada api.Bagai raksasa dalam fiksyen ultraman dan seorang puteri.Raduan mengeluh lagi.Tiba-tiba,

" BUZZZ!! ".( Ada bunyi yang menandakan seseorang ingin bersembang )

"Assalamualaikum." ( Siti Pari )

"Waalaikumsalam " ( Raduan Hensem )

......................................................................................................................................................

Siti Pari : Kenapa nama awak macam tu?

Raduan hensem : Kenapa?

Siti Pari : Hihi.Awak memang hensem ke? (^^) <--- ikon senyum

Raduan hensem : Nama saya je.Saya tak sehensem mana.Bawah sikit daripada Bradd Pitt.Erm,
nama betul ke awak guna?

Siti Pari : Ya.Itu memang nama saya.Siti Pari binti Paria.Awak daripada mana ? Umur?

Raduan hensem : Saya daripada pahang.Umur 27 tahun ni.

Siti Pari : Ya ke? sama la kita.

Sejak daripada itu,setiap hari mereka bersembang di laman forum itu.Biasanya waktu sekitar enam petang selepas Raduan pulang daripada kerja.Raduan merasakan gadis tersebut amat selesa bersembang dengannya.Segala apa diceritakan pada gadis tersebut.Tiada hipokrit.Mereka semakin mesra daripada hari ke hari.Seakan kenal lebih daripada dunia maya.Teringin Raduan melihat wajahnya tetapi tidak disetujui Siti Pari.Dia belum cukup bersedia untuk memaparkan gambarnya.Kecewa Raduan kerana gambar avatarnya hanya sekadar gambar obama tidak berbaju.

Setelah hampir 3 bulan mereka berkenalan di alam maya tersebut,Siti Pari mengajak Raduan untuk berjumpa.Pada mulanya Raduan menolak kerana dia memang seorang yang amat pemalu.Terutama bila berhadapan dengan perempuan.Memang mulutnya terkunci.Tetapi apabila difikirkan balik tahap kegersangan melampau yang ada pada dirinya.Dia nekad untuk bertemu gadis tersebut.

Maka perjumpaan mereka dirancang pada hari rabu petang,di sebuah taman tasik yang terletak tidak jauh daripada rumah sewa Raduan.Raduan menunggu di sebuah bangku kosong berhadapan dengan tasik.Budak kecil yang berlari dan berbasikal di hadapannya membuat Raduan tergelak seketika dan lupa yang sudah hampir 15 minit dia menunggu Siti Pari yang masih lagi tidak hadir.Dia kembali melihat jam dan membetulkan baju kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar slack.Siti Pari pernah memberitahu pada Raduan yang dia tidak kisah bagaimana penampilan Raduan membuatkan Raduan bertambah bersemangat untuk menjalin hubungan serius dengan Siti Pari.

"Assalamualaikum." Raduan tersentak seketika mendengar suara yang memberi salam padanya.Dia menoleh ke belakang.Seorang gadis manis bertudung ungu menegurnya.Raduan bangun dan agak mengelabah sedikit.

"Awak Raduan kan? Yang dalam forum tu?"

"Wa'alakumsalam.Er..ya...ya...ssssaya".Dia menunduk apabila bertentang mata dengan gadis tersebut.Kemudian Siti Pari tergelak kecil.Muka Raduan kelihatan merah.Dia membetulkan cermin matanya.

Sudah hampir dua bulan Raduan bertemu dengan Siti Pari.Daripada hari pertama dia bercakap dengan gadis tersebut dia merasakan bagai ada perubahan kecil pada dirinya.Keyakinan dirinya bertambah.Dia juga sudah pandai bergurau.Sebelum ini hidupnya hanya habis di internet,di forum.Tidak pernah dia berdepan dengan perempuan di luar alam maya.Hari itu Siti Pari mengajaknya keluar.Hendak berjalan di pantai katanya.

Petang itu Siti Pari kelihatan tidak sihat.Mukanya kelihatan sangat lesu.Raduan semakin risau akan keadaan Siti Pari kebelakangan ini kerana dia selalu menyebut perkataan ' hendak balik ' tetapi tidak pasti kenapa kerana dia tidak mahu bercerita.Tapi hari itu Siti Pari membongkarkan rahsia.Rahsia yang mungkin membuat Raduan terkejut.

"Awak,Saya minta maaf tak beritahu awak sebelum ini.Saya dah lama simpan rahsia ni dan saya rasa kalau saya beritahu terlalu awal,awak mungkin tak dapat terima diri saya yang sebenar." Sambil kakinya menguis-nguis pasir sepanjang mereka berjalan di pantai tersebut.

Raduan tidak bersuara.Dia seakan menunggu Siti Pari meluahkan perasaannya.

"Saya sebenarnya bukan manusia.Saya telah disumpah menjadi manusia dan saya juga telah hidup lebih lama daripada awak Raduan.Saya amat berterimakasih kita ditemukan.Tapi apakan daya,kita bukan secocok.Awak mungkin manusia yang paling baik yang saya pernah jumpa"

"Apa maksud awak?" Raduan tergamam dan keliru dengan kata-kata Siti Pari.

"Sudah sampai masa.Maafkan saya awak,kita mungkin tak akan berjumpa lagi." Siti Pari melihat ke arah langit senja,dan melompat ke arah ombak besar yang menuju ke arah mereka.

"Siti!!" Jerit Raduan apabila Siti Pari melompat ke arah ombak tersebut.Raduan masih lagi bingung kerana Siti Pari pernah memberitahu yang dia tidak pandai kuak lentang.

Setelah ombak tersebut menghempas pantai.Siti Pari hilang daripada pandangan Raduan.Tiba-tiba kelihatan seekor ikan pari gergasi bertudung ungu berenang ke arah laut.Baru Raduan mengerti mengapa Siti Pari berkelakuan sebegitu.Siti Pari sebenarnya hanya ikan pari jadian dan bukan seorang manusia seperti yang Raduan fikirkan.Dia terduduk memandang ke arah laut.Tidak disangka pertemuan dia dan Siti Pari berakhir seaneh itu.

Setahun setelah kejadian itu,Raduan sudah berubah.Dia sudah tidak lagi berforum dan lebih berani berdepan dengan semua orang.Penampilannya juga sudah banyak berubah.Mungkin ada hikmah dia bertemu ikan pari jadian itu sebelum ini.Tapi yang malangnya ,Raduan amat fobia dengan ikan pari.Sama ada masak asam pedas atau ikan pari bakar.

Sep 6, 2011

fasa hidup



Aku rasa aku dah hilang fokus tentang blog ni.Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku nak sampaikan kat blog ni.Tak ada tema sangat .Jadi aku rasa selepas entri yang ini,mungkin aku akan menulis tentang apa yang aku rasa atau dalam bahasa senang,aku menulis sesuka limpa aku.Berkaitan dengan dua tiga cerpen sebelum ini,kolum ' cerpen tak bersiri ' tu aku akan teruskan selagi aku ada idea.Mungkin ada cerpen lawak , cinta ,serius dan macam² genre lagi selepas ini.Cara aku menulis pun mungkin berubah dua tiga kali bergantung pada selesa.

Sebut pasal fasa hidup, kita semua ada fasa dalam hidup kita.Ada enam fasa , ada lima dan ada juga dah tempuh banyak fasa sebelum kita sampai ke peringkat terakhir.Fasa yang aku maksudkan ialah peringkat hidup seseorang tu.Satu persatu.Daripada kecik ke remaja kemudian membesar lagi ,lepas tu berkahwin ,ada anak ,cucu ,cicit kemudian mati.Daripada satu fasa ke satu lagi tu,kita banyak berubah.Semua fasa sebelum tu dah jadi pengalaman.Memori.Aku sekarang ni berada kat fasa remaja lagi.Fasa sebelum berkahwin.

Tapi sebenarnya tahap kita berada kat satu fasa tu tak jugak bergantung pada umur kita.Perubahan tu datang pada masa yang kita tak sedar.Kalau lihat zaman sekarang,terlalu cepat masa tu berlalu sedar tak sedar kita rasa umur dah meningkat.Tahap kita dah jadi lain.Kadang yang sedar kita dah lepas satu tahap yang lama tu adalah orang² sekeliling kita.Perubahan tu jugak kadang berlaku dalam masa singkat,sehari ,seminggu atau sebulan bergantung pada apa yang terjadi pada diri kita.

Apa yang aku runsingkan sangat sekarang ni ialah aku rasa aku tak bergerak ke fasa lain.Aku pegun kat satu fasa.Kalau nak ibaratkan hidup aku ada enam fasa,aku masih lagi kat tahap pertama.Sibuk memikir dan memerhati orang lain.Dan lepas tu aku jeles dan kesal.Benda tu berulang-ulang sampai aku rasa hilang tak tau mana nak pergi.Masa dah makin cepat.Tahun dah berganti.Aku masih lagi macam ni.

" Kid ,aku tengok kau daripada dulu tak berubah eh?"

"Kau buat apa sekarang kid? still macam dulu ? "


Soalan² macam tu dah looping banyak kali kat telinga aku.Jawapan yang aku bagi,aku tetap sama.Daripada fizikal aku yang memang dah tak normal dan mental aku yang lembap.Kadang penat jugak nak menjawab soalan looping ni bila kau sendiri segan dengan jawapan yang nak diberi.

Buat masa ni aku rasa aku ikut je flow hidup aku macamana.Aku tahu memang sukar.Semua orang kata hidup diaorang sukar.Aku dah malas sangat dah nak runsing tak tentu pasal.Aku nak lihat lebih banyak lagi benda.Jadikan pengalaman.Atas nama ' kalau ', aku rasa aku nak hidup lama memerhati perubahan dunia.

Ya,blog ni dah jadi personal balik buat seketika.Tapi aku tak nak emo kat sini dah.Aku dah letih.

Aug 29, 2011

cerpen raya - Cinta itu buta dan mengerutu.



Hari ini Amron cukup gembira kerana dia mendengar khabar daripada pihak atasan ,akan ada pekerja baru yang masuk ke bahagian dia bekerja.Seorang perempuan.Sudah lama Amron menunggu seorang rakan sejawat yang boleh dijadikan peneman.Akhirnya permintaan dia diluluskan.Tidaklah Amron berseorangan lagi di makmal tempat dia bekerja.

Amron tertanya-tanya bilakah rakannya itu masuk.Comel kah dia seperti Lisa Surirumah? Kiut kah dia seperti Justin pili berbibir walaupun Amron sangat benci akan manusia Justin itu.Kegembiraan dalam hati nya tidak dapat tertahan lagi.Apabila terdengar rakan sejawat nya itu seorang perempuan,Amron terfikir untuk mencuba nasib setelah lama dia membujang.Sungguh tinggi nafsu si Amron bagaikan lipas kudung berkelamin.

Amron bekerja di Jabatan kajian biologi untuk kajian berkaitan dengan haiwan.Di situ juga penghasilan klon dan ujikaji haiwan gabungan manusia dijalankan.Pusat biologi tersebut terletak di tengah pusat bandar.Seperti hari-hari biasa,Amron tidak lah sesibuk staff lain kerana tugas kerjanya hanya berkisar tentang pemerhatian dan mencatat rekod ujikaji.Ada juga staff yang bekerja di bahagian penyantuman DNA iaitu penggabungan antara DNA haiwan ,manusia , jin dan tumbuhan untuk menghasilkan baka baru.Banyak hasil kajian tidak berjaya untuk hidup.Amron bernasib baik kerana dia tidak perlu melihat bagaimana manusia berkepala kuda menjerit apabila disuntik.

Seperti hari yang biasa,Amron duduk dalam makmal keseorangan.Melihat kawasan makmal yang terlalu biasa membuatkan Amron bosan.Entah bagaimana dia tertidur.Jam sudah menunjukkan pada pukul enam petang.Sudah lewat.Staff-staff yang ada di situ sudah pulang.Sudah senyap sunyi makmal itu.Tiba-tiba dia terperasan ada orang lain di dalam makmal.Dia tidak keseorangan lagi.Ada staff baru yang tiba menemaninya.Izmeen nama yang tertulis di tag namanya.Seorang gadis yang ayu dan cantik dan ayu.Gadis tersebut memandang Amron dan bertanya,

"Awak Amron kan ? Saya Izmeen.Staff baru bahagian ni.Maaf,tadi saya nampak awak tidur.Saya tak nak kacau.Selamat berkenalan ya." Katanya sambil tersenyum manis.

"Ah...ya ,Jadi awak satu makmal dengan saya? " Memandang wajah gadis tersebut membuatkan Amron terketar-ketar untuk bertanya.Dia terasa di awang-awangan walaupun dia bukan bernama Awang.Matanya tidak berganjak daripada memandang wajah gadis tersebut.Mungkin Amron sudah jatuh cinta pandang pertama.

" Ya. Saya ditugaskan kat sini.Er..air liur basi kat pipi awak tu ".Tegur Izmeen sambil jari menunjukkan ke arah pipi Amron.

" Oh. " Tangan Amron tergesa-gesa mengelap pipinya yang penuh air liur basi akibat tertidur tadi.Kemudian Izmeen tergelak kecil disambut dengan Amron yang ketawa akan dirinya sendiri.Tak sangka perkenalan mereka begitu indah buat Amron.Mungkin ini gadis yang dicarinya?

Esoknya,Amron semakin ceria dan bersemangat dengan kedatangan Izmeen.Dia tidak lagi merasa bosan berada si makmal tersebut.Terasa makmal itu bagai pusat hiburan pula.Amat asyik.Dan hubungan Amron dengan Izmeen pun semakin rapat dari hari ke hari.Hati Amron bagai berbunga-bunga chrysanthyemum.

Hingga satu ketika, seorang lagi staff baru ditugaskan ke unit itu.Lelaki pula tu.Amron semakin cemburu walaupun belum lagi bersua muka dengan staff baru yang didengarnya itu.Dia risau Izmeen akan beralih arah kerana Amron belum sempat lagi meluahkan perasaan pada Izmeen.Sungguh kuat cemburu Amron sehingga dia berfikir yang bukan-bukan tentang rakan barunya itu.

Sudah sebulan mereka bertiga ditugaskan bersama.Amron semakin benci akan staff baru itu kerana Izmeen lebih rapat dengannya berbanding Amron.Mereka pula kerap ditugaskan bersama untuk melihat hasil ujikaji di makmal lain.Semuanya atas arahan pihak atasan.Amron tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyimpan dendam dan geram pada rakan sejawatnya.Izmeen pula sudah berpaling tadah ke arah staff baru itu membuatkan Amron lebih cemburu.Tanggapan pertama nya betul.Sakit hati Amron bertambah-tambah.

Sampailah satu masa,Izmeen telah terlanjur dengan staff baru itu.Hati Amron hancur apabila mendengar berita tersebut.Tidak disangka rupanya begini balasan yang dia dapat menyukai gadis tersebut.Hatinya luluh.Dia tidak dapat berbuat apa-apa.Perasaan kecewa menebal di hatinya membuatkan fikiran Amron sudah tidak waras.Hati nya bagai retak dan berkecai di hempap ahli sumo.Dia nekad mengambil keputusan seterusnya.Sebuah pistol diletakkan di dahi,

"Selamat tinggal dunia." Air mata mengalir di pipi Amron lalu dipetik nya picu.

"BANG!!!" Riwayat Amron berakhir di situ.Di makmal tempat dia mengenal Izmeen.

Esok pagi,Dr.Sherlock masuk ke makmal lebih awal daripada biasa.Setelah kad staff di sisipkan di alat pengesan,dia bergegas ke makmal penyelidikan 2B.Kot putih disarungkan ke badan dan sarung tangan dipakai.Dia membuka sedikit tingkap dan melihat spesimen ujikaji yang dibuatnya.Alangkah terkejut Dr.Sherlock apabila seekor daripada tiga ekor katak untuk ujian pemerhatian nya telah mati dalam keadaan berdarah.Ada sebiji pistol mini bersaiz 2sm di sebelah katak yang mati terlentang itu.Belum sempat Dr.Sherlock mencatat rekod ujian pemerhatian yang dibuatnya.

Ya,Amron cuma seekor katak ujian makmal yang tidak berfikir panjang.Jika dia tidak mengenal Izmeen pun,mungkin dia akan mati dijadikan bahan ujikaji Dr.Sherlock.Di penjuru bekas kaca itu terdapat segumpal telur katak yang sudah disenyawakan.Dr.Sherlock tersenyum.Buku rekod dibuka dan dicatit- " spesimen pertama -mandul ".




Aug 27, 2011

membazir raya amalan mulia.




Tajuk yang agak hot and spicy bila tiba masa nak raya.Raya = membazir.Sifir yang dah memang orang melayu kita cukup hafal bila tiba nak raya.Tak terkecuali jugak bila nak berbuka.Juadah tu kalau tak cukup selori tak puas.Nafsu mengalah kan kuda liar yang teruna.Kuda pun tahu puasa.Tahu tak yang kuda sebenarnya boleh berlari selaju...Eh,aku bukan nak cerita pasal kuda.Dah ke laut pulak.

Orang kita ni kalau tak membazir tak sah.Mesti nak riang ria dan berseri-seri daripada segi pakaian,rumah ,dan macam² lagi padahal nak sambut raya je.Bersederhana pun dah cukup.Tak payah nak meriah sangatlah.Bukan boleh bawak mati.Tapi masing² nak jugak tunjuk kaya.Tunjuk siapa yang lebih sampai ke tahap membazir.Kalau jiran sebelah beli helikopter ,mesti nak lawan.Nak jugak beli airbus 380.Baru adil macam tu.

Bila perkara-perkara macam ni dah jadi sinonim dalam diri kita,tak payah lah nak bising harga barang naik ke apa.Pokok pangkal nya cara kita sendiri berbelanja.Bagi aku,tak perlu lah nak bermewah sangat tukar itu ini bila nak sambut raya.Cukup lah kita sambut raya dengan hati yang gembira.Cukup dengan kita bersyukur pada apa yang dikurniakanNya sehingga ke hari ini.Sedar tak bila kita sibuk dengan persiapan raya ,nak beli itu ini,ada lagi insan yang menyambut raya dengan linangan air mata.Dengan kesedihan.

Masyarakat kita ni bukan semua nya mewah.Berlambak lagi sebenarnya yang miskin.Yang tak mampu daripada segala segi walaupun kerajaan kata kat negara ni sifar kemiskinan.Ye ke? Ptuih! Cakap je boleh lah.Selidik sendiri rakyat tu macamana dulu.Ramai lagi yang tak mampu beli baju raya masa orang lain sibuk berbaju baru.Kita beraya untuk bersyukur bukan untuk bermegah.Kalau jenis yang duit tebal dalam poket tu boleh lah berzakat lebih sikit.Tolong sikit sesama saudara Islam.Ada juga bagusnya daripada beli barang-barang baru setiap kali raya.Pahala pun dapat.

Cuba pikir balik senario beraya kat malaysia.Dengan sambutan meriah,lagu sana-sini,shopping,makanan macam-macam,duit raya lagi.Best gila kan? Lihat pulak kat Palestin macamana? Kat Somalia ? mereka beraya dalam keadaan takut.Dalam keadaan serba daif.Takda suasana macam kat negara kita.Tapi diaorang tetap bersyukur dengan dugaan yang Tuhan bagi.Masih lagi mampu beribadat.Kita pulak tak cukup dengan apa yang ada,nak jugak yang lagi mewah.Semangat raya tak semestinya terletak pada apa yang kita mampu tapi pada tahap mana yang kita mampu bersyukur.Selamat Hari Raya.



Aug 25, 2011

you`re the one konon



.

Aku ni jenis yang tak berapa nak suka benda² jiwang karat melayu yang shit ni.Aku memang agak anti dan panas telinga bila dengar bab-bab cinta ni walaupun aku layan blog terfaktab.Kenapa? sebab aku dah bosan dengan jiwa melayu yang kekoreaan ni.Tu pasal banyak sangat minah² melayu yang minat K-pop.Apa yang best sangat mamat² jambu yang buat lagu yang kau sendiri pun tak paham.Lahir pulak K-pop wannabe MY.Siapa? google sendiri 'max 247'.Kalau kau muntah aku tak tanggung.

Balik-balik kalau berborak mesti ada tajuk,' kau kapel dengan siapa eh sekarang ' atau ' awek kau dulu macamana eh? Kau tak dapatkan dia balik? '.Kemon lah.Berdarah lah telinga aku setiap kali dengar benda² pakwe makwe ni.Serius bukan jiwa aku.Bukan maksud aku ni gay tapi tak payahlah nak tunjuk sangat yang orang kita ni jiwang.Belakang cerita sudahlah.Biar kau je yang tahu.Jangan nak heboh macam nak masuk paper.Macam dah takda topik lain.Memang lah aku tak menyampuk depan².Aku senyum je sebab aku kat luar pendiam.Aku tak pandai nak bercakap so aku sengih kambing je bila orang bercerita.Orang kutuk aku pun aku senyum.Kalau aku berani dah lama aku carut kuat².

Tak payah lah nak bercinta gedik² sangat sampai keluar ayat " Sayang..kita sayang awak macam kita sayang kucing parsi utara yang nama dia caprio iskander tu " .Okay.Aku tahu ayat contoh aku ni entah apa².Maksud aku sayang yang sangat² lah sampai kau sanggup habiskan duit beli macam² lepas tu clash ternganga sambil keluar air liur.Mengharap sangat pada orang yang belum tentu jodoh kau.

Aku tengok sekarang trend orang bercinta : buat pengakuan,kapel dan buat apa² yang patut,rasa tak sesuai,clash.Lepas tu ulang lagi. Motif? aku sendiri pun tak paham sampai ada yang buat koleksi pakwe/makwe banyak². " Aku ada 200 orang bekas pakwe aku.Kau ada? Huh! ".Apa tu?

Okay.Aku pun takda idea sebenarnya nak ulas benda ni panjang².Satu je sebab aku tulis entri ni.Aku JEALOUS.Okay? Sebab aku selalu mengharap benda yang tak mungkin terjadi.Hahaha.bodoh betul.

Aug 22, 2011

Kerana darjat manusia.





Manusia dibezakan dengan darjat mereka.Dengan pangkat ,dengan harta benda dan dengan tahap pemikiran dan kecerdikan.Daripada semua itulah lahirnya darjat seorang manusia.Tahap yang membeza kan antara satu manusia dengan yang lain.Ada yang kat atas dan ada jugak yang berada kat bawah.Persoalan yang selalu aku pikirkan kenapa daripada darjat mereka ini ada yang diagungkan dan jugak ada yang dipinggirkan.Padahal kita semua diciptakan dengan unsur yang serupa iaitu tanah.Kenapa ada sesetengah yang berpangkat besar,yang memerintah,yang berfikiran tinggi ,yang kaya ada sifat bongkak ,sombong dan suka menindas.

Ada yang berada sikit ,yang banyak duit bila pandang orang yang tak sama taraf atau bawah daripada taraf dia dah takda sifat hormat.Sifat belas.Sikit² nak hina orang lain dan rasa dia lagi besar daripada orang tu padahal hanya Tuhan je yang boleh mendarjatkan manusia.Bukan manusia tu sendiri.

" Aku orang kaya,aku Dato` / Datin .Pangkat aku tak sama dengan pengemis tepi jalan.Diaorang tu pengotor,jijik."

Ayat cliche yang biasa kita lihat tapi ini hakikat.Memang ada orang yang macam ni.Memang ada yang jenis nak pandang hina orang lain setiap masa.Bongkak ,sombong setiap masa.

" Kau kerja kerani,mana layak nak kahwin dengan anak aku.Aku nak menantu yang kaya yang kerja besar².Jadi angkasawan , jadi menteri.Engkau apa ada ? Ptuih!! ".Kata Mak Jah.

Nak cari menantu kerja besar je.Kalau ye pun tak nak,tak payah nak maki².Ni biasanya kalau emak mentua yang jenis kaya-raya.Gelang tangan kiri kanan.Rambut dye warna oren Ichigo ( bleach ).Memang dah tak sedar diri.Nak cari menantu yang sama taraf atau yang kaya lagi.Biar orang pandang gah kononnya.Apa dapat? Dalam kubur pakai kain kapan jugak.

" Kau kelas lain.Kelas bodoh.Mana boleh kawan dengan kitaorang.Kitaorang ni pelajar cerdik pandai nak mampus bak kata cikgu.Kau jadi bahan buli kitaorang boleh lah.Dah..dah..syuh! pergi buat air ribena dengan milo ais tabur untuk kitaorang " Sindir Alibabun yang juga seorang ketua pengawas.

Cerdik tak boleh bercampur dengan bodoh kononnya.Tak boleh kongsi ilmu.Tak boleh ajar orang lain.Orang yang tak berapa nak cerdik kena hormat mereka ni.Kena tabik sebab mereka lebih bagus.Kena puji sokmo (selalu).Habis yang kena buli yang kena perli tu takda perasaan? Kucing pun rasa nak cakar muka orang macam ni tanpa sebab.

" Aku pemerintah.Kamu rakyat.Kena patuh arahan aku walaupun aku salah.Jangan melawan atau kamu terima padah.Tahu? "

Ramai pemimpin kita sekarang yang hanya mengejar kedudukan.Tak mahu jatuh.Tak mahu turun walaupun tak tau nak tadbir negara.Rakyat dah tersiksa tapi masih lagi mengaku diri bagus.Ada yang makan nasi dengan garam tiap² hari tapi orang atasan makan sedap².Semua ber-elaun.Rumah besar,hidup senang dan bila ada yang dibantu hanya untuk tatapan rakyat lain di media dengan slogan " kami prihatin ".Watteheavun semua tu? Ikhlas? Belakang cerita macam².

Apa yang aku tulis ni bukan aku reka.Ini adalah senario hidup kita sekarang.Antara sedar dan tak sedar je.Aku dah pernah nampak benda² macam ni depan mata.Aku dulu mangsa buli.Aku pendiam,aku takda keyakinan diri dan aku tak cukup normal sampai ramai yang rasa diri dia bagus nak tindas aku.Siapa? manusia yang jenis tak sedar diri macam yang aku tulis kat atas ni.Sama jenis je.Jenis yang rasa diri dia amat amat bagus depan orang lain yang kurang daripada dia.Jenis yang suka ambik kesempatan.

Dan mereka ni sentiasa ada kat mana².Tak pernah hilang.Rasullulah SAW pun boleh bergaul dengan orang biasa.Orang yang berpangkat lebih rendah dari baginda walaupun pangkat dia adalah paling tinggi disisi Allah,paling tinggi di antara manusia dan nabi².Kita? Hanya tahu menindas,melabel orang lain dengan double-standard,memandang rendah orang lain.Ingat sikit,walaupun kau sebesar mana pun ,kau tak boleh hidup kalau takda orang yang pandang kau.Bersyukur dengan apa yang kau ada.

salam ramadhan 1432 H.

Aug 18, 2011

Atan,cinta monyet dan Milah.

Nama aku Atan.Nama glamour aku Atan the handsome boy.Umur aku sekarang dah mencecah 20 tahun.Aku rasa dah lama sangat aku hidup kat dunia ni.Aku masih lagi bujang atau dalam bahasa jawanya single.Masih tidak berpunya dan aku juga masih teruna.Ramai kawan² aku yang sudah berpunya dan berkahwin.Tak kurang juga yang dah beranak pinak.Comel anak² diaorang.Macam muka aku.Tapi apakan daya.Aku masih lagi tidak bertemu jodoh.

Aku bekerja di kampung sebagai pemetik kelapa.Ramai yang mahu menggunakan khidmat aku sebagai pemetik kelapa.Bukannya aku berlagak atau riak tetapi aku boleh kata yang aku adalah salah seorang pemetik kelapa yang terhandal dikampungku.Semua mengenaliku jika aku berjalan di seluruh kampung.Budak² kecil pun boleh kata semua mengenaliku.Nama aku disebut-sebut oleh penduduk kampung dek kehandalanku."Atan handsome ! Atan handsome! " Kata mereka.Okay,abaikan handsome tu.Mereka panggil aku Atan je.Tapi hakikatnya aku memang handsome.Serius tak tipu.

Walaupun aku masih teruna dan suci,aku juga mempunyai perasaan seperti kawan² ku yang lain.Aku ada menaruh hati pada seorang gadis kampung.Sudah lama aku ingin mendekatinya tetapi tidak pernah berjaya.Nama gadis tersebut Jesika Abah Kau atau nama kampung beliau Milah.Aku tahu ,nama nya tidak sedap.Aku sendiri tergelak berguling-guling ketika kali pertama mendengar nama tersebut.Tapi rupanya tidaklah sekampung nama nya.Dia adalah gadis yang amat lawa.Lawa sikit daripada Irma Hasmimi.

Hari ini ,aku sudah nekad untuk mendekati nya.Sekian lama aku mengusha tetapi tidak dilayan.Tidakkah dia tahu aku yang paling popular di kampung ini.Tidak bangga kah jejaka sekacak aku ingin mendekati beliau.Surat cinta berbunga-bunga yang kutulis telah lama ku simpan.Bauan bedak harum sundal malam ku letakkan ke dalam sampul surat ini sudah sebati di dalam.Surat ini sudah begitu lama aku tulis.Aku pendamkan.Sudah hampir dua tahun aku simpan.Tetapi hari ini aku akan beri surat ini padanya bersama-sama ayat² cinta yang aku belajar ketika aku menonton sinetron drama indon.

Aku sudah nampak kelibatnya daripada jauh.Bersama seorang lagi kawannya iaitu Melah.Aku cukup benci dengan kawannya itu kerana mukanya terlalu buruk bagiku.Tidak secantik Milah.Jauh panggang daripada api bak kata orang putih.Mereka berpisah sebaik sahaja sampai di rumah Milah.Milah masuk ke dalam tanpa menghiraukan aku yang berada tidak jauh daripadanya.Tapi aku sudah nekad.Aku teruskan saja niatku.Aku menunggu di tepi tingkap biliknya untuk menghadiahkan sepucuk surat yang menyatakan perasaaanku.

Sebaik saja Milah masuk ke bilik,aku sudah bertenggek di atas tingkap biliknya yang terbuka luas sambil membaca syair punjangga yang dikarang oleh Rani Mukeji.' Oh,Milah jika kau sanggup terima aku yang hensem ini,akan ku hadiahkan kapal titanic buatan nepal kepadamu' .

Serentak dengan itu Milah menjerit dengan kuat memanggil emaknya ," Mak !!! Tolong !!!" Jerit Milah dengan kuat dan gedik.

" Ya,Milah.Mak datang ni " Sebatang penyapu digengaman emak Milah.

" Mak!! Monyet Pak Salimon kacau milah lagi! " Jerit Milah lagi dengan nada gedik menggoda.Aww.

" Berdebah punya Monyet! Berambus kau!! " Aku dibaling dengan penyapu dan dihalau.Belum sempat lagi aku nak tunjuk fak pada emak si Milah.


Sudah kali ke lima belas aku direject sebegini.Inikah cinta monyet yang mereka kata kan?.Tak guna.Mentang-mentanglah aku monyet.Hina sangat ke? Aku juga memiliki perasaan.Aku hensem apa.Ptuih!

Aug 14, 2011

cara menangani stress dengan berkesan ( dijamin 18 ratus% )

Semua orang pernah kan rasa stress atau tekanan.Tak kira lah stress pasal kerja ke,pasal exam atau pelajaran ke ,pasal awek ke atau tekanan hidup.Masing² pernah rasa dan ramai yang tak tahu cara nak handle dengan berkesan.Tapi takpa,aku dah tanya dengan doktor pakar kat hospital Tanjung Rambutan ( tak sure la doktor ke tak sebab dia pakai baju doktor ) cara nak tangani stress ni.Kat sini antara cadangan beliau :

1.Hentak kepala kat dinding konkrit dengan sekuat hati.

Ni antara cadangan awal doktor yang aku jumpa tu.Dia kata bagi nak mengelakkan stress ni melarat sebab stress ni pun macam kanser,boleh melarat.Dia kata lah.Kalau kauorang hentak kat dinding,pastikan berdarah dan pengsan.Confirm lepas tu dah tak sedar.Paling koman pun hilang ingatan je lah.Tapi cara ni berkesan sebab aku tengok ada parut besar kat kepala doktor tu.Dia dah cuba dulu.

2.Beli choki² banyak² lepas tu tengok cerita Shin chan / Hagemaru.

Kalau kauorang buat macam ni mesti tiba² rasa jadi budak² balik.Segala masalah akan hilang dengan sekelip-kelip ku sangka api.Ye lah,budak² mana ada masalah.Mesti rasa nak enjoy je.Dan kalau boleh tiru gaya action kamen dalam cerita shin chan tu.

3.Beli anak patung dan tumbuk kuat² sampai puas.

Pernah tengok Shin Chan? ( Shin Chan lagi ).Yang part mak kawan shinchan tu (nene tak silap aku) tumbuk anak patung besar setiap kali shinchan buat hal dengan dia.Kauorang patut cuba.Beli lah apa² anak patung besar ,Teddy bear ke Spongebob ke Angrybird ke atau patung bear Mr.bean yang bersaiz besar.Lepas tu setiap kali stress atau ada masalah besar ,tumbuk patung tu sampai puas.Yang ni sesuai untuk perempuan je.Lelaki jangan buat sebab confirm orang lihat kau atas bawah kalau beli anak (bapak) patung.Tak puas hati,pergi tumbuk member kauorang.

4.Gelak sorang² sekuat yang boleh.

Pada yang stress pasal putus cinta dan masalah awek/pakwe,boleh cuba cara ni.Cari je la apa² cerita yang kauorang rasa lawak nak mampus.Kauorang tonton cerita tu banyak² kali ataupun sebanyak yang boleh yang kauorang sanggup.Lepas tu gelak sekuat hati yang boleh sampaikan kauorang rasa tonsil kauorang dah nak terbelah dua.Kalau kauorang jenis boleh gelak tanpa sebab,gelak je kuat² tanpa rasa malu dan bersalah.Tapi lepas tu aku tak jamin lah kalau kena pukul atau kena marah dengan makcik sebelah.Janji stress hilang.Peduli apa ye dak?

5. Buat prank dekat member lain.

Salah satu cara nak hilangkan ialah dengan memindah kan atau berkongsi stress tu dengan orang lain.Kacau lah member kauorang dengan cara macamana sekalipun.Lepas tu confirm member tu stress jugak. Contohnya : Spray cat kat muka masa member tidur ke,Curi seluar dalam ke,Hack fesbuk/tewiter ke atau apa² je yang termampu nak buat.Kan sharing is caring.Jadi berkongsi lah.

6.Makan sup kucing sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cari kucing yang comel² ( kucing jiran pun boleh ).Potong 15 lepas tu masak buat sup.Sup tu pulak minum 3 kali sehari bersama dengan halia goreng." Selain daripada menyihatkan badan dan mendapat superpower seperti kucing,sup kucing juga berupaya untuk menghilangkan stress seumur hidup." Kata aunty Eng Tah Larh yang berasal daripada Korea timur bahagian ulu.

7. Berlagak tanpa sebab.

Kalau kau jenis orang yang low profile,cuba belajar cara² nak jadi berlagak nak mampus kat member² atau orang yang memang berlagak sejak azali lagi.Contohnya Dr.Ruzmey.Pergi berguru dengan dia.Lepas tu ramai lah yang puji (maki) kau setiap saat.Mesti bangga kan kena puji.Tiba² je stress tu boleh hilang dengan automatik.Tapi kesan sampingan nya kau dapat masalah baru.Masalah riak dan takbur tanpa sebab.

8.Senyum tanpa henti selama sebulan.

'Senyum itu sedekah' .Biasa dengar kan ayat tu? selain daripada memberi sedekah,kau jugak akan buat orang lain happy dan ceria.Cuba senyum 24 jam.Termasuklah waktu berak dan waktu tidur.Jangan berhenti selama sebulan kalau nakkan stress kauorang hilang.Tapi kalau ada yang report kau gila atau kau kena cramp rahang,aku tak nak ambik tahu.Buat atas risiko sendiri.

9.Buat perkara yang paling kauorang takut.

Atau dalam perkataan lain,buat perkara yang fobia bagi kauorang.Contohnya kau fobia dengan labah²,cuba berani kan diri makan labah² tu hidup².Atasi segala ketakutan yang ada.Kalau yang fobia main terjun bungee atau fobia dengan tempat tinggi,cuba terjun bungee tanpa gunakan tali.Lepas tu,Insyallah stress akan hilang kalau kau hidup lagi.Oh,pastikan ambil insurans dulu sebelum buat.

# Segala pertanyaan berkaitan dengan stress atau tekanan jiwa,boleh berjumpa dengan doktor Abu di hospital Tanjung Rambutan atau emelkan kepada : doktorbolehsetelsemuaadaakukisahmasalahkorang@Tanjung.com.uk

Atau kauorang boleh apply sendiri kat hospital tersebut.Ada 20 kekosongan lagi.Aku dengar nurse kat situ lawa.


Aug 11, 2011

-buatlah sesuatu yang anak anda takkan bunuh diri.

Budak² zaman sekarang aku lihat dah sangat² advanced.Jauh dengan zaman dulu.Maksud aku bukannya aku ni tua sangat nak lihat dunia, tapi sehingga ke hari ni lah boleh kata perubahan dunia tu semakin cepat dan cepat.Aku ni muda lagi orangnya.Hehe.Masyarakat kita dah berubah seiring dengan dunia maju.Kononnya lah.Itu yang dicanang oleh kerajaan sampaikan sedar tak sedar kita menerima segala kemajuan yang ada tu tanpa memikirkan kesan untuk hari esok.

OK.aku fokuskan pada para remaja lah.Lingkungan antara yang masih bersekolah dan yang belum berkahwin.Kalau anda antara orang yang tak terikut sangat dengan arus kemajuan,maksud aku bukan buta IT atau something macam tu,lebih kepada kesedaran individu lah ,apa pandangan pada budak² zaman sekarang? Sedih bukan? gejala sosial melampau,zina,dadah dan macam² lagi yang sampaikan benda tu dah jadi macam terlalu biasa kat negara ni.Dah macam bukan benda yang berat walaupun daripada sudut agama kita ni dah banyak menyimpang.Orang melayu khususnya.Bergelumang dengan segala macam hiburan yang wujud di muka bumi tanpa pikir daripada segi agama dan masyarakat.Teruk sangat ke orang kita? Buka mata sikit.Lihat sekeliling lihat bandar² besar macamana.Lihat remaja melayu bagaimana.Pakaian diaorang,cara bertutur dan cara bergaul dan cara hidup keseluruhannya.Kita dah adaptasi kan semua itu dalam kehidupan sampai kita rasa "Oh,relaks lah.Ini kan zaman urban.Tak apa". Tapi takkan semua benda nak 'tak apa' , ' Okay ' tanpa kita rasa bersalah langsung? Sekurangnya rasa lah bersalah sikit dengan apa yang jadi ke hari ini.Kita hidup dengan agama dengan adat dengan cara.Mana pergi sopan santun anak melayu.Dah takda ,dah kurang atau dah hilang?

Yang menjadi perkara sedih bagi aku bila pergaulan bebas tanpa sempadan dah jadi normal." Kau tak sosial,kau boleh blah" .Kalau sosial je takpa lagi,ni membawa ke 'hubungan suami isteri tanpa nikah secara bebas'.Aku malas nak tulis jelas sangat.Paham² lah.Hidup masa muda memang lah bebas.Tak pikir itu ini.Tak pikir apa akan jadi bak kata mamat orang putih bernama edward caprio " Enjoy your life when you still had".Pikir zaman muda tu ada lagi.Jangan sia² kan.Tapi cuba pikir bila kau dah kahwin.Bila dah ada anak.Dan kau still lagi ingat dosa² silam.Zaman remaja kau yang bergelumang dengan hiburan yang bermacam.Kalau anak kau tahu? Bapaknya dulu kaki togak atau ibunya dulu playgirl atau situasi yang lebih kurang macam tu.Tak ke sedih gila? Dan kau pulak berharap anak remaja kau takkan ikut perilaku kau masa silam dulu padahal zaman dah berdekad lagi advanced daripada sekarang ni.Kalau kau dulu pun tak boleh nak elak,macamana diorang (anak² kau)?

Kalau nak masa depan yang lebih bagus,Kurangkan lah jiwa remaja yang mengongkong untuk buat benda² tak elok tu.Kaji balik asal usul.Kaji balik agama.Tanah mana kita berpijak dan bagaimana kesan yang kita akan buat pada masa depan nanti.Aku tahu ramai yang tahu silap mereka kat mana.Termasuklah aku sendiri.Kita ambil masa untuk muhasabah di bulan ramadhan ni.Ubah apa yang boleh walaupun makan masa.Dan yang paling penting : tolonglah baca blog aku.

Aug 7, 2011

cara memikat awek yang berkesan.(99% dijamin)

Aku sebenarnya malas nak menulis tentang ni sebab aku benci hal² yang berkaitan cintan-cintun ni.Tapi memandangkan ramai yang desperate mencari cara,aku dengan riak takbur akan beri tips yang berguna daripada aku untuk kauorang cuba.

1.Pakai perfume banyak²

-kalau rasa dah kaya nak mampus,beli perfume sampai selori.Lepas cukup selori,sembur banyak² kat berapa banyak baju yang kauorang ada kat rumah.Lepas tu jemur bagi kering.Sembur sikit lagi.Dan step seterusnya kau boleh pakai baju tu dan lalu depan awek.Confirm awek tu pengsan.Lepas tu bolehlah sambut dan buat gaya ala² macho iklan TV.Mesti dia terpikat sambil pening² lalat.

2.Menyamar jadi perompak dengan pakaian sopan

-Kauorang pakai lah baju kemeja ke,atau apa² pakaian yang lawa² khususnya untuk pergi dating,lepas tu pakai topeng power rangers.Usha mana awek yang kauorang nak.Sebelum tu bawak pisau simpan dalam poket.Dah nampak target,pergi kat awek tu berbekalkan pisau tadi dan buat gaya perompak dan mintak nombor telepon.Lepas tu lari laju².

3.Tumbuk muka awek tu dengan sekuat hati.

-Lalu depan awek dengan perlahan-lahan,lepas tu tumbuk muka dia dari sudut 45 darjah.Kemudian bila awek tu dah berdarah hidung dan pengsan,cepat² hantar hospital.Bila dia sedar daripada pengsan dan tanya "Saya kat mana ni?". Jawab "Kat hospital.Tadi saya nampak UFO jatuh atas kepala awak.Lepas tu awak pengsan.Er,ada nombor telepon?" .Buat dengan muka tak bersalah langsung.Pastikan awek tu tak perasan masa kau tumbuk dia.

4.Hack laman sosial dia.

-Mula² kau kena tahu apa emel dan jenis laman sosial yang dia guna.Fesbuk ke , tewiter ke atau mukabuku.net.Lepas tu hack profile dia.Tukar relationship dia dengan nama kau.Dan buat spam banyak² kat wall dia.Bila dia panik,mesti dia cari orang nak mintak tolong recover kan balik.Kau dengan bangga tawarkan perkhidmatan untuk pulihkan balik laman sosial tu.Lepas tu perlahan-lahan lah mengorat.Kalau dia reject kau,hack balik profile dia.Ulang step tersebut sampai jadi.
( cara ni sesuai untuk orang yang kau kenal ).

5.Upah selebriti terkenal untuk jadi BFF kau.

-Ni pun untuk lelaki kaya-hodoh yang ada simptom 'desperate househusband' .Kaji dulu awek tu minat selebriti lelaki macamana.Penyanyi korea ke, penyanyi lelaki malaysia yang korea wannabe ke,James blunt ke,Arnold susahnakeja ke,atau sesiapa sahaja.Kemudian dengan duit kauorang yang berlambak,upah artis tersebut untuk jadi BFF kauorang.Ajak artis tersebut berdamping dengan kauorang 24 jam.Kalau awek tu teruja nak dekat dengan artis tu,ugut dia "Kalau nak kenal artis ni,kapel ngan saya dulu.Kalau tak saya tak bagi.huh!".

6.Berlagak macho dan kebal.

-Ini untuk lelaki yang berani mati pulak.Kau kena berlagak macho nak mampus tahap paling riak yang boleh dan jugak kena ada daya tahan sakit yang tinggi.Cuba upah samseng² jalanan untuk kacau awek tersebut.Kemudian buat gaya macam drama biasa kat TV.Masuk dengan penuh bergaya.Kalau nak nampak hebat,kau boleh terjun daripada tempat tinggi.Nampak hero sikit.Lepas tu ambik pisau atau botol kaca kat samseng yang kau upah tadi,toreh tangan dan hentak kat kepala sampai pecah.Tapi buat gaya macam kau kebal walaupun darah memancut-mancut.Bila samseng dah lari,kau keluarkan bandage,suruh awek tu balutkan sambil suruh dia tulis nombor telepon kat tangan.

*sekian.selamat mencuba.

Aug 6, 2011

adakah mata kita berpuasa?

.selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan.
..Kita tahu yang bulan puasa ni biasanya orang akan menahan lapar dan dahaga bermula daripada terbit fajar hingga matahari terbenam.Puasa jugak bukan setakat berlapar tapi menguji keimanan kita daripada nafsu.Kita jugak kena berpuasa mata , mulut ,dan telinga.Bukan setakat berbunyi perut tak makan je.Tapi sure ke kita boleh berpuasa mata bila kita hidup kat zaman yang dah nak hampir dengan kiamat ni?

OK,kalau mulut lah,aku rasa ramai lagi yang boleh tutup mulut dan cover ayat² mencarut atau lucah sebab kalau nak bercakap/mengumpat banyak² mungkin penat.Kira boleh berpuasa mulut lagi.Kalau telinga pulak mungkin dah kurang dengar benda yang bukan² pasal yang bercakap benda yang bukan² tu pun dah kurang jugak .Dan kita boleh elakkan dengar lagu² dengan ceramah atau bacaan al-Quran.Tapi kalau mata? agak² kauorang boleh ke berpuasa? Aku khususkan untuk lelaki lah.Perempuan pun tak terkecuali jugak.Zaman kita sekarang ada TV,internet,media cetak dan macam² lagi sampai kita boleh lihat berita kat henpon je.Aku nak tanya,bila kauorang bukak TV,berapa peratus iklan atau cerita kat TV tu yang menutup aurat? Maksud aku "tutup" aurat,bukan bertudung sarung nangka.

Iklan/Drama/Filem di TV sekarang pun dah ada separa lucah.Percuma je.Tak payah nak gi cari laman web dot dot dot lepas tu kena tunggu buffering.Itu kat TV.Internet aku tak payah cakap lah.Sebab internet ni yang tak elok bila kita guna hosting untuk download benda² pirate je ,yang lain tu semua boleh.'Kata kerajaanlah'.Tu pasal banyak laman web tak patut tak kena block.Kecuali kalau kita nak mendownload.Ya lah,kan ke laman web simpan data ni untuk download muvi je.Benda² lain mana boleh upload kat situ.

.Lagi satu,kalau kauorang keluar lah.Maksud aku keluar daripada rumah.Tak payah nak pergi jauh².Cukup pergi kedai nak topup dekat² je.Sepanjang perjalanan tu,berapa ramai yang kau boleh kira 'manusia berpakaian tetapi berbogel?' .Sampai pulak kat kedai topup tu tengok pulak awek yang jaga kedai tu cemana? Berapa pahala puasa kauorang hilang kalau 'tertengok' sampai sepuluh orang.Aku ni lelaki yang mempunyai nafsu yang normal.Dan dah berapa juta kali dah kalau aku terpandang perempuan kat mana² ,tak kira lah status datin ke,makcik ke,nenek ke,anak dara yang tak berapa nak dara ke,aku boleh kiralah dalam sepuluh orang tu,seorang je yang bertudung litup dan betul² tutup aurat.Yang lain? Ada yang pakai tudung tapi baju sarung nangka (yang jenis ni memang kalau ada besi panas,aku nak cop sebijik kat lengan dia) ,rambut warna macam ichigo (watak kartun bleach) dan macam ² lagi yang buat aku naik pening.

Aku kerap jugak pergi bazaar ramadhan cari lauk dan kuih-muih,tapi yang tak best bila banyak sangat 'kuih' yang aku nampak.Aku pun tak tahulah kenapa orang perempuan tak alert langsung benda² macam ni.Biasa nya yang salah tu lelaki lah." Siapa suruh pandang? Kitaorang tak suruh pun pandang body kitaorang walaupun kitaorang pakai seksi² ".Macam tu lah ayat tipikal yang keluar.Tak payah nak beritahu.Body kauorang yang sengaja ditunjuk-tunjukkan tu untuk beruk dan gorilla je.Bukan seksi untuk manusia.Aku paham.

Aku puas fikir mana letak nya label negara islam tu bila tiap kali kau keluar rumah,tiap kali tu jugak kau buat dosa tengok aurat orang.Puasa ke mata kita kalau macam tu?Boleh ke kau nak elak pandangan setiap kali tertengok? Seorang dua mungkinlah boleh.Tapi kalau berbelas-belas? Aku dah hilang mood nak cari juadah pasal pahala aku hanyut macam tu je.Cubalah dalam setahun tu ,bulan ni je yang tutup aurat.Hormat bulan puasa sikit.Bila mereka² ni nak sedar tak tahulah.Haih~

Jul 31, 2011

entri ikut mood 3 : Buang.




Mira : Jom ambik gambar ramai² ! Jom Zami!

Zami :Tak nak.Aku tak suka bergambar.

Mira : Kenapa? ni kan untuk kenangan.Kita bukan selalu jumpa.

Zami : Aku tak suka bergambar dan simpan gambar sebab aku tak suka memori.

Mira : Bukan ke memori mengajar kau.Benda penting dalam hidup kau.

Zami : Memang.Tapi memori aku banyak yang tak seronok.Sampaikan aku rasa nak buang
semua dan cipta yang baru.

Mira : Aku tahu semua orang ada memori buruk.Tapi ia tetap memori kan?

Zami : Aku tak suka aku ada dalam memori seseorang.Aku tak rasa benda tu perlu.

Mira : Siapa kau kalau kau takda memori.Kau boleh hidup macam biasa ke? Kau boleh jadi
Zami yang sekarang ni?

Zami : Okaylah.Tapi aku tak jamin aku simpan gambar tu.

# belajar melepaskan semua benda bukan senang.Ironinya ,aku buat lagi kali yang ke -3.

Selamat berpuasa.

>Dialog dan watak hanya rekaan semulut-mulut.

Jul 27, 2011

entri ikut mood 2 : gelak itu seni




:: perkara yang boleh buat aku sakit hati dan senyum dalam satu masa ialah gelak.Maksud aku gelak yang terbahak-bahak sampai tercekik dan berpeluang untuk mampus.Gelak pada member biasanya ada dua,satu-gelak yang boleh buat member rasa tersenyum sebab lawak dan satu lagi gelak yang kau genggam penumbuk dan cari peluang nak tibai balik member tu sampai kau puas hati.Dulu aku tak banyak gelakkan orang.Aku rasa kejam sangat kalau gelak pada member tu terutama masa member tu kena kutuk.Memang biasanya orang yang kena kutuk dan gelak secara beregu ni sakit hati gila.Tunggu masa je nak balas dendam.Aku pun dah selalu sangat kena macam tu sampai aku dah lali dengan kutuk+perli+maki secara kasar atau lembut.Kebal sangat takda lah cuma tak sampai had nak ambik parang cantas kepala orang lagi.Kira boleh senyum lagilah.Tapi bila dah selalu sangat jadi macam tu,aku pun tak rasa dah gelak kat orang tu kejam walaupun aku nampak kadang² orang tu menahan marah tak terhingga.Aku rasa puas pulak.Orang gelak aku ,aku gelakkan balik.Lepas tu masing² tarik muka masam kat belakang.Haha.Tapi sebenarnya bergurau pun ada had.Jangan sampai gurau jadi cerita lain dah la.

#aku tak ada mood pun nak tulis apa².Ni semua merapu je.Jangan percaya sangat.

Jul 25, 2011

manusia mencari hero.




Kalau kau adalah seorang yang addicted dengan kamen rider macam aku,kau mesti ada terpikir kenapa manusia teruja bila ada hero ,bila ada penyelamat,bila ada seseorang yang melindungi insan yang lemah.Kat jepun mungkin diaorang terlalu taksub dengan hero ni (bukan hiro mishima) dan ideologi penyelamat manusia ni sampaikan setiap anime atau fiksyen diaorang berkisarkan tentang ini.Barat pun sama.Superman,wonderwoman,iron-man dan macam² lagi.Tapi sebenarnya mana hero kita yang kita damba kan tu? Maksud aku di dunia nyata.Negara² yang diserang israel,yahudi.US dalangnya konon datang sebagai hero.Bersengkongkol untuk hapuskan umat islam.Dan bila ada umat islam yang berani memberontak,dihukum dan dikecam sebagai penganas.Masyarakat kita percaya yang membela islam,yang sanggup bermati-matian menegakkan syiar islam sebagai pengganas.Mengapa mereka ni sebagai umat islam dihukum macam tu? Mengapa kita sanggup percaya pada kata sebuah negara yahudi yang kita sendiri tahu mereka menipu? Dan kita duduk di sebuah negara yang pemimpinnya kata negara islam,mengamalkan cara pimpinan daripada amerika percaya apa yang dibawa untuk menerajui kita adalah betul.Aku tak suka ada demo.Serius aku tak suka tapi sedih bila rakyat yang datang untuk melepaskan ketidakpuasan hati mereka dilayan seperti seorang penjenayah.Mana letaknya sifat manusia sekarang? Aku dah rasa macam duduk di sebuah negara yang demokrasi dan islamnya tak lebih daripada perkataan yang boleh dibangga²kan.Yang berlagak hero? Orang yang mendatangkan susah pada rakyat sendiri.Orang yang kononnya nampak baik depan media.Kalau itulah kita anggap hero,sampai bila² kita tak rasa selamat.

*Mood baru lepas tonton gundam 00 buat kali kedua.Kalaulah aku ada exia.

Jul 23, 2011

aku cepat tertarik pada orang yang pakai spek.


Entah kenapa aku selalu tertarik pada orang yang pakai cermin mata.Tapi pada perempuan je lah ,lelaki aku tak rasa tertarik.Nak pukul adalah pasal aku bukannya gay.Aku normal.Aku rasa ada daya tarikan ibarat tukang tarik kereta menarik kereta pelanggan yang tak bayar berbulan-bulan.Aku nampak macam cermin mata ni salah satu aset yang boleh buat seseorang lihat kau dua kali.Bukan aku kata tak pakai cermin mata ni takda daya tarikan tapi bagi aku personally,aku akan pandang sampai dua tiga kali.Mungkin aku tak nampak wajah sebenar orang yang pakai cermin mata ni sebab aku pun bercermin mata.Tapi kebanyakkan perempuan yang pakai cermin mata ni aku rasa dia lawa.Macam ada seni kalau pakai cermin mata ni.Macam salah satu perhiasan tambahan kalau ada cermin mata.Entah lah,aku rasa je kot.Sebab sepanjang aku mengusha setiap awek yang ada (nampak tak bukti yang aku bukan gay?) ,Aku akan terpandang awek yang pakai cermin mata dulu.Aku cuma nak beritahu yang aku ni pakai spek,takda ke yang nak kata aku hensem ibarat pelakon korea? Haha...

*Nampak sangat yang aku memang takda idea nak tulis.

Jul 21, 2011

Entri ikut mood : lari daripada paradigma dunia normal.

satu-.Sejak aku habis belajar, aku semacam hilang.Tak tahu nak buat apa dan aku masih takda rezeki lagi dalam mencari hasil wang untuk diri sendiri.Aku ada rutin melepak dengan member² lama yang aku kenal.Tapi setelah lama sangat aku hidup dalam rutin tu,aku rasa bosan.Aku rasa nak lari dan aku rasa nak cari sesuatu yang berguna untuk diri aku.Ada yang aku kenal dah pergi jauh,dah ada plan untuk akan datang.Ada yang bertitik peluh mencari jati diri.Aku rasa jelous.Aku rasa jauh daripada mereka.
.Dan aku masih lagi menunggu bila masa Tuhan bagi aku rezeki dan peluang macam orang lain.Ya,aku tahu kadang ada yang dah give up dengan hidup.Rasa hilang sampai kau rasa kau takda nilai.Itu dugaan besar bagi mereka dan aku kasihan jika mereka pilih jalan singkat.Aku pernah rasa dan nasib baik aku takda lagi nak give up sampai dua kali.Alhamdulillah aku rasa.

dua-.Masalah yang aku sendiri susah nak atasi sebab mungkin aku terlalu banyak berpikir perkara remeh ialah bila aku tertarik pada suatu perasaan.Perasaan yang boleh buat aku lalai.Perasaan yang buat aku berfikir tiap² hari.Hampir separuh masa aku habiskan kat situ dan aku lupa pada sesuatu benda yang aku patut buat.Aku nak buang perasaan tu memang susah.Dah jadi macam separuh daripada hidup aku.Aku cukup tak suka dan berlaku kat aku banyak kali.Memang aku boleh buang tapi ada jangka masa.Aku rasa tak selesa gila.Kalau lah aku tak punya perasaan begitu.Kalau lah aku ada pemikiran yang simple dan penyelesaian yang simple.Oh,aku tulis perasaan,bukan perasan.Ada dua "a" kat situ.

tiga-.Aku hidup sebagai remaja.Aku berkawan dan bergaul sebagai remaja.Tapi hampir semua member yang aku dapat kenal ke hari ni mempunyai naluri remaja dan pemikiran remaja yang kuat.Aku mengaku aku pun sama tapi kadang aku berpikir sebaliknya.Aku berpikir secara global dan tak terletak pada taraf hidup aku sebagai melayu,remaja dan perkara² tipikal yang berlaku sekarang.Sebagai contoh,aku lihat sekarang ramai yang agak taksub mengejar kemewahan,mengejar hiburan sampai kadang² tak nampak mana nilai islam yang ada pada diri.Itu yang aku sedih.Setiap kali aku bergaul dengan macam² jenis orang,aku rasa nak menangis pada suatu masa aku lihat," Ini ke member aku ?" ," Macam ana aku boleh lihat benda² ni depan mata?" .Serius aku rasa sebak sekejap.Tak tahulah kenapa.Aku memang tak suka pemikiran melayu.Dan bila pemikiran tu dijatuhkan pada anak cucu.

*Kalaulah Tuhan beri aku peluang dan rezeki,aku rasa nak lari.Aku rasa nak rasa benda baru dan bila aku dah kembali pada asal aku,aku boleh bercerita dan buka mulut.Dan aku boleh cerita pada semua tentang nilai sebenar yang patut mereka pikir.Noktah.

Jul 19, 2011

Tahukah anda (season 3)


farid kamil yang jambu.





-Tempoh masa yang ideal untuk tidur bagi orang dewasa ialah 7 jam sehari.Tetapi kajian sains membuktikan yang orang yang telah tidur selama-lamanya bukanlah sesuatu yang ideal.

-Tempoh kandungan bagi wanita normal adalah 9 bulan tetapi tempoh kandungan bagi lelaki buncit tidak dapat dipastikan sehingga sekarang.

-Setiap manusia memiliki lebih kurang 100,000 helai rambut di kepala.Orang yang botak pula tidak memiliki rambut tetapi tetap memiliki bulu.

-Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan sendi² jari adalah disebabkan letupan buih di dalam sendi itu.Jika anda mematahkan tulang rakan anda ketika anda marah turut juga mengeluarkan bunyi,mengakibatkan bengkak dan masuk hospital.

-Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding daratan.Kandungan emas di kedai emas Teck Seong juga tak terkira banyaknya.

-Orang lelaki lebih mudah mendapat buta warna berbanding wanita tetapi lelaki yang buta warna tetap bernafsu pada wanita seksi dan tak tahu tutup aurat walaupun tiada warna.

-Orang yang menggunakan tangan kanan hidup 9 tahun lebih lama daripada mereka yang kidal tetapi orang kidal juga boleh melempang laju² orang yang bertangan kanan.

-Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.Apa yang anda tidak tahu,manusia boleh berlari lebih pantas daripada cheetah jika dikejar cikgu sekolah kerana ponteng sekolah atau dikejar anjing.

-Ngauman singa boleh didengar sejauh 3km.Laki bini bergaduh pulak boleh didengar oleh jiran sebelah yang terletak di kampung sebelah.

-Tiram boleh menukar jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.Manusia pun boleh menukar jantinanya dan boleh menjadi 2 alam seperti penyu.

-Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di kutub utara atau kutub selatan tetapi di dalam peti ais.

Jul 17, 2011

belajar membuat reaksi muka lagi susah daripada buat bom.






Bagi aku dulu waktu aku adalah seorang loser,seorang budak yang takda life,aku adalah seorang yang amat sombong bagi yang tak kenal aku.Salah satunya sebab aku takda reaksi muka.Aku tak pandai memperlihatkan apa² reaksi macam marah,sedih dan sewaktu dengannya.Kecuali kalau aku jumpa doktor gigi atau apa² yang berkait dengan doktor.Memang reaksi takut tu jelas terpampang sebab aku memang trauma dengan segala jenis doktor termasuk doktor cucuk sendiri.
Tapi aku berusaha jugak belajar untuk membuat reaksi muka walaupun susah.Aku mengaku yang aku tak pandai buat bom seperti tajuk yang aku letak kat atas tu tapi aku rasa memang susah gila untuk belajar mereaksikan muka kalau dah sejak azali muka aku dah macam babun kesepian.Mungkin dulu aku tak hensem jadi aku tak jangka orang akan pandang muka aku walaupun aku buat muka teruja nak mampus.
Sampai sekarang,aku masih ada masalah untuk bereaksi secara normal.Kadang² aku masih lagi tak tahu nak buat reaksi muka pada keadaan tertentu.Perlakuan dan reaksi muka aku pun kadang² ikut mood.Kalau aku rasa betul² nak ketawa,baru aku akan nampak riang kanak² ribena sikit.Kalau tak,muka aku membatu dan membuatkan sesiapa yang lihat rasa nak tumbuk tanpa sangsi dan ragu².

Jul 13, 2011

white hair on my head


.baru dua hari lepas aku ke kedai untuk gunting rambut.Aku rasa rimas nak mampus kalau rambut aku dah mula panjang.Rasa macam seekor angsa mengawan duduk atas kepala.Rambut aku pulak bukan jadi automatik rebonding bila dah lebat tapi jadi macam timbunan sampah yang kusut.Memang rambut aku tak mengizinkan aku untuk menyimpan beliau.Jadi aku memang akan potong rambut bila dah panjang.Masa tengah potong tu,rambut aku jatuh ke bawah,aku macam terkejut tengok ada helaian rambut berwarna putih."Uban!?watteheavun ? " kataku dalam hati dengan nada ghairah terkejut.Aku rasa semalam aku muda lagi.Umur aku baru je 20 lebih belum lagi cecah 30.Aku tak kahwin lagi dan aku masih ingat lagi nama teman sperma ku semasa aku berjuang untuk hidup dulu.Mungkin aku terlalu banyak berfikir.Macam² benda yang aku fikirkan.Aku rasa hampa sekejap.Aku rasa aku tak dapat terima kenyataan yang aku ada uban berwarna putih.Kalau warna oren takpa lagi.Boleh jugak aku berlagak kat member aku yang aku mungkin jadi macam ichigo dalam kartun bleach tu.Aku pun kira balik perjalanan hidup aku.Rasa sekejap sangat.Aku dah banyak buang masa sepanjang aku hidup ke hari ini.Banyak benda aku terlepas,banyak benda aku terlupa dan aku rugikan sepanjang masa tu.Aku rasa masuk harijadi aku akan datang,aku kena atur balik jadual hidup aku.Haih~...

Jul 12, 2011

ujibakat mencari penyanyi lebih lawak daripada raja lawak.




Aku salah seorang peminat raja lawak yang sekian lama main kat asteroit tu.Cuma maharaja lawak je yang aku tak tengok live sebab aku tak ada pakej asteroit warna yang kena beli lain.Tapi aku tetap tengok jugak.Cuma aku tak mengundi je.Tak ada makna nak bazirkan duit kat orang yang kita tak kenal.Itu termasuklah akademi pantastika yang kononnya best sangat sampai ramai yang perabis duit dan tisu semata-mata nak tengok bakal artis diaorang menyanyi dan keluar membawa beg kosong.Aku biasa tengok rancangan realiti TV yang terancang ni pada peringkat audition je.Yang masuk part terpilih nyanyi tiap² minggu tu aku tak tengok.Sampai member aku pun cakap : "Kid,kau tak layan ke rancangan nyanyi² ni?Ketinggalan zaman lah kau.Jahil nak mampus.Tak remaja langsung.Tak 1Malaysia lah"
OK.member aku cakap sikit je.Yang panjang² kat belakang tu aku tambah.Kalau kauorang rasa raja lawak tu tak cukup lawak,cuba tengok audition menyanyi.Mesti confirm gelak tengok gelagat orang MY(terutama melayu) yang rasa tak sedar diri langsung yang umur masing² dah menyembah bumi dan suara ibarat katak kena sula.Kalau rasa suara tu tak sedap,tak payah lah datang daripada planet marikh semata-mata nak cuba nasib jadi artis.Apa,jadi artis tu bagus sangat ke? Banyak² profesion,itu jugaklah yang dipilih.Sampai ada yang berebut , menangis-nangis ,yang terberak pun ada semata-mata nak bergelar penyanyi atau artis.Masa itu dah tak kira dah agama ke bangsa ke apa ke,janji terpilih.Nampak sangat mentaliti orang melayu ni senang dipengaruhi.Aku bukan kutuk ke apa,ini memang dah realiti.Yang macam badut lagi ramai.Memang jadi bahan gelak juri dan penonton je.Lepas tu dah tak terpilih,keluar bilik audition marah² juri kata dia tak bagus.Cermin diri dulu lah.Jangan nak harap sangat benda² macam tu nak berjaya.Maksiat semua tu.Paling aku tak paham,orang gila pun boleh daftar masuk.Janganlah nak sangat masuk audition menyanyi pasal kau nak popular.Jadi bahan untuk kayakan syarikat tu adalah.Lepas tu? boleh bawak mati? Yang aku paling gelak rancangan menyanyi untuk orang tua.Memang tak sedar diri.Tapi lawak.Haha.

Jul 9, 2011

ini adalah alter-ego aku.



Sebelum ini aku hanya menulis blog atas alasan bosan dan nak hilangkan tension belajar.Lepas aku habis belajar pulak,blog ni macam terbiar dan tak berpenghuni.Jadi aku risau blog ni jadi tempat pemujaan khurafat bagi orang yang tak cukup iman atau tempat jin bertendang,aku aktifkan lah balik blog ni.Tapi aku tak tahu apa yang nak aku tulis.Setelah aku bertapa dengan goku,tak semena-mena aku dapat idea nak tulis blog balik.Tapi bermotifkan apa? Itu soalan yang bermain bola ping pong dalam kepala aku.Aku dah tak nak tulis blog macam entri² bodoh yang aku tulis dulu.Dulu memang aku tak ada motif tulis blog.Aku macam terpengaruh bila baca blog² yang menulis tentang diari diaorang sebab aku mula membaca blog² yang macam tu.Entri² aku yang lama pun dah banyak yang aku buang pasal aku rasa kalau budak tadika baca pun diaorang rasa nak bunuh diri.Tak pasal² aku kena menjawab kat mak bapak diaorang.Kalau mak bapak diaorang hackers lagilah teruk aku kena.Nasib baik tak ada gambar aku dalam ni.Jadi aku rasa aku tak nak tulis straight sangat macam kat dunia realiti.Aku nak jadikan blog ni alter-ego aku.Sebab aku ni bukannya bagus sangat.Aku tak ada bakat apa pun melainkan korek hidung guna pisau lipat.Kalau ada yang terbaca entri lama , maaf,sila mintak kat doktor ubat hilang ingatan.Aku rasa lagi selesa menulis sebagai KiD daripada aku menulis sebagai seorang loser.Aku juga akan menulis tentang ketidakpuasan hati aku sebagai seorang melayu dan juga sebagai warganegara.Aku banyak berdiam diri,banyak membisu melihat macam² benda jahil yang bermain depan mata aku.Tapi aku tak tahu nak cerita kat siapa.Tak tahu nak luahkan kat mana.Jadi aku cari balik blog ni.Sesi personal masih lagi ada dalam blog ni.Tapi aku tak akan tulis secara serius sangat lah sebab aku sendiri pun mengantuk bila baca.

Jul 5, 2011

kamen rider roket.









.aku masih lagi tak hilang minat tentang kamen rider atau pejuang bertopeng jepun ni.Melihat preview kamen rider akan datang yang bertemakan roket kononnya sempena ulang tahun yuri gagarin.Tak silap aku ' fourze ' adalah rider baru ni.Kelahiran baru selepas kamen rider pengumpul medal ozu.OK ,suit ozu cantik.Aku tak boleh nak cakap banyak tapi tengok suit fourze ni buat aku mencarut sekejap.Watteheavun suit dia buruk gila.Dengan tema roket dan tali pinggang gedabak tu buat aku pikir 2 kali kenapa kamen rider ni dah jadi macam sampah.Aku tak boleh nak komen banyak pasal aku tak tahu jalan ceritanya dan aku tak jangka kamen rider selepas kabuto dah jadi macam super sentai.Jalan cerita entah apa².Aku bukan komen sebagai seorang tua yang ingat kamen rider tu adalah barang mainan,tapi aku komen sebagai seorang peminat.Daripada tema asal serangga ke tema barang².Jauh daripada imaginasi Ishinomori Shotaro.Tapi aku rasa dah nampak kelemahan pengarah baru,tak segah cerita kamen rider zaman kabuto ,zaman faiz.Aku rasa kekuatan jalan cerita adalah nombor satu nak dibandingkan suit.Suit yang kadang nak nampak cantik dah jadi hodoh.Setakat ni aku rasa takda lagi kamen rider yang tarafnya macam kabuto.Jalan cerita kemas,tak mengarut sangat,Perubahan logik,takda melalut sangat dan pelakon OK.Itu yang buat aku minat kamen rider.Kalau lepas ni jalan cerita dah macam super sentai,sumpah aku tak minat dah.

.kenapa aku minat kamen rider? OK.Memang orang yang tak minat benda² macam ni akan cakap
" Eh,kau ni macam budak keciklah minat benda² macam ni.Tak matured langsung.Layanlah cerita blue ke drama melayu tangis-tangis ke,Barulah rock.Dah,pi main jauh².Shuh² ! "

Minat semua orang tak sama.Aku bukan kata aku minat benda ni je.Drama lain pun aku layan tapi setiap cerita yang aku tengok, setiap drama ,wayang yang aku tonton,aku nak ada moral.Ada benda yang boleh aku belajar dan dapat dalam cerita tersebut.Bukan nya aku tonton kamen rider ni aku nak jadi macam tu.Itu yang aku kata,jalan cerita adalah penting pasal ada sesetengah kamen rider ni ada jalan cerita jugak,ada drama.Tak percaya cuba tengok ' kamen rider kabuto '.Pahamkan jalan cerita.Jangan banyak sangat tengok cerita cinta atau hantu khurafat melayu tu.Oh ,kalau yang tak tahu apa itu kamen rider dan rasa nak menyumpah atau rasa nak santau aku macam aku menyemakkan dunia internet tulis entri macam ni, JANGAN BACA.

Jul 3, 2011

aku gelak bila tengok cerita cinta.

Aku bukannya tak pernah tonton cerita cinta langsung,aku layan twilight walaupun aku pelik tengok reaksi bella tu macam orang hisap dadah.Aku layan lagenda budak setan walaupun tak ada pun setan berlakon dalam tu.Farid Kamil adalah.Aku jugak layan sesetengah cerita korea dan cinta si penggali kubur.Bukannya aku tak suka sangat cerita cinta ni tapi aku bukan penggemar cerita genre ni.Aku takda rasa terkilan atau rasa nak bunuh diri gantung dalam rumah lepas tu tampal topup banyak² dalam bilik kalau aku tak tengok pun.Yang jadi masalah bila semua cerita nak dijadikan cerita cinta.Kalau aku tak menyumpah tengok babak cinta,aku gelak.Sebab kadang² cinta boleh jadikan seorang tu nampak macam bodoh atau dalam kata lain memang bodoh.Terutama cinta orang melayu ni.Kahwin sebelum kahwin tu dah jadi macam biasa lah.Negara maju kan.Mesti nak macam US.Babak² yang terlalu cliche dalam setiap filem atau drama.Jarang cerita cinta ni boleh jadi kreatif.Itu filem,drama.Tak kisahlah sebab mesti ada jugak penonton yang nak tengok sambil sediakan tisu nak nangis.Kalau pasangan couple pulak,terus terang aku kata ,aku geli nak tengok walaupun diorang rasa yang diaorang tu pasangan secoli yang happily ever after.Filem cinta yang aku tengok tak gelak dan aku rasa boleh tahan ialah filem sepi.Baru ada cara nak tarik peminat.Drama cinta tv3? baik aku tengok presiden jepun berucap.

Jul 2, 2011

contest lelaki cun dan perempuan kacak.





Aku tengok ramai trend blogger sekarang buat contest.So aku dengan bebesar hati walaupun hati aku tak lah sebesar mana,nak jugak buat contest.Sesiapa yang rasa dia gedik atau suka sangat tunjuk muka boleh masuk tak kira laki ,perempuan ,2 alam mahupun 4 alam pun boleh join.Gay dengan lesbian pun boleh.Syarat² seperti di bawah :

1.Ambil gambar dengan muka sekiut boleh.Yang lelaki mesti tanggal baju dan buat gaya ala² kau tu kumpulan korea wannabe.Yang perempuan pulak solek mesti tebal 40 inci.Buat muka ala² landak tengah mengawan.

2.Tempat yang korang ambil gambar mestilah menarik,contohnya : dalam jamban yang belum diflush,
dalam longkang ,belakang kedai mamak,tempat membuang sampah dan tanah perkuburan.

3.Kalau boleh aku tak nak yang bertudung join.Atau yang tutup aurat.Mestilah mendedahkan aurat sampai tahap lelaki berdarah hidung atau muntah.

4.Boleh bergambar seramai yang boleh.Nak ajak satu batalion pun boleh.

5.Kalau nak hantar video pun boleh.Tapi pastikan video kauorang menunjukkan akhlak yang paling teruk.Tak kisah lah kau mencarut ke apa.Nanti aku upload kat dailymotion untuk orang luar tengok.Aku terima video mencarut bahasa inggeris je.Jawa aku reject.

Hadiah² yang menanti ::

1.Ceramah percuma serta kuliah dan kursus daripada ustaz² bertauliah selama 3hari 2malam.

2.Jemputan ke kursus kesedaran akhlak remaja.

3.Solat taubat berjemaah di masjid-masjid besar selama seminggu.

4.Sesi bergusti secara paksa dengan brother² badan taff yang diimport daripada luar negara.

---Jika ada sesiapa berminat boleh hubungi Pak Mat yang sedang berada di Thailand.Hadiah boleh pilih salah satu di atas.

Jun 29, 2011

aku memang tak suka berkongsi sesuatu yang gembira.

Aku suka dengar cerita orang lain,tak kira lah cerita apa pun.Melainkan kau nak cerita kat aku yang kau suka buat maksiat,memang aku panggil obama belasah kau.Tapi aku tak suka bergelak ketawa benda yang gembira bagi kau je.Maksud aku ,contohnya tadi kau dapat tawaran kerja/belajar yang best lepas tu kau cerita kat orang lain dengan nada berlagak nak mampus,
"wei,kawan² tadi kan aku dapat tawaran kerja jadi perdana menteri.Best tak aku?" atau

"wei,gang,tadi aku dapat tawaran belajar kat luar negara.Kat israel.Jurusan P.H.d.wtf metafizik.Cerdik nak mampus kan aku?"

Pasal apa aku tak suka? Aku jeles.Itu je yang aku mampu nak tulis.Bukan apa,kalau kau dah ada benda bagus dalam hidup kau,rilek sudah.Chill je.Enjoy je hidup yang kau ada.Tak payah nak cerita sangat kat orang lain dengan berlagak ,pasal rezeki tu Tuhan yang bagi bukan dengan usaha kau je.OK ,mungkin lah aku diam je bila dengar benda² macam tu depan mata tapi dalam hati aku memaki tau tak?Kalau nak cerita kat aku pasal benda² sedih contohnya pasal kucing kau meninggal tercekik telefon bimbit jiran sebelah,OK.Aku pendengar setia.Tapi kalau bab baru putus cinta memang aku tak nak dengar.Aku tak tahu nak cakap macam mana pasal dalam hati aku gelak.

Jun 25, 2011

kenapa perempuan gedik suka mengedik.



Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang diaorang dapat bila mengedik.Tak ada pun perempuan gedik yang jadik jutawan sebab kegedikan mereka.Dapat pahala? jauh sekali.Daripada pemerhatian aku kenapa diaorang mengedik ialah :

1. Berkemungkinan dibayar oleh orang lain untuk membuat musuh² mereka tak senang duduk.Kemon lah.duit kan.Mak cik kantin pun sanggup asalkan dibayar lumayan.

2. Untuk menarik perhatian lelaki kacak mahupun tak berapa nak kacak.Kadang² muka iras² ulat sampah pun sanggup lagi menggedik.Nak sangat tengok lelaki kacak teruja melompat-lompat bila tengok kau gedik padahal kat belakang siap tunjuk fak.

3. Rasa comel macam pikachu.Padahal andartu.Orang kat sebelah muntah darah tengok kau.

4. Rasa diri tu artis.Macam lah terkenal sangat.Obama pun tak pernah tengok muka kau.

5. Memanjangkan umur.Bila dah gedik tak rasa lah umur kau macam dah tua sangat.Rasa muda je.Tak caya cuba lah mengedik.Kalau dah bersedia nak kena tumbuk.

6. Mungkin beliau alien atau bukan kategori manusia.Hantu ke makhluk ghaib ke ayah pin ke...

7. Nak sangat publistiti murahan.Nak publisiti betul kena bayar, tak mampu punya pasal terpaksalah buat² gedik.Post gambar mulut kembung ,perut kembung kat facebook dan macam² lagi.Nak popular terjun lombong lah.Confirm esok keluar berita.Kan lagi senang.

8. Ada penyakit kronik atau dalam bahasa saintifiknya 'gedikkroniknakmampus'.Aku baru je kaji tadi.Kuman dia cepat merebak.

9. Petanda dah tak lama kat dunia ni.Kalau ada kawan² korang yang gedik² ni.Sediakan kain kapan untuk dia.

10. Gila.

*aku memang tak suka orang gedik.rasa nak cucuk tengkuk dia dengan garfu.

Jun 21, 2011

aku bukan nobita.

Semalam aku memang tak boleh nak tidur.Pusing kiri ,tak mengantuk.Pusing kanan pun sama jugak.Sampai bawah katil aku baring pun,mata masih tak boleh pejam.Jadi aku bazirkan masa tidur aku dengan berangan.Aku ni jenis yang kuat berimaginasi.Aku pikir apa yang akan jadi pada hidup aku lepas ni.Ntah macamana aku boleh ke part yang aku akan bercinta dengan orang yang aku pernah aku kenal.Lepas tu kahwin.Tak lama lepas tu aku dapat anak.Anak perempuan.Aku tiba² terpikir yang aku aku ada naluri jadi bapak orang.Lepas tu aku lalui detik² jaga anak.Memang susah.Sampai masa anak aku dah besar, dah macam² nasihat aku bagi.Dia dah pandai nak cari² boyfren.Masa tu pulak lah pandai² nak keluar rumah.Nak melawan cakap aku.Aku pun bengang jugaklah.Dah penat² aku berimaginasi besarkan dia,nak melawan pulak.Yang kononnya boifren dia muka dah dekat² dengan tong sampah.Tengok gaya ada iras² mat rempit tak cukup zat.Datang pulak rumah aku nak ajak anak aku keluar.Suka hati bapak kau je nak ajak anak orang keluar.Aku memang dah prepare kayu pool dah nak sula budak laki ni kalau² ada kes kacau anak aku.Nasib baiklah budak lelaki ni pandai ambik hati.Dia hulur kat aku seratus dengan helmet buruk dia.Lepas tu , aku campak kayu pool tu kat tepi.Tak jadi nak sula.Dia pun dah mula pegang² buntut.Muka dah mula cuak.Aku sebagai bapak yang meesalee nasihat lah budak tu.

"Nak ,kalau nak bawak anak PakCik keluar.PakCik tak bagi.Tapi kalau nak jumpa boleh.PakCik tak boleh nak lepaskan anak PakCik sesuka hati.Kalau nak jumpa datang rumah PakCik."

Budak tu yang masih lagi pegang buntut ucap terimakasih kat aku dan mintak aku jangan sula dia.Lepas itu aku pun bincanglah dengan anak aku pasal kes keluar² tanpa keizinan ni.Tiba²..."Tang!!!!" kepala aku berdarah.Sedar² je dah pagi.Mak aku kejut bangun subuh tak bangun².Kena hentak dengan tukul.Aku mamai kejap.Lepas aku dah sedar,Aku rasa macam nak hentak lagi kepala aku dengan tukul.Watteheavun mimpi aku melalut sampai tahap macam tu.Memang bangang nak mampus.Aku bercinta pun tak pernah.Bela anak kucing pun tak pernah tiba² jadi bapak orang.Tapi yang musykilnya aku tak nampak pulak kelibat bini aku dalam mimpi tu.Ini lah mimpi mengarut yang agak masuk akal yang aku pernah mimpi.Yang lain tu lagilah mengarut.Mimpi jadi alien pun aku pernah rasa.Korang pernah? Haha.Nama pun mimpi.Mainan tidur.Ye dak?

Jun 18, 2011

perkara yang aku tak suka tentang kejiranan melayu.





sebenarnya, bukan aku tak suka sangat.Cuma kadang² aku tertanya, "kenapa perangai korang ni agak macam bangkai?" .Kejiranan melayu ni boleh kata kawasan yang didiami semua atau hampir semua yang berbangsa melayu.Macam kawasan aku ,boleh kata hampir semua melayu walaupun ada yang berdarah jawa.Bila terlampau selesa bergaul dengan kaum sendiri ni, ada lah perkara² yang tak best berlaku.Boleh kata bila anda dengan gang anda ,anda merasa agak gengstar dan semua anda buat adalah betul belaka.Oh,perkataan 'anda' tu adalah ayat cikgu aku dulu.Dia ajar aku jadi aku praktikkan kat sini.Baru nampak formal blog ni.Ceh.

Perkara pertama.
pernahkah bila korang lalu depan depan orang ramai (terutamanya kawasan kejiranan) ,semua mata memandang seolah-olah korang berbogel dan buat gimnastik.Serius aku sakit hati bila tiap kali aku lalu , semua macam pandang aku macam aku ni alien.Pernah tengok tak beruk kat zoo kalau diaorang jumpa benda baru.Aku rasa nak baling pisang je kat sekor² yang pandang tu.Macam beruk.Ada kawan aku tanya ,
"Kawasan kejiranan kau memang macam ni eh?
Tak pernah tengok orang lalu?"

"Eh,memang lah.Kau bawak pisang tak?"

Perkara kedua.
Mengumpat.Yang ini memang dah jadi habit dah termasuk aku.Tapi aku bukan kategori ekstrem.Cuma umpat ala kadar je.Itu pun tak sampai kena saman sebab aku mengumpat cara baik.Ada ke? .Haha.Biasanya mengumpat ni memang serahkan pada yang pakar lah iaitu makcik² yang tak sedar diri dah tua.Cerita anak orang itu ini tapi kadang² ceritanya jauh panggang daripada api.Kadang² cerita tu berbalik pada diri sendiri.Yang aku tak puas hati sangat bila kadang tu dah jadi agak melampau.Terutama cerita tu berkaitan dengan anak orang lain.

"Kau tahu Limah,anak Sepurman jual baldi tu kahwin dengan Jutawan.Itu pun pasal nak tutup malu mengandung anak luar nikah!"

"Ye ke Lisah? Yang aku tahu Sepurman tu mana ada anak.Dia main jutaria hari-hari adalah.Perut dia memang buncit.Mana kau dengar cerita mengarut ni?"

"Eh,yeke? Aku nak gi kedai dulu lah.Babai babeh"

Itu tak termasuk pakcik² yang lepak kat kedai kopi 24 jam.Tapi biasanya tak sehebat makcik² yang menjaja cerita.Lagi laju daripada mamat atau minah fesbuk yang suka buat diari setiap minit.

Perkara ketiga.
Ntah ,aku tak terpikir lagi.Aku rasa dua je kot.Haha.

Jun 14, 2011

MY best!

1.minyak naik 4 kali setahun

2.harga barang naik

3.video klip lucah jadi tontonan umum

4.berita jujur nak mampus.Tak ada penipuan

5.kerajaan sentiasa betul

6.maksiat berleluasa sebab ni negara islam

7.negara stabil dan kaya padahal ramai lagi yang merempat

8.kemajuan diutamakan , kesihatan dikorbankan.

9.artis tunjang negara

10.page facebook kerajaan bernilai 1.8 juta

11.ulamak dan mufti mengikut arahan

*aman kan negara kita? haha.

cerita lama satu

aku ni jenis yang tak berapa nak ingat memori lama dalam kepalahotak aku.Banyak benda yang aku lupa sampaikan member² aku sendiri kadang² aku tak kenal.Salah satunya yang aku ingat zaman sekolah dulu adalah persembahan nyanyian beramai-ramai atau dalam bahasa inggeris nya choir.Aku ni jenis malas nak masuk apa² pertandingan pasal aku rasa aku tak ada bakat langsung kecuali tidur dan korek hidung guna garfu.Salah satu cikgu bahasa Inggeris yang aku tak suka paksa aku masuk benda tu.Dalam banyak² latihan yang dibuat, aku join dalam 2 kali je seingat aku.Hari last sebelum pertandingan tu aku kena sakit mata.Memang tak dapat nak sertai sekali tapi aku memang suka sebab aku pun tak minat benda² macam tu.Masa latihan pun aku tak datang jadi memang aku tak tahu langsung.Yang aku paham masa tu ,aku kena paksa.Jadi hari pertandingan tu aku duk kat rumah sambil poco².Er...aku baring² je masa sakit tu.Tak ada pun poco².Haha.Dah sakit mana boleh menari.Nampak sangat menipu kan.OK ,lepas aku sembuh daripada sakit tu ,(mata aku dah macam watak X-men tu, boleh keluar laser.Serius!) Aku pun dengar lah cerita member² yang join tu.Kebanyakkannya member sekelas dengan aku.Mereka kata best lah dan macam² benda lagi.Siap tunjuk kat aku gambar.Cikgu bahasa Inggeris yang aku tak suka tu pulak boleh perli aku pasal aku tak masuk benda tu.Agak terkilan aku tak join juga pasal yang aku dengar macam best je aktiviti tu ibarat makan coklat cadbury satu lori sehingga kenyang.Aku dah rasa macam rugi tak join aktiviti bodoh tu.Selain itu , banyak lagi aktiviti sekolah yang aku tak join.Banyak benda yang mendatangkan keseronokan macam makan coklat cadbury satu lori yang aku terlepas.Banyak juga aktiviti berpengalaman yang aku tak libatkan diri.Aku mula terfikir ayat fantasi yang tipikal " Kan ke best kalau aku boleh ulang semula semua perkara yang aku buat silap macam back to the future punya muvi tu" .Haha.Tapi yang pasti ayat tu memang tak boleh pakai.Kalau betul pun best juga.Tak adalah aku jadi separa bengong macam aku yang sekarang ni.Ha ha.

May 18, 2011

karangan dua : perlu ke menjadi seorang "remaja"?


Kalau kita tengok remaja² di sekeliling kita contohnya di tempat² yang biasa kita lihat remaja² melepak menghabiskan dan membuang masa,terlalu banyak maksiat yang berlaku.Yang biasa aku lihat pasangan couple yang berpegangan tangan / berpelukan dan berlagak macam baru kahwin, yang menayangkan body² yang mereka rasakan mantap ,yang melepak bersosial lelaki dan perempuan ,mengumpat dan mengacau orang lain dan macam² lagi perkara yang tak diajar oleh islam.Kadang aku malu nak mengaku 'remaja' , 'melayu' atas sebab² ini lah.Aku sedih dengan perilaku remaja melayu islam sekarang ni.Mereka mungkin lah digelar remaja tapi adab dan agama perlu lah didahulukan.Aku rasa kalau 20 tahun lagi mungkin kita dah tak kenal mana melayu , mana orang asing.Rambut pun dah bertukar warna. Budak² yang baru meningkat remaja pun dah banyak sangat terpengaruh dengan "keremajaan" ni.Yang menjadi pelik ,mak bapak diorang tak ambil kisah semua benda ni.Yang banyak aku tengok rosak remaja melayu.Dunia dah tunggang terbalik macam ni pun takkan mak bapak nak biarkan anak² tunggang terbalik sama.Kepada remaja islam di luar sana ,tolonglah jaga imej remaja yang ada.Ingat tuhan lah sikit.Jangan lah nampakkan diri korang macam tak ada adab /agama sangat.Haih~

May 13, 2011

karangan satu.

muzik.

remaja zaman sekarang boleh kata sentiasa hidup dalam muzik.dua puluh empat jam dengan muzik kadang² tak boleh berenggang langsung.Itu antara contoh yang kita dapat lihat buktinya manusia berada pada peringkat akhir zaman.Muzik terlalu senang didapati dan terlalu berleluasa.Aku akui muzik antara benda lalai yang paling kuat yang boleh merosakkan umat islam kini.Yang menjadi masalah besar ialah apabila muzik terlalu diagungkan oleh masyarakat melayu islam dia MY ni.Remaja dah jadi terlalu taksub dengan muzik sampaikan kalau kita tanya budak² remaja sekarang ,'apa yang mereka impikan' , rata² akan jawab 'saya nak jadi artis'.Boleh kata bila seseorang remaja tu taksub dengan muzik, masing² nak buat band,nak buat lagu, nak popular.Dan kebanyakkan nak jadi penyanyi.Pasal itu sekarang ni dah banyak sangat rancangan realiti,akademik fantastika,mentotik dan macam² lagi.Boleh kata hiburan muzik ni dah dibudayakan pada masyarakat melayu islam ni.Muzik akan jadi salah apabila terlalu diagungkan, sampai lupa tanggung jawab, lalai dan boleh membawa kepada perkara maksiat.Dan yang paling aku tak faham,ibu bapa pun sokong sangat anak² diorang terjebak jadi penyanyi .
Bila wartawan tanya "apa perasaan pak cik jika siti sifir (bukan nama sebenar) berjaya memenangi tempat pertama dalam rancangan 'suara saya sedap nak mampus' ni?"
mesti bapak dia jawab "saya merasa amat bangga anak saya bakal menang dan saya doakan dia berjaya"
wattheheavun? dia dah tahu anak dia perempuan,suara itu aurat dan menjerit sana sini boleh pula nak berbangga ? itulah dialog yang biasa kita dengar dalam TV.Nampak sangat ibu bapa kurang ambil peranan mengehadkan muzik pada budak² remaja ni.Kebanyakkan artis yang melalak kat radio,TV, adalah golongan perempuan dan kita juga tahu suara perempuan tergolong dalam 'aurat'.Itu belum masuk soal berpakaian lagi.haih...kalau lah kita umat islam ada inisiatif untuk mengurangkan benda² ni,Isya'llah martabat islam kat MY ni dapat dinaikkan.Wallahualam.

::Dulu masa aku tulis karangan selalu kena reject dengan cikgu.jadi baca je lah karangan kat atas nih.