Oct 19, 2010

youtube

kadang² youtube boleh jadi sesuatu yang sangat menarik.Lihat video di bawah,mainkan dan anda boleh pilih apa yang anda mahu dengan video tersebut.




p/s : cuba taip "kiss"

Oct 10, 2010

20 Cara Menjadikan Roomate Anda Gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Sep 19, 2010

raya dah lepas.

-tak ada apa yang menarik nak diceritakan tentang raya tahun ni.raya aku biasa² je.rutin biasa pun dah tak terasa seronok cuma aku rasa menarik raya bila pagi²  bangun nak bersiap sembahyang raya.Itu je kot.Setakat nak bergambar berpuluh² lepas itu upload di facebook sambil letak nama 'album raya',itu bukan aku.Dah macam satu ragam yang wajib pada pemilik facebook buat macam tu.Tak mendatangkan hasil juga kalau album gambar raya setiap tahun di facebook israel tu.


-baru je aku bergaduh dengan member aku semalam di wall facebook dia pasal dia ingat aku ni serius nak mampus gurau dengan dia.Siap block dan ugut nak pukul lagi.Macam².Daripada manusia yang paling tak serius jadi manusia yang tak tahan gurau dan tak ada pegangan langsung.Malas aku nak layan.


-rasanya tak terlambat lagi untuk ucapkan salam syawal disini dan selamat berpuasa 6 juga untuk semua.Semoga   'happy'  belaka.Kadang²  perasaan pun boleh dikawal.

Aug 17, 2010

aku tak suka kalau dipanggil nama penuh



[isu] kenapa perempuan melayu islam pakai tudung tapi dedah aurat?

aku sebenarnya tak nak sentuh  apa2 isu yang berlaku kat MY ni,tapi sebagai seorang manusia yang beragama islam,aku nak  komen jugalah sikit.Aku tak faham apa definisi diorang tentang "menutup aurat".Benda tu memang dah ditetapkan dalam islam dan termasuk cara2 menutup aurat yang betul.Tapi masih ramai di luar sana yang tak faham2 lagi sampai sekarang.Daripada bertudung tapi masih lagi buka sana sini,pakai ketat2,lebih baik tanggal terus tudung tu.Kan senang.Aku bukannya ada ilmu sangat bab2 agama ni tapi sebagai seorang islam dan lelaki,aku tak puas hati sebab apabila lelaki memandang aurat orang perempuan secara tak langsung dapat dosa percuma padahal segelintir daripada perempuan kat MY ni tak reti nak tutup aurat terutamanya budak2 perempuan yang baru meningkat remaja.Menjadi masalah pada kaum lelaki bila keluar je daripada rumah,terus nampak aurat wanita sebab dah berlambak sangat yang tak tahu apa itu "tudung".Takkan la aku terpaksa nak cucuk mata aku guna garfu dan berlakon macam "kassim selamat" bila terpandang aurat orang lain?

Semalam aku ke bazzar ramadhan kat pesta.Mungkin aku dapat juadah untuk berbuka di sana dan plus,aku dapat dosa sekali.Sia-sia puasa aku."Lelaki bukan muhrim berpegangan tangan dengan perempuan  bukan muhrim yang kononnya awek yang dah dianggap macam isteri yang tak menutup aurat di bulan puasa".Itu pun satu isu lagi.Aku malas nak komen.Kiamat pun dah dekat.Aku cuma nak ingatkan umat islam yang lain termasuk diri aku sendiri.Sebab aku pun banyak dosa.Ilmu pun cetek sangat.Banyak lagi isu yang aku tak puas hati sekarang.Nak tulis lebih2 kat blog karang kena ban.Biasa lah masyarakat akhir zaman ni.

lihat video ini

Aug 11, 2010

orang yang agak serius pun ok jugak


salam 1 ramadhan 1431 h

►Aku biasanya susah nak bercakap dengan orang  lain dan berinteraksi dengan orang lain.Aku cukup tak selesa apabila seseorang itu terlampau serius sehingga membuatkan kaki aku mengigil dan pundi kencing rasa untuk dikosongkan.Tapi setakat ni tak pernah lagi aku jumpa orang yang cukup serius untuk buat aku mengigil cuma aku rasa kurang selesa dengan golongan-golongan ini.Dan setakat hari ini,aku tahu yang tak semua orang yang agak serius ni 'memang' serius dan aku rasa ok tentang tu.Ke sebenarnya aku ni yang terlalu serius?


►hari pertama puasa ni aku akan ke bazaar pada petangnya seperti bulan2 puasa yang lepas.Tapi permandangan aku dah jadi kurang menarik bila aku lihat terlampau ramai sangat manusia berkerumun mencari makanan.Dan perkara yang lagi tak selesa apabila aktiviti himpit-menghimpit,tolak-menolak berlaku.Diorang dah macam kemaruk sangat debgan santapan berbuka sampaikan tak kisah tengok orang lain,dan yang PALING aku tak suka,apabila ramai sangat awek2 yang pakai seksi2 datang untuk mengurangkan pahala puasa orang lain.Pahala puasa aku mungkin dah kurang hari ni....

"selamat menunaikan ibadah puasa bagi semua umat islam dan selamat berbuka"


Aug 7, 2010

sehari.


//hari ni serius aku rasa bosan sangat.Sehari atau dalam kat lain,24 jam aku duduk terperap kat rumah.Member2 serumah dan sekerja aku dah awal2 balik ke rumah asal masing2.Aku hanya duduk kat rumah sewa menghadap laptop 24 jam.Ada gak terfikir macam nak makan laptop tu,tapi kalau aku makan karang,ada kemungkinan aku menangis pasal dah tak ada apa nak dihadap.Semalam memang penat tapi hari ni rileks sangat.Tak stabil.

Aug 2, 2010

Hujan

**masuk hari ni,dah dua hari hari aku tak pergi kerja dan kelas.Badan aku rasa tak sihat bermula daripada aku kena sakit tekak dan kemungkinan aku demam (mungkin?).Jadi untuk mengetahui aku ni ada kanser otak ke barah payudara ke atau sewaktu dengannya,aku terpaksa ke klinik (walaupun aku memang tak suka gila ke klinik,-kalau diberi pilihan terjun ke kandang dinosour dengan pergi klinik,aku pilih yang pertama pasal aku tahu dinosour tak wujud).Jadi aku pun ke salah satu klinik di batu pahat.Setelah check in,aku pun menunggu untuk diberi rawatan.Mata aku meliar juga tengok keindahan lanskap klinik tu.Memang kalau daripada fasiliti,boleh kata kata kelas pertama.Kemudian nama aku dipanggil, "Encik Kid,sila masuk!".Aku pun dengan longlai masuk kedalam.Kemudian setelah beri salam.aku dijemput duduk dan dihidangkan secawan teh panas beserta kek dan kuih.Okay,yang bahagian ni aku tipu.Diorang tak hidangkan apa-apa.Kemudian suhu aku dicheck,part yang aku tak puas hati,5 minit aku kat dalam bilik doktor,hanya 30 saat aku dicheck,yang selebihnya soalan peribadi yang doktor tu tanya kat aku seperti 'duduk kat mana','belajar kat mana' 'berapa kerap balik kampung' dan lain2 lagi.Setelah 30 saat pertama,aku disahkan demam kura-kura.Tujuan aku ke klinik nak tahu apa penyakit aku,betul ke aku kena kanser rahim dan sebagainya bukan untuk berbual.So aku pun keluar lepas aku mintak mc.Dan aku lihat lagi permandangan klinik tu,fasiliti kelas satu tapi.....



Jul 30, 2010

orang yang bermuka garang itu ok.


aku ni jenis orang yang cepat memberikan pandangan negatif kat oarang lain bila first time jumpa orang tu.Itu yang membuatkan aku susah untuk bercakap dan bergaul dengan orang lain.Tapi biasanya aku akan berpandanga negatif pada orang yang bermuka garang.At first,memang aku tak berani nak tegur pasal aku takut.Dan  bila aku berhadapan dengan orang yang berwajah garang,secara automatik aku terfikir,"tolonglah jangan makan aku,aku nak hidup lagi".kalau betul2 diorang nak makan aku,aku sanggup melutut dan cakap benda tu.Tapi sebenarnya tak semua orang yang berwajah singa adalah karnivor atau kanibal.Cuma aku yang selama ni salah sangka pasal aku tak nak kenal orang tu macamana.Ramai di antara kawan-kawan aku yang pada mulanya aku sangka spesies pemangsa rupanya besifat baik dan ok.Dan baru aku sedar yang aku tak sepatutnya judge manusia terlalu cepat jika aku tak kenal hati budi diorang.Aku terfikir jugak,adakah aku ni yang berwajah singa selama ni?Aku tak pernah makan orang pun...

Jul 14, 2010

masih ok.

dah dua minggu aku kt BP.membe2 sume dah praktikal.Seblom ni,aku fikir yang sem yang aku lalui macam tak ada life langsung tapi,setakat dua minggu kat sini,aku rasa macam 'okay'.Tak seteruk imaginasi aku.Aku still ada member,tak membosankan sangat,byk benda baru aku belajar dan aku dah dapat menyesuaikan diri sikit semester baru ni.Dan aku harap perasaan selesa ni dapat dilanjutkan lagi sementara menunggu akhir semester dan praktikal ni.InsyaAllah~..
 

Jul 11, 2010

rider baru

oleh kerana aku ni peminat setia kamen rider,so aku tggu je la kemunculan rider baru iaitu "kamen rider ozu" yang akan datang ni.henshin!

Jul 9, 2010

freeware websites

²҉   aku ni antara org yg minat tengok review dan donlod software,terutama software²  free x pyh pakai key atau beli.2 laman web donlod dan review software (terutama freeware ) yg best bg aku ialah :

filehippo  dan gizmo
 










cuba la.

klik kat font merah.

Jul 8, 2010

exam fail!

macamana la cikgu2 yang ada pelajar dorg jawab paper cmni ::











May 3, 2010

semua berpunca daripada facebook.

korang tau tak berita pasal seorang hamba Allah yang murtad yg menyebarkan video mengutuk islam dengan mengunakan nama samaran 'Kafir Bangga'.Dan juga seorang pemuda umno yang membuat ugutan bunuh kepada mursyidul am pas,Tok guru Nik Aziz yang berbunyi "aku sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh Nik Aziz".Satu lagi...ayah pin dah mula aktif dengan menyebar ajaran di facebook.Facebook ni ada kelebihan dan kekurangan.Fikirkanlah.

Apr 23, 2010

patch adams-laughter is contagious.

 

sebuah filem yang dihasilkan sekitar tahun 1998 yang diambil daripada kisah benar dan juga novel yang ditulis oleh Maureen Mylander.

sipnopsis  :
 Sebuah kisah yang berdasarkan fakta tentang seorang lelaki yang mahu menjadi doktor dengan merawat pesakit dengan cara mengembirakan dan mengetawakan mereka.Hunter Adams adalah seorang pesakit mental yang dimasukkan ke hospital psikatrik pada 1969 atas tuduhan cuba membunuh diri.Pengalamannya sepanjang di hospital itu membuatkan dia jumpa apa yang dia mahukan,dan dia memasuki sekolah perubatan.Dia mahu memberikan rawatan spiritual kepada pesakit selain daripada ubat-ubatan.Dia juga percaya yang mengenali pesakit dan mengembirakan mereka boleh menambah kualiti hidup seseorang.Pelbagai cabaran yang dilaluinya untuk menjadi seorang doktor kerana ramai doktor-doktor profesional terkejut dengan pendekatan yang dilakukkan keatas pesakit.


*sebuah filem lama yang agak menarik,penuh dengan emosi.

Download kat sini :

[TORRENT FILE]
 [durasi filem : 155 minit]


Apr 22, 2010

laman web anime (lagi)

-klik utk besarkan-
ni lagi satu laman web anime yang selalu aku guna untuk download.Kebanyakkan anime kat sini diupload menggunakkan format mp4 dan dicompresskan menjadi kecik supaya senang nak download.

klik kat sini :

animestash

Jan 30, 2010

sebab.

18.23 pm--30/1/2010.

"Buat apa tulis blog kalau tak ada post menarik?"

01. Kadang-kadang,ayat tu bermain kat kepala otak aku yang bengap ni.Sebab,tiap kali aku buka blog,aku banyak baca blog-blog kawan sekolej atau kawan-kawan aku yang aku dapat faham cerita yang diorang sampaikan.Kebayakkannya memang best,ada "cerita" hidup diorang yang nak disampaikan,walaupun simple.Tapi aku kadang-kadang rasa jealous baca cerita kehidupan manusia ni,bukan apa,kebanyakkannya "happening" dan bukan macam aku,aku jarang ada mood seronok pasal aku tak ada kehidupan macam tu.Tapi,takpe la...aku just enjoy lihat penulisan korang dan aku boleh faham.So...keep typing and search for idea minna!

02. "Facebook".Haritu aku pernah bercerita kat member2 aku pasal benda nih.Dan..., diorang tak percaya dengan apa yang aku cakap.Kemudian...,aku cuba daftar akaun dan cuba sendiri kemudahan sosial ni.Ternyata pendapat aku dah berubah lepas tu.Daripada aku tak suka fb nih sampai aku dah boleh gunakan setiap hari(tapi aku tetap lagi tak suka).Salah satu kemudahan yang buat aku tertarik dengan benda ni pasal -senang nak cari kawan.Yup,sume dah berubah arah ke facebook.Tapi aku gunakan ni bukan kerana aku sokong Mark Zukerberg tu,Tapi kerana senang nak berhubung.Tahniah Mark,kau dah berjaya memesongkan ramai orang.-Tapi hati aku tetap berkata "tidak".faham?

dan satu lagi~TERIMA KASIH kalau korang membaca atau terbaca entry ni.aku hargainya.

Jan 22, 2010

peribahasa yang sudah dilupakan...

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(amik plan Takaful, mati sok isteri boleh bayarkan hutang guna duit pampasan tu.)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung (jangan amalkan bulan Ramadahan camni).

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

Jan 14, 2010