Jan 30, 2010

sebab.

18.23 pm--30/1/2010.

"Buat apa tulis blog kalau tak ada post menarik?"

01. Kadang-kadang,ayat tu bermain kat kepala otak aku yang bengap ni.Sebab,tiap kali aku buka blog,aku banyak baca blog-blog kawan sekolej atau kawan-kawan aku yang aku dapat faham cerita yang diorang sampaikan.Kebayakkannya memang best,ada "cerita" hidup diorang yang nak disampaikan,walaupun simple.Tapi aku kadang-kadang rasa jealous baca cerita kehidupan manusia ni,bukan apa,kebanyakkannya "happening" dan bukan macam aku,aku jarang ada mood seronok pasal aku tak ada kehidupan macam tu.Tapi,takpe la...aku just enjoy lihat penulisan korang dan aku boleh faham.So...keep typing and search for idea minna!

02. "Facebook".Haritu aku pernah bercerita kat member2 aku pasal benda nih.Dan..., diorang tak percaya dengan apa yang aku cakap.Kemudian...,aku cuba daftar akaun dan cuba sendiri kemudahan sosial ni.Ternyata pendapat aku dah berubah lepas tu.Daripada aku tak suka fb nih sampai aku dah boleh gunakan setiap hari(tapi aku tetap lagi tak suka).Salah satu kemudahan yang buat aku tertarik dengan benda ni pasal -senang nak cari kawan.Yup,sume dah berubah arah ke facebook.Tapi aku gunakan ni bukan kerana aku sokong Mark Zukerberg tu,Tapi kerana senang nak berhubung.Tahniah Mark,kau dah berjaya memesongkan ramai orang.-Tapi hati aku tetap berkata "tidak".faham?

dan satu lagi~TERIMA KASIH kalau korang membaca atau terbaca entry ni.aku hargainya.

Jan 22, 2010

peribahasa yang sudah dilupakan...

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(amik plan Takaful, mati sok isteri boleh bayarkan hutang guna duit pampasan tu.)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung (jangan amalkan bulan Ramadahan camni).

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

Jan 14, 2010