Aug 17, 2010

aku tak suka kalau dipanggil nama penuh



[isu] kenapa perempuan melayu islam pakai tudung tapi dedah aurat?

aku sebenarnya tak nak sentuh  apa2 isu yang berlaku kat MY ni,tapi sebagai seorang manusia yang beragama islam,aku nak  komen jugalah sikit.Aku tak faham apa definisi diorang tentang "menutup aurat".Benda tu memang dah ditetapkan dalam islam dan termasuk cara2 menutup aurat yang betul.Tapi masih ramai di luar sana yang tak faham2 lagi sampai sekarang.Daripada bertudung tapi masih lagi buka sana sini,pakai ketat2,lebih baik tanggal terus tudung tu.Kan senang.Aku bukannya ada ilmu sangat bab2 agama ni tapi sebagai seorang islam dan lelaki,aku tak puas hati sebab apabila lelaki memandang aurat orang perempuan secara tak langsung dapat dosa percuma padahal segelintir daripada perempuan kat MY ni tak reti nak tutup aurat terutamanya budak2 perempuan yang baru meningkat remaja.Menjadi masalah pada kaum lelaki bila keluar je daripada rumah,terus nampak aurat wanita sebab dah berlambak sangat yang tak tahu apa itu "tudung".Takkan la aku terpaksa nak cucuk mata aku guna garfu dan berlakon macam "kassim selamat" bila terpandang aurat orang lain?

Semalam aku ke bazzar ramadhan kat pesta.Mungkin aku dapat juadah untuk berbuka di sana dan plus,aku dapat dosa sekali.Sia-sia puasa aku."Lelaki bukan muhrim berpegangan tangan dengan perempuan  bukan muhrim yang kononnya awek yang dah dianggap macam isteri yang tak menutup aurat di bulan puasa".Itu pun satu isu lagi.Aku malas nak komen.Kiamat pun dah dekat.Aku cuma nak ingatkan umat islam yang lain termasuk diri aku sendiri.Sebab aku pun banyak dosa.Ilmu pun cetek sangat.Banyak lagi isu yang aku tak puas hati sekarang.Nak tulis lebih2 kat blog karang kena ban.Biasa lah masyarakat akhir zaman ni.

lihat video ini

No comments: