May 12, 2009

pakej percutian hotel "sure death"


-Anda teringin mengalami pengalaman bercuti yang amat istimewa?.Di hotel sure death ini kami menyediakan pakej-pakej menarik yang bertaraf 5++ bintang.

BILIK PENGINAPAN :


-Semua bilik penginapan di hotel ini berjumlah 18 ratus bilik dilengkapi dengan katil klasik dan usang,tilam spring lori,penghawa dingin tahap beku,televisyen tanpa kaler,ubat nyamuk,bilik air konsep kampung dan banyak lagi kelengkapan lain yang tak mungkin disediakan di hotel-hotel lain.

-Biliknya mempunyai pemandangan yang menarik seperti tanah perkuburan berasap,haiwan liar mengejar mangsa,jalan yang sering berlaku kemalangan ngeri dan pantai yang dihiasi sampah sarap dengan ombak bergulung.


MAKANAN DAN MINUMAN :


Restoran Hotel Sure Death menyediakan makanan melayu deli,cina utara,india selatan,arab jahiliah,jawa totok dan makanan barat daya dengan menu ala-ala fear factor.Barbeku di dalam kolam renang juga boleh diaturkan bergantung kepada permintaan.Urusniaga bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari sebelah timur.


HARGA BILIK(SEMALAM) :


-Jenis bilik : Superior
Jumlah katil : 1 katil kembar siam Harga semalam : RM 397.93++(dengkuran akan dicaj) Sarapan : 2 org(kurus) 1 org(boroi)

-Jenis bilik : Famili Jumlah katil : 2 katil kembar tak seiras Harga semalam : RM428.82++ Sarapan : Beli sendiri

PROGRAM PAKEJ :


-HARI PERTAMA :
Ketibaan akan disambut oleh orang utan berpakaian sopan di lobi utama dengan menawan.Selepas dibawa ke bilik penginapan.anda akan dibiarkan berkurung selama beberapa jam di dalam bilik untuk bertakafur.Solat hajat diperlukan kerana selepas itu anda akan dibawa menjelajah hutan yang didiami haiwan liar lagi ganas.

-HARI KEDUA :
Lawatan ke petempatan bunian dan jin yang terkenal dengan sifat pendendam terhadap manusia / Snorkeling di persekitaran pulau yang dididami jerung-jerung jinak apabila kekenyangan /Melawat penempatan kaum kanibal dan melihat secara langsung bagaimana mereka memakan manusia.

-HARI KETIGA :
Check-out sekirannya anda masih bernyawa.

*pakej ini sangat sesuai kepada individu yang putus asa untuk meneruskan hidup.