Jun 13, 2018

bermulanya sebuah kisah baru.

tahun 2018.

Aku rasa aku tak membina jatidiri dengan betul.
Aku hidup dalam depression, sakit hati , judgemental dan aku buang segala perkara positif dalam diri aku sebab aku rasa tak perlu nak jadi baik kalau hidup kau adalah seorang yang gagal dan malang.

Aku dah putus asa sekejap dan aku asingkan diri daripada komuniti yang sedikit ( sebab aku tak ramai kawan ) oleh kerana aku rasa semak dengan kehidupan manusianyang hipokrit dan menyusahkan hidup orang lain.

Sampaikan aku dah lupa benda² baik yang datang dalam hidup sebab aku terlalu fokuskan nasib buruk.
Aku kurang buat ibadat, dan aku banyak buat dosa.
Aku rasa senseless sejak sekian lama.

Bila Tuhan turunkan satu nikmat depan mata aku, aku rasa syukur tapi dalam masa yang sama aku dah tak rasa nikmat macam dulu.
Keajaiban nikmat dan penghargaan dalam diri aku dah kurang.Sampaikan aku dah tak rasa apa, -baik benda baik , atau buruk.

Dan tiba², aku lupa orang yang berada dengan aku.Orang yang anggap aku kawan dan orang yang anggap aku penting, bukannya kepentingan oleh kerana aku kerap kali difuck oleh orang² yang tahu mengunakkan orang lain dan hipokrit walau sebagai kawan.Sebab tu aku tutup terus kepercayaan terhadap orang asing.
Dan sampai satu tahap, aku tak reti beza kawan atau lawan.Dan aku rasa nak buang semua sebab , nothing matters.

Peluang yang Tuhan bagi aku kali ini adapah sebuah anugerah besar, untuk aku ubah balik diri jadi orang yang lebih baik.Ubah cara aku jadi lebih menyenangkan dan menerima sebuah komuniti baru yang mungkin Tuhan wujudkan dengan orang² yang betul baik.

Moga segala nya menjadi lebih baik pada masa akan datang, Insya'llah..

Aug 1, 2017

gagasan najib yang sibuk menyatukan semua padahal rasis

satu..?
ah...satu?

apa itu satu malaysia?

satu malaysia bila, melayu , cina ,india , pakistan , nepal ,bangla, punjabi , pengkid serta pondan duduk satu meja sambil makan dan bersembang.

bukan macam kau , sibuk satu satu tak habis² padahal dalam fb rasis bagai nak rak.

May 25, 2017

#2#2017


sepanjang segala perjalanan yang ada , aku dah buat 2 benda yang lebih kurang sama.Dan menghadap noktah yang hampir serupa.

1. aku kejar balik masa silam aku.Aku harap segala pengalaman yang ada boleh aku baiki balik dan kejar apa aku nak
Tapi tak.Ia makin teruk dan teruk.Sampai masa ini, aku tak boleh bak betulkan balik apa aku buat.Sebab aku harap ia happy ending.Tapi tak sebenarnya.Ada sebab ada perkara yang tak perlu diusik.

2.Aku kembali menjenguk apa perkara yang aku dah lepaskan.Dengan harapan, ia mengajar aku melepaskan lebih baik ( ianya bukan total melepaskan sebenarnya ,ia macam bukan peluang atau dalam kata lain, takdir kau ,- tapi yang ini kau terima ) .Tapi sebenarnya ianya juga satu kesilapan.

Sebab itu mereka ( yang aku gelarkan untuk kaum yang bernasib baik juga seteru aku ) tak memandang ke belakang.Mereka hanya kedepan dan kedepan sampai satu tahap Tuhan dah tentukan noktah.

Dan aku, aku dah tamat di sini tanpa bergerak, tanpa memecut, dan aku takde sebab nak kedepan sebab segala masa silam yang ada , menghantui aku untuk gapai segalanya.

Macam yang Barry Allen  buat.
Dan dalam konteks hubungan masa , ada sesuatu yang tak perlu dikacau sebab menghasilkan kesan paradoks.

Untuk betulkan balik semua ni.
Aku kena tekad lupakan semua dan jalan ke depan.
Sakitnya tak terkatakan.
Cuma aku kena kuat & berpura kuat.

chapter 1


PREKUEL
CHAPTER 1

" aku simpan kau dalam kotak ni.kau duduk diam² ya.sampai masa nanti kau rasa dah tak ada ancaman, kau dah sihat nanti kau keluar balik.-aku cari kau balik"

" kenapa kau letak aku dalam ni? kenapa kau simpan aku?"

"sebab aku takut.aku takut kau tak kuat .
aku takut sebab aku,kau hilang.Aku nak kau deserve apa yang patut untuk kau.macam orang lain jaga milik mereka.aku harap kita boleh kerjasama lagi,macam dulu"

"ouh.macam tu.okay,jumpa lagi bos .nanti kita jumpa lagi.aku harap kita ada cukup masa untuk baiki diri kita kan? "

- aku tutup kotak tu.aku tampal dengan salotape.aku letakkan kat bilik gelap.nanti suatu masa aku harap aku buka semula kotak tu.Dengan penuh senyuman.

Kaki aku langkah dengan perlahan.Jauh lagi untuk berjalan dengan darah menitik di lantai.Harap tak cukup lama.Harap masih ada lagi di depan,untuk aku buka semula, kotak yang disimpan.


Apr 26, 2017

#1#2017


orang kata, kebahagiaan tu kena cari.

tak sebenarnya ,
kebahagiaan pada duit , pada latar belakang , pada apa yang kau buat , pada sesiapa yang bersama kau , dan pada apa yang engkau ada.

ia nya juga bukan datang sendiri.

atas apa alasan sekalipun , yang ada cuma 2 :

-engkau hidup atau tidak

takdir hanya untuk dipercaya dan atas apa yang engkau percayakan.

yang lain² hanya rencah manusia menyedapkan lagi program Tuhan.

Sep 29, 2015

persoalan nombor 7 : Kenapa tak semua orang dilahirkan kuat dan kenapa sesetengah perkara kena hadap walaupun kau tak mahukannya?

Aku sebenarnya tak pasti.Atau aku sendiri sebenarnya celaru.Atas dasar apa aku kena tanggung semua rasa sakit ni.Aku tak berapa heran kalau bab fizikal.Aku tahu rasa macamana sakit sampai 3 bulan tak boleh bangun atas sebab doktor yang sepatutnya menolong pesakit dengan ilmu yang ada - jadi seorang kerjaya berpangkat atas sebab nak makan gaji.Sampai profesi sendiri pun tak tahu nak handle, dan bila ada pesakit ( macam aku ) minta pengharapan profesi kedoktoran ni membantu untuk pulih, mereka tak tahu dan aku jadi mangsa eksperimen sampaikan sakit lain, dilabel dengan penyakit lain.Dan aku hilang salah satu organ yang penting dalam tubuh atas sebab salah tafsir.Senang sungguh mereka.Aku yang tak cukup sifat ni dicacatkan lagi oleh manusia yang bergaji besar dengan ilmu untuk menyelamatkan manusia lain tapi dikorban kerana salah tafsir penyakit,Ironi sungguh.

Sakit yang dibakar dalam dada bukan sakit biasa.Bukan fizikal semata .Ia membakar hati dan jiwa, setiap hari yang aku ada.Dan aku masih bertanya kenapa.Kenapa aku kena hadap? Aku tak mahu sebenarnya kalau boleh.Sangat-sangat tak mahu.

Sakit yang aku hadap ini dalam kata mudahnya adalah cinta.Rasa sayang yang mekar makin lama makin besar atas sebab -aku tak tahu.Ya, aku sayangkan dia , dalam erti kata sebenar dan aku pernah berdoa agar dihapuskan segala rasa nikmat ini.Aku tak perlukan sebab rasa ini tak ada guna untuk dia.Rasa ini tak boleh dizahir dengan kata sebab bukan peluang aku dengan dia.Bukan taboo ini boleh jadi realiti macam drama-drama melayu yang menyanjung abnormaliti cinta padahal dalam alam nyata hanya 0.5% kemungkinan perkara-perkara bodoh itu dapat diadaptasi.Dan aku sakit setiap hari - sebab ini.

Aku tak percaya Jodoh,macam orang lain yang tipikal menggunakan terma jodoh ini seakan semua diatur cantik oleh Tuhan sampaikan kau terbuai dalam fantasi terma yang kau reka sendiri atas sebab memuaskan hati - secara luar sedar.Sebab apa aku ada jelaskan dalam tulisan sebelum ini.Tak juga 100% sebenarnya, Cuma aku dah tak ada sebab nak percaya sebab benda yang berlarutan dalam jiwa aku hampir 8 ke 9 Tahun ni.Macam tak ada jalan keluar.Aku dah cuba, aku perah ,aku dah paksa.Masih juga tak boleh hilang.Masih juga kekal hingga sekarang sampaikan aku buntu mana nak dihentak segala pemikiran ini bagi hilang,Secara total.

Sakit ini mungkin sebab segerombolan sel, adrenalin, dan bahan kimia dalam tubuh sakit aku ni terlampau menolak kemungkinan rasa suka pada dia membuak, suka bila melihat dia , suka bila bersama dan turut terkesan dengan rasa rindu bila tak berjumpa padahal sebenarnya aku harap tiada apa.Aku harap kawan biasa.Senang aku fokuskan hidup sehari aku yang tidak teratur.Tapi masih lagi bila ada masa, dia juga yang berlingkar dalam fikiran aku.Walau aku tahu dia macamana.Aku tak sanggup nak hadap benda ni hari-hari.

Dan juga aku belum cukup berani untuk berterus terang .Untuk menerima hinaan , penolakan , pemfriendzonenan dan segala awkward yang akan berlaku jika aku teruskan niat.Ia jadi semakin pelik sebenarnya,Perasaan ni adalah pelik.Mengapa perlu ada macam ni.Mengapa perlu kepada sesetengah orang yang kalau boleh - tak mahu nak jatuh cinta.Kenapa perlu cupid menembak random pada orang yang salah.Adakah salah oku macam aku? Atau salah keabnormaliti dorongan nafsu aku? Atau ianya takdir yang kau tak mahu tapi kena tanggung sakit macam ni hari-hari ?

Serius , aku sayang kau.Lebih dari kawan dan aku tak suka rasa tu,
Aku mahu habiskan hidup dengan kau , Tapi kenapa perlu sampai aku pikir macam ni??
Apa aku nak buat ????