Apr 17, 2009

lajukan internet utk browser firefox

Sini ade BASIC tuk melajukan internet...[ Firefox ]...

Dekat Address Bar.. taip "about:config" [ tak perlu quote ], and if ada warning dialog box kuar... just klik Continue...

Dekat ruangan Filter: [ bawah address bar], taipkan "pipe" [ takyah quote ] and list kat bawah tu akan dishortlistkan kepada 3 @ 4 jer...

Double click
- network.http.pipelining
- network.http.proxy.pipelining

and die akan ubah value dari "false" kepada "true"

double click plak
- network.http.pipelining.maxrequest
and tukar value die kepada 30


right click kat empty area kat situ... and pilih New | Integer
Rename benda tu kepada " nglayout.initialpaint.delay " and setkan value die kepada " 0 ".

Apr 14, 2009

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif



1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

Apr 13, 2009

KAYA 7 KETURUNAN


Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".

Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"

Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".

Apr 12, 2009

contoh karangan yg mendapat markah penuh...


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Apr 10, 2009

cerita ttg keajaiban

>>Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…

5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

hotline to hell...


Pernah menonton anime "jigoku shoujo"@hell girl?berkisar ttg enma ai iaitu roh yg membalas dendam bg pihak manusia."Bila terjadinya kematian,dua kubur akan digali".Lbih kurang cmtu la taglinenye(aku pon da x berapa nk ingat).Mempunyai 3 siri sekuel animenya iaitu
1)jigoku shoujo
2)jigoku shoujo futakomori
3)jigoku shoujo mitsugane(akan datang 2009)

Babak yg paling popular ialah setiap jam 12 tgh malam, laman web utk membalas dendam iaitu "jigokutsushin" boleh diakses dan hell girl akan dtang ke rumah anda dengan memberikan anak patung merah dan menerangkan ttg kontrak pembalasan dendam jika dendam tersebut ditunaikan....

sebuah anime menarik utk dituntun....

nk cuba balas dendam?














link laman web :

jigokutsushin

Apr 9, 2009

papa dan mama


Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Apr 8, 2009

nama jepun yg popular tetapi dilupakan...

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI CIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOOL BAUKARI

*perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.

Apr 7, 2009

tahukah anda?(season 2)


Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

tahukah anda?


*gambar sekadar melepaskan bosan
  • Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  • Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  • Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  • Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  • Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.






Apr 6, 2009

bagaimana jika usia anda diterbalikkan?


...........malam td aku melayan cite yg bru je abes didonlod kt lptop member aku iaitu "The curious case of Benjamin Button".Cite ni bru jerk ditayangkan di pawagam dlm sebulan yg lepas(kre bru lg ar..).Mulanya,aku x berapa nak faham jalan ceritanya(sbb plotnye pon agak pnjg),Tp lepas aku tgk smpi abes...timbul rse mcm nak nangis sbb ceritanya agak sedey la jgk...(bole disediakan tisu smbil menonton).
..........Cerita ini diadaptasikan daripada novel F.Scott Fitzgerald (1920) yang mengisahkan benjamin yg melalui usianya secara terbalik.Cite pasal Benjamin dimulakan pada thn tamatnye prg dunia pertama pada tahun 1918.Benjamin mempunyai penyakit pelik(tp tak dijelaskan dalam cite ni)yg usianya dimulakan daripada tua dahulu dan berakhir sebagai bayi.
..........Cite hidupnya agak sedey jika korang dapat bayangkan umo korang sepatutnya 7 tahun,berupa spt atuk2 yg berumur 70 thn.Dia dibuang oleh ayahnya sbb ayahnya tak dpt terima hakikat yg bayinya lbh tua dr drinya sendiri.Jalan cite yg pnuh Dgn pengajaran,konflik,kehidupan,percintaan dan penamat yg tak dijangka.Durasi cite ni pon agak pnjg~2jam 43 mnit.Mgkin korg tertarik dgn pelakon utamanya iaitu brad pitt.Tetapi citenya agak bosan sbb memerlukan pemahaman yg agak tinggi dan dilakonkan pada zaman antara habis perang dunia pertama dan kedua.Cerita ni mmg menarik ditonton dan aku bg rating 4/5.
..........korang bole donload file torrent kat sini jika ada software torrent :
[torrent + subtittle]


link ke official laman web : BenjaminButton