Aug 2, 2010

Hujan

**masuk hari ni,dah dua hari hari aku tak pergi kerja dan kelas.Badan aku rasa tak sihat bermula daripada aku kena sakit tekak dan kemungkinan aku demam (mungkin?).Jadi untuk mengetahui aku ni ada kanser otak ke barah payudara ke atau sewaktu dengannya,aku terpaksa ke klinik (walaupun aku memang tak suka gila ke klinik,-kalau diberi pilihan terjun ke kandang dinosour dengan pergi klinik,aku pilih yang pertama pasal aku tahu dinosour tak wujud).Jadi aku pun ke salah satu klinik di batu pahat.Setelah check in,aku pun menunggu untuk diberi rawatan.Mata aku meliar juga tengok keindahan lanskap klinik tu.Memang kalau daripada fasiliti,boleh kata kata kelas pertama.Kemudian nama aku dipanggil, "Encik Kid,sila masuk!".Aku pun dengan longlai masuk kedalam.Kemudian setelah beri salam.aku dijemput duduk dan dihidangkan secawan teh panas beserta kek dan kuih.Okay,yang bahagian ni aku tipu.Diorang tak hidangkan apa-apa.Kemudian suhu aku dicheck,part yang aku tak puas hati,5 minit aku kat dalam bilik doktor,hanya 30 saat aku dicheck,yang selebihnya soalan peribadi yang doktor tu tanya kat aku seperti 'duduk kat mana','belajar kat mana' 'berapa kerap balik kampung' dan lain2 lagi.Setelah 30 saat pertama,aku disahkan demam kura-kura.Tujuan aku ke klinik nak tahu apa penyakit aku,betul ke aku kena kanser rahim dan sebagainya bukan untuk berbual.So aku pun keluar lepas aku mintak mc.Dan aku lihat lagi permandangan klinik tu,fasiliti kelas satu tapi.....



No comments: