Aug 11, 2010

orang yang agak serius pun ok jugak


salam 1 ramadhan 1431 h

►Aku biasanya susah nak bercakap dengan orang  lain dan berinteraksi dengan orang lain.Aku cukup tak selesa apabila seseorang itu terlampau serius sehingga membuatkan kaki aku mengigil dan pundi kencing rasa untuk dikosongkan.Tapi setakat ni tak pernah lagi aku jumpa orang yang cukup serius untuk buat aku mengigil cuma aku rasa kurang selesa dengan golongan-golongan ini.Dan setakat hari ini,aku tahu yang tak semua orang yang agak serius ni 'memang' serius dan aku rasa ok tentang tu.Ke sebenarnya aku ni yang terlalu serius?


►hari pertama puasa ni aku akan ke bazaar pada petangnya seperti bulan2 puasa yang lepas.Tapi permandangan aku dah jadi kurang menarik bila aku lihat terlampau ramai sangat manusia berkerumun mencari makanan.Dan perkara yang lagi tak selesa apabila aktiviti himpit-menghimpit,tolak-menolak berlaku.Diorang dah macam kemaruk sangat debgan santapan berbuka sampaikan tak kisah tengok orang lain,dan yang PALING aku tak suka,apabila ramai sangat awek2 yang pakai seksi2 datang untuk mengurangkan pahala puasa orang lain.Pahala puasa aku mungkin dah kurang hari ni....

"selamat menunaikan ibadah puasa bagi semua umat islam dan selamat berbuka"


2 comments:

h3nshin_h3r03s said...

sokong ko kid, walaupun bebenda tu menyedapkan mata (secara x sengaja) tapi hakikatnya... SANGAT MENYUSAHKAN!

kid said...

haha..memang menyusahkan terutama bagi lelaki.